Sekejap betul masa berlalu kan. Haihhh.. rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan ramadhan. Tak tahu la tahun depan jumpa lagi ke tak.
Saya percaya semua kat luar tu dah siap persiapan rayanya. Sama jugak macam saya. :)
Cuma tinggal nak buat lagi sejenis kuih & nak packing barang utk balik kg esok pagi.
Tahun ni turn raya kat kg en.abg, jadiknya baju kena packing banyak sebab saya malas nak membasuh kat umah MIL. Takut hujan berterusan & baju tak kering. Leceh. Baik saya ambik langkah selamat dgn bawak lebih banyak baju. :)
Hari ni saya masih bekerja, tapi cuma 1/2 hari sahaja. Pukul 12tgh hari nanti cik abg saya jemput balik.
Cumanya cik abg saya masih bekerja seperti biasa sampai petang.
Saya beraya kat kg cik abg cuma 3 hari je. Cuti tahun utk bulan ni dah habis, so terpaksalah naik keja awal. Hari Selasa depan saya dah kena kerja. :(
Kawan2 saya kat opis ni semua naik keja hari rabu. Tapi tgk lah, agak2 saya belum ready nak keja, saya buatlah apa2 yg patut... Hehehehe...
Hmmm.. esok (09/09/2010) birthday lil princess saya. Umurnya genap 2 tahun, tapi kesian dia dah dua hari badan dia dedar je. Macam demam tapi tak panas sgt. Bagi ubat demam pun camtu jugak. So, balik keja nanti saya nak bawak dia pergi klinik. Nak kena bagi antibiotik la nampaknya.
Esok birthday dia, last day puasa pulak tu, kami cadang nak belikan dia kek. Kesian anak dara saya tu, belum pernah celebrate birthday dia lagi. Camane nak celebrate, lahir dalam bulan puasa. Maknanya 2 thn la dia sambut birthday dalam bulan ramadhan. :)
Oklah, saya pun dah takde mood nak menaip lagi... Hati ingat kat rumah je, tak sabar nak balik tengahari karang. :)
Last but not least, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog saya ni (errr... ada ke orang baca.. huhuhu).
Saya tak pandai nak buat kad raya sendiri, so saya buat yg seadanya sahaja :-)
1 comments:
::: salam eryne, pekabar? [huhu] mmg hujung2 bulan puasa nih makin lebat plak hujan turun kat JB tuh.. saya pon payah nak basuh baju.. masa tuh tgh berkira2 hari gak sbb nak balik KL, kang sidai baju tak kering busuk plak satu rumah tinggal masa cuti.. last2 bawa balik rumah KL, basuh terus [huhuhu].. oklah eryne mak saya nak pakai suis elektrik.. pc saya ni kongsi suis plak dgn mesin basuh [hahaha].. saya kat KL nih.. saya wish eryne sekeluarga : Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin & happy birthday Damia!!! today kan? enjoy the holidays! esok raya yeeehhh! [huhu]
Post a Comment