CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Happy Belated Birthday to Abg Danish Irfan

Semalam (16/10/2011) birthday anak bujang saya yg ke 7 thn. Tapi disebabkan kami semua masih berada di KL, jadi tak sempat kami nak celebrate birthday Danish in a proper way. Tu pun dah petang baru saya teringat yg saya belum wish Happy Birthday untuk dia lagi. Dah malam baru lah teringat nak wish Happy Birthday. Kami semua sampai dari KL ptg semalam dalam pukul 6.30pm. Dalam perjalanan dari Ayer Keroh ke JB, anak-anak saya tidur. Dah nak sampai rumah baru Danish terbangun. Sempat juga kami singgah ke JP Perdana, tengok progres rumah macam mana. Alhamdulillah, interior mmg dah siap 100% tinggal exterior saja. Rasanya dalam 20% complete la semua. Then tinggal tunggu CF. Tak sabar rasanya.

Ok, tinggalkan cerita pasal rumah. Sambung story Birthday Danish sikit. Anak bujang saya mintak belikan kek. InsyaAllah weekend ni belikan la dia kek, setakat untuk buat dia rasa happy sikit-sikit. Nak buat party tak boleh la, budget dah bawak pegi bercuti ke Cameron Highland haritu. Oh ya, Cameron best. InsyaAllah kalau ada kelapangan, teringin nak ke sana lagi. Nanti saya update cerita jalan-jalan ke sana :)


To my boy Muhammad Danish Irfan B. Jasmin, semoga besar nanti menjadi umat Islam yg soleh, hormat dan mendengar kata orang tua, berjaya dalam hidup dan juga akhirat. Mudah-mudahan menjadi org yang berguna kepada agama dan juga negara. Mommy doakan hanya yang terbaik untuk Danish. Amin Ya Rabbal 'Alamin. :)

Friday, September 30, 2011

Mia's Birthday - Little party

Ok, saya tau entry ini agak terlewat byk (bukan terlewat sedikit). :)
Disebabkan gambar semua saya upload dekat PC di rumah, maka semua entry yg saya ingin tulis tertangguh. Saya malas nak save gambar-gambar dalam pen-drive, leceh betul nak resize.
So, semalam saya upload dulu gambar-gambar ni semua di sini kemudian save dekat draft. Sekarang baru saya mula menaip. Seperti biasa, semua update akan dilakukan di office :).

Pada mulanya saya merancang nak buat birthday party yg agak besar sikit la untuk anak dara saya ni. Tapi memandangkan emak saya dah berpindah ke rumah yg lebih kecil, maka terpaksalah saya simpan dulu hasrat nak buat majlis tu ke tahun akan datang. InsyaAllah kalau tiada halangan.

Sebenarnya birthday Mia was on 9th September, tapi disebabkan tarikh tu saya bekerja maka saya cakap dengan hubby nak belikan dia cake & buat sikit party just within our family on the 16th, kebetulan hari tu cuti Satu Malaysia. Saya cakap dengan mama saya yg saya nak celebrate sikit birthday Mia kat sana. So, beli la belon & topi untuk anak-anak saya & anak sedara saya. Alah, tak ramai pun. Saya tak jemput org lain selain keluarga saya, keluarga adik-adik saya & juga cousin saya. Just suka-suka untuk buat anak dara tu rasa happy je. 

Beli cake Chocolate Marshmallow from Secret Recipe. Pastu mama saya masak lauk best-best jugak, kebetulan ada kawannya nak datang beraya, so saya pun tumpang beli cake je lah. Then lepas makan semua, saya keluarkan cake & kami semua nyanyi lagu Happy Birthday utk Mia. Tapi entah kenapa agaknya, boleh dia menangis sekuat-kuatnya time orang habis nyanyi lagu tu. Suruh tiup lilin pun tak nak, so abangnya la yg take over tiup lilin atas cake. Hehehe.

Itu sahaja yg kami sempat buat untuk birthday Mia tahun ni. InsyaAllah, next year akan plan a proper birthday party for both of them, Mia & Danish. Hmm... next month birthday si abang pulak. Tak tau lagi nak buat apa untuk dia. But itu nanti boleh plan. :)

Enjoy the pics taken, tak byk pics sbb camera man nak cepat keluar sebab nak jemput kawan mama yg kesesatan. Hehehe. :)

Chocolate Marshmallow Cake from Secret Recipe

See anak dara ni menangis.

Adik refuse tiup lilin, so abgnya la yg take over her place. Sebelah abg tu anak cousin saya.
Pretty lady kat sebelah kanan is my sister in law :)


Time nak potong cake dah berhenti menangis. Dari kiri Aisy (my nephew), Hakim (cousin's son), Danish & Mia.

Potong cake time :)

Dah puas nangis, dapat belon terus happy


Mia with her nenek.

Dia ni mmg susah nak jumpa. Adik saya yg no. 3 with her daughter

Aisy & Mia

Friday, September 9, 2011

9 September 2011 - Mia turns 3 today!

Harini 9 September 2011. 3 tahun lepas, pada tarikh ni dan pada ketika saya menaip entry ini merupakan hari saya sedang bergelut dengan sakit nak bersalinkan anak dara saya. Saya nak cerita sikit experience masa bersalinkan Nur Damia Raihanah ni.

Masuk labour room dari jam 11.00 malam, sampai ke pagi pun dia tetap tak keluar jugak. Rasa nak meneran datang, tapi nurse kata jangan teran dulu sbb jalan belum bukak habis. Bayangkan dari 11 malam sampai ke 5 pagi rasa nak meneran tu sentiasa datang. Mungkin sebab nurse kesian agaknya tgk saya mengerang macam hape kan, dia bagi saya guna gas apa tah yg utk kurangkan rasa sakit tu, saya pun dah tak ingat. Lepas sedut gas tu rasa “high” macam lalok pun ada. Dapat la saya terlelap dalam setengah jam. Tapi bila contraction datang, terus segar balik la biji mata saya ni kan. Tapi saya dah tau nak buat apa, saya sedut lagi gas tu. Lalok semula. HeheheSaya siap cakap dengan doctor suruh operate je sbb dah tak tahan sangat sakitnya. Tapi saya kena marah pulak dengan doctor, hahaha.

Last-last, bila doctor pakar buat grand round pukul 8.30am, dia suruh c-sect sebab weak progress ke low progress, saya pun dah lupa terms yg digunakan. Oh, alangkah leganya hati saya bila doctor cakap c-sect. Sementara nak menunggu masuk ke Operation Theater, saya kena bertahan dalam sejam lebih sblm katil saya ditolak ke OT. Bila nurse dah datang dalam 2-3 org utk prepare saya masuk ke OT room, hati saya bertambah-tamabh lega. Then ada a few practical student nurse yg datang temankan saya. Masa tu contraction dah kurang sikit, jadi tak la saya terjerit-jerit tahan sakit. Tapi time contraction datang tu, kebetulan ada sorang student tgh pegang tangan saya, jadi saya pun apa lagi, kuat la genggam tangan dia nak menahankan sakit. Then nurse datang utk tolak saya ke OT room. Sampai je sana, terasa sejuk macam masuk dalam peti ais. Punya la sejuk temperature dlm bilik tu. Oh ya, ini bukan kali pertama saya melahirkan secara c-sect. Anak pertama dulu pun kaedah yg sama. Masalahnya pun sama, low progress. Saya mmg tak berpeluang utk merasa melahirkan secara normal. Rezeki saya macam tu J

Pakar bius bagi injection kat tulang belakang, after 5 mins macam tu bhgn pinggang ke kaki dah rasa kebas. Alhamdulillah, hilang semua sakit contraction tadi. Lega sangat. Tapi masa doctor start potong perut, saya boleh rasa ngilu-ngilu sikit. Bukan sakit, tapi lebih kepada ngilu. But after a while hilang rasa ngilu tu. Sepanjang operation berjalan, saya mmg sedar sepenuhnya, tapi saya tak nampak apa yg doctor tu buat sebab depan saya direntangkan kain hijau. As soon as dengar je doctor cakap “tu dia, dah nampak cepat tarik”. Wah masa tu terasa berdebar jugak lah, sebab takut ada masalah, lepas tu dengar lagi doctor cakap “jaga bahu dia, takut patah time tarik”. Makin la saya kecut perut. Tapi Alhamdulillah, doctor berjaya mengeluarkan baby girl saya lebih kurang jam 11 pagi. Saya tak ingat waktu tepat baby tu keluar. After baby keluar, nurse bersihkan sikit-sikit, then dia tunjuk kat saya. Senyum sampai ke telinga la saya bila nampak baby saya sihat. Rasa nak menitik air mata.

Disebabkan saya masih belum selesai dijahit, maka saya tak dapat nak pegang baby saya yg baru lahir tu. Then after selesai pun, saya masih diletakkan di wad ISO utk doctor pantau keadaan saya. Dalam 1 jam jugak saya kat wad ISO tu. Pukul 1pm, baru katil saya ditolak ke wad bersalin. Saya rasa bersyukur sangat lepas semuanya selesai. Masa tu la baru saya nampak suami saya. Dari pagi saya mencari, rupanya dia ada presentation yg perlu dibuat. Kecik hati jugaklah, tapi nak marah pun tak guna. Yg penting semuanya dah selamat.

Begitulah serba sedikit pengalaman yg saya ingat masa melahirkan anak dara saya tu. Itu 3 tahun lepas punya cerita dan harini genap 3 tahun umur Nur Damia Raihanah. Tak ada emak dalam dunia tak nak doakan anaknya yg baik-baik. Sama jugak dengan saya. Jadi, Mommy harap Mia akan menjadi anak, adik, cucu, muslimah dan rakyat Malaysia yg berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Aminnnn.


1 day :)

Monday, August 22, 2011

Ramadhan 22nd - A Belated Birthday

Harini dah 22 Ramadhan, tinggal lebih kurang 8 hari lagi kita nak sambut hari raya kan :)
Tapi sebenarnya nak cerita pasal umur dah masuk 30... rasa macam dah tua sangat. Alahai...
Ok, sebenarnya umur saya genap la 30 tahun hari Jumaat lepas iaitu 19 Ogos, 30 tahun lepas mama saya telah melahirkan saya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Very the Johorean kan. Hahaha.

Nothing special, no surprise, no present, saya tak celebrate apa-apa. Cumanya saya ambik cuti sehari utk bawa anak-anak beli kelengkapan hari raya. So, masa saya dihabiskan dengan keluarga, shopping raya seronok! Then hubby belanja berbuka puasa dekat Imano's cafe, Plaza Angsana :)
Letih berjalan shopping pastu makan berbuka buffet pulak, mmg bahagia perut ku rasa. Hahaha...

Tapi SMS ucapan Selamat Hari Lahir boleh tahan banyak tahun ni.. Hehehe... belum campur dekat FB :)
Alhamdulillah, saya masih diberikan peluang untuk hidup di bumi Allah. Masih diberikan peluang untuk hidup bersama-sama dgn insan yg saya sayangi. Walaupun macam-macam dugaan datang dalam setahun dua ni, mostly hal keluarga, tapi alhamdulillah sekarang semua dah settle.

Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi peluang utk melihat org yg saya sayang sehingga ke hari ini.

Kepada kawan-kawan yg wish, terima kasih byk-byk saya ucapkan. Terima kasih atas ingatannya. :)

Friday, October 15, 2010

Esok Birthday Danish (16/10/10)

Berturut-turut pulak entry pasal birthday ni kan... :)

Ye, ahli keluarga kecik saya yg 4 org ni (termasuk saya) akan berturutan sambut hari ulangtahun.
Saya sendiri bulan 8, anak dara saya bulan 9, anak bujang saya bulan 10 & en.suami saya bulan 11...
Dan aniversarry saya & en.suami juga bulan ini. Elok je tersusun kan :)

Alhamdulillah, esok genap la umur anak bujang saya tu 6 tahun.
Kejap je masa berlalu... rasa cam baru je haritu saya sakit nak melahirkan dia...
Sekarang dah besar pun anak mommy. :)

Esok saya dah rancang utk buat majlis kecil-kecilan je, setakat panggil sedara mara & jiran terdekat utk celebrate birthday Danish. Kawan2 & teacher dia kat sekolah pun dijemput, tapi x sure la datang ke tak. Just jemput je lah kan.

Memula plannya nak buat birthday dia kat sekolah je, tapi disebabkan saya ni takut x sempat nak siapkan semuanya sensorang so saya cancel lah & bagi tau si tuan punya badan utk celebrate birthday dia kat rumah je. Tuan punya badan pun ok je, so saya pun bg tau dgn mama saya.

Bukanlah saya buat besar-besaran pun, cuma sket2 je. Sedara mara saya ramai, so panggil diaorg je lah utk memeriahkan majlis. Sekadar utk happykan anak saya pd hari ulangtahun dia je, so apalah salahnya kan. Lagipun bukan tiap2 tahun saya buat camni. Tahun ni je baru nak bg dia rasa. :)

Harini saya kerja 1/2 day, ptg ni macam2 nak dibuat. Makanan yg heavy2 bukan saya yg masak, tu saya mintak tolong makcik saya buatkan. Tp dessert tu saya la yg sediakan. InsyaAllah, kalau cukup masanya saya nak buat 3 jenis dessert. :)

To my darling Danish Irfan, bila dah besar nanti mudah-mudahan akan jadik org yg berilmu, menghormati org tua, taat pd suruhan agama & jadik tauladan yg baik pada adik2 ye. InsyaAllah... Mommy doakan Danish akan jadik Pilot satu hari nanti. Tu Danish punya ambition kan. InsyaAlah, belajar rajin2, jadik org bijak pandai mesti boleh punya. :)

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Happy Birthday my lil princess :)

Diam tak diam kita dah hampir ke penghujung Ramadhan 2010.
Sekejap betul masa berlalu kan. Haihhh.. rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan ramadhan. Tak tahu la tahun depan jumpa lagi ke tak.

Saya percaya semua kat luar tu dah siap persiapan rayanya. Sama jugak macam saya. :)
Cuma tinggal nak buat lagi sejenis kuih & nak packing barang utk balik kg esok pagi.
Tahun ni turn raya kat kg en.abg, jadiknya baju kena packing banyak sebab saya malas nak membasuh kat umah MIL. Takut hujan berterusan & baju tak kering. Leceh. Baik saya ambik langkah selamat dgn bawak lebih banyak baju. :)

Hari ni saya masih bekerja, tapi cuma 1/2 hari sahaja. Pukul 12tgh hari nanti cik abg saya jemput balik.
Cumanya cik abg saya masih bekerja seperti biasa sampai petang.

Saya beraya kat kg cik abg cuma 3 hari je. Cuti tahun utk bulan ni dah habis, so terpaksalah naik keja awal. Hari Selasa depan saya dah kena kerja. :(
Kawan2 saya kat opis ni semua naik keja hari rabu. Tapi tgk lah, agak2 saya belum ready nak keja, saya buatlah apa2 yg patut... Hehehehe...

Hmmm.. esok (09/09/2010) birthday lil princess saya. Umurnya genap 2 tahun, tapi kesian dia dah dua hari badan dia dedar je. Macam demam tapi tak panas sgt. Bagi ubat demam pun camtu jugak. So, balik keja nanti saya nak bawak dia pergi klinik. Nak kena bagi antibiotik la nampaknya.
Esok birthday dia, last day puasa pulak tu, kami cadang nak belikan dia kek. Kesian anak dara saya tu, belum pernah celebrate birthday dia lagi. Camane nak celebrate, lahir dalam bulan puasa. Maknanya 2 thn la dia sambut birthday dalam bulan ramadhan. :)
So, this year rasanya just buat small celebration je lah. Just within our family members, dekat umah atuk kampung :)
Lama dah tak menempek gambar princess saya ni, kat bawah ni ada few pics gambar dia :)

Melaram dgn shades Mommy (^_^)

Susah nak ambik gambar dia sekarang...

Anak dara ni pantang tgk Mommy dia mekap2, kompem nak org mekapkan dia sekali :)

So my darling princess Nur Damia Raihanah, Happy 2nd Birthday. Moga anak mommy membesar dgn menjadi anak yg solehah, hormat org tua, pandai jaga diri & jadi org yg berguna pada keluarga & juga negara ye. :)
Err... Mia dah besar nanti nak jadik apa? Mommy suggest Mia jadi fashion designer ya. Mommy minat dlm fashion, tapi mommy tak pandai. So, Mia take over mommy nya minat boleh? Hehehe... Tu pun kalau Mia suka la, kalau tak suka tak apa. Tapi, kalau Mia betul2 nak jadik fashion designer, jadi lah pereka fesyen busana muslimah ya. InsyaAllah, Mia boleh buat. :) Aminnnnn... Mudah-mudahan termakbul la doa Mommy ni ya. (^_^)

Oklah, saya pun dah takde mood nak menaip lagi... Hati ingat kat rumah je, tak sabar nak balik tengahari karang. :)

Last but not least, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog saya ni (errr... ada ke orang baca.. huhuhu).

Saya tak pandai nak buat kad raya sendiri, so saya buat yg seadanya sahaja :-)

Friday, August 20, 2010

A Belated Birthday to ME!

*pics from google

Hahaha.. baca tajuk mesti korang dah tau kan... Entry ni patutnya buat semlm, tp disebabkan semlm saya bercuti & byk keja perlu disettlekan, maka tak berkesempatan utk saya buat entry ni.
Khas utk saya sahaja ye. Hehehehe...

Semlm (19/08/2010) merupakan tarikh ulang tahun saya yang ke 29 (huhuhu terasa dah tua pulak). Alhamdulillah, saya masih diberi peluang utk bernafas di dunia ini, diberi peluang utk bersama org2 yg saya sayang, diberi peluang utk melihat anak-anak saya membesar dan juga diberi peluang utk terus merasa nikmat yg telah DIA kurniakan. Aminnn.. Saya amat bersyukur sangat.

Semlm jugak seharian saya tak online. Bila dah malam, saya bukak Facebook, wahhhh... banyaknya Birthday wishes dari kawan2... Rasa terharu sangat. Terima kasih banyak2 pada mereka semua. Saya amat2 menghargainya. :)

Aktiviti saya semlm, dari pagi saya keluar, pergi Pasar Pagi Khamis kt Sungai Tiram. Mak ooiiii, org punya la ramai. Tujuan saya utk carik stok tudung utk dijual. Haiihhh, sampai nak pitam rasanya. Bayangkanlah, dari pukul 9 pg saya kat situ, sampai la ke pukul 11pg. Nasib baiklah jumpa dgn tudung yg saya berkenan. Hehehe.. Lepas pergi pasar pagi tu, saya uruskan pembatalan daftar darjah satu anak saya di Sekolah Mount Austin & daftar dia semula ke Sekolah Taman Pelangi Indah. Nasib baik permohonan saya terus diluluskan, kalau x jenuh la nak ke PPD utk buat urusan lain2 tu. So, officially tahun depan anak bujang saya akan bersekolah darjah satu. Huwaaaa, cepat sungguh masa berlalu. Tak lama lagi anak saya dah nak sekolah pulak. Huhuhu. Tapi saya agak bangga jugak la dgn anak bujang saya ni, alhamdulillah.. Dia dah boleh membaca, kalau Bahasa Melayu tu lancar la jugak, tapi kalau Bahasa Inggeris tu agak slow sikitlah. Cuma boleh la dia baca simple words. :)
Menurut kata kerani kat sekolah tu semlm, bulan 12 nnt dia akan panggil murid utk ambik periksa, tujuannya adalah utk menentukan kelas masa naik darjah satu nanti. Hmmm... hopefully Danish boleh buat dgn baik. Aminnn...
Ok, lepas settle hat tu. Saya pegi pejabat pos kat Jusco Tebrau pulak utk poslaju shawl yg customer beli. Cik abg saya tunggu kat parking luar je. Haihhh, ramai org kat situ. Tunggu setengah jam, baru sampai giliran saya. Lepas siap tu, saya balik semula ke kereta. Cik abg kata kereta rosak pulak. Adehhh... Masa dia tunggu saya tu, temperature naik, so dia matikan enjin. Bila nak start balik alarm bunyi, dah tu enjin tak boleh hidup. Dia call kawan dia yg keja kat HSI, then bila kawan dia sampai, pasang jumper kat battery keta.. Alhamdulillah, keta dah boleh start semula. Cik abg saya kata "nasib baik bukan starter yg rosak" huhuhu.. Kalu starter yg rosak, mmg kena panggil tow truck la jawabnya.

Oklah, lepas tu kitaorg pun balik. Janji dgn anak2 nak bawak diaorg keluar jalan, ingat nak carik songkok & samping utk si abang & kasut "ladies" utk si adik. Pastu cik abg saya kata dia penat & dia ajak keluar hari Sabtu je nanti... Oklah, saya pun dah malas nak keluar sbnrnya... Penatkan ke hulu ke hilir...

Lepas cik abg saya berehat tu, saya tanya dia nak gi bazar tak? Dia kata jomlah. Ingatkan nak gi bazar dekat kawasan tu je. Rupanya dia ajak ke Kg Melayu Majidee. Saya mmg suka bazar kat kg melayu tu. Boleh kata semua makanan yg saya beli kat situ tidak mengecewakan. Tak kira la dari segi rupa atau rasa. Cuma ada mahal sket la kuih-muih yg diaorg jual. Kalau kat bazar2 biasa tu, 3biji kuih = RM1.00 kan, tapi kat situ 5biji = RM2.00. Walaupun harganya agak mahal, tapi x rugi membelinya. Mmg sedap. Saya tak kisah kalau keluar duit lebih sikit utk dapatkan rasa makanan yg sedap. Saya rasa semua org pun sama. :)
Kitaorg pergi sekejap je. Lepas beli sikit2 apa yg patut, terus balik. Time on the way balik tu, saya mintak cik abg saya belikan saya birthday cake. hahahaha... Walau umur dah tua, tapi tetap mahu potong cake.. isk isk isk... Tapi saya takat potong cake jelah, takde nak tiup lilin bagai. Tak sesuai tau. :)
Ni dia kek yg anak bujang saya pilih :)


Amoi tu tanya, "Nak lilin berapa kak?" saya kata, tak payah lilin la... Amoi tu cam terkejut je lah.. Heheheh. Tak kuasa saya nak tiup2 lilin. Beli kek ni just buat syarat je lah. :)

Ok, panjang pulak story saya sambut birthday semlm ye. hahaha. Bukan ada apa2 sambutan pun. Cik abg saya pun takde kasi hadiah lagi. Saya tunggu je lah hadiah dari dia... :)

Wednesday, January 6, 2010

.::Selamat Tahun Baru - Edisi Terlambat::.

Isk... camane nih... camane leh lupa mende penting gini... isk isk isk...
apalah saya nih... camane leh lupa nak wish Selamat Tahun Baru...
Ada ke patut... mengong betul.... adehhh...

Oklah, sebelum bln Januari masuk tengah bulan, saya nak wish Selamat Tahun Baru pada diri saya sendiri dan juga anda yg sudi bertandang ke blog saya (ada ke org baca blog aku nih?)...
Mmm... sebenarnya, saya x pernah ada azam setiap kali masuk tahun baru... tapi, ada org kata, kalau kita takda azam, maknanya hidup kita tak wawasan... betul ke? tapi kalau kita letak azam, tanpa melaksanakan ia, apa gunanya kan? mmm... pada saya, meletak azam tu boleh, tapi mesti didorong dengan perlakuannya, kalu setakat hangat2 t*h* ayam baik toksah tanam azam... fuhhh... glemer betul nama azam ni kan... heheheh...

So, daripada takda azam baiklah saya tanamkan satu niat... niat saya, nak membaca lebih banyak bahan bacaan yg berfaedah... bukan majalah hiburan atau majalah2 yg more to human interest, tapi saya nak membaca bahan yg ilmiah... setakat ni saya belum tau lagi apa yang saya nak baca, tunggu saya pergi kedai buku dan luangkan masa di sana, baru saya tau apa yang saya nak...

Satu lagi, saya nak jogging... seminggu dapat 2x pun jadik la... sebabnya, saya nak lebih berstamina... sekarang ni cepat penat... sebabnye badan dah berat, so buat keja sket pun terasa penat sangat... so, atleast dgn berjogging boleh gak turunkan berat badan & keep fit... cara sihat utk menurunkan berat badan... x payah la saya nak amek mende sampingan utk loose weight... malas dah nak buang duit utk bende camtu...

Hmmm... itulah dua niat saya utk tahun 2010 nih... semoga kedua-dua niat saya tu akan tercapai dalam tahun ni jugak dan akan berterusan ke tahun2 berikutnya... insyaAllah...

Wednesday, October 21, 2009

Danish Birthday Bash at school...

As promised to him... so, last Friday bawak something to his school to celebrate his birthday...
Mommy sempat masak pulut kuning, kari ayam, meehoon goreng, puding kastad jagung, goreng nugget & danish prepare the goodie bags... nak bake brownies tak sempat... kesuntukan masa melanda... :)

Danish sgt excited nyanyi Happy Birthday Song with his friends and teachers...
Dalam 45mins gak mommy & ayah ada kat sekolah Danish.. actually x leh lame2, coz ayah keje...
tu pun dia keluar jap sbb nak antar mommy & barang2 makanan tu kat sekolah Danish...
Then after siap makan2 semua... mommy mintak diri nak balik...
Tapi mommy dah janji, pas Danish balik dr school nak bawak dia jalan2 kat Jusco...

Tunggu danish balik dari sekolah, mommy ingat nak jugak sambung tido dlm sejam dua... tp x dpt coz mommy dpt good news.. hehehe... apakah good news itu?... alaa... ramai dah tau..
mommy dah heboh kat FB pung.. hahahaha...
Ok, then Danish sampai umah... siap2 semua... ayah balik waktu lunch time, hantar kiteorg gi jusco... ayah x ikut coz dia kate nak rilek kat umah, nnt nak sambung keje...

Berjalan la kami dua beranak... sampai jusco, suh Danish makan dulu... pas makan baru Mommy bagi jer Danish nak main ape...
Tukar token, main2 kat Funland Jusco Tebrau... habis main2, tgk toys pulak...
Memula tgk kat Toys R Us, then mommy teringat lum cucuk duit.. pegi ATM, ambik duit...
Then masuk Jusco bhgn toys, coz mommy dah malas nak turun Toys R Us lagik... hehehe..
Danish pilih toy yg dia berkenan, tu kira birthday present utk Danish dari mommy la yer...
Masa tgh nak bayar, ayah called... ayah kate keta rosak, xleh start... ayah suh naik teksi...
Tp Damia kat umah Cik Fiza pulak... hmm... then mommy call uncle eppy (adik mommy), sib baik dia x keje, boleh gak dia tolong ambik mommy kat jusco & then ambik Damia kat umah bbsitter...
Danish tersgt la seronoknya haritu... sbb mommy mmg xde marah2 Danish pun kan... hahaha...
Lagipun Danish behave... good boy.. x byk songeh, sbb dgr kata mommy...
Mudah-mudahan Danish menjadi anak soleh, pembimbing pada adik2 & muslim sejati... aminnnn...

Few pics taken during his birthday celebration haritu...
The cake... sponsored by the principal..
Nyanyi Happy Birthday Song..

Tiup lilin...

Potong cake dgn mommy... hehehee...

Yg mommy sempat masak...

Goodie bag + pulut kuning & kari ayam...

Sebelum makan... kita baca doa dulu... :)


Wednesday, October 14, 2009

Planning for Danish's Birthday Celebration..

Hmm... plan nak celebrate birthday Danish on this coming Friday at his school...
Menunya, beehoon putih goreng, brownies, nugget goreng, pulut kuning & kari ayam...
So, by thursday dah kene siap2 kan semua... hari jumaat pagi nak kene ada kat sekolah dia kul 9.45am... cake, sponsored by his school... so mommy no need to bring cake...

Mommy cuti friday ni, just to celebrate my beloved son's birthday at his school..
1st time nih... mesti yg terlebih excited mommy dia la kan...
kalu x, takkan la sanggup nak masak2 pastu antar kat sekolah pulak...

Hmm.. ptg ni balik keje kene pegi pasar, beli bahan2 yg nak dimasak tu nanti...
Malam ni nak kene bake brownies... esok boleh letak topping dia dah...

Ok.. cukup dulu la citer pasal plan tu... nnt sambung lagi utk outcome celebration nye...

Monday, October 5, 2009

Salam Aidilfitri...

Rasanya belum terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya...
Lame betul x update blog nih...
Tu la kalu org hangat2 taik ayam nih..

Mase baru2 ade blog kemain lagi update citer ari2...
Bile dah ade blog, kemain malas lagi nak update.. hehehe..

Apa daaa aku merepek nih...

Ape2 pun, just nak wish pd semua Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin..
Tu pun kalu la ade yg bace blog saya yg tahapehape ni kan...

Ops, sblm terlufe...
Friday next week birthday Abg Danish...
Mommy plan nak celebrate kat sekolah dia jek...
Senang sket... Jimat belanja kan...

Memula ingt nak wat Open House, tp memandangkan budget yg ciput, terpaksa cancel...
So, ikut plan lain...
Rasanya celebrate birthday dia kat sekolah will do...
Mommy dah plan nak wat ape..
& dah tanya teacher dia brape org ade kat sekolah...

Just wait for the moment la... :)

Wednesday, September 9, 2009

Happy Birthday to my lil' Damia



Today is Damia's 1st Birthday...
Mommy x buat ape2 celebration pun... sibuk mengemas kat umah...
Tarikh cantik kan... 09/09/2009...

Mudah-mudahan menjadi anak yg solehah...
Mommy x sempat nak bg wish panjang2... huhuhu...

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday to me...

Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to eryne...
Happy Birthday to me...

Hehehehe.. it's my birthday today...
Dah 28 thn rupenye...
Hmmm.... ape lagi yg aku nak...
Rasenye smua dah cukup... suami, sepasang anak...
Happy family... cuma aku nak perbaiki amal jariah...
Nak berazam utk jadik seorang muslimah yg sejati... cewah...
Nak cukup sembahyang 5 waktu... bayar fidyah yg masih belum berbayar...
Nak khatam quran... huhuhuh... malu wooo... umur dah 28thn, tp quran pun x khatam lagi...
Nak belajar mengaji smula... tp tu la... x tau nak belajar dgn sape...

Nak cukupkan sembahyang 5 waktu tu yg paling penting sekali...
Dah brape hari dah asik tertangguh je nak buat yg wajib tu...
Hmmm... nampak sgt aku ni x bersyukur dgn nikmat yg DIA dah beri...
Mesti... mesti,... mesti...

Thats all... I hope after being older for another one year, will make me change to be a better muslim...