Showing posts with label Something I really want. Show all posts

Thursday, December 15, 2011
Kita nak jalan-jalan Melaka
Esok saya sekeluarga akan ke Melaka. Bawak anak-anak makan angin. Sepanjang cuti sekolah ni Danish belum ke mana-mana lagi. Alhamdulillah ada rezeki lebih, boleh la bawak anak jalan-jalan.
Tidur di hotel budget, Hotel Seven di Jalan Laksamana Cheng Ho, 3 hari 2 malam. Kami ni budget traveler, jadi hotel-hotel mewah mmg tak masuk dalam senarai. Hahaha.. paling mewah pun kami pernah tidur dekat hotel 3 bintang je, itupun guna government rate staff en.suami. Selagi kita boleh potong, kita potong la kan. :)
Sebenarnya dah lama sangat saya tak ke Melaka. Last saya pergi rasanya masa sekolah lagi kot, dlm umur belasan gitu. Haih... terasa dah tua pulak. Dulu saya tak suka pergi Melaka, maybe sebab dah selalu sangat pergi sana sampai naik bosan. Tapi sekarang kawan saya kata Melaka dah best, macam-macam ada. So, kebosanan yg dulu tu dah bertukar kepada keterujaan. Hahaha... gila jakun.
Plan nak buat apa kat sana belum ada, so kita redah je lah ye. Danish sibuk nak tgk A Famosa. Ok, itu tempat wajib pergi, yg lain-lain semua belum tau lagi. Tapi apa yg saya baca dari hasil peng'google'an, byk tempat baru yg menarik ada dekat sana. Jonker Walk, Sungai Melaka naik cruise, Menara Taming Sari, shopping mall (hahaha, macam kat JB takde shopping mall ye), etc... Kena pergi semua tu, ada lagi tempat best yg tak masuk dalam list. Esok kena beli map Melaka. Haha, kami travel guna map saje tau. Orang lain semua guna GPS, tapi kami lebih suka guna peta. :)
Hopefully cukup masa kami semua utk jelajah bandar Melaka dan kawasan yg sekitarnya. :)

Labels:
Something I really want,
Vacation stories
Friday, December 9, 2011
Tempat shopping best utk org byk duit - Johor Premium Outlet
Dekat JB sekarang ni tengah rancak org bercerita pasal Johor Premium Outlet (JPO). JPO ialah salah sebuah tempat shopping yg menghimpunkan banyak designer item di bawah satu bumbung (skema ayat I kan :p ). Tapi barang-barang yg dijual bukanlah latest item, semuanya off season or stock lama yg dijual dengan harga yg agak murah antara 25% - 60% daripada harga asal (takdelah murah sgt sebenarnya). Antara designer outlet yg ada dekat sana, Fossil, Coach, Burberry, Armani, Armani Xchange, Royal Selangor, DKNY, Canali, Gap, Guess, Levi's, Pink Jambu and many more, boleh tengak list of shops dekat sini.
Perasmian akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada hari Ahad ni (11/12/2011). Almaklum ini adalah Premium Outlet pertama di Asia Tenggara, kalau dekat Asia ada beberapa outlet di Jepun & Korea. Dekat US paling banyak outlet sebegini. Tempat-tempat lain belum ada lagi ya. Jadi rakyat Johor amat berbangga punya Premium Outlet Pertama di Asia Tenggara. Termasuk la saya. Hahaha..
Sebenarnya pergi on last Saturday (3/12), kira dah dekat seminggu jugak la kan. Almaklum saya tak berapa nak rajin update, tu yg jadi tertangguh sampai seminggu. :) Masih belum dirasmikan lagi, tapi dah dibuka kepada public.
Saya sampai dalam tengahari macam tu, kalau ikutkan pagi dah sampai. Tapi disebabkan tersalah exit (saya masuk exit Kulaijaya), dah kena patah balik semula. Nasib baik sebelum pergi tu saya ada baca dekat forum mengenai JPO ni, kalau tak sure lah saya dah sesat. Sampai je, rasa exited sangat. Macam org jakun pun ye. Hehehe.
Orang memang ramai dan barang yg di offer boleh buat sakit mata sebab boleh tengok je. Hahaha... Harga sekarang mmg murah sangat sebab nak tarik ramai pengunjung kan. Tapi bukanlah semua outlet yg ada kat sana tu offer murah gila-gila. Yg saya boleh cakap murah sgt tu dekat Gap Outlet. Most item ada discount up to 50%, if you purchase 5pcs or more, you will entitle to get extra 20% off. Murah tak murah la kan. Saya pergi haritu bawak duit tak banyak mana, jadi tak dapat la saya nak membeli ikut nafsu. Hahaha.. Jadinya saya cuma beli 2 helai t-shirt utk anak2 saya. Sehelai berharga RM30 sahaja. :) Kalau anda nak cari jeans utk anak, harga sehelai cuma RM60 sahaja. Haih... Tu yg buat saya sakit mata. :p
Ok, ada satu lagi kedai yg saya masuk dan saya rasa harganya boleh tahan murah. Fossil, siapa tak tahu Fossil tu mmg kesian la kan. Saya berkenan dengan backpack macam gambar kat bawah tu. Tapi budget nak beli tu takde, makanya lagi sekali sakit mata + sakit hati. Hahaha. Saya nampak harga asal RM609.00, and after discount was RM350.00, nangis tak nangis la tgk harga murah macam tu tapi takde duit nak beli kan. Sempat try and berangan depan cermin kat kedai dia je lah. Hahaha...
Designer outlet Coach, Burberry, Michael Korss, Armani tu saya tak masuk. Coach & Burberry nak masuk sampai kena q kat luar, sebab oranga dah ramai sgt serbu. Hahaha. Tapi pada saya, rasanya lagi murah kalau kita buat pre-order from oversea. Cuma kena tunggu lama sikitlah ye. :)
Most item mmg ada discount. Dekat Fossil, purse & wallet price range from RM80 - RM150, depends on the size and design. Saya tengok org dalam kedai tu dah macam org nak beli ikan kat pasar. Punyalah ramai org, sampai nak bergerak pun kena menyelit kat celah org yg ramai tu.
Kepada anda yg nak pergi shopping atau setakat nak jalan-jalan cuci mata, kat bawah ni saya letak juga la direction nak ke sana macam mana (saya copypaste dari website JPO) :-
Dari Singapore, melalui Woodland:-
Singapore → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Singapore, melalui 2nd Link:-
Singapore → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapore → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Kuala Lumpur:-
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Johor Bahru (yg ni melalui cara saya):-
Melalui Lebuhraya E22, exit Senai. Senang sangat, keluar exit Senai mmg nampak dari tepi jalan & terus ikut direction drive masuk parking.
Melalui highway PLUS:-
Dari tol skudai, drive dalam 5km anda akan nampak JPO sebelah kanan. Ikut exit Senai yg ada tulis 2nd Link. Lepas tu ikut Indahpura interchange dan kemudian akan nampaklah bangunan JPO tu di sebelah kiri.
Melalui Kulaijaya (tiada signboard utk ke JPO ye dari sini):-
Maka anda kena cari signboard yg menunjukkan arah utk ke Indahpura. Ikut saja direction nak ke Indahpura, nanti akan sampai ke JPO ni jugak.
Jadi tunggu apa lagi, kepada anda yg minat pada designer item boleh pergi ke Johor Premium Outlet untuk survey apa yg ada. Untuk maklumat lanjut, boleh click sini utk official website JPO.
Perasmian akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada hari Ahad ni (11/12/2011). Almaklum ini adalah Premium Outlet pertama di Asia Tenggara, kalau dekat Asia ada beberapa outlet di Jepun & Korea. Dekat US paling banyak outlet sebegini. Tempat-tempat lain belum ada lagi ya. Jadi rakyat Johor amat berbangga punya Premium Outlet Pertama di Asia Tenggara. Termasuk la saya. Hahaha..
*pics from JPO web*
Sebenarnya pergi on last Saturday (3/12), kira dah dekat seminggu jugak la kan. Almaklum saya tak berapa nak rajin update, tu yg jadi tertangguh sampai seminggu. :) Masih belum dirasmikan lagi, tapi dah dibuka kepada public.
Saya sampai dalam tengahari macam tu, kalau ikutkan pagi dah sampai. Tapi disebabkan tersalah exit (saya masuk exit Kulaijaya), dah kena patah balik semula. Nasib baik sebelum pergi tu saya ada baca dekat forum mengenai JPO ni, kalau tak sure lah saya dah sesat. Sampai je, rasa exited sangat. Macam org jakun pun ye. Hehehe.
Orang memang ramai dan barang yg di offer boleh buat sakit mata sebab boleh tengok je. Hahaha... Harga sekarang mmg murah sangat sebab nak tarik ramai pengunjung kan. Tapi bukanlah semua outlet yg ada kat sana tu offer murah gila-gila. Yg saya boleh cakap murah sgt tu dekat Gap Outlet. Most item ada discount up to 50%, if you purchase 5pcs or more, you will entitle to get extra 20% off. Murah tak murah la kan. Saya pergi haritu bawak duit tak banyak mana, jadi tak dapat la saya nak membeli ikut nafsu. Hahaha.. Jadinya saya cuma beli 2 helai t-shirt utk anak2 saya. Sehelai berharga RM30 sahaja. :) Kalau anda nak cari jeans utk anak, harga sehelai cuma RM60 sahaja. Haih... Tu yg buat saya sakit mata. :p
*pisc from Google*
Muka budak kepenatan :p
Designer outlet Coach, Burberry, Michael Korss, Armani tu saya tak masuk. Coach & Burberry nak masuk sampai kena q kat luar, sebab oranga dah ramai sgt serbu. Hahaha. Tapi pada saya, rasanya lagi murah kalau kita buat pre-order from oversea. Cuma kena tunggu lama sikitlah ye. :)
One of the designer outlet - Michael Kors
Focus dekat outlet belakang tu ye - Burberry
Ni dekat Armani Outlet
Saya tak masuk, just tgk dari luar je. Tgk price tag kat dress tu RM9K++
Terkejut mak tgk.. Hahaha.. :p
Most item mmg ada discount. Dekat Fossil, purse & wallet price range from RM80 - RM150, depends on the size and design. Saya tengok org dalam kedai tu dah macam org nak beli ikan kat pasar. Punyalah ramai org, sampai nak bergerak pun kena menyelit kat celah org yg ramai tu.
Lepas penat ronda, singgah food court nak hilangkan dahaga. Disebabkan still kenyang lagi, so makan buah je lah. Orang kat food court pun ramai gilos, sampai tak cukup tempat duduk.
Kepada anda yg nak pergi shopping atau setakat nak jalan-jalan cuci mata, kat bawah ni saya letak juga la direction nak ke sana macam mana (saya copypaste dari website JPO) :-
Dari Singapore, melalui Woodland:-
Singapore → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Singapore, melalui 2nd Link:-
Singapore → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapore → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Kuala Lumpur:-
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
Dari Johor Bahru (yg ni melalui cara saya):-
Melalui Lebuhraya E22, exit Senai. Senang sangat, keluar exit Senai mmg nampak dari tepi jalan & terus ikut direction drive masuk parking.
Melalui highway PLUS:-
Dari tol skudai, drive dalam 5km anda akan nampak JPO sebelah kanan. Ikut exit Senai yg ada tulis 2nd Link. Lepas tu ikut Indahpura interchange dan kemudian akan nampaklah bangunan JPO tu di sebelah kiri.
Melalui Kulaijaya (tiada signboard utk ke JPO ye dari sini):-
Maka anda kena cari signboard yg menunjukkan arah utk ke Indahpura. Ikut saja direction nak ke Indahpura, nanti akan sampai ke JPO ni jugak.
Jadi tunggu apa lagi, kepada anda yg minat pada designer item boleh pergi ke Johor Premium Outlet untuk survey apa yg ada. Untuk maklumat lanjut, boleh click sini utk official website JPO.
Labels:
Shopping therapy,
Something I really want
Thursday, December 8, 2011
Saya berjaya!!!
Lama gila tak update blog ni, last citer pasal gi Cameron Highland aritu je kan. Macam tu lah kalau mood malas nak menulis tu sampai, ada idea nak tulis tapi sebab malas terus bertunda-tunda, terus tak update. Haihhh... camana nak jadik jutawan blogger gini. Hahaha... Berangan je la nak jadik jutawan, M tu besar sgt. :p
Rasanya ramai yg tahu pasal Big Sale Air Asia ni. Sejak balik dari Langkawi bulan 6 yg lepas, saya dah pasang niat nak pergi sana semula tahun depan. Sebabnya tak puas berjalan, terkejar-kejar masa. So saya nekad, kali ni kalau Air Asia ada buat promo, saya akan sambar tiket pergi Langkawi.
Berjaya jugak saya book flight ticket from KL - Langkawi pagi tadi. Mulanya saya tunggu jugak tgh malam tadi, tapi bila select date terus kena hantar ke "Waiting Room". Try 2-3 kali tapi asyik kena hantar ke sana je, saya naik menyampah pulak la kan. Last-last tutup PC, terus saya masuk tidur. Pagi-pagi sampai office dalam pukul 7am, terus on PC and bukak web AA. Alhamdulillah, sekali try je terus berjaya book. Horay!!!!
Saya dapat book flight ticket KL-LGK for RM0.10/person, campur airport tax, fuel surcharge, 50kgs luggage semuanya saya bayar cuma RM220.80 for 4 person return flight. Tapi disebabkan saya bayar guna CC, so kena extra charge la. Rugi betul RM64, so total up saya kena bayar RM284.80. But takpelah, as long harga tu tak lebih dari budget saya. I'm so happy, sebab ni first time saya berjaya merembat tiket harga 10cents. Hehehe. Mula-mula ingat nak book jugak flight JB-KL, but timing sambungan flight tu tak kena. So takpelah, nnt drive up to rumah makcik, park kereta dekat rumah dia then naik cab ke LCCT. Should be no problem :)
Mula-mula pilih tarikh on weekend, tapi hampeh. Seketul pun tak kena. Nak tak nak terpaksalah pilih tarikh on weekdays. Tapi yg tak bestnya, tarikh fly yg AA offer tu bukan time cuti sekolah, sekali lagi terpaksa lah saya mencutikan Danish sekolah 4 hari.
We will be going to Langkawi on October next year. Hahaha, jauh lagi perjalanan nak sampai bulan 10 tu kan. Takpe, lama sikit boleh simpan duit. So, tiba masa nnt insyaAllah tabungannya dah mencukupi :)
Kali ni planning ke Langkawi mmg niatnya nak shopping sikit. Sebab tu kena simpan duit byk, kalau bawak duit sikit nanti tak puas pulak nak berbelanja kan. Hahaha...
So, for this trip we will plan it well. Sebab ada byk masa lagi, insyaAllah nak buat semua yg tak sempat time pergi last time. :)
Hope everything goes well bila sampai masanya nanti. Aminnnn :)

Wednesday, October 12, 2011
Cameron Highland, here we come :-)
Esok, Khamis (13/10/2011), saya serta en. Hubby & anak-anak akan berangkat ke Cameron Highland . Percutian yg tak dirancang sebenarnya. En. suami diarahkan berkursus ke sana pada hari Jumaat dan Sabtu. Memandangkan dia ke sana dengan kereta sendiri, lepas tu boleh claim minyak & bilik hotel, maka saya tak nak melepaskan peluang yg ada. Hahaha. Saya cakap dengan beliau yg saya nak ikut, dia pun ok. Makanya terjadilah ad-hoc vacation trip utk kami.
Tapi ada ralat sikit, saya terpaksa mencutikan anak bujang saya dari bersekolah kebangsaan untuk hari Jummat dan sekolah agama untuk hari Khamis dan Jumaat. Hmmm, nak buat macam mana, nak ditinggalkan dengan siapa, so saya cakap dengan hubby untuk kali ni tak apalah kita cutikan Danish 1-2 hari. Nasib baik belum periksa, kalau tak mmg tak dapat saya nak join ke sana . Surat cuti untuk kedua-dua sekolah tu pun saya dah sediakan.
Kami bercadang untuk bertolak lepas Danish balik sekolah tengah hari tu, lebih kurang lepas Zuhur kami bergerak. Saya pulak akan balik kerja separuh hari. Saya dan suami tak pernah sampai lagi ke Cameron, maka kami tak tahu berapa lama perjalanan ke sana . Berkemungkinan sampai pun dah malam. Atas nasihat rakan-rakan yg dah berkunjung ke sana , mereka mencadangkan untuk keluar ke exit Simpang Pulai. Menurut mereka jalan dari exit Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland lebih elok jika nak dibandingkan exit dari Tapah. Ok, itu telah pun saya masuk dalam list perjalanan. Cewah, siap ada list bagai pulak eh.
Memandangkan kursus en.suami saya tu diadakan di hotel Equatorial dekat daerah Brinchang, jadi suami saya meminta saya survey hotel budget yg ada dekat sekitar daerah Berinchang. Banyak hotel, tapi harganya tak selaras. Saya dah jumpa sebuah hotel yg kami rasa ok dengan budget kami yg tak berapa besar ni, insyaAllah petang ni bank-in kan depositnya.
Kalau ikut jadual kursus en.suami, hari Sabtu baru dia free. Tak tahu lagi samada nak stay sampai hari Ahad ataupun balik hari Sabtu tu juga, tengok keadaan katanya. Oklah, saya pun tak kisah, janji hari Isnin mesti kena kerja & Danish kena sekolah sebab sekolah agama ada periksa. Apa-apa pun, saya excited nak ke Cameron Highland , umur dah banyak gini baru la dapat merasa nak ke sana . Hehehe. Kesian kan J
Tak sabar nak tengok ladang teh kat sana :)
*Pics credit to Google
Haaa!!! Yang ni mmg wajib dibeli la kan. Hehehe
*Pics credit to Google
Saturday, October 8, 2011
Rumah Oh Rumah
Rumah kami di JP Perdana tu rasanya dah 98% siap, tapi nak menunggu pemaju keluarkan CF tu tak tahu la berapa lama lagi. Selagi CF belum dapat, jangan harap la nak ambik kunci rumah kan. Masalah saya sekarang ni rasa agak rumit jugak. Memandangkan parents saya dah bercerai, maka rumah sedia ada sekarang ni dah dijual. Proses jualan tu ambik masa agak panjang, jadi sementara dokumen pindah milik dan bank belum release payment, maka saya sekeluarga masih lagi menetap di rumah tu bersama dengan ayah saya. Menurut kata ayah saya, proses tu mungkin ambik masa lagi 2 bulan. Maka dalam tempoh 2 bulan ni saya kena cari rumah sewa.
Pening memikirkan untuk cari rumah sewa yg sesuai dgn keluarga saya ni. Haritu saya dah dapat rumah sewa yg berdekatan dgn tmpt saya sekarang, dekat dengan sekolah Danish, tapi bila fikir balik kos minyak untuk ulang-alik tempat kerja, macam tak berbaloi rasanya. Jadi saya bincang semula dgn suami & dia pun setuju untuk cari rumah sewa lain yg dekat dengan tempat kerja saya.
Kawasan yg menjadi tumpuan kami sekarang ialah Bandar Seri Alam dan juga Taman Rinting. Tapi bukan semua rumah boleh masuk dalam senarai pencarian rumah kami. Jenuh jugak saya surf internet, Mudah.com tu jangan cakaplah, sehari lebih 10 kali saya masuk semata-mata untuk mencari rumah sewa. Tapi susah sungguh nak cari yg sesuai dengan keluarga saya.
Ciri-ciri rumah sewa yg saya cari; rumah teres setingkat atau apartment/flat yg ada lift, dekat dengan sekolah & kedai. Nampak macam tak susah nak cari rumah yg ada ciri-ciri macam saya nyatakan tu kan? Tapi sesungguhnya amatlah susah nak mencarinya.
Jadi sekiranya ada antara kawan-kawan saya yg terbaca entry ni, dan sekiranya tahu ada rumah yg hendak disewakan dan rumah tersebut memiliki ciri-ciri dan kawasan seperti yg saya nyatakan diatas, sudilah kiranya tinggalkan komen atau emailkan no. telefon tuan punya rumah tersebut kepada saya di eryne1908@yahoo.com.my. Terima kasih.
Sesungguhnya saya agak buntu dan tak tahu lagi mana saya nak cari rumah sewa ni. :(

Cantik combination color ni
* Pics dr Google
Oh, ini pun cantik. Tapi tak mampu la saya nak sewa rumah besar macam ni.
*Pics dari Google.
Labels:
Something I really want
Wednesday, June 9, 2010
Misi saya...
Saya dalam misi... Bukan misi yg keja kat klinik gomen or spital tu ek...
Ini adalah dinamakan sebagai pencarian rumah sewa... hahaha... giler x tajuk... :D
Actually nak carik rumah sewa, dah lama sgt duk kat umah parent.. Anak2 pun makin membesar, cam x sesuai je nak tido sebilik dgn diaorg lagi. So, the best thing to do is to find a rent house. No need to be a big one, just a small single storey house would be fine for us. Nak tunggu umah yg beli 4thn lepas tu x tau la bila nak siap. Janji siap bln 5, ni postpone lagi kata siap bln 11 pulak, nnt bulan 11 kata postpone lagi... Bosan dah duk tunggu umah tu siap, baik carik umah sewa dulu & menyewa utk sementara waktu.
Iskkkk... x sabar ni nak merasa duduk sendiri, selama ni duduk ngan parent kan.. macam x merasa sgt dah berkeluarga, jadik bila dah duduk sendiri nanti pandai2 la nak adjust camane nak handle family sendiri. Susah senang kitaorg, I and hubby je la yg tau.. Kalu kata ada selisih faham ngan suami pun takde la family tau.
Hubby kata weekend ni gi carik kawasan umah yg sesuai and rumah yg dirasakan mampu utk disewa. Budget kitaorg kecik je, dlm RM500 ke bawah camtu. So, takkan nak sewa umah 2tingkat kan... memadai la dgn umah teres setingkat.. senang i nak kemas nnt...
I dah berangan nih, nnt duk umah sewa nak kena beli macam2... Benda paling penting semestinya mesin basuh, peti sejuk & dapur masak + tong gas... Yg lain2 tu belum difikirkan lagi, tp semlm tanya hubby, nnt kalu dah pindah nak beli perabot ke x, dia kata x yah, leceh nnt nak pindah randah. Abes tu I tanya dia, "Abes baju2 tu smua nak taruk mana?", ada ke dia jawab "simpan dlm plastik je"... Tu la org lelaki ni kan, cakap tu ikut sedap je... X pk panjang... geram betul... huhuhu...
Tapi apa2 pun, mende tu semua boleh settle kemudian.. yg penting sekarang ialah MISI saya.. hahaha...
Misi Mencari Rumah Sewa... :)
iskkkk... x sabarnya rasa...

Tuesday, March 30, 2010
.::Semalam yg memenatkan - tapi seronok :)::.
Semlm saya telah mencutikan diri saya dari bekerja. Hehehehe...
Maka semlm adalah permulaan kepada bisnes saya secara sah. :)
Saya dah register nama syarikat di SSM. Sangat la mudah, semua org boleh register company. :)
Nanti malam saya update lagi nama company & no. syarikat yg saya & adik saya bakal uruskan. Buat masa ni, belum ada apa aktiviti terbaru dari syarikat kami. Cuma adik saya sedang menyiapkan barang hantaran sepupu kitaorg yg akan melangsungkan perkahwinan minggu depan. Harini adik saya akan bertolak ke sana, bersama-sama barang hantaran yg baru separuh siap tu. Katanya nak siapkan kat sana nanti. Hmmm... biarlah dia, janji barangnya siap. Saya malas nak cakap apa-apa, sbb adik saya tu lain sket perangainya. So, saya biarkan dia buat apa yg dia rasa elok.
Semlm jugak PC saya telah mengopakkan duit saya. Huhuhu... Bawak PC ke authorised repair center for HP, bila bagi tau apa problem PC saya tu, terus je technician lady tu check. Saya ingat tinggalkan dulu kat situ, tapi rupanya dia terus settlekan semalam jugak. Dia check kejap je, terus dapat tau apa masalahnya, kena ganti power supply. Benda tu yg rosak, then saya mintak dia upgrade rem. So, dia rekemen upgrade rem ke 2GB. Sblm ni PC saya cuma 512MB je, punyelah lembap nak bukak satu2 folder. Sbb tu saya mintak upgrade kan rem. Lepas settle semua, time nak bayar dia kate total RM335.00, termasuk labour charge. Mak aihhh... Camtu je kena byk gitu. Nasib baiklah saya ada duit standby, kalu x, mau saya kata kat amoi tu tinggal PC tu kat situ dulu. Saya ingatkan letak dlm berapa hari dulu kat situ, tp dah dia terus check on the spot, terus la dia siapkan on the spot jugak. Hmmm... mana nak carik duit extra nih... Huhuhu...
Dan semlm jugak, sebelum saya keluar utk daftar syarikat, saya bawak anak saya, Danish ke klinik. Dia demam dah 2 hari x baik2. Then doctor check semua badan dia. Takut denggi. Sbb doktor ada tanya kat kawasan rumah saya tu ada org kena denggi tak, saya kata xde. Sebenarnya Danish demam sejak sampai kampung lagi. Maybe panas sgt kat sana, saya pun kena migrain dari tengahari sampai ke malam. Mmg tak larat betul la rasanya. Alhamdulillah, Damia xde pape. Sambung citer pasal Danish semula, bila balik umah, bagi dia ubat, then saya keluar semula. Bila saya balik umah petang semlm, mata dia dah bengkak. Saya dah agak mesti dia allergic ubat. So, mlm semlm pegi klinik lagi. Doctor suruh tukar ubat dari Brufen ke paracetamol. Danish allergic pada ubat Brufen & doctor siap keluarkan kad allergic lagi. Huhuhu... Pagi tadi saya check temperature Danish, still ada demam lagi sikit. Saya dah SMS teacher dia inform yg Danish x pegi sekolah lagi harini. Hmmm... saya ni kat tempat keja rasa cam x sedap je nak keja. Tapi apa boleh buat, semlm dah cuti, takkan harini nak cuti lagi kan. Keja tetap kena jaga.
Hmmm... sekejap lagi saya kena inform bibik bagi Danish ubat. Tadi seblm keluar lupa nak pesan pada bibik tu.

My lil' Biz,
My Precious,
Something I really want
Wednesday, March 17, 2010
.::Alhamdulillah::.
Baca tajuk mesti korang dah tau kan... hehehe...
Itulah dia, permulaan yg agak baik utk saya. Walaupun setakat buat jualan offline di office sahaja, tp nampaknya sambutan amatlah menggalakkan. Lagipun stok baju yg saya amek kat KL aritu pun takde la banyak mana. InsyaAllah, next month saya akan menambah stok pakaian lagi.
Sekarang saya tau macam mana nak jual barang yg mendapat sambutan. First sekali, niat kena ikhlas, nak menambah pendapatan. 2nd harga mesti murah. Baju2 yang saya jual semua tak lebih harga RM40, paling mahal pun RM38 saje. 3rd, fesyen up to date. Time kasih pada adik saya yg memilih fesyen2 baju sedemikian. Kat bawah ni antara gambar baju2 yg saya ambik utk jualan. Gambar2 ni antara yg masih ada stok kat tangan. Selain dari tu dah habis dibeli oleh rakan2 opis saya. Hehehehe....
Terpulang pada citarasa individu tu sendiri samada suka atau tak dengan design2 baju cenggini. Pada saya, maybe sebab saya x boleh pakai, jadik saya kureng sket dengan fesyen2 camnih. Hehehe... Boleh gitu kan. Jadik pemilihan pakaian tu semua saya serahkan pada adik saya. Ada la 2-3 design baju yg saya berkenan and dah pun saya simpan utk koleksi peribadi saya sendiri. :)
Tinggal 5 helai ni je, mudah-mudahan seblm saya ambik stok baru next month semua stok2 sedia ada ni dah terjual. InsyaAllah... Amin...
Bln depan
Labels:
My lil' Biz,
Something I really want
Monday, March 15, 2010
.::Bisnes is on the way::.
Hmmm... saya dah keluar modal utk mulakan bisnes pakaian wanita. Modal ciput je, jadik barangnya pun x banyak la. Buat permulaan, peruntukan modal sgt sikit. Boleh la utk test market.
Hari Khamis sampai sabtu lepas, saya telah mencutikan diri saya dari bekerja utk pegi riki barang2 yg saya rasakan boleh dijual. Maka tempatnya adalah KL. Mudah-mudahan baju2 yg saya ambik tu akan mendapat sambutan yg menggalakkan. Tadi datang opis x bawak lagi baju2 tu, sibuk kawan2 saya bertanya. Saya x sempat nak buat tag tanda harga utk baju2 tu. Balik nanti baru saya buat la. Kejap lagi pk camana bentuk tag tanda harga yg saya nak buat tu...
Kalu sambutan menggalakkan, next month saya akan ambik lagi stok2 baju jugak & tudung. Cadangnya nak jual online, tp memandangkan PC kat rumah masih belum repair, jadik tangguhkan dulu niat utk jual online tu. Kita jual offline dulu.

Tuesday, March 2, 2010
.::Angan-angan saya::.
Hmmm... saya ni sebenarnya sedang melalui fasa bosan utk bekerja, tapi apa boleh buat. Kalau tak bekerja, takda la duit kat tangan. Tapi serius, mmg saya dah bosan nak menghabiskan masa dari 8am-5.30pm kat opis. Tu belum tambah perjalanan pergi balik kerja. Balik kerja kompem la jem, highway pasir gudang tu mana pernah jem kalu bukan cuti panjang. Bosan kan kerja camnih, lagipun kerja plak tak mencabar. Setakat duduk kat opis settlekan order, tambah sket itu ini. Mmg tak mencabar langsung.
Teringat zaman practical kat TV3 dulu. Kerja sbg Assistant Producer & Journalist. Sangat seronok! Tapi rezeki saya bukan dalam bidang tu, nak buat camana. Jenuh saya hantar resume sana-sini. Cuma sekali je saya dipanggil utk interview oleh Karangkraf. Itupun lepas resume kali yg ke-15 dihantar rasanya. Tuhan dah tetapkan, kewartawanan bukan bidang kerja saya. Maka, apa yang saya belajar selama 2thn di Akademi TV3 tu sekadar memberikan saya ilmu dan pengalaman manis ketika menuntut di sana. Redha la saya bekerja sbg kerani di pasir gudang yg penuh dengan pencemaran udara nih. Mmg rezeki saya dan keluarga di sini.
Tapi sekarang, saya rasa saya nak menambah rezeki saya yg sedia ada dengan membuat bisnes. Dulu saya pernah buat online bisnes, tapi ditutup atas sebab saya tak boleh handle seorang dan faktor masa yg terhad. Sekarang saya dah ada adik yg mempunyai niat yg sama spt saya. Jadi saya terfikir utk menyambung kembali bisnes yg pernah tergendala dulu. Ini baru angan-angan namanya. Tapi rasanya angan-angan ni akan jadi kenyataan. Cuma saya kena tunggu sikit masa lagi, sekarang ni masih tak cukup modal, plus saya masih survey apa barang yg saya dan adik saya akan marketkan. Adik saya propose pada saya utk concentrate pada barang2 souvenir org kawen & buat barang2 hantaran. Saya & adik saya mmg ada kelebihan dlm benda2 tu (ni bukan bangga diri ya), tapi kena ada org yg boleh marketkan usaha kami utk buat benda tu. InsyaAllah, saya rasa saya akan tubuhkan satu syarikat kecik atas nama kami 2 beradik nanti. Lepas ada syarikat sendiri, mudah-mudahan bisnes kami akan berjalan lancar.
InsyaAllah... itu angan-angan + cita2 saya ya. :)

Working mommy
Tuesday, February 23, 2010
.::Downtown-KL::.
Tak sempat nak update semlm, so saya update arini...
Citer pasal gi KL ye... Kejap sgt ada kat sana, ari Sabtu tghari bertolak pastu balik sini semula Ahad tghari, just one nite tinggal kat sana.. Tido kat budget hotel area Dwitasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras.. Tido sana pasal nak senang pegi downtown... hahaha... kesian saya kan, baru sekarang ada peluang nak pegi downtown. But personaly, saya tak berapa suka sgt pegi sana. Kedai mmg banyak, tapi part nak bargain barang tu ada kureng sket. Tak sama cam kita bargain barang dekat pasar malam Jln TAR atau petaling street. Then pilihan barang pun macam terhad, mostly orang jual barang yang sama. Baju yg sama, kasut yg sama, aksesori yg sama... camtu la... susah nak carik kelainan kat situ... Itu pendapat saya la, tak tau pulak pendapat org lain camana...
Citer part suasananya pulak, saya sampai sana jam 10pm. Masa tu parking masih ok lagi, adik saya berjaya mendapatkan parking di belakang restoren kat kawasan situ. Bila saya ronda2 pun masih byk kedai yg belum bukak. Then saya teruskan je pusing2 kat kawasan tu bersama hubby and Danish, adik & sepupu saya lagi sorang meronda tempat lain. Actually nak carik baju utk saya, tapi tu la saya kata tadi, mostly org jual baju yg sama. So, x byk pilihan utk saya. Singgah pulak kat kedai mainan, anak saya apa lagi, terus la mintak belikan dia kereta remote control. Part tawar menawar kat kedai mainan ni pun kureng, harga asal kereta tu RM40, dia cuma bagi saya RM35 je. Beli la jugak, sekali ari ahad tu saya ronda kat Ampang point, nampak kerata yg sama saya beli kat downtown, harganya jauh lebih murah, iaitu RM18.90. Tak ke hangen sebadan saya nih. Nak buat camane kan, dah beli. So, diam je lah...
Berbalik citer kat downtown. Saya belikan anak saya crocs, sbb ramai sgt org jual, so tertarik nak masuk kat salah satu kedai yg saya rasa byk choice. Harga mmg murah berbanding dgn original, saya malas nak bargain, sbb most kedai jual dgn harga camtu. Then saya jalan2 lagi, nampak handbag yg dijual kat satu kedai, belek2 pastu letak balik. Dalam hati dah rasa berkenan, tp saya round tempat lain dulu. Pastu anak saya kata dia lapar, pegi makan dulu. Masa tgh makan tu sembang2 ngan adik saya pasal beg yg saya nmpk sblm ni. Sembang punye sembang terus rasa nak beli. Huhuhu... Siap makan semua, saya pegi balik kedai beg tadi. Sblm tu, saya dah tanye dulu berapa harga beg tu, and penjual tu dah sebut RM75 tp boleh kurang lagi. Saya dtg kali kedua, tanye lagi harga beg yg sama, dia sebut RM85 pulak. Ampeh kan... Saya tawar menawar lagi, so last sekali saya beli satu, and adik saya pun beli satu. Dia bg la RM70 utk satu bag. Dah berkenan punya pasal, beli jugak la kan. Takut kang balik JB duk ingat2 je kat bag tu... Hahaha.. tu la satu perangai buruk saya, kalu ada benda tu saya berkenan, tp saya x beli, kompem lepas tu saya akan ingat utk satu tempoh yg panjang, dan menyesal sbb x beli.. huhuhu....
Jalan2 lagi kat downtown tu, cakap ngan adik saya, saya nak carik blouse. Carik punye carik, jumpa la satu kedai ni yg boleh dikatakan bajunya menarik minat saya utk membeli. Spt biasa, saya kalu beli barang tak tawar menawar, tak sah namanya. hehehe. Harga asal blouse RM35, lepas bargain dpt la selai RM30. Balik JB, saya tunjuk kat mama saya, dia kata dia berkenan. Saya terus bagi kat mama saya. Baikkan saya nih... hehehee... So, takdela blouse utk saya. Saya dah pass pada mama saya, takpelah next month saya nak pegi KL lagi. Kali ni pegi utk temankan adik saya ke mahkamah & ambik anak2 dia sbb cuti sekolah. Time tu plak saya dah dapat bonus. Boleh la saya shopping kan... :)
baiklah, saya pen-off dulu. Esok lusa saya sambung lagi...

Thursday, December 24, 2009
.::Mim Alif Lam Sin::.

* ini adalah gambar yg diambil oleh saya sendiri :)
Saya kan... teringin nak makan benda alah spt dalam gambar tu....
Tapi kan... Mim Alif Lam Sin ni susah sgt nak blah dari saya...
Huhuhu... camane la nak jadik rajin cam kawan kat sebelah saya nih...
Dia pun ada anak kecik, tapi sangat la rajin bawak makanan ke opis...
Makanan tu dia yg masak okeyyyy...
Tapi saya x pernah makan masakan dia, sbb dia adalah org cina... huhuhu...
Saya ni nape la tak nak jadik rajin cam dia... adehhhhh...
Tolong... Tolong... Tolong Rajin... meh la datang kat saya nih...
Kasi usir si Mim Alif Lam Sin ni kluar dari badan....
Saya tingin nak makan brownies... huhuu... sedey....
Labels:
Something I really want
Subscribe to:
Posts (Atom)