So, saya & anak beranak saya + adik saya pergi la ke KL, kiteorg bertolak dari JB kul 9.40am.
Sblm hantar anak2 sedara saya tu balik rumah diaorg, saya sempat pergi umah mak sedara saya kat Saujana Impian, Kajang. Siap makan tengahari pastu baru gerak tuju ke Ampang.
Sampai kat Ampang Saujana ex-BIL saya tu still lum balik lagi, yg ada bibik dia je. So, tunggu dia balik. Lepas dia balik, kiteorg tak duduk lama sgt lah. Sebab dah plan nak pergi rumah kakak angkat saya kat Tmn Sri Bahtera, Cheras pulak. Sampai kat umah kakak angkat saya tu dah dekat2 pukul 4ptg. Lama gila tak jumpa dia. Last jumpa masa dia nya majlis kahwin kat Johor 2 thn lepas. Tu pun dia kawen dgn kawan saya jugaklah kiranya. Sama batch time study kat Akademi TV3 dulu. Sekarang dia dah ada anak pun, umur sethn setgh. Gila lama x jumpa dia. Huhuhu. Lepas duduk berbual dalam 1/2 jam, kitaorg mintak diri nak balik dulu.
Saya nak singgah Jln TAR. hehehe... itulah tujuan mengejar masa sbnrnya... :)
Sampai kat Jln TAR tu, parking kat dpn City One Plaza. Masuk Semua House, tukar baju sesiap. Pastu baru pegi jenjalan kat situ. Niat saya nak carik tudung utk tambah stok dekat Charisma Boutique tapi bila dah tgk kain2 kat dalam tu, terus cancel niat carik tudung. So, saya pun memborong la kain cotton kat situ. 30 pasang gak saya borong kat situ. Yg best, kalau tak habis jual boleh tukar. Bila2 pun takpe kata akak tu.
Lps dah abis round kat situ kite ke pasar malam Jln TAR pulak. But setakat round je lah, tak beli ape2 pun. Ingatkan nak makan laksa penang kat pasar malam tu, tapi takde tmpt kosong pulak... so, tak dapatlah rasa... Menurut kata adik saya, laksa penang kat situ sedap. Takpelah, next time saya dtg lagi ye... hehehe...
Lepas tu saya ajak diaorg semua balik. Ye lah, takut sampai JB lambat sgt pulak. Tapi adik saya ajak gi makan sup kat Doraisamy. Saya pun ikut jer lah. Sampai kat Doraisamy, saya order sup burung puyuh, adik saya sup gear box, cik abg saya pulak order sup campur... Sblm sup sampai, kiteorg pekena nasik lemak dia dulu. Tapi yg tak bestnya, nasik lemak dia agak jelantah means tak cukup masak. Tapi disebabkan dah beli, makan je lah kan. Sup dia mmg best, cumanya saya tak dpt nak mengabiskan sup sbb anak dara saya dah start nangis, maybe ada kucing main2 kat kaki dia gaknya, then tercakar kaki dia. So, dia menangis cam hape jer... geram gak tgk... huhuhu...
Saya suh hubby saya cepat2 makan, sbb saya dah tak boleh tahan dgn anak dara saya yg nangis tak berenti2 tu. Lepas makan, bayar terus kitaorg gerak balik JB. Dari sana lebih kurang kul 8 kot. Tapi biasalah kan, jalan MRR tu jammed. Sampai tol Sg Besi dah pukul 9 mlm.
Lebih kurang sampai kat Seremban saya dah tertido. Tak larat betul mata saya ni.
Tiba2 sedar dah sampai kat tol Skudai. Tgk2 jam dah pukul 12tgh malam. Hmmm... ni mesti cik abg rempit la nih. So, saya sampai umah lebih kurang dlm 12.20tghmlm.
Balik tu terus mandikan anak2 saya, kebetulan diaorg dah segar mata gaknya sbb baru bgn tido (sepanjang perjalanan diaorg tido). Lepas tu saya pulak bersih2 kan badan. Dah siap semua terus tido. Barang pun tak kemas... Penat gila rasa... huhuhu....
Esoknya saya pegi rumah makcik kat Singapore pulak. Tapi, nnt saya sambung citer kat entry lain pulak la ek. Tak sempat dah nak menaip...
0 comments:
Post a Comment