CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Fasting and Breastfeeding Mommy

Harini dah nak habis hari ke-3 kita berpuasa. Even dah terlambat few days, tapi tetap nak wish Selamat Berpuasa jugak lah utk semua. So macam mana puasa korang semua setakat ni? Ok? KO? Saya Alhamdulillah, setakat ni boleh berpuasa penuh lagi. Ni first time saya berpuasa dan menyusukan baby. Oh, baby saya masih fully BF. Syukur Alhamdulillah, rezeki anak last ni dpt saya fully BF kan dia.

Kita cerita sikit pasal berpuasa bagi mommies yg BF baby.

Sebelum puasa haritu, merata saya google info macam mana emak-emak kat luar tu yg menyusukan baby, tapi masih boleh berpuasa tanpa menjejaskan production susu. Rata-rata yg saya baca semua kata kena makan kurma, minum susu, milo, horlick, minum air masak lebih 3 liter. Ada yg suggest ambik supplement Shaklee Enegizing Soy Protein (ESP) which is mmg byk sgt positive feedback. Saya mmg pengguna supplement Shaklee sejak berpantang haritu. Pada saya tak berapa sgt menambah kuantiti Cuma memekatkan susu tu boleh la.

Hasil pump dekat office sebelum puasa haritu. Gambar ni saya dah share dekat Instagram.


Hari pertama puasa, bersahur tanpa makan kurma dan tak minum susu. Saya Cuma makan nasi + ikan + sayur dan minum air milo + oats & air masak tak cukup 1 liter. Memandangkan 1st day puasa tu Public Holiday so baby mmg direct feeding (DF) je lah. And baru pukul 11am, saya dah rasa pening kepala macam nak muntah. Badan rasa letih sangat, soo saya cuma baring je lah. Bila dah ok sikit, saya bangun buat kerja sikit-sikit. Kepala tak pening tapi perut pulak pedih. Alahai, masa tu jam dah pukul 3 lebih. Saya kuatkan semangat utk teruskan puasa. Alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh haritu.  Lepas maghrib macam tu baby dah start menyusu macam tak puas, kuat dia sedut tapi mulut dia bising macam marah. Sampai sakit cik B saya. Huhu. So saya start minum air masak, sampai tak tau berapa kali saya mengulang ke toilet. Bila dah time baby bangun menyusu tengah malam, susu dah back to normal.

Then hari kedua sahur, saya makan kurma 5 biji, susu 1 mug, milo + oats – 1 mug, air masak x tau brape byk, makan nasik berlaukkan sayur and ikan. Alhamdulillah, 2nd day berpuasa saya rasa lebih bertenaga, takde sakit kepala rasa nak muntah and takde pedih perut. Then bila waktu pump, susu tetap maintain macam selalu. Mudah-mudahan rezeki baby berpanjangan la hendaknya.

Ada a few recipe yg saya dapat hasil dari bacaan dekat FB and google utk menyediakan susu kurma yg sedap. Saya belum pernah cuba sebab takde blender yg sesuai nak digunakan utk blend air. Kalau dah ada blender yg sesuai sure saya dah cuba. Yg paling saya nak try is susu + kurma + badam, diblend sekali and minum masa sahur and berbuka. Baca komen-komen semua kata sedap. Haihhh… bila la nak try buat ni. Selain bagus utk penghasilan susu, badam juga bagus utk otak. Saya pernah tgk rancangan apa dulu dah lupa, ada doctor Fazley dalam rancangan tu. Alaaaa… doctor Fazley masterchef Celebrity tu la. Dia cakap masa dia kecik-kecik dulu maknya selalu buatkan susu + kurma + badam diblender. Doctor fazley kata minuman tu bagus utk pelajar sekolah. Kalau bagus utk pelajar, off course la bagus juga utk org dewasa kan. Saya ingat nanti nak try buat and bagi kat anak-anak saya rasa.

Oklah , untuk tiga hari pertama berpuasa ni, saya boleh buat sedikit kesimpulan. Ibu yg menyusukan baby pada bulan ramadhan perlu buat benda-benda ni.

1)       Makan kurma waktu sahur dan berbuka. Saya ada baca somewhere dekat FB, makan kurma dalam kuantiti ganjil, 1, 3, 5 dan 7.
2)      Minum air lebih dari 2 liter, seeloknya minum dari waktu lepas berbuka hingga sahur.
3)      Berbuka dengan makanan yg berkhasiat – mesti cukup semua jenis zat.
4)      Kalau boleh, ambil supplement. Tak kisah la brand apa, janji vitamin – untuk mencukupkan zat dalam susu.
5)      Berdoa - mintak Dia murahkan rezeki.

Lepas ni saya nak continue semula pengambilan supplement Shaklee yg terbantut sekejap haritu. Saya dah dapat jadual pemakanan yg betul, so bole mulakan esok. Mudah-mudahan apa yg saya makan ini akan menjadi susu yg baik utk anak saya.

So rasanya itu saje yg saya nak kongsikan kali ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada mommies kat luar sana tu ye. InsyaAllah. 

Tuesday, July 2, 2013

Baby & Jaundice

Normally newborn baby mesti ada masalah jaundice atau lebih dikenali dgn kuning. Melalui pembacaan dari google, mmg rata-rata 50-60% baby yg baru lahir akan mendapat jaundice. My baby girl pun tak terlepas dari penyakit ni.

Dari apa yang saya google, ada beberapa jenis demam kuning. Antaranya Demam kuning normal (physiological jaundice), 2. Demam kuning pra-matang, 3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice), 4. Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak.
Tapi saya Cuma nak cerita demam kuning yg terkena pada baby saya iaitu demam kuning normal (physiological jaundice. Demam kuning ni biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Baby saya mula nampak ciri-ciri demam kuning lepas 2 hari balik dari hospital, maknanya lebih kurang hari ke-4 macam tu. Sebelum discharge dari hospital pun doctor dah suruh buat follow-up blood test dekat klinik kesihatan. So, on 08/04/13 kami ke klinik utk buat blood test. The AOB result was 11.9  Tidak memuaskan hati doctor. Jadi kami disuruh untuk datang lagi pada keesokkan harinya. Kali ke dua, keputusan AOB blood test makin tinggi, iaitu 12.6. Doctor agak risau, dia suruh datang lagi utk buat blood test esoknya. Tapi dalam pada tu doctor nasihatkan utk bagi susu lebih kerap. Kalau baby tidur je, kejutkan baby bangun utk minum susu. Sebab doctor kata kuning tu akan keluar melalui air kencing or najis baby.

Then kami datang lagi ke klinik utk buat blood test kali ke-4. Result kali ni sama je dgn semalamnya 12.5, turun 0.01. Masih kena repeat blood test. Saya sbg maknye mestilah risau. Doctor mintak kami stg lagi utk buat ujian darah seterusnya. Selang 2 hari, kami ke klinik semula utk buat ujian darah kali ke-5, dan kali ni keputusan AOB agak menurun sedikit, iaitu 11. Doctor cakap kalau boleh mesti kena kurang lagi, jadi dia mintak utk dtg sekali lagi selang 3 hari. And kali ke-6 buat blood test, alhamdulillah. Kali ni result ujian darahnya kadar bilirubin dalam darahnya semakin kurang, menurun dengan bacaan 8.6. Doctor puas hati and dia cakap tak perlu datang lagi untuk buat blood test seterusnya. Tapi nurse ada bagi tahu, kalau baby kurang active and Nampak kuningnya tak berkurangan, dia advise kami supaya bawak baby ke klinik semula dengan segera.

Dalam tempoh nak turunkan bacaan bilirubin dalam darah baby tu, saya ada jugak mandikan baby dengan ubat yg dibeli dari kedai sen seh. Suami saya mandikan 3 kali dengan air ubat tu, selain saya pun bagi baby susu dengan lebih kerap. Alhamdulillah, akhirnya paras bilirubin dalam darah makin turun.

Baby mandi air rebusan ubat yg dibeli dr kedai sen seh,

Saya sempat bertanya pada doctor, result blood test yg macam mana akan menyebabkan baby di tahan di wad kanak-kanak. Doctor kata blood test result melebihi 15 maka baby akan dirujuk ke hospital dan di tahan di wad. Untuk result yang normal ialah 8 dan jika lebih dari 10 Cuma perlu di pantau dari masa ke semasa. Sebab tu la saya kena berulang ke klinik beberapa kali. Selagi blood test result tu tak memuaskan hati doctor, selagi tu kena datang buat test. But now, Alhamdulillah. She is fully recovered from it..

Pada ibubapa yg ada masalah macam ni, ada antara cara-cara yg boleh di ikhtiarkan. Ini melalui pembacaan saya sahaja dan bukan dari pengalaman ye. Cuma nak share cara-cara lain yg dicadangkan oleh orang lain. Antaranya ialah:

Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.

Anggur hijau di ambil sedikit airnya dan diberikan kepada bayi.
Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.