Normally newborn baby mesti ada masalah jaundice atau lebih dikenali
dgn kuning. Melalui pembacaan dari google, mmg rata-rata 50-60% baby yg baru
lahir akan mendapat jaundice. My baby girl pun tak terlepas dari penyakit ni.
Dari apa yang saya google, ada
beberapa jenis demam kuning. Antaranya Demam
kuning normal (physiological jaundice), 2. Demam kuning pra-matang, 3. Demam
kuning susu ibu (Breast milk jaundice), 4. Ketidaksuaian kumpulan darah antara
ibu dan emak.
Tapi saya Cuma nak cerita demam kuning
yg terkena pada baby saya iaitu demam kuning
normal (physiological jaundice. Demam kuning ni biasa berlaku pada bayi baru
lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak
mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati
bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah
merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan
seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi.
Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga
2 minggu.
Baby saya mula nampak ciri-ciri demam kuning lepas 2 hari balik dari
hospital, maknanya lebih kurang hari ke-4 macam tu. Sebelum discharge dari
hospital pun doctor dah suruh buat follow-up blood test dekat klinik kesihatan.
So, on 08/04/13 kami ke klinik utk buat blood test. The AOB result was 11.9 Tidak memuaskan hati doctor. Jadi kami disuruh untuk
datang lagi pada keesokkan harinya. Kali ke dua, keputusan AOB blood test makin tinggi, iaitu 12.6. Doctor agak risau, dia
suruh datang lagi utk buat blood test esoknya. Tapi dalam pada tu doctor
nasihatkan utk bagi susu lebih kerap. Kalau baby tidur je, kejutkan baby bangun
utk minum susu. Sebab doctor kata kuning tu akan keluar melalui air kencing or
najis baby.
Then kami datang lagi ke klinik utk buat blood test kali ke-4. Result kali ni sama je dgn semalamnya 12.5, turun 0.01. Masih kena repeat blood test. Saya sbg maknye mestilah risau. Doctor mintak kami stg lagi utk buat ujian darah seterusnya. Selang 2 hari, kami ke klinik semula utk buat ujian darah kali ke-5, dan kali ni keputusan AOB agak menurun sedikit, iaitu 11. Doctor cakap kalau boleh mesti kena kurang lagi, jadi dia mintak utk dtg sekali lagi selang 3 hari. And kali ke-6 buat blood test, alhamdulillah. Kali ni result ujian darahnya kadar bilirubin dalam darahnya semakin kurang, menurun dengan bacaan 8.6. Doctor puas hati and dia
cakap tak perlu datang lagi untuk buat blood test seterusnya. Tapi nurse ada
bagi tahu, kalau baby kurang active and Nampak kuningnya tak berkurangan, dia
advise kami supaya bawak baby ke klinik semula dengan segera.
Dalam tempoh nak turunkan bacaan bilirubin dalam darah baby tu, saya
ada jugak mandikan baby dengan ubat yg dibeli dari kedai sen seh. Suami saya
mandikan 3 kali dengan air ubat tu, selain saya pun bagi baby susu dengan lebih
kerap. Alhamdulillah, akhirnya paras bilirubin dalam darah makin turun.
Baby mandi air rebusan ubat yg dibeli dr kedai sen seh,
Saya sempat bertanya pada doctor, result blood test yg macam mana akan
menyebabkan baby di tahan di wad kanak-kanak. Doctor kata blood test result
melebihi 15 maka baby akan dirujuk ke hospital dan di tahan di wad. Untuk
result yang normal ialah 8 dan jika lebih dari 10 Cuma perlu di pantau dari
masa ke semasa. Sebab tu la saya kena berulang ke klinik beberapa kali. Selagi
blood test result tu tak memuaskan hati doctor, selagi tu kena datang buat
test. But now, Alhamdulillah. She is fully recovered from it..
Pada ibubapa yg ada masalah macam ni, ada antara cara-cara yg boleh di
ikhtiarkan. Ini melalui pembacaan saya sahaja dan bukan dari pengalaman ye. Cuma
nak share cara-cara lain yg dicadangkan oleh orang lain. Antaranya ialah:
Susukan bayi
sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
Rebus
daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi
untuk beberapa hari.
Tinggalkan
dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
Rebus
kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
Anggur hijau di
ambil sedikit airnya dan diberikan kepada bayi.
Beri
bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
Ambil
beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda
satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
Ambil
setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak
2 kali sehari sehingga sembuh.
Ambil
beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air
rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari
sehingga penyakit kuning hilang.
1 comments:
Thanks for sharing….
Anak buah last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.
Post a Comment