CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Working mommy. Show all posts
Showing posts with label Working mommy. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Alahai... spoil betul lah!

Sekarang ni saya dalam percubaan untuk mencari kerja baru. Bila dah terlalu lama kerja dekat sini, terasa macam takde adventurer lagi. Kerja yang sama di ulang setiap hari untuk tempoh 9 thn 6 bulan mmg akan membuatkan kita rasa bosan ya amat. Begitulah perasaan yg saya lalui sekarang. Dalam tempoh 9 1/2 thn itu jugak lah, tak sekali pun saya merasa di naikkan gred. Almaklum sekarang ni semua barang pun naik harga, so bila difikir-fikirkan, saya perlu cari duit lebih untuk membantu suami menampung kos kehidupan kami sekeluarga. Maka sebab itu juga lah saya buat keputusan untuk menghadiri temuduga dekat sebuah kilang, bukan dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Melalui Jobstreet saya memohon kekosongan jawatan "Senior Procurement Executive", dan bila mereka telefon untuk datang sesi temuduga, saya sangat-sangat teruja. Tak kisah la kalau saya tak dapat pun, at least saya datang untuk temuduga pun tak apa lah. Itu apa yg ada dalam fikiran saya pada ketika itu. Bila tarikh semua dah ditetapkan, maka saya pun datanglah ke kilang tersebut pada jam 9 pagi tadi. Lepas sesi temuduga tu dah separuh jalan, tiba-tiba penemuduga tu cakap jawatan yg dia tawarkan ialah Operation Assistant. Alamak! Apasal pulak lain. Haihhh... Dalam kepala dah macam-macam saya fikir, bila saya cakap, "Saya datang temuduga untuk jawatan Senior Procurement Executive". Tapi mereka jawab, "Oh, mungkin org kami salah bagi info, sebenarnya jawatan yg kami tawarkan ialah Operation Assistant"

Alahai... spoil betul lah kan. Saya ni bidang tugasnya lain, tak sama dengan apa yg mereka tawarkan. Mood agak menurun juga time tu. Tapi nak tunjuk yg saya tak berminat langsung tak boleh juga. Maka, saya tetap bertanyakan beberapa soalan berkenaan syarikat tersebut. Dari penjelasan mereka, benefit yg diberikan kepada pekerja agak menarik. Tapi bila diterangkan skop kerja, terus rasa tak menarik. Kerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. 5 hari seminggu. Tetapi jawatan yg ditawarkan memerlukan saya kerja lebih masa, mungkin paling lewat hingga pukul 8 malam. Hmmm... saya mmg jarang sekali kerja lebih masa, boleh dikatakan tak pernah. Jadi saya rasa jawatan tu tak sesuai untuk saya.

Tak apa lah. Kalau takde rezeki yg ini, saya tunggu rezeki lain sajalah. Jadi, mari kita bukak Jobstreet lagi. Hehehe :)

Thursday, September 15, 2011

Jangan jadi org bongkak yg merendahkan org lain!

Sebenarnya ada one of my ex-office mate telah mengeluarkan kata-kata yg agak laser di FB sebentar tadi.
Niat saya yg sekadar berbasa-basi bertanyakan tempat kerja barunya telah bertukar menjadi perang komen di Wall FB kawan tersebut.


Sebab tu ada peribahasa kata, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" tapi terma tu dah boleh diaplikasikan bukan setakat di mulut, malah di tangan dah otak pun boleh juga. Al-maklum zaman serba serbi di hujung jari sekarang, mana guna mulut je, tangan pun turut serta jadi wakil mulut.


Alkisah saya cuma bertanyakan sikit je, komen saya kpd si kawan "lepas 2 years nnt lompat kerja lain lagi ke?" 
Kemudian komen yg agak pedas dibalas beliau "It depends... Selagi boleh and ada market.... Daripada dok setempat x maju2".
Kata-kata sebegitu seolah-olah ditujukan kepada saya yg dah bekerja di tempat yg sama utk 9thn ++, kalau anda jadi saya, mesti rasa bengang. Maka, timbul rasa tak puas hati dalam diri, hati saya berkata, "Eh, suka suki dia je nak sound orang"
Maka saya pun mengeposkan sedas ayat yg boleh saya kategorikan sebagai pedas utk membalas komen kawan itu.
Berbunyi begini, "amboi ayat.... bukan masalah duk setempat x maju2, tp kalu apply keja then org tgk resume mesti org wondering "apesal dia ni every 2 years je tukar keja, ada masalah ke hape budak ni?" 
imej tu beb, imej... tapi kan, kalu every 2 years tukar keja then dpt beli umah banglo sejibik, keta mewah berbijik2 takpelah... kalu takat duk gitu je, tak yah lah... hahaha"
Mungkin si kawan tu tak puas hati dengan komen saya, maka dibalas komen saya dengan berkata begini,
"Hahaha..... Ayat ngko pon boleh tahan.... Meh kita compare payslip.. Tgk berbaloi le tak... Hahhah.... Apa yg penting kepuasan diri and keje... Dari asyik komplen tmpt keje tak best lah... Politik lah.... Hehehe"
Tak cukup dengan tu, dia tambah ini pulak,
"Berenti masuk balik yg tak tahan tu...hehheye.... lebih baik ketuk tin yg penuh walaupun bunyinya perlahan... Dari mengetuk tin yg kosong... Hhehehe.... Peace"


Wah... wah... wah... Bila ungkit cerita saya berhenti dari kerja & join company ni semula, mmg buat saya mendidih jugak lah. Jadi saya susun ayat baik punya utk balas komen kawan tersebut.
"ok, nak compare payslip wat pe der, wa tau lu mmg dpt lebih, dah every 2 year lompat keja sana sini, mana x lebih kan, biar tmpt keja x best, biar diaorg byk politik, tp hati senang kerja dgn kawan2 yg best
takpelah dpt increment takat tu, x kisah la management pilih kulit, yg penting hati senang kerja sini
PURCHASING x kena kacau teruk, sbb tu staff dia still loyal kat sini"
Di sambung lagi dengan ini,

"beb, berenti masuk balik tu atas sebab dipanggil, and not because of me yg beriya2 nak keja semula kat sini
why dipanggil balik? sbb org tau keja kita camane, daripada kita kluar, lepas tu org duk kutuk "eh, mamat tu berenti keja dulu byk keje dia terbengkalai, dah aku yg kena settle"
buat ape kan. lu ketuk la tin penuh, asal lu bahagia
wa x kisah kena ketuk tin kosong, asal wa tak melompat keja sana sini every 2 year PEACE!!!"


Masa ni mmg saya rasa muka dah panas je. 
Then komen dr si kawan tu masuk lagi, tapi kali ni dah agak slow down,
"Wah.... Ayat pasrah she... Heyeye... That is life sis... We usually are not sarisfied with what we already have... Some like me take the aggresive approach... Some just flow with the wind... Some buat donno je... What's important is our own happiness..... Who cares what other thinks... "


Saya masih tak berpuas hati, maka saya reply lagi

"ayat pasrah ke? oh tidak, itu bukan pasrah, itu namanya redha, pasrah & redha terma yg berbeza makna
pasrah umpama kita TERPAKSA bersyukur dgn apa yg kita ada, which is not right
redha is kita IKHLAS and bersyukur dengan apa yg kita dapat or ada.
kalau kita tak redha dengan rezeki yg kita dapat, tak berkat la hidup kita.
but for me, utk tukar-tukar kerja every 2 years is not a good image to portray ourselves 
just my 2cents opinion, lain org lain pendapatnya"


And after that, terus si kawan tu senyap, tak reply apa-apa lagi. Saya cuba reply komen melalui email sekali lagi, tapi amat memeranjatkan bila saya mendapat notification berbunyi "Kiriman atau objek yang anda memberi komen telah dipadam  oleh pemiliknya dan tidak boleh dikomen lagi."
Si kawan tu dah delete komen-komen tadi. Apakah maknanya? Dia malu? Bengang? Or rasa tercabar ke?


Sebab tu beringat la wahai kawan-kawan. TOLONG la berfikir dahulu sebelum anda mengepos sesuatu dia FB, Twitter atau di mana-mana sahaja laman sosial. Sebab bila kita post, tak sama dgn nada org baca. Kalau kita bercakap berdepan, mungkin kedengaran seperti bergurau. Tapi bila kita berkomunikasi melalui internet, tiada bunyi, tona org baca berbeza-beza. Daripada kita berbaik-baik, mungkin hubungan akan menjadi renggang.


Janganlah kita menjadi org yg bongkak dan berbangga dengan apa yg kita ada, bak kata-kata yg saya ambil dari Twitter Sham Kamikaze pg tadi "Nama,pangkat dan harta semua tiada guna di akhirat kelak,melainkan amalan kita belaka. Mari kita tukarkan prioriti kita mulai sekarang untuk menjadi HAMBA Allah,bukan hamba dunia"



Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah

Owh, I feel so happy. Since the company announced it yesterday. :)

Sebelum naik sekolah haritu company dah bagi 1 month advance bonus, then yesterday the company announced for additional 2 months. So, total up bonus for last year is 3 months. Syiokkkkkkk!!! hehehe
Even though my salary is not so big, but at least I have it. Hehehe..

Nak buat apa ye. Hmmm... simpan sikit, shopping sikit, treat for me & the family sikit and of course, invest in my little business. :)

Hopefully we will get it before the Chinese New Year Holiday.

Thursday, September 2, 2010

tiadakah???

Company ooohhhhh company...

Adakah anda tidak perasan bahawa gaji 1/2 bulan tu tak cukup utk kami sambut raya?
cubalah anda bertimbang rasa sedikit utk memberikan kami gaji yg pertengahan bulan tu dihimpun sekali dlm gaji awal bulan nih.

Bukannya byk sgt... kami ni betul2 nak guna duit utk belanja hari raya...

Diharap en.company dapatlah mempertimbangkan permintaan kami ni hendaknya.

Sekian dari kami yang mengharap adanya 1/2 bulan gaji awal dr pihak company.

Wednesday, September 1, 2010

M.E.N.G.A.N.T.U.K

Inilah padahnya bila "terkurang" tidor. Sampai opis dgn mata sembap & black circle around my eyes.
Arrgghhh... rasa cam mata panda bila tgk kat cermin. Haihhh... Saya akan make sure lepas raya ni saya akan mendapat tido yg cukup.

Malam merdeka haritu, saya tido lambat. Dalam pukul 1.30am. Bukannya saya pegi countdown yek. Saya berbuka puasa kat luar dgn adik-beradik saya, afterwards kitaorg decide nak pegi pasar borong pandan. So, bertolak la ke sana. Sampai sana, org dah ramai. Nak cari parking pun payah. 3 kali gak pusing kat situ. Last2 letak je la kereta kat tmpt yg sepatutnya diletak. Nasib la, dah org lain pun buat, kita pun ikut je lah. Hehehe...

Saya takde membeli sangat, just tgk2 and sekali ternampak shawl yg saya berkenan kat tenet. So, beli satu shawl tu je lah. Ada jugak shawl lain yg saya berkenan, tp disebabkan harganya yg agak mencekik darah, so saya x beli. Tapi tu lah masalah saya ni, balik umah duk teringat je. Haihhh... Mmg nak kena beli gak la nmpknya, kalu tak sampai abes raya pun saya akan duk ingat je kat shawl tu. Macam2 ada kat sana. So, sesapa yg duk JB and nak carik kelengkapan hari raya, boleh la shopping kat sana. Harga pun oklah, takde lah mahal sgt. Sedang elok pada saya.

Pusing punya pusing, jam dah pukul 11pm. Cik abg dah ajak balik. Sampai rumah dalam kul 11 lebih, anak2 saya dah tido rupanya. Lepas bersihkan badan, mata saya x mengantuk lagi. So, saya duduk depan TV temankan cik abg saya menonton and saya pulak sambung jahit manik kat baju kurung anak dara saya. Sebab tu la saya tido lewat, konon ingatkan esoknya tak kerja. So, saya pun takde lah nak masuk tido awal.

Esok paginya lebih kurang pukul 7.30am saya dah terjaga (saya x bgn sahur sbb saya x bole puasa). Bila dah terjaga tu, mata dah takleh nak lelap semula. Anak2 saya pun dah bgn, so saya pun bgn la jugak. Saya sambung jahit manik lagi. Hehehe... Kemaruk menjahit manik plak saya sekarang ni. Tapi kejap je lah. Lepas dah siap satu baju tu, saya bersihkan diri. After that, sambung buat kuih pulak. Macam2 saya ni kan. Jahit manik lah, buat kuih la. Macam2... Nak raya kan, so macam2 benda la saya nak buat. :)

Buat kuih leceh ni mmg menduga kesabaran. Patutlah org jual kuih almond london tu mahal ek. Sebab nak membuatnya leceh yg amat. Nasib baik saya x boleh berpuasa, jadik takde la saya lepak sgt. And nasib baik jugak mak saya and pembantu rumah tolong sikit2. Saya start buat kuih dari tengahari then siapnya lebih kurang lagi sejam nak berbuka. Punyalah lama kan. Ni pun ada lagi few jenis yg saya nak buat. Semlm dah x larat nak sambung, so saya stop terus.

Semlm saya tak ke mana2, memula ingatkan nak ajak cik abg pegi City Square, tapi disebabkan kuih saya tak siap lagi so cancel lah. Hmmm... tunggu gaji clear baru leh jalan2. Kalau tak buat sakit hati je jalan2 tapi takleh beli apa2. :)

Dah abes menaip entry ni, mata saya dah agak segar sket. So, baik saya sambung buat keja :)

Wednesday, July 28, 2010

Masalah saya :-(

Saya ni makin lama, semakin malas nak kerja..
Tapi apa boleh buat, selagi family economy x stable selagi tu la x boleh berenti..

Saya takut nnt lama2 saya kerja jadik x ikhlas...
Bila x ikhlas, gaji yg dpt tetiap bulan pun jadik x berkat..

Haihhh... mana boleh camtu...
Duit tu la saya guna utk beli keperluan saya & anak2 saya...
Kalu duit diterima x berkat, hidup pun x berkat la kan...

Ish.. ish.. ish.. saya kena kuatkan semangat utk terus kerja ni...
Takut nanti gaji x berkat...

Saya kena ikhtiar buat something utk dpt duit kalu saya nak berenti keja...
Kawan2... tolong doakan saya berjaya utk terus maju dgn bisnes saya dan saya boleh berenti kerja...

Teringin nak kerja sendiri...

Thursday, July 22, 2010

Esok saya cuti... :-)

Semlm, lepas menebalkan muka utk mintak sign borang cuti dekat exec saya, maka esok saya bercuti lah yek... hahhaha...

Segan time nak mintak sign tuh, exec saya siap tanya "u ada cuti lagi mehhh?" hahhaa...
nasib baik mmg ada baki laki 1.5 hari sampai cukup bln nih... :)

So, esok pg pergi ambik report card danish dulu... then afterwards terus ke KL... mintak2 sempat la saya nak pegi beberapa tempat esok nih... tak boleh stay kat sane, sbb ari Sabtu kena kerja... huhuhu... so, balik hari esok jugak la jawabnye... maybe petang sket baru balik...
Tapi nasib baik hari sabtu tu halfday je, so x kisah sgt lah... balik keja tghari sabtu tu boleh saya rileks sket...

Hopefully bebarang yg saya nak pegi ambek ni nnt akan dpt menambat hati customer saya dan juga future customer.. hahaha...

And hopefully dan yg paling penting... exam result Danish memberangsangkan... insyaAllah... :)

Wednesday, July 21, 2010

Saya nak ambek cuti, tapi...

Serba salah sebenarnya nih... nak kena ambek cuti hari jumaat ni (23/7), sbb nak kena collect report book Danish kat kindy dia.. tapi hari Isnin haritu saya x berapa sihat, jadiknya dah MC...
Tapi bila semlm teacher Danish sms bagi tau nak kena dtg and collect report book hari Jumaat ni, saya jadik segan pulak nak apply annual leave... huhuhu...

Tapi nak tak nak tetap kena apply cuti jugak, kalau x saya x tau la perkembangan Danish kat sekolah camane. Then lepas ambik report book tu saya nak ke KL pulak, ambik stok baju & tudung utk pasaran hari raya. Hehehe..

Tunggu exec saya sampai, sat lagi nak hulur dia leave form sambil menebalkan muka... huhuhuhu...

Rasanya dia ok kot, saya ni jelah yg terlebih emosi... ;-)

Wednesday, July 14, 2010

Rasa macam....

Hmmm... kenapa la sejak dua menjak ni rasa cam tak nak keja lagi...
Rasa cam nak berhenti je, tapi kalu berenti keja nnt susah jugak...
Orang dah biasa pegang duit cam saya ni agak susah...
Nanti perbelanjaannya terhad pulak...
Haihhhh... dalam dilema betul lah...

Minat saya sekarang lebih kepada nak meniaga...
Tp tu lah kan, nak carik market nak kena rajin...
Saya bab ni yg lemah sket, al-maklum... org x pandai bab sales mmg gini...
Keja saya kat opis ni membeli, bukan menjual... hhuhuhu...
Bila sendiri nak menjual dah kena belajar sket2...

Hmmm... mudah-mudahan saya mendapat petunjuk...
Andai kata saya punya rezeki masih di tempat keja saya skrg nih, maka di sini la saya utk jangka waktu yg x diketahui sampai bila...
Mintak2 bukan sampai pencen la, x nak saya keja makan gaji sampai pencen... huhuhu...
Andai kata rezeki saya lebih utk meniaga, maka saya akan tinggalkan keja saya...
Tapi berani ke saya nak lepaskan keja dan handle bisnes sendiri?
Berani kah?
Berani kah?
Berani kah?

Soalan ni saya pun x reti nak jawab apa... haihhhhhhhhhhhhhh~~~

Friday, June 11, 2010

Yeayyyy!!! Cuti sudah approved... :D

Hahahaa... at last... cuti yg saya nantikan sudah kunjung tiba...

So, next week I'll be on leave from 16th - 18th June, tu belum campur offday on Saturday & Sunday. That would be 5days in total... hahaha, saya sgt seronok...

Actually kami nak pegi vacation... sblm cuti sekolah habis, baik la manfaatkan cuti tersebut dgn membawa anak bujang saya jalan2... Nanti naik sekolah nak exam dah rasanya...

Tempat yg nak kami tuju utk vacation ni maybe Perak & Penang... Semlm hubby duk surf tempat menarik, sekali ternampak website "Lost World Of Tambun"... cam best jer kan...

Tapi, ada satu kemusykilan... takut takde room vacancy je time kitaorg nak pegi tu...
huhuhuhu...

Mintak2 la ada kan... nak book skrg, tp blum bincang dgn hubby lagi nak pegi mane dulu...
So balik mlm nnt la baru bole bincang....

Yea Yea.... nak pegi cuti.. hahahaha...

Wednesday, May 12, 2010

Ape ek?

Hmmm... lame x update kan...

Byk story benornye, tp sbb kemalasan utk meng'update' telah melanda, maka smua story itu telah basi kekdahnya...
Actually baru baik demam, ni pun belum baik 100% lagi benornya, tp gagahkan diri jugak dtg opis... 2 hari MC, kang sambung byk2 hari ada problem kat opis payah gak. Tak kisah la kalau ade org tolong cover keja pun, tp mulut2 org mane boleh tutup kan... Nanti kang ada pulak citer x best kedengaran kat belakang tabir. Takpe la, biar saya berkorban sikit. Kalau sampai petang ni demam saya x berulang, maka saya isytiharkan diri saya sihat... Cewahhh.. boleh gitu... Hehehe...

Sebenarnya tak tau nak story apa. Kita story pasal anak2 saya la yek.

Danish -
He is getting better dlm pelajaran, spelling pun dah ok. Ejaan in Malay yg agak susah pun dia dah boleh ingat. Kalu x dulu, semuanya kosong, xde satu pun yg betul. But now dia dah ok sket, dah boleh memorize apa yg dihafalnya & bole tulis apa yg diingat dalam kepalanya ke atas kertas.

Dah boleh membaca sket2 jugak, in Malay la. English belum boleh sangat.
Matematik pun quite ok, nak kena guide sket, kalu biar je kompem terbabas... Hehehe...
Overall tgk ada peningkatan dlm pelajarannya sepanjang setgh tahun pertama nih.
Tunggu exam nnt, ape citer dia punye result. :)

Posing ngan mommy time tunggu ayah lame sgt settle tah hape kebendenye sampai berpeluh-peluh kepanasan dlm keta - aircond mengong...

Damia -
Budak perempuan ni... adooooiiiiii... pengsan la saya kalau saya ada lagi 2 org anak perempuan camnih. Bila dia bijak sgt, macam2 mende dia buat diluar kawalan saya. Jenuh nak menjaga dia sorang nih, x sama cam abg dia dulu.

Perkara pertama - sgt garang, kalau org marah dia, kompem dia pukul balik org yg marah tu.
Kedua - suka buli abg & sepupu lelaki dia. Nnt dia ketuk kepala sepupu dia ngan sudu & nak baling toys kat abg dia.
Ketiga - pakar panjat memanjat... dia telah berjaya memanjat kerusi di meja komputer saya, dan kemudian memanjat meja komputer tersebut utk mengambil barang2 yg saya simpan di atas para dalam bilik saya, dan semalam masa ayah dia tengah duduk baca koran, dia telah memanjat dan turun dr bdn ayahnya dengan selamba sebarapa byk kali yg dia suka.

Sampai mama saya nampak pun mengucap panjang, ayat yg mama saya selalu cakap kat dia "Damia, napelah taknak jadik pempuan melayu terakhir, kasor benor la budak pempuan sorang nih"

Hmmm... pening kepala saya tgk anak dara saya tu, lasak mengalahkan abg dia. Adoyaii, jenuh nak ajar dia berlemah lembut bila dia dah besar esok nih.

Ni gaya budak penat main ketidoran.

Anak dara ni mmg susah nak diambik gambor. Lasr2 gambo mommy je la yg beriya... huhuhu...

Thursday, March 4, 2010

.::Happy Mode::.

Saya sgt happy... :)

Semlm bos saya panggil, dia bagi increament letter. Alhamdulillah, tahun ni dapat lebih. :)
Kalau nak diikutkan, saya x layak utk dpt special increament tu (merit), tapi bos saya kata semlm, "this is to show you that we appreciate that you come back and join us again", ooohhh... sungguh saya terharu. Saya tak sangka bos saya masih menitikberatkan kata-katanya walaupun perkara tu dah 3 bulan lebih berlaku, dan paling bos saya tekankan dia kata pedulikan cakap2 orang pasal hal tu, let them talk. camtu la katanya... Mmg saya abaikan semua kata2 mereka yg selalu memerli saya sbb saya join sini semula. Alaaa... diaorg tu jeles pasal saya dapat jam yg harganya mahal, dpt set perhiasan dinding... Jeles la kan... huhuhu...

Masa tgh bercakap2 dengan bos saya semlm, dia mintak saya rahsiakan pasal kenaikan yg dia bg pada saya. Mungkin dia rasa akan ada cakap2 tak puas hati pasal merit yg dia berikan pada saya itu. Lantaklah org yg x puas hati tu, yg penting bos saya tau hasil kerja saya macam mana. Satu lagi ayat yg dia tekankan semlm "any problem, just anything let me know ok?" owhhh sungguh baik hati bos saya itu. Tak semua bangsa Ca Ya Nun alif itu busuk hati. Salah sorang yg baik hati ialah bos saya... Kak shidah tunjuk kan saya list pungutan utk majlis farewell saya dulu, bos saya adalah antara penyumbang terbesar utk hadiah yg saya dpt dulu. Saya sgt syukur dpt bos yg sgt ok. Cuma cakapnye tu kadang2 sakit telinga sket la... Heheheh.. biasalah, volume kuat... :)

Semlm juga ada antara perkara yg membuatkan saya ketawa sampai hari ini.
Kisahnya, saya mohon cuti dari 11/3-13/3, reason yg saya tulis kat leave form tu cuma saya letak "personal". Terus bos saya tu call, tanye kenapa nak cuti sampai 3 hari. Then saya pun terus terang, kata nak pegi KL. Lepas tu boleh pulak dia tanya "are you looking for other job?" hahahaha... tergelak saya masa dia tanya tu. Saya cakapla tak, just personal matter. Punye la dia takut saya nak berenti lagi sekali... hahahaha... lepas tu, sekali lagi dia cakap "any problem let me know ok?" "Yes Ms. Sylvia" saya jawab sambil x tahan nak ketawa. Hahahaha...

Saya citer dengan kawan2 saya, diaorg pun pakat gelak sama2... hehehehe...
Sungguh saya takde niat pun nak carik kerja lain, sbb saya dah malas nak bekerja makan gaji. Kalu saya berhenti, saya takkan carik kerja lain. Saya akan buat bisnes sendiri. Itu niat saya.
Jadik bos, bos jangan bimbang, saya takkan carik kerja lain dlm masa terdekat nih. :)

Tuesday, March 2, 2010

.::Angan-angan saya::.

Hmmm... saya ni sebenarnya sedang melalui fasa bosan utk bekerja, tapi apa boleh buat. Kalau tak bekerja, takda la duit kat tangan. Tapi serius, mmg saya dah bosan nak menghabiskan masa dari 8am-5.30pm kat opis. Tu belum tambah perjalanan pergi balik kerja. Balik kerja kompem la jem, highway pasir gudang tu mana pernah jem kalu bukan cuti panjang. Bosan kan kerja camnih, lagipun kerja plak tak mencabar. Setakat duduk kat opis settlekan order, tambah sket itu ini. Mmg tak mencabar langsung.

Teringat zaman practical kat TV3 dulu. Kerja sbg Assistant Producer & Journalist. Sangat seronok! Tapi rezeki saya bukan dalam bidang tu, nak buat camana. Jenuh saya hantar resume sana-sini. Cuma sekali je saya dipanggil utk interview oleh Karangkraf. Itupun lepas resume kali yg ke-15 dihantar rasanya. Tuhan dah tetapkan, kewartawanan bukan bidang kerja saya. Maka, apa yang saya belajar selama 2thn di Akademi TV3 tu sekadar memberikan saya ilmu dan pengalaman manis ketika menuntut di sana. Redha la saya bekerja sbg kerani di pasir gudang yg penuh dengan pencemaran udara nih. Mmg rezeki saya dan keluarga di sini.

Tapi sekarang, saya rasa saya nak menambah rezeki saya yg sedia ada dengan membuat bisnes. Dulu saya pernah buat online bisnes, tapi ditutup atas sebab saya tak boleh handle seorang dan faktor masa yg terhad. Sekarang saya dah ada adik yg mempunyai niat yg sama spt saya. Jadi saya terfikir utk menyambung kembali bisnes yg pernah tergendala dulu. Ini baru angan-angan namanya. Tapi rasanya angan-angan ni akan jadi kenyataan. Cuma saya kena tunggu sikit masa lagi, sekarang ni masih tak cukup modal, plus saya masih survey apa barang yg saya dan adik saya akan marketkan. Adik saya propose pada saya utk concentrate pada barang2 souvenir org kawen & buat barang2 hantaran. Saya & adik saya mmg ada kelebihan dlm benda2 tu (ni bukan bangga diri ya), tapi kena ada org yg boleh marketkan usaha kami utk buat benda tu. InsyaAllah, saya rasa saya akan tubuhkan satu syarikat kecik atas nama kami 2 beradik nanti. Lepas ada syarikat sendiri, mudah-mudahan bisnes kami akan berjalan lancar.

InsyaAllah... itu angan-angan + cita2 saya ya. :)

Wednesday, February 17, 2010

.::Campur-campur la yek::.

Hmmm... setelah sekian lama blog ni terbengkalai, baru hari ni saya nak update...
Terbengkalai bukan sebab apa, sebab x leh guna tenet kat opis... ni pun curik2 guna... sat lagi pepandai la clear kan history... kat umah plak xde masa nak update blog... kang baru nak taip, si damia dah tekan2 keyboard... nnt dia tido, mommy dia pun ikut tido sekali... hahahah.. camane nak update blog kat umah kan,... :p

Rasenye belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pd kengkawan yg menyambutnya... cuti lama haritu, macam2 aktiviti ada... tambah2 lagi anak2 sedara pun ada, mmg macam2 la yg kiteorg buat... kebykkannye jenjalan la... semlm pegi Kota Tinggi Waterfall, punya la ramai manusia... nyesal plak pegi time hari cuti camnih... tp bebudak tu suka, enjoy je diaorg... cuma kiteorg pegi tak lama mana la, kul 11am sampai, kul 2ptg dah bertolak balik umah... sampai umah, semua lepak... tido la apa lagi... mintak maaf la yek, gambo xde... sbb camera digital buruk saya dah rosak... LCD screen dia x kluar gambar... so, malas nak amek gambo... tunggu saya beli DSLR yek... hehehe.. insyaAllah... doakan saya ada rezeki nak beli mende tu... angan2 saya betul nak ada seketul DSLR, x yah yg advance sgt... basic pun jadik la... tp basic pun rege cecah RM2K.... huhuhuh... mane nak dapek fulus... xpe.. simpan dulu angan2 tu... :)

nak citer lagi... haritu company tmpt saya keje dah announce kan our yearly bonus... alhamdulillah, dpt 2.8months... tp haritu, masa bebudak nak naik sekolah, diaorg dah bagi advance 1bulan bonus, so tinggal lagi 1.8mths je la... syukur sgt company bermurah hati nak bg extra 0.8mths... hujung bulan ni baru la nampak bonusnye... skrg ni belum lagi... haritu pun, masa nak cuti CNY, tah camane company ni sekali lagi bermurah hati nak bagi gaji seblm CNY holiday... syukur sgt2.. xdelah merasa berjalan xde duit... hehehe...

mmm... aritu dah janji ngan Danish, kalu mommy dpt bonus, mommy nak belikan dia basikal... sekali ngan adik dia la... seronok betul dia... sampai melompat2 kesukaan... hehehe... insyaAllah, nnt mommy belikan Danish basikal yek... kesian plak x de ape2 utk dia, dah la nak bercuti ke Langkawi tu pun dah cancelled, so baiklah belikan dia something in return x jadik bercuti...

ape lagi nak citer ni... mmm... rasenye tu dulu la kot, nnt senang2 ade mase saye curik2 update blog kat opis lagik.. hehehe...

Friday, January 8, 2010

.::Geram::.

Saya geram nih...
Facebook dah kene block plak kat opis...
nyampah btol... tp seb baik dia block FB jer..,.
Kalu dia block seantero tenet, lagik bengang kan...

At least boleh gak saya cilok2 tenet...
Kalu straight forward mengadap keje jer, kompem la kebuhsanan..

Mekaseh yg Mr. Lim, sbb x block terus kiteorg nye tenet kat opis neyh...

Tuesday, January 5, 2010

.::Entry ke-2 dlm ari yg same::.

Tajuk tu menunjukkan seolah-olah saya x de keje kan...
Hehehe.. keje ade... tp smua dlm bilik bos...
saya menanti bos saya mengeluarkan segala dokumen yg perlu beliau tandatangani sepanjang sebulan beliau x masuk ke opis... betapa banyaknye dokumen yg perlu beliau sign...
Mmg dah tugas bos camtu kan... sign jer la... bukan susah mane pun...

Sbnrnye nak citer ni... tadi boss panggil buat appraisal...
Dan beliau sudah mengkhabarkan xde promotion utk saya thn ni... betapa sedihnye hati ini mendengarnye... tapi nak wat camane, dah dia kate xde... semua gara2 kes saya berenti pastu masuk semula... xper la... yg penting bonus & increament dpt...

Tapi disebabkan berita ini juga, hati saya dah berkata... "nak carik keje lain"...
Sbb dulu mmg saya penah bagi kata dua pada diri saya, kalu sampai hujung thn ni still xde promotion, makanye dah tiba masa utk saya cari tapak yg lebih selesa... tp, saya sayang dgn kawan2 saya kat sini... hmmmm... susah kan nak buat keputusan...

Saya bukan apa, tingin gak merasa jawatan supervisor... x dpt supervisor, assistant supervisor pun x jadik la... saya ni ade ciri2 ketua (cewahhh, puji diri sendiri plak dah)... tp nak wat camane kalu org lain masih x nampak ciri2 yg saya ade tu... terpaksa la saya lobi diri saya utk mencari keje lain...

Lepas berita tu jugak tadi, buat mood saya agak down... tapi skrg dah ok sket...
Mmmm... balik ni nak diskus balik ngan suami saya camane...

Friday, December 4, 2009

welcome back... eryne....

i have to... i don't have other choice... that's why i'm back here....

kisahnye camnih....
yessss... i already report duty to the government on the 17th November at Putrajaya...
mase 1st day sgt excited.. yer la... dgr motivasi dari org2 JPA, mmg buat kite bersemangat nak keje kat sane... hati mmg berdebar la nak tunggu posting letter...
finally, after few hours aku dpt jugak surat penempatan... and aku ditempatkan di Kementerian Sumber Manusia... so, aku diarahkan lapor diri kat sane.... bile tiba kat kementerian, we all have to wait for final posting place... tunggu lagi for few hours... then ptg tu one of their staff masuk and tanye kiteorg mahu ditempatkan di mana... when I said JB, takde kosong... so, they offer me at putrajaya... mmm... for me putrajaya pun ok, xder la jauh sgt dgn JB kan... kalu travel by bus should be 4-5hours dah smpi umah... so, mlm tu ckp dgn hubby, kene carik barang2 utk sewa bilik... but that time, hati rase x sedap... rase cam ade something x kene la... dgn rindu kat D&D lagi... huhuhu.. sungguh mencabar keimanan...

esoknye, pegi kementerian cam biasa... wait for few more hours... then staff semlm masuk semula... xde kekosongan pulak kat putrajaya... adehhh... camane nih, abis tu nak kene hantar ke mana... hati dah risau, kekosongan byk kat belah utara and sabah/sarawak... risau kene hantar ke sana... ok.. then staff tu kluar... then after 1 hour, boss dia masuk pulak....

bile tanye2 aku, "awak nak ke mana? dah xde kekosongan lain nih... saya antar awak ke prai ye"... aku terdiam la...

pastu dia kate "kalu awak diam, saye antar jer awak ke sane"...

otomatik rase nak nangis... sms hubby bg tau dia yg aku nak kene anto ke prai... dlm hati mmg dah ingat nak resign jer ni.. x per la kalu x keje gomen pun... then boss tu keluar semula... dlm 10min gitu dia masuk balik... panggil nama aku, mase tu mate dah merah sbb dah nangis kan...
dia tanye "apasal mate merah, awak nangis ke?"...
abis aku jawab "xde la"...

kang aku nangis lagi kat situ lagi malu... pastu dia suh aku and sorang lagi budak yg x dpt posting kat tmpt yg kite nak balik semula ke JPA.. sbb xde kekosongan tempat di kawasan berdekatan... aku mmg bersyukur sgt2 la bile dia suh balik semula ke JPA...

citer kat JPA pulak... aku jumpe budak name Nurul Ezzah... baik budaknye... sgt la membantu... citer kat dia masalah aku and sorang lagi kawan aku nih...
then dia tanye "puan nak kat area mane, nnt saya tolong call kan kementerian tu"...

aku pun sebutla "KL ade kosong x"...

then dia mintak aku tunggu kejap utk buat panggilan, after a few minutes dia dtg semula and kate
"kat kl ade kosong puan, nnt saye prepare surat baru utk puan ye" camtu la lebih kurang bunyinye...

aku pun excited la kan, dpt kat tmpt yg mmg mudah utk aku travel... lepas a few minutes dia dtg lagi and bawak surat utk lapor diri kat Kementerian Pelancongan, KL...
mmg happy sungguh time tu...

then aku & hubby pegi ke KL utk lapor diri kat sane... hubby drive sampai bandar tasik selatan, then kiteorg naik train dr sane ke PWTC... xreti nak drive dlm bandar KL, sbb tu decide naik train jer.. senang...

sampai kat The Mall, naik tingkat 20.. bile sampai tingkat 20, dia suh naik tingkat 23, bhgn sumber manusia... maka melapor diri la aku di sane... kat sane rupenye dah ade 4 org yg menunggu surat posting... campur aku maka jadikla 5 org... tunggu sampai ke petang... mmg xde tanda yg kiteorg akan dpt surat final posting.... so, ptg tu diaorg suh kite balik dulu then dtg semula esok pg kul 8.30am...

so, ptg tu aku and hubby naik train semula and drive balik ke kajang and packing semula barang aku kat sane utk shift ke umah adik aku kat ampang... malam tu jugak hubby balik JB... sib baik la time tu aku dah kene transfer ke KL, kalu x mati kutu aku kat umah MakUcu... huhuhu... buhsan duk umah dia... so, mlm tu adik aku jemput aku kat umah makcik aku tu utk ke umah dia...

esok pagi2 aku mntk tlg adik aku antar ke lrt stesen cempaka... so, aku travel by train jer utk ke PWTC... maka pg tu menunggu la kami sekali lagi utk surat posting... dlm kul 9am gitu, one of diaorg punye pegawai mintak kami masukkan data peribadi dlm HRMIS... mmg kami excited nak start keje nih... bile siap semua... dlm dah dekat nk lunch hour gitu baru la aku dpt surat final posting... bile bace, dpt kat MATIC... Malaysia Tourism Information Center, Jalan Ampang... senang citer kat Saloma Bistro tu la... mase tu still lum tau lagi ape tugas kami...
off we go to jalan ampang from The Mall.. sib baik ade salah sorang dari kami tu bawak keta.. so, aku menumpang jer la keta dia...

sampai kat Matic, org mmg ramai... name pun pusat penerangan pelancongan.. haruslah ramai dgn pelancong... then kiteorg diarahkan utk tunggu pengarah... tunggu punye tunggu, kul 3 ptg baru dpt jumpe pengarah... time tu baru tau skop of job as customer service at MATIC... kat sane gelarannye ialah Tourist Assisstant... kejenye.. jawab call tu biase la... yg lain2 tu, kene entertain tourist yg dtg bertanyakan soalan.. so, we have to be full of information... macam2 bende la nak kene tau... then, kalu ade grup dtg melawat, kami perlu bawak grup tu tour satu MATIC... which is not a kind of job I dream for... then... tiba satu part yg buat aku betul2 pk abis-abisan utk tolak keje ni...

that will be, we have to work in shift... no public holiday... public holiday x tau la digantikan hari ape... then shift will be from 8am to 5pm, and 1pm to 10pm... memule mase pengarah tu tanye ade masalah ke x, ingat oklah... rase cam xde masalah... but bile pk2 balik, sepanjang aku keje 8thn ni x penah sekali pun aku kene keje shift... mmg aku xleh get usual to it... dari rase pegi keje tu adalah tanggungjawab, nnt bertukar jadik terpakse and aku x happy keje camtu buat ape... dpt gaji x berkat... buat ape kan... then 2nd problem is anak2... aku nak bawak D&D ke sane... kalu aku kene keje ptg camane, sape nak tgk buku sekolah Danish... sape nak tgk time budak2 tu nak tido... xkan nak harap kat adik aku jer... dia pun ade 3 org anak yg nak diuruskan... kalu hubby aku ade tu lain... boleh la dia uruskan anak2 kan... ade org suggest, anak2 tinggalkan kat nursery time aku keje ptg... but kene pk lagi... bende tu incured cost... no way... dah ler gaji makin kurang, nak naikkan costing mmg x boleh... that's all not in my agenda... aku keje nak tolong suami... kang dah name aku keje, tp still kene mintak duit lagi kat dia utk tampung kos hidup aku kat sane buat ape... dari nak cut cost, terus jadik makin tinggi kos sara hidup...

ok, balik semula story tadi... then mlm tu aku sms hubby, aku kate aku x nak keje ni.. aku nak resign, then dia kate... try mintak tukar kementerian... oklah, aku pun ikut dulu kate dia...
esoknye aku mintak tlg adik aku hantar aku gi putrajaya... kat sane, sekali lagi aku pegi kat JPA, tp budak name Nurul Ezzah tu xde, cuti pulak dia... then aku jumpe dgn salah sorang boss dia... puan tu tanye, dah jumpe kementerian ke belum... then aku kate la belum...
so, dia mintak aku jumpe kementerian dulu and try mintak tukar antara jabatan.. dia kate antara jabatan mesti ade kekosongan... and aku pun, oklah... ajak adik aku ke KL semula... kat sane aku jumpe lagi sekali org yg same mase aku lapor diri.. malangnye... jawatan sbg Pegawai Khidmat Pelanggan xde kekosongan kat tmpt lain... and jwtn tu pun cume ade dekat HQ and MATIC shj... aku pun dah patah semangat semula... ptg tu aku decide nak balik JB... dlm bas aku byk pk... nak try tukar kementerian ke x... hubby suh try sekali lagi... final try la... tp aku penat... ulang-alik berkali2... duit keluar mmg cam air... jangan citer pasal duit la... byk bende yg aku rase membazir... duit, tenaga, masa... semua pun membazir... tp aku redha... mungkin rezeki aku bukan kat sane...

so, pd korang2 yg rase aku buat keputusan yg salah.. suke hati korang la nak kate ape... aku mmg x suke bile org2 luar ni cam nak tentukan aku patut keje atau x kat gomen tu... org luar x tau ape masalah aku... mmg la diarog tu just bg pendapat... I appreciate it, but kalu sampai pendapat tu bunyinye macam "aku patut ikut ape diaorg kate"... to hell with it... aku mmg x suke... kalu korang kate "think wisely, only u know the best for u and your family"... ok... mmg aku hargai... tp kalu dia kate "ape salahnye cuba dulu keje tu".... eeeiiiii... mmg aku cukup x suke... lain la kalu pendapat tu dtg dr keluarga aku sendiri... that one I'll consider as oklah... ini dtg dari org luar yg x tau ape masalah akan timbul kemudian hari.... boleh blah la... time aku susah nnt bukannye org luar tu yg nak tolong aku... kalu aku susah, family aku pun ikut susah... aku x nak menyusahkan family aku... makanya, aku nekad utk resign dari keje gomen tu... tak bermakna kite resign keje gomen maka its the end of life... aku percaya rezeki ada kat mana2... maknanya rezeki aku sekeluarga masih di sini... aku bersyukur sgt tmpt keje lama aku nak terima aku semula... especially my boss... dia kate dia sgt appreciate bile aku join sini balik... aku pun rase aku lebih happy keje kat sini... kawan2 semua dah macam adik-beradik... and bile aku balik, aku rasa aku lebih menghargai apa yang aku ada kat sini... and especially my colleague partner... kak shidah... sgt2 la membantu tatkala aku susah.. selalu call aku bile aku kat sane... dgr masalah aku.. aku sgt2 bersyukur dpt colleague cam nih... thank you kak shidah...

to all of you at POC, thank u very much for giving me the chance for me to join back here...

kalu bende yg aku nak cakap ni ade antara korang x suke, terpulang la kan.. bak kate kak ifa, ni blog aku, suke hati aku la nak kate ape pun... kalu korang x suke boleh blah... hahahha.. lebih kurang gitu la kan... aku citer x sebut name.. tp kalu ada antara korang terasa, aku mintak maaf la ye... lagi sekali aku kate...

NI BLOG AKU SUKA HATI AKU NAK TULIS APA DALAM BLOG AKU, KORANG TAK SUKA JGN DTG BACA BLOG AKU LAGI!!!

mungkin bunyinye agak kasar, tp aku belajar dari pengalaman... korang nak nilaikan aku ni ape, suka hati korang la... yg penting aku lebih bahagia bila aku balik semula ke sini...

Friday, November 13, 2009

Goodbye POC... Putrajaya here I come...

Hmmm... my last day at this company should be tomorrow... but, tomorrow mesti xde masa nak tulis ape2 kat blog nih...

After 7 1/2 years serves this company, finally aku berjaya dapat keje lain... lepas tah berapa kali interview pun x ingat la... yg private paling byk aku pegi... tapi x sangka, interview sekali dgn government, terus sangkut... alhamdulillah... rezeki anak2...

Hmmm... keje kat POC start mase aku anak dara lagi... mase baru bertunang dgn hubby...
1 April 2002 to be exact... mase baru2 masuk keje dulu kene buat report sales tax, tiap kali kene buat report tu tiap kali tu la aku rase nak berenti keje... tension giler buat mende alah tu...
tp mama kate, selagi x dapat keje baru jgn berenti keje... mase tu mmg susah nak dpt keje la...
gune Diploma, tp gaji starting at RM850/mth belum plus allowence & belum tolak EPF & SOCSO... sgt kecik kan...

Tapi sbb mase tu dah bertunang and nak kawen.... so, nak tak nak kene gak la redha dgn keje yg sedia ada tu... kalu x kerana nak simpan duit utk kawen, mmg aku dah lame berenti keje dari sini... lepas sethn lebih keje, aku makin terror buat report tu.... hehehe... so, xde lagi masalah nak berenti keje, tp masalah ngan bos pulak... huhuhu... bos aku ni x suke org MC... aku pulak mmg tetiap bulan ade MC... dah sakit kan... MC jer la... dia ingat aku sakit main2 ke?... then lagi satu, dia kate aku suke amek EL, tah brape kalu jer aku amek EL dia claim selalu... bengong punye bos... dek kerana aku punye rekod MC & EL tu la aku x penah dpt promotion dr mula keje sampai la aku nak berenti keje ni pun... Merit pun penah dpt rasenye dlm 2-3 kali jer...
punye la kedekut bos aku tu kan... tp skrg dia dah xde... dah berenti & pi keje kat tempat lain... tenang sket jiwa aku nih... hahahha....

2thn lepas bos aku suh switch job... maknenye partner aku buat keje aku and aku buat keje partner aku... maka berakhirlah kisah aku buat report sales tax yg penah satu ketika buat aku migrain dan hilang semangat utk bekerja... aku kene ambik alih tugas prepare P/O utk barang spare part utk store & stationery, office equipment utk admin department... bile bos aku berenti keje pertengahan tahun lepas... semua kerja2 purchase dari A-Z aku buat... dari kumpul quotation, discuss price & prepare P/O, semua aku yg buat... temporary bos dari Lam Soon yg arahkan aku buat semua tu... sbb dia nak aku mahir so, dia x pening pale nak handle byk keje... yer la... dah dia Business Controller kat sane, harus la kat sane pun byk keje... then dia datang pun 2 minggu sekali... dlm mase dia x de kat opis tu aku kene handle semuanye... dia cume sign final P/O sahaja... aku pulak rase seronok buat bende nih... terus xde la dlm pale otak ni nak pk carik keje lain.. cume aku bg tau kat hubby, kalu by next year still xde promotion, baru nak carik keje lain... then x sangka pulak kan... mase birthday danish aritu dpt khabar gembira... tak kisah la walau gaji keje kat gomen tu kecik sket dari sini, asalkan keje tu menjamin masa depan...

Itulah serba sket sejarah aku keje kat sini... akhirnya, aku akan meninggalkan tempat ni jua...
sedih jugak nak tinggalkan kawan2 kat sini... tp, nak wat camane... kene jugak pergi utk masa depan... InsyaAllah, aku xkan lupe kawan2 kat POC ni... aku akan selalu keep in touch dgn diaorg...

Tuesday, August 11, 2009

Tak berkesempatan

Pagi2 tadi ingat dah nak update.. tp x sempat pulak...
Smlm kan ade buat potluck kat opis, tu yg ingat nak update tang potluck tu...
Tp x sempat...

Bz benor arini.... byk betul order barang nak kene buat..
Gilosss betul... baru nak settle sket, dah dtg inquiry baru...
Takleh nak relax2...

Walau x sempat nak update blog, tp aku tetap ade je masa nak bercucuk tanam kat FB...ekekekeke...

Hmmm... kalu sempat esok aku update lagi...