Pening memikirkan untuk cari rumah sewa yg sesuai dgn keluarga saya ni. Haritu saya dah dapat rumah sewa yg berdekatan dgn tmpt saya sekarang, dekat dengan sekolah Danish, tapi bila fikir balik kos minyak untuk ulang-alik tempat kerja, macam tak berbaloi rasanya. Jadi saya bincang semula dgn suami & dia pun setuju untuk cari rumah sewa lain yg dekat dengan tempat kerja saya.
Kawasan yg menjadi tumpuan kami sekarang ialah Bandar Seri Alam dan juga Taman Rinting. Tapi bukan semua rumah boleh masuk dalam senarai pencarian rumah kami. Jenuh jugak saya surf internet, Mudah.com tu jangan cakaplah, sehari lebih 10 kali saya masuk semata-mata untuk mencari rumah sewa. Tapi susah sungguh nak cari yg sesuai dengan keluarga saya.
Ciri-ciri rumah sewa yg saya cari; rumah teres setingkat atau apartment/flat yg ada lift, dekat dengan sekolah & kedai. Nampak macam tak susah nak cari rumah yg ada ciri-ciri macam saya nyatakan tu kan? Tapi sesungguhnya amatlah susah nak mencarinya.
Jadi sekiranya ada antara kawan-kawan saya yg terbaca entry ni, dan sekiranya tahu ada rumah yg hendak disewakan dan rumah tersebut memiliki ciri-ciri dan kawasan seperti yg saya nyatakan diatas, sudilah kiranya tinggalkan komen atau emailkan no. telefon tuan punya rumah tersebut kepada saya di eryne1908@yahoo.com.my. Terima kasih.
Sesungguhnya saya agak buntu dan tak tahu lagi mana saya nak cari rumah sewa ni. :(
0 comments:
Post a Comment