CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 12, 2011

Wear It Right (WIR) Campaign - Cover the Butt

I love blog hopping. Dengan blog hopping saya boleh dapat byk maklumat. If any blog that I stumble upon have entries on Fashion, Food & Shopping, definitely I'll follow them.

Eh merapu la cakap omputih, macam la terror sangat kan. Hahaha, Ok, sebenarnya nak cakap gini. Tadi pagi saya check my Blogger Dashboard, and saya nampak blog hentakbelipat yg mmg saya follow ni ada update berkenaan WIR Campaign. Blog adik ni mmg saya sentiasa follow, despite from her updates on fashion, she also have contributor writer. Kadang-kadang boleh buat saya gelak sorang-sorang depan PC nih. Kalau anda semua nak jenguk blog adik tu, sila lah click dekat nama hentakbelipat tu ye.

2nd WIR Campaign - Say What? Cover the Butt

Ok, kita continue cerita tentang WIR Campaign. The campaign title “Hijab Wear It Right - Say What? Cover the Butt” was organized by one of a talented photographer, Su Anna Joe. Saya suka cara beliau dress-up, takpelah kalau saya tak dapat ikut 100% cara beliau pun, at least ada juga idea macam mana gaya seorang Muslimah yg up to date dalam fashion tapi masih mengekalkan ciri-ciri asal dalam menutup aurat J Please visit her official website here.

Sebenarnya ini adalah kempen anjuran beliau yg ke 2 for WIR. Kempen pertamanya “Hijab Wear It Right – Covering The Chest Is The Best”, dah lama berlalu. Masa kempen yg pertama tu saya masih belum kenal pada adik tadi dan juga beliau. So, for the 2nd campaign, saya tak nak ketinggalan untuk turut serta, and for this campaign Su Anna Joe menyery kita untuk menyahut kempen anjuran beliau dengan melabuhkan baju melepasi punggung serta melonggarkan pakaian  sebagaimana syarat untuk kita menutup aurat dengan sempurna. Kiranya kempen kedua ni merupakan sambungan dari kempen beliau yg pertama dulu. Kalau yg pertama, memakai tudung dengan menutup dada and for the 2nd one, memakai baju dgn menutup punggung. Kiranya baju tu mesti labuh tutup kita punya punggung la senang cerita.

1st WIR Campaign - Covering The Chest Is The Best

As we all know, zaman sekarang ni mmg ramai yg bertudung, tapi kadang-kadang tu kita terlupa syarat bertudung yg memenuhi syariat Islam. Saya sendiri pun kadang tu ada jugak terbabas bab menepati hukum menutup aurat. Itu tidak dinafikan, boleh kata saya selalu ambil mudah dalam menutup aurat. Pergi kedai tutup rambut tapi t-shirt paras siku. Itu dah melanggar syariat dalam menutup aurat. InsyaAllah, lepas ni saya akan menjaga aurat dengan sempurna.

Kadang bila saya keluar jalan-jalan, nampak segelintir perempuan yg bertudung tapi tidak menepati syarat menutup aurat dengan tepat. Ada segelintir yang pakai tudung singkat, tidak menutup dada. Ada pula, pakai tudung dah cukup syarat, tapi pakaian yg dipakai pula sendat mendat sampai nampak semua bentuk tubuh badannya. Ada juga yg pakai tudung dah elok, tapi nampak lengan pulak, ok, itu saya la kan. Tak lupa yang pakaian dah cukup semua syaratnya, tapi bajunya tak melepasi paras punggung pulak. Ini semua adalah ciri-ciri yg salah dalam berpakaian yg menutup aurat.

Ini juga untuk peringatan diri saya sendiri. Sekiranya kita ingin berubah, maka kita jadikan kempen ini sebagai landasan untuk kite berubah ke arah menjadi Muslimah yg lebih baik. InsyaAllah. Siapa tak nak ganjaran pahala kan? So what say you ladies? Hopefully we can be a better Muslimah selepas ini.

0 comments: