Friday, July 12, 2013
Fasting and Breastfeeding Mommy
Harini dah nak habis hari ke-3 kita berpuasa. Even dah terlambat few
days, tapi tetap nak wish Selamat Berpuasa jugak lah utk semua. So macam mana
puasa korang semua setakat ni? Ok? KO? Saya Alhamdulillah, setakat ni boleh
berpuasa penuh lagi. Ni first time saya berpuasa dan menyusukan baby. Oh, baby
saya masih fully BF. Syukur Alhamdulillah, rezeki anak last ni dpt saya fully
BF kan dia.
Kita cerita sikit pasal berpuasa bagi mommies yg BF baby.
Sebelum puasa haritu, merata saya google info macam mana emak-emak kat
luar tu yg menyusukan baby, tapi masih boleh berpuasa tanpa menjejaskan
production susu. Rata-rata yg saya baca semua kata kena makan kurma, minum
susu, milo, horlick, minum air masak lebih 3 liter. Ada yg suggest ambik
supplement Shaklee Enegizing Soy Protein (ESP) which is mmg byk sgt positive
feedback. Saya mmg pengguna supplement Shaklee sejak berpantang haritu. Pada
saya tak berapa sgt menambah kuantiti Cuma memekatkan susu tu boleh la.
Hasil pump dekat office sebelum puasa haritu. Gambar ni saya dah share dekat Instagram.
Hari pertama puasa, bersahur tanpa makan kurma dan tak minum susu. Saya
Cuma makan nasi + ikan + sayur dan minum air milo + oats & air masak tak
cukup 1 liter. Memandangkan 1st day puasa tu Public Holiday so baby mmg
direct feeding (DF) je lah. And baru pukul 11am, saya dah rasa pening kepala macam
nak muntah. Badan rasa letih sangat, soo saya cuma baring je lah. Bila dah ok
sikit, saya bangun buat kerja sikit-sikit. Kepala tak pening tapi perut pulak
pedih. Alahai, masa tu jam dah pukul 3 lebih. Saya kuatkan semangat utk
teruskan puasa. Alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh haritu. Lepas maghrib macam tu baby dah start menyusu
macam tak puas, kuat dia sedut tapi mulut dia bising macam marah. Sampai sakit
cik B saya. Huhu. So saya start minum air masak, sampai tak tau berapa kali saya
mengulang ke toilet. Bila dah time baby bangun menyusu tengah malam, susu dah
back to normal.
Then hari kedua sahur, saya makan kurma 5 biji, susu 1 mug, milo + oats
– 1 mug, air masak x tau brape byk, makan nasik berlaukkan sayur and ikan. Alhamdulillah,
2nd day berpuasa saya rasa lebih bertenaga, takde sakit kepala rasa
nak muntah and takde pedih perut. Then bila waktu pump, susu tetap maintain
macam selalu. Mudah-mudahan rezeki baby berpanjangan la hendaknya.
Ada a few recipe yg saya dapat hasil dari bacaan dekat FB and google
utk menyediakan susu kurma yg sedap. Saya belum pernah cuba sebab takde blender
yg sesuai nak digunakan utk blend air. Kalau dah ada blender yg sesuai sure
saya dah cuba. Yg paling saya nak try is susu + kurma + badam, diblend sekali
and minum masa sahur and berbuka. Baca komen-komen semua kata sedap. Haihhh…
bila la nak try buat ni. Selain bagus utk penghasilan susu, badam juga bagus
utk otak. Saya pernah tgk rancangan apa dulu dah lupa, ada doctor Fazley dalam
rancangan tu. Alaaaa… doctor Fazley masterchef Celebrity tu la. Dia cakap masa
dia kecik-kecik dulu maknya selalu buatkan susu + kurma + badam diblender.
Doctor fazley kata minuman tu bagus utk pelajar sekolah. Kalau bagus utk pelajar,
off course la bagus juga utk org dewasa kan. Saya ingat nanti nak try buat and
bagi kat anak-anak saya rasa.
Oklah , untuk tiga hari pertama berpuasa ni, saya boleh buat sedikit
kesimpulan. Ibu yg menyusukan baby pada bulan ramadhan perlu buat benda-benda
ni.
1)
Makan
kurma waktu sahur dan berbuka. Saya ada baca somewhere dekat FB, makan kurma
dalam kuantiti ganjil, 1, 3, 5 dan 7.
2)
Minum air lebih dari 2 liter, seeloknya minum
dari waktu lepas berbuka hingga sahur.
3)
Berbuka dengan makanan yg berkhasiat – mesti cukup
semua jenis zat.
4)
Kalau boleh, ambil supplement. Tak kisah la
brand apa, janji vitamin – untuk mencukupkan zat dalam susu.
5)
Berdoa - mintak Dia murahkan rezeki.
Lepas ni saya nak continue semula pengambilan supplement Shaklee yg
terbantut sekejap haritu. Saya dah dapat jadual pemakanan yg betul, so bole
mulakan esok. Mudah-mudahan apa yg saya makan ini akan menjadi susu yg baik utk
anak saya.
Labels:
Baby stories,
Breastfeeding,
Parenting,
Ramadhan al-mubarak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wow..meriah susu..Alhamdulillah..jemput singgah blog saya..http://dsupermama.blogspot.com/
::: assalam eryne yg suka tag saya tuuu.. hehe hmmm ni salah masuk blog ke tak ni.. saya lelaki tak tahu nak komen apa utk tajuk specialised utk mommy ni.. alhamdulillah tahniah eryne for having the 'last' baby (ye ke? skrg 2015) semoga eryne n baby sihat.. slmt berpuasa n slmt hari raya eryne.. :)
Waalaikummussalam,
Wah!!!! Lamanya x baca blog en.reactivate. saya dah tak menulis blog dah skrg, dah jadik full time mommy duduk rumah. Malas nak update blog ni dah.
Yes, mmg little girl ni the last one la. Cannot tambah lagi. Hahaha
Anyway, selamat berpuasa dan selamat hari raya ye.
Terima kasih sbb sudi jugak tinggal komen kat sini.
Waalaikummussalam,
Wah!!!! Lamanya x baca blog en.reactivate. saya dah tak menulis blog dah skrg, dah jadik full time mommy duduk rumah. Malas nak update blog ni dah.
Yes, mmg little girl ni the last one la. Cannot tambah lagi. Hahaha
Anyway, selamat berpuasa dan selamat hari raya ye.
Terima kasih sbb sudi jugak tinggal komen kat sini.
Post a Comment