CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

Langkawi sgt syiok! (Part 1)

Macam ni la keadaan blog saya, sebulan sekali x pun dua bulan sekali baru ada coretan.
Tgk org lain yg hari2 update blog tu jeles je kan, tp sendiri nak update MALAS!
Tak habis2 penyakit M besar nih.
Kalau nak diikutkan, ada je story nak cerita. Tapi masa yg tak mengizinkan (ceh salahkan masa pulak!)

Last week cuti sekolah, saya sempat jalan-jalan makan angin ke Langkawi. Sebenarnya ni kali ke-3 saya ke sana. Kali pertama masa umur saya 14thn, kali ke-2 time honeymoon dgn hubby thn 2003. Dan kali ke-3 ni, dapat bawak anak2 datang sini. Tak pernah serik datang Langkawi, malah rasa nak pergi lagi pun ada. Hehehe...
Ad hock vacation, takde perancangan pun. Asalnya nak ke Cameron Highland, entah tetiba boleh tertukar plan.
So, ke Langkawi la kami anak-beranak. Hubby drive sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Perlis.
Bertolak pukul 6am dari rumah, sampai jeti Kuala Perlis pukul 7.05pm. Kejar last ferry yg nak ke Langkawi, macam nak terbang MPV kami. Jalan jammed merata tempat, rasanya lebih dari 5 kawasan jammed yg kami kena lalu. Satu tempat jammed ambik masa hampir setengah jam ke 45 minit utk lepas. Saya mmg dah tawakkal je dalam hati, sbb mmg jangka tak sempat nak naik last ferry tu.
Alhamdulillah, ferry delay. Nasib baik ferry tu delay, kalau tak kene tidur kat Kuala Perlis la jawabnya.

Sampai jeti Pulau Langkawi lebih kurang pukul 8.45pm, keluar dari plaza tu then carik teksi. Nasib baik la teksi senang nak dapat, terus la kami tuju ke hotel yg kami dah booked sblm tu. Sampai hotel terus check-in, then keluar semula sbb perut lapar, makan cuma waktu pagi dia Restoren Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Tengaharinya cuma makan roti shj sebab nak kejarkan masa utk sampai ke Kuala Perlis.
Oh ye, kami menginap di Hotel Grand Continental, agak jauh jugak dari pekan Kuah & juga Pantai Chenang (tmpt paling syiok utk leisure kat Langkawi). Lepas dah simpan barang semua, kami anak beranak jalan kaki keluar sikit dari hotel utk cari kedai makan, nasib baik la tak payah jalan jauh2. Kami terus duduk & order makan, sementara nak menunggu makanan sampai, sempat saya pergi kedai Duty Free kat sebelah kedai makan tu. Beli coklat la, apa lagi. Nak beli pinggan mangkuk, hmmm.. duitnya tak banyak, so lupakan la niat tu. Coklat sangat2 murah. Tapi saya beli sikit je, setakat nak memenuhi kehendak anak saya. :)

Lepas makan, balik hotel. Mandi bersihkan diri, terus lepak. Penat seharian travel dari JB ke Langkawi. Macam nak patah pinggang pun iye.

Esoknya pagi2 saya dah terjaga, biasalah anak2 saya tu. Pagi2 harus mintak susu. Lepas dah terjaga tu, terus bangun & siap2 mulakan perjalanan keliling pulau. Tunggu agent kereta sewa hantar kan kereta dekat hotel, sementara menunggu kereta sampai kami sarapan dulu. Menunya cam biasa2 saja, bihun goreng, roti bakar, sosej, telur omelet, kopi, teh, orange juice. Biasa2 je lah.

Lepas breakfast, keta pun dah ada. Kami pun start la berjalan. Tempat pertama, kami tuju Tourism Center. Nak mintak peta. Hehehe. Lepas ambik peta, tmpt pertama kami tuju ialah utk naik Cable Car. Kami dgn confident tuju ke Gunung Raya. Sampai dekat puncak Gunung Raya, tertanya2 jugaklah mana cable car nya. Bila dah masuk kat resort tu, baru la kami tau, rupanya dah tersalah tempat. Cable car terletak kat Gunung Mat Cincang. Huhuhuh. Tapi apa2 pun, tak rasa rugi naik resort tu dengan bayaran RM10 utk dewasa (kanak2 free). Walaupun tak nampak pemandangan sebab keadaan hujan agak lebat + kabus tebal, tapi saya enjoy cuaca sejuk kat situ. Terasa macam kat oversea. Hehehe. Dalam sejam lebih jugak kami kat atas puncak Gunung Raya. Puas ambik gambar, baru kami turun. Itupun sebab si anak dara saya dah menangis2 nak balik (dia takut kat atas menara).
Pic was taken just before the kabus datang.



The peak diselimuti kabus tebal, Mia takut nak dekat dgn besi pemegang tu.


Tukang bawak kereta dari JB sampai Kuala Perlis sambung lagi kat Langkawi. Hehe

Mommy perasan posing japs.. Hak Hak Hak

Kabus di mana-mana & Mia takut nak jalan kat luar. Huhuhu

Gambar mmg tak clear sbb kabus & angin menderu-deru.




Ini la nama tempat dekat atas puncak Gunung Raya - The Peak D Coconut Hill Resort

Turun dari Gunung Raya, kami belum tau nak ke mana. Dalam pada tu, ternampak Kompleks Kraf. So, singgah kat situ.

Sambung lagi ke Part 2 ye, panjang benor nak menaip semua dlm satu entry.

0 comments: