CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 11, 2011

Mari Makan Steamboat :)

Semalam, kononnya nak celebrate anniversary kami yg ke-8, maka saya cakap dgn en.hubby, "malam ni kita makan best sikitlah eh?". En. hubby pun ok, so keluar la beberapa list restoren yg kami sering kunjungi kalau ada special occasion :) Bukanlah restoren 3 bintang or 5 bintang yg jadi pilihan kami untuk occasion tertentu. Setakat makan "best" sikit dari biasa.

Mulanya saya nak makan western, tapi en. hubby tak nak pulak. Lepas tu dia suggest untuk makan steam boat. Saya pun ok je lah. So, lepas maghrib dalam pukul 8pm camtu kami pun pergi ke kedai steamboat yg selalu menjadi pilihan kami. Okid Ria BBQ n Steamboat. Kedainya terletak dekat Taman Gaya, berhampiran dengan rumah kami. So, dalam 5 min naik kereta dah sampai. Sebenarnya ada 2 restoren steamboat dekat Taman Gaya, satu lagi restoren Rawa Steamboat. Tapi Rawa tu saya tak pernah pergi, memandangkan dekat laman web Jakim dah keluar bahawa dia tak pernah keluarkan sijil halal untuk restoren tu. Jadinya restoren tu tak termasuk dalam list kami lah ye.

Okid Ria ni lain. Dekat dinding restoren tu penuh dengan sijil halal yg diperoleh dari Jakim untuk setiap bahan mentah yg diperolehi dari pembekalnya. Dulu masa restoren ni baru dibuka, tak ramai orang yg datang. Tapi bila dah hampir 2 tahun beroperasi, pengunjungnya semakin ramai. Kalau pergi waktu hari minggu, jenuh nak tunggu meja kosong. Mmg full house sentiasa. Semalam kami pergi on weekdays, maka tak ramai sangat orang.

Ini lah restoren steamboat pilihan kami :)
*Pics from Google

Dengan harga RM18.50 untuk dewasa & RM9.00 untuk kanak-kanak, makan sahaja apa yg anda nak makan dekat situ. Pilihan menunya juga boleh tahan banyak. Antaranya sayuran, cendawan, aneka mee, beraneka jenis ayam perapan, beraneka jenis daging yg diperap. Tak ketinggalan ikan yg diperap pun ada jugak, kerang, sotong, udang, kupang, ketam, beraneka jenis makanan dingin beku. Saya rasa ada lebih dari 50 menu untuk kita pilih. Selain dari tu, mereka juga ada sediakan nasi goreng & 1-2 jenis lauk yg dah siap dimasak. Ada juga pencuci mulut berupa bubur manis, semalam mereka sediakan bubur jagung. Buah tembikai & roti goreng rasanya. Sorilah, gambar tak ada sebab semlm tak bawak kamera, then kamera handphone pulak baterinya tinggal nyawa-nyawa ikan je, tak boleh nak snap gambar banyak2.

Tak sama macam kedai steamboat lain yg saya pernah pergi. Dekat sini, kita boleh rasa 2 jenis kuah atau sup yg diletakkan dalam mangkuk steamboatnya, iaitu TomYam dan juga Sup. Kuah dia sedap, mmg kena dengan tekak saya.

Steamboat & BBQ kami :)
En. hubby BBQ semua bahan, saya pulak kelolakan bahagian steamboat.
Nampak tak mangkuk steamboat tu dibahagi dua?
Sebelah kiri ialah kuah tomyam, sebelah kanan pulak kuah sup.

Antara sos untuk cecah yg saya ambik semalam
Dalam pinggan atas, dari kanan sos BBQ, kiri sos Blackpepper
Pinggan bawah, atas sos Black sesame, bawah sos Chili Vinegar (fav saya).

Pilihan sos sebagai pencicah juga banyak. Saya rasa ada lebih 10 sos yg dia hidangkan semalam. Antara yang saya ingat, Satay, Thai Green, Sambal belacan, Sambal kicap, BBQ, Blackpepper, Black Sesame & Chili Vinegar. Ada a few sos lagi saya tak ingat namanya. But for me, saya sangat suka chili vinegar. Sedap dengan rasa pedas-pedas masam gitu. Mmg kena dengan semualah rasanya.

Tukang masak saya semalam :)

Sori gambar agak blur
Saya tak tahu apa nama seafood ni. Ada sesiapa tahu?

Anak dara saya ni semalam, lepas makan byk boleh pulak dia muntah kat situ.
Nasib baik masa tu kiteorg dah nak balik.

Apa-apa pun, restoren Okid Ria BBQ & Steamboat ni mmg menjadi pilihan kami. Ini kali ke 4 kami makan di sini. Saya mmg akan cadangkan pada sesiapa sahaja untuk makan dekat sini. Ops, jangan ingat saya ada share dekat situ ye. Tak ada, ini sekadar nak menghebahkan benda yg baik sahaja. Apa salahnya kongsi dengan kawan-kawan lain kan. So, anda jangan lupa cuba makan di sini ye. :)

0 comments: