CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 23, 2011

Fuhhh!!! Kue Teow Power

Masa saya bercuti ke Utara haritu, sempat saya tido semalam dekat Alor Setar. Sempat jugak saya pergi makan dekat kedai Kue Teow yg pernah kami (saya & hubby) pergi 8-9thn lepas. Zaman berdating kan syok. Saya ingat lagi, masa tu dia jual guna basikal je, dekat simpang jalan. Ramai org makan kat situ.

Then kebetulan dah ada dekat Alor Setar, hubby saya ajak saya pergi makan kat situ lagi. Dah lama teringin benornya. So, tak nak melepaskan peluang walaupun badan dah rasa letih dgn muka berminyak toksah cakap, kami pergi carik tempat tu. Alhamdulillah, jumpa jugak tempatnya, itupun hubby dah ingat-ingat lupa. Al-maklum dah lama gila dia tak ke sana.

Bila sampai, kami tgk org ramai sgt. Tak sangka kedai dia dah makin besar, basikal tetap ada. Then ada tambahan kedai makan jugak. Eh, lupa nak bg tau nama kedai tu, "Iman Kue Teow". Saya nak cerita kat mana kedainya, saya tak tau. Hehehe. Tapi mmg sedap makan kat situ. Kami makan Char Kue Teow Power. Perghhhh.. Mmg power la.

Char Kue Teow nya penuh dgn kerang, udang pun besar-besar ada 5 ekor gitu. Ada telur mata kuning separuh masak lagi. Harga? RM6 sahaja. Power tak power tu beb! Cuba carik char kue teow kat JB ni, ada tak rupa macam ni?


Haihhh.... Tgk gambar ni pun dah buat meleleh air liur.

Cukup rencah, tak lokek bahan. Mmg saya rasa berbaloi bayar RM6 utk sepinggan Kue Teow Power. Kalau panjang umur, mmg saya akan pergi kedai ni lagi. :)

0 comments: