CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 7, 2011

Alahai... spoil betul lah!

Sekarang ni saya dalam percubaan untuk mencari kerja baru. Bila dah terlalu lama kerja dekat sini, terasa macam takde adventurer lagi. Kerja yang sama di ulang setiap hari untuk tempoh 9 thn 6 bulan mmg akan membuatkan kita rasa bosan ya amat. Begitulah perasaan yg saya lalui sekarang. Dalam tempoh 9 1/2 thn itu jugak lah, tak sekali pun saya merasa di naikkan gred. Almaklum sekarang ni semua barang pun naik harga, so bila difikir-fikirkan, saya perlu cari duit lebih untuk membantu suami menampung kos kehidupan kami sekeluarga. Maka sebab itu juga lah saya buat keputusan untuk menghadiri temuduga dekat sebuah kilang, bukan dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Melalui Jobstreet saya memohon kekosongan jawatan "Senior Procurement Executive", dan bila mereka telefon untuk datang sesi temuduga, saya sangat-sangat teruja. Tak kisah la kalau saya tak dapat pun, at least saya datang untuk temuduga pun tak apa lah. Itu apa yg ada dalam fikiran saya pada ketika itu. Bila tarikh semua dah ditetapkan, maka saya pun datanglah ke kilang tersebut pada jam 9 pagi tadi. Lepas sesi temuduga tu dah separuh jalan, tiba-tiba penemuduga tu cakap jawatan yg dia tawarkan ialah Operation Assistant. Alamak! Apasal pulak lain. Haihhh... Dalam kepala dah macam-macam saya fikir, bila saya cakap, "Saya datang temuduga untuk jawatan Senior Procurement Executive". Tapi mereka jawab, "Oh, mungkin org kami salah bagi info, sebenarnya jawatan yg kami tawarkan ialah Operation Assistant"

Alahai... spoil betul lah kan. Saya ni bidang tugasnya lain, tak sama dengan apa yg mereka tawarkan. Mood agak menurun juga time tu. Tapi nak tunjuk yg saya tak berminat langsung tak boleh juga. Maka, saya tetap bertanyakan beberapa soalan berkenaan syarikat tersebut. Dari penjelasan mereka, benefit yg diberikan kepada pekerja agak menarik. Tapi bila diterangkan skop kerja, terus rasa tak menarik. Kerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. 5 hari seminggu. Tetapi jawatan yg ditawarkan memerlukan saya kerja lebih masa, mungkin paling lewat hingga pukul 8 malam. Hmmm... saya mmg jarang sekali kerja lebih masa, boleh dikatakan tak pernah. Jadi saya rasa jawatan tu tak sesuai untuk saya.

Tak apa lah. Kalau takde rezeki yg ini, saya tunggu rezeki lain sajalah. Jadi, mari kita bukak Jobstreet lagi. Hehehe :)

0 comments: