CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Food review. Show all posts
Showing posts with label Food review. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Let's bake!!

Let’s bake!

I loveeeeeeee baking. Sejak dari sekolah lagi rasanya dah suka baking, tapi masa tu tak buat apa-apa sangat melainkan buat kuih raya. Ingat lagi dulu, ayah saya belikan oven besar utk saya bakar kuih raya. Sampai skrg oven tu ada lagi and telah diturunkan sepenuhnya kepada saya sebab ‘kononnya’ saya yg paling rajin masak-memasak guna oven tu. Hahaha..

Tapi saya ni bukanlah jenis yang tiap-tiap minggu ada je projek nak duduk depan oven tu. Kadang-kadang je lah, bila mood rajin dah datang *yg boleh kata sebulan tak sekali* ada la saya buat something.

Pernah jugak saya ambik tempahan buat brownies 3-4 tahun lepas, jual online lagi tau. Tapi lepas tu saya stop sebab tak larat nak buat. Ye lah, dari godek batter sampai la ke bungkus brownies tu dalam kotak, isi borang poslaju, semuanya saya buat sendiri. En. Suami Cuma bawak kotak tu hantar pegi pusat poslaju je. But now ada jugaklah saya buat sikit-sikit. Yang mana ada sedara kata nak order tu, saya buatkanlah. Lagipun tak susah mana pun sbnrnya nak buat brownies tu. InsyaAllah, saya rasa saya akan sambung projek tempahan brownies ni  paling cepat lepas raya nanti. Sekarang ni tak boleh lagi rasanya, still belum pandai nak bahagikan masa antara kerja, family and baking. Tambah pulak ada baby lagi, agak susah sikit lah rasanya. Tunggu baby besar sikit, abang & kakak dia boleh monitor, baru boleh la rasanya.

Sebenarnya nak cerita buat muffin je last week, tapi mukadimah jadik panjang lebar pulak dah. Hahaha. Tiba-tiba last week rasa macam rajin baking, mula-mula anak bujang saya si Danish request nak makan chicken pie. Tengah-tengah bakar chicken pie dalam oven tiba-tiba rasa nak makan muffin pulak. So saya carik resepi yg paling senang nak buat, terus bancuh. Chicken pie siap bakar, masukkan muffin pulak dalam oven.  Cukup 20min, muffin dah siap.

Ni la rupa muffin saya. J



Nak resepi? Saya ambik resepi ni dari internet jugak, dari blog Che Mat Gebu. Hehehe. So here goes the recipe:
Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
Ada yang saya adjust ikut bahan yg saya ada dekat rumah. Macam tepung tu, saya guna tepung kek sbb tepung gandum dah habis, jadi saya tak letak baking powder & soda bicarbonate. Dan minyak sayur/jagung pun saya gantikan dengan minyak masak biasa.


Rasa muffin ni biasa je, ye la tgk bahan dia pun biasa-biasa je kan. Boleh la utk makan sendiri. So, pada anda yg nak buat muffin tapi nak buat dengan cara paling ringkas boleh la try resepi ni.

Wednesday, July 4, 2012

Kenapa saya dah lama tak update blog?

Sebab saya MALAS.... voley jawab gitu? Hahahaha!!! Diam tak diam dah berapa bulan saya tak update? Dekat 6 bulan rasanya. Punyalah pemalas kan. Sabar je lah...

Seriously, sekarang ni saya lebih suka membaca dari menulis. So, masa terluang saya dekat office mmg saya habiskan dengan membaca blog orang lain ataupun forum. Sekarang ni tak susah nak menimba ilmu, semua ada kat hujung jari. Nak cari maklumat apa pun, Google saja. Nak tgk peta, Google saja. Nak tau tempat terjemahan perkataan, Google saja. Nak tau alamat pejabat sekian sekian, Google saja. Pendek kata semua maklumat yg kita nak kita boleh dapat dengan Google.

Disebabkan saya sgt suka membaca forum (kadang-kadang join gak diaorg berceloteh), dan lebih mengGoogle maka sebab itu blog ini saya biarkan sepi tanpa sebarang entry. (Ala, kalau saya rajin update pun ada ke org yg rajin datang nak baca?) Hihihihi...

Sebenarnya byk perkara berlaku sepanjang 6 bulan ni. Saya pindah rumah (duduk sendiri adalah lebih best), dapat offer kerja lain (tapi saya lepaskan sebab sayang pulak nak tinggalkan kawan-kawan & kerja kat sini relax), dipanggil interview untuk sektor kerajaan (rezeki dgn government ni mmg ada gamaknya, ini kali kedua dipanggil interview nih), mama saya bertemu jodoh baru (ni baru je dalam minggu lepas), ayah saya buat bisnes paste masakan (ohhh... sgt sedap paste lauk-pauk yg makcik saya sediakan tu) dan macam-macam lagi lah. Tak ingat semua, tapi ini antara yg saya sempat ingat. Hihihi...

Oh ya, saya dah start bisnes brownies saya semula. Pada sesiapa yg nak rasa brownies saya boleh la order ye. Penghantaran dengan poslaju dibuat ke seluruh Malaysia. Jangan lupa click like di FB brownies saya -> BakeABrownies



Ini antara brownies yg saya buat. Baru-baru ni sepupu saya order utk majlis resepsi adik dia, Alhamdulillah... Brownies saya yg saya buat tu habis dulu. Hihihi... semua kata sedap. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi mmg sedap pun. Kalau nak rasa, sudi-sudilah menempah ya. Boleh email di order.bakeabrownies@gmail.com. Kalau nak tgk listing brownies yg saya buat, sila bukak FB ye.

Eh, ni dah macam entry nak promote brownies pulak. Hahaha. Takpelah, sambil menyelam minum air, ye tak?

Amacam, terliur tak tgk brownies mummy saya buat tu?
Hihihi :)

Friday, December 30, 2011

Bermula 1 Januari 2012

Mencari makanan halal itu wajib disisi setiap umat Islam. Sejak saya tahu logo halal boleh dibeli dengan harga RM5K yg saya jumpa di internet, saya menjadi lebih berhati-hati untuk tidak makan di sebarangan restoren. Lebih-lebih lagi restoren yang meletakkan logo halal swasta yg meragukan. Hasil daripada peng'google'an saya, ada 6 logo halal keluaran swasta yg diharamkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Syarikat-syarikat tersebut ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. Walaupun saya berada di Johor, tapi saya rasa ia tetap boleh digunapakai di seluruh negara. Lagipun artikel tentang pengharaman keenam-enam logo pernah diterbitkan oleh KOSMO! Boleh klik sini utk maklumat lanjut.




Antara logo HALAL yg di HARAMkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.


Sehubungan dengan itu, JAKIM telah menetapkan untuk tidak memberi kelonggaran kepada mereka yg mengusahakan perusahaan makanan menggunakan logo Halal yg lain selain dari yg dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh klik utk pembacaan lebih lanjut di ondscene.

*Artikel dibawah Sumber dari infozi.com

Logo Halal yg dikeluarkan oleh JAKIM:-


ciri-ciri:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Logo Halal Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri:-



logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
’10′ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Kod pendaftaran halal bagi JAIN/MAIN seperti berikut:
H – 01 Johor
H – 02 Kedah
H – 03 Kelantan
H – 04 Melaka
H – 05 Negeri Sembilan
H – 06 Pahang
H – 07 Pulau Pinang
H – 08 Perak
H – 09 Perlis
H – 10 Selangor
H – 11 Terengganu
H – 12 Sabah
H – 13 Sarawak
H – 14 Wilayah Persekutuan


Jadi kita sebagai umat Islam perlu lebih cerewet dalam menentukan apa yg boleh kita makan dan apa yg tak boleh kita makan. Ingat, dari makanan akan menjadi darah daging. Dan ia juga akan melambangkan personaliti kita. Kita adalah apa yg kita makan.

Wednesday, December 21, 2011

Thursday, December 15, 2011

KFC yg bengong!



Korang teruja tak kalau dapat voucher free gini? Kompem la excited kan?
Baru je semalam dapat email voucher KFC ni from one of my friend dekat office, saya dah siap print-out and distribute pada my colleague. Mula-mula ingat scam macam yg pernah jadi dekat Mc Donald dulu. Then my colleague confirm kan yg ada kawan dia dah pergi redeem voucher tu and makan dengan senang hati. So, we all pun excited sangat nak pergi la kan. Saya ingat nak redeem semalam, then we have dinner kat tempat lain pulak. So postpone la ingat nak redeem masa kita pergi Melaka nanti. Eh! Lupa nak cerita pasal pegi Melaka tu, takpe nnt next entry saya story ye.

Ok, balik pada cerita voucher KFC semula.

Pagi ni saya datang kerja macam biasa, cek email semua. Then terbaca my friend tag me dekat FB cakap voucher tu dah kena tarik balik due to overwhelm respond from public. Masa tu tak percaya sangat la sebab baru je semlm voucher tu keluar takkan harini dah cancel kan. So, saya pun cakap dgn my colleague yg email this voucher to me. Dia pun mula-mula tak percaya, then dia call kawan dia rasanya. And it is true this voucher mmg dah ditarik balik by KFC.

Bengang tak bengang la kami semua ni kan. Baru nak redeem tup-tup dah kena tarik balik. Macam mana marketing KFC ni buat kerja? Kalau dah tau respond yg bakal diterima tu menggalakkan, buat la in a proper way. Macam buy one free one ke (like Mc D pernah buat dulu), so kalau macam ni takde la dia rasa rugi sangat or apa kan. Ini syarat yg dia bagi, with any purchase at KFC can get this Double Zinger Burger for Free. In set pulak tu. Sia-sia je KFC ni kena maki berbakul-bakul dengan org yg tak puas hati. Baik-baik kita nak pergi sana terus ban. BAN ok! Mungkin saya takkan pergi KFC utk tempoh beberapa bulan akan datang. So, padan muka ye KFC, anda telah mengecewakan pelanggan anda sendiri.

Saya bukan la mengharap sgt nak makan benda free tu. Ala korang kalau dapat voucher free gini mesti suka kan. Melainkan orang yg tak suka makan lah. It is not about the 'menghadap sgt nak makan free' tapi it's about the way they do the marketing, sangat-sangat tidak menggambarkan tahap profesional mereka. It is not a good etiquette. Memberi lepas tu tarik balik. Sangat-sangat buruk siku hokey!!!

To KFC, ucapan pendek untuk anda "KALAU TAK MAMPU JANGAN BUAT!"
Sekian, terima kasih.
Dari kami,
Pelanggan yg menyampah dgn anda.

Tuesday, October 11, 2011

Mari Makan Steamboat :)

Semalam, kononnya nak celebrate anniversary kami yg ke-8, maka saya cakap dgn en.hubby, "malam ni kita makan best sikitlah eh?". En. hubby pun ok, so keluar la beberapa list restoren yg kami sering kunjungi kalau ada special occasion :) Bukanlah restoren 3 bintang or 5 bintang yg jadi pilihan kami untuk occasion tertentu. Setakat makan "best" sikit dari biasa.

Mulanya saya nak makan western, tapi en. hubby tak nak pulak. Lepas tu dia suggest untuk makan steam boat. Saya pun ok je lah. So, lepas maghrib dalam pukul 8pm camtu kami pun pergi ke kedai steamboat yg selalu menjadi pilihan kami. Okid Ria BBQ n Steamboat. Kedainya terletak dekat Taman Gaya, berhampiran dengan rumah kami. So, dalam 5 min naik kereta dah sampai. Sebenarnya ada 2 restoren steamboat dekat Taman Gaya, satu lagi restoren Rawa Steamboat. Tapi Rawa tu saya tak pernah pergi, memandangkan dekat laman web Jakim dah keluar bahawa dia tak pernah keluarkan sijil halal untuk restoren tu. Jadinya restoren tu tak termasuk dalam list kami lah ye.

Okid Ria ni lain. Dekat dinding restoren tu penuh dengan sijil halal yg diperoleh dari Jakim untuk setiap bahan mentah yg diperolehi dari pembekalnya. Dulu masa restoren ni baru dibuka, tak ramai orang yg datang. Tapi bila dah hampir 2 tahun beroperasi, pengunjungnya semakin ramai. Kalau pergi waktu hari minggu, jenuh nak tunggu meja kosong. Mmg full house sentiasa. Semalam kami pergi on weekdays, maka tak ramai sangat orang.

Ini lah restoren steamboat pilihan kami :)
*Pics from Google

Dengan harga RM18.50 untuk dewasa & RM9.00 untuk kanak-kanak, makan sahaja apa yg anda nak makan dekat situ. Pilihan menunya juga boleh tahan banyak. Antaranya sayuran, cendawan, aneka mee, beraneka jenis ayam perapan, beraneka jenis daging yg diperap. Tak ketinggalan ikan yg diperap pun ada jugak, kerang, sotong, udang, kupang, ketam, beraneka jenis makanan dingin beku. Saya rasa ada lebih dari 50 menu untuk kita pilih. Selain dari tu, mereka juga ada sediakan nasi goreng & 1-2 jenis lauk yg dah siap dimasak. Ada juga pencuci mulut berupa bubur manis, semalam mereka sediakan bubur jagung. Buah tembikai & roti goreng rasanya. Sorilah, gambar tak ada sebab semlm tak bawak kamera, then kamera handphone pulak baterinya tinggal nyawa-nyawa ikan je, tak boleh nak snap gambar banyak2.

Tak sama macam kedai steamboat lain yg saya pernah pergi. Dekat sini, kita boleh rasa 2 jenis kuah atau sup yg diletakkan dalam mangkuk steamboatnya, iaitu TomYam dan juga Sup. Kuah dia sedap, mmg kena dengan tekak saya.

Steamboat & BBQ kami :)
En. hubby BBQ semua bahan, saya pulak kelolakan bahagian steamboat.
Nampak tak mangkuk steamboat tu dibahagi dua?
Sebelah kiri ialah kuah tomyam, sebelah kanan pulak kuah sup.

Antara sos untuk cecah yg saya ambik semalam
Dalam pinggan atas, dari kanan sos BBQ, kiri sos Blackpepper
Pinggan bawah, atas sos Black sesame, bawah sos Chili Vinegar (fav saya).

Pilihan sos sebagai pencicah juga banyak. Saya rasa ada lebih 10 sos yg dia hidangkan semalam. Antara yang saya ingat, Satay, Thai Green, Sambal belacan, Sambal kicap, BBQ, Blackpepper, Black Sesame & Chili Vinegar. Ada a few sos lagi saya tak ingat namanya. But for me, saya sangat suka chili vinegar. Sedap dengan rasa pedas-pedas masam gitu. Mmg kena dengan semualah rasanya.

Tukang masak saya semalam :)

Sori gambar agak blur
Saya tak tahu apa nama seafood ni. Ada sesiapa tahu?

Anak dara saya ni semalam, lepas makan byk boleh pulak dia muntah kat situ.
Nasib baik masa tu kiteorg dah nak balik.

Apa-apa pun, restoren Okid Ria BBQ & Steamboat ni mmg menjadi pilihan kami. Ini kali ke 4 kami makan di sini. Saya mmg akan cadangkan pada sesiapa sahaja untuk makan dekat sini. Ops, jangan ingat saya ada share dekat situ ye. Tak ada, ini sekadar nak menghebahkan benda yg baik sahaja. Apa salahnya kongsi dengan kawan-kawan lain kan. So, anda jangan lupa cuba makan di sini ye. :)

Thursday, June 23, 2011

Fuhhh!!! Kue Teow Power

Masa saya bercuti ke Utara haritu, sempat saya tido semalam dekat Alor Setar. Sempat jugak saya pergi makan dekat kedai Kue Teow yg pernah kami (saya & hubby) pergi 8-9thn lepas. Zaman berdating kan syok. Saya ingat lagi, masa tu dia jual guna basikal je, dekat simpang jalan. Ramai org makan kat situ.

Then kebetulan dah ada dekat Alor Setar, hubby saya ajak saya pergi makan kat situ lagi. Dah lama teringin benornya. So, tak nak melepaskan peluang walaupun badan dah rasa letih dgn muka berminyak toksah cakap, kami pergi carik tempat tu. Alhamdulillah, jumpa jugak tempatnya, itupun hubby dah ingat-ingat lupa. Al-maklum dah lama gila dia tak ke sana.

Bila sampai, kami tgk org ramai sgt. Tak sangka kedai dia dah makin besar, basikal tetap ada. Then ada tambahan kedai makan jugak. Eh, lupa nak bg tau nama kedai tu, "Iman Kue Teow". Saya nak cerita kat mana kedainya, saya tak tau. Hehehe. Tapi mmg sedap makan kat situ. Kami makan Char Kue Teow Power. Perghhhh.. Mmg power la.

Char Kue Teow nya penuh dgn kerang, udang pun besar-besar ada 5 ekor gitu. Ada telur mata kuning separuh masak lagi. Harga? RM6 sahaja. Power tak power tu beb! Cuba carik char kue teow kat JB ni, ada tak rupa macam ni?


Haihhh.... Tgk gambar ni pun dah buat meleleh air liur.

Cukup rencah, tak lokek bahan. Mmg saya rasa berbaloi bayar RM6 utk sepinggan Kue Teow Power. Kalau panjang umur, mmg saya akan pergi kedai ni lagi. :)

Monday, August 16, 2010

Persiapan raya :D

Baca tajuk cam x seswai je kan.. hehehe...
Yelah, harini baru je masuk hari ke6 kita berpuasa, macam awal sgt je nak citer pasal persiapan raya.
Tapi saya tetap nak story jugak... hahahhaa..

Utk kelengkapan anak2 saya, alhamdulillah... semuanya saya dah settlekan. Saya beli baju diaorg sket2 dr awal lagi. Beli dr awal thn then saya simpan utk raya. Mmg saya beli size besar sket lah kan. Kecuali utk anak bujang saya tu, takleh beli size besar sgt. Orgnya kurus, kot beli besar kang by raya takleh pakai lagi. :).. Tinggal benda kecik2 je lah yg belum siap utk anak2 saya. Baju kurung anak dara saya dah gi hantar tempah. tunggu masa nak amek je. Sat lagi saya nak call amoi tailor yg saya hantar tu. Kot2 dah siap boleh gi ambek dulu. :)

Sesaje lah saya nak tayang gambo anak bujang saya nan kurus sorang nih... hahaha.. org kalu tgk mak paknya tak caya yg tu anak saya. Sbbnya dia kurus, tp mak paknya kategori org besar :p...

Gambar ni baru je... semlm. Masa tunggu cik abg pegi sign document ape tah kat pemaju. Saya buhsan tunggu dlm keta, so saya main2 amek gambar la kat situ. :)
Semlm.. atas desakan cik abg saya yg ye ye nak ke Angsana, maka saya pun ikutkan lah permintaannya. Alang-alang dah nak ke sana, saya pun ajak la mama saya ikut sama. Maka kitaorg pun pergilah ke Angsana. Kalau kat JB ni, tempat paling org suka nak pegi time raya mmg Angsana la jawabnya. Semua ada kat situ. Macam-macam pilihan. Sedia jelah duitnya.. Tapi, disebabkan Singaporean pun suka shopping kat situ, maka harga barangannya jgn cakaplah ye. Mmg mahal2 belaka... Dari harga kuih-muih raya sampai lah ke baju raya. Mana kuih yg nampak menarik, coklat lebih mmg kompem harganya lebih dari RM25/sebalang. Baju raya pulak, yg mana cantik dan nampak ekslusif semuanya harga lebih dari RM100/sepasang. Semalam saya survey fashion baju raya kat sana (utk kaum wanita) mmg tgh "in" dgn kurung cotton. Tak kisah la kurung pahang atau pesak gantung. Mmg tgh top betul kurung cotton nih... Kurung moden chiffon pun ada, tapi x semeriah macam tahun lepas la. :)

Saya ni pd mulanya mmg takde tujuan utk ke sana, ikut je cik abg saya ajak. Tapi bila sampai sana, tahu2 je lah kan. Mana boleh kalu tak beli apa2. So, saya masuk kedai kasut (kebetulan kasut raya belum beli lagi :D). Tgk2 mmg banyak pilihan. Saya pun apa lagi, ambik peluang la nak beli kasut raya. Dan hasilnya, inilah pilihan saya:

Hehehe... org kedai tu kata kasut ni baru je sampai hari sebelumnya. So, mmg takde offer la. Huhuhu.. Memula mmg taknak beli, sbb tgk harga dia cam mahal je kan, tapi mak saya telah menanam ayat racun yg berbunyi "ala, sekali sekala je beli kasut mahal. pastu bukannya pakai sekejap je, kan boleh pakai lama" maka saya pun termakan kata2 racun dari mak saya tu. Huhuhuhu... Lepas dah try semua, saya pun nak gi bayar, tetiba cik abg saya datang kat kaunter and kata dia yg bayarkan... Fuhhh... Lega sungguh rasanya.. Hahaha.. Time kaseh abg :) Kalau tau abg nak bayarkan, ayang carik lagi mahal dari nih... Hehehee.

Korang mesti kata ape je kan kasut kaler merah. hahaha... Sbbnya saya nak matchkan dgn handbag yg juga cik abg saya belikan sblm ni. Handbagnya gini:


Kan match dgn kasut yg cik abg saya belikan semlm tu :)

Semlm ada nyanyian arab & persembahan tarian zapin kat Angsana. Danish suka tgk org2 menari tu, duduk kat depan x bergerak2, lepas tu siap cakap ngan saya "mommy, nnt kalu Danish dah besar Danish nak menari Zapin jugak eh" hahaha... saya iyakan aje lah... So, duduk tgk persembahan tu adalah dalam sejam jugak. Saja duduk hilangkan penat. Letih mmg letih, tambah plak pagi tu terbabas tak bgun sahur. Lagi lah letih badan. So, duduk tgk org nyanyi & joget zapin tu hilang la jugak letihnya. Lepas abis persembahan tu, anak bujang saya demam pulak. So, saya suh la hubby saya lepak kat mane2 restoren sementara saya and mama saya jalan2 keliling shopping complex tu lagi. Nasib baik time tu dah pukul 5pm and kitaorg mmg planning nak berbuka kat situ je, so mmg sedang elok la booking meja sesiap.

Saya tak beli apa2 pun, kecuali sepasang kasut utk basahan pergi keja. Kasut tu saya dah pakai pun harini. Tapi lupa pulak nak amek gambar kasut tu :).

Then temankan mama saya beli sepasang baju kurung moden yg sgt glam, saya tgk pun rasa nak je rembat sepasang, tp disebabkan harganya pun cukup glam, maka saya duk diam2 je lah ye.
Penat berjalan... saya and mama saya decide utk lepak kat restoren yg kitaorg dah booking tu. Duduk kat situ dari pukul 6ptg, sampai la tiba waktu berbuka dlm 7.15pm gitu. Badan Danish makin panas, takde ubat demam pulak. Then saya suh dia baring jelah. Sementara nak menunggu waktu berbuka tu, saya amek la gambar2 makanan yg kitaorg order. Ni lah antara menunya :-


Dari kiri milo sejuk utk danish, yg kaler pink tu smua sirap bandung fizzy.. sedap.. :)
yg depan tu ais kosong je lah & kurma sumbangan restoren tu..
ni gambar air sejuk je ingat nak amek, gambar air panas lupa... huhuhu...

ni je yg saya sempat amek... ni air kopi saya.. hehehe... :)

mushroom soup - best!

roasted chicken with black pepper sauce - mama saya punya, dia kata sedap :)

chicken chop with butter rice - cik abg punya, pun sedap :)

ni saya punya - beriani ayam... sedap sgt..

sbnrnya ada lagi makanan yg saya x sempat nak snap.. time tu dah nak berbuka, so enpon saya dah taruk kat tmpt lain... hehehe...

Ape2 pun, makan kat Imano's Cafe tu mmg sedap lah... semuanya pun sedap... bayar mahal sket takpe, janji puas hati kan.. :)


oklah.. saya nak sambung buat keja semula nih. Keja saya banyak nak settlekan. Hari Khamis ni saya nak cuti, so semua keja kena siapkan sblm saya cuti tu lah. Errr... rasa cam nak pegi KL balik hari je.. hehehe...

Bukan takde org yg boleh tolong cover keja saya, tapi x best lah kan.. keja sendiri nak suruh org lain yg tolong cover. So, ape2 pun saya mesti kena siapkan keja saya sendiri jugak. :)

Next time sambungs story pasal persiapan raya yg lain pulak. :)

Wednesday, December 23, 2009

.::Nasi ayam penyet::.

Mmmm... tadi lunch makan kat luar, Kak Liza telah membelanjakan diri kitaorg berenam makan nasi ayam penyet yg paling sedap kat kompleks pusat bandar pasir gudang... tambah pulak minum air asam limau ais... fuhhhh... mmg heaven.... :)

Tapi tiap kali pas makan kat luar nih, saya ada problem... huhuhu...
Nape la mesti mata saya mengantuk lepas makan... adehhhh...
Masalah bag saya untuk menunaikan tanggugjawab sebagai pekerja yg berhemah... gagagaga :p
Poyo kan...

Tapi biarlah... yg penting saya dapat keje semula kat sini <----- ni ape kene mengena citer ni dlm entry nasi ayam penyet nih... :-p

Takde, sbnrnye nak citer nih...
Tadi gi makan nasi ayam penyet kan.... tu la citernye...
Sbbnye, saya x penah lagi citer nasik ayam penyet kat dlm blog...
Ade org kate nasik ayam penyek, tp sbnrnye ia disebut sbg nasi ayam penyet...
Mengikut sebutan dari org2 Indon yek...

Mungkin pada org yg x penah dengar name menu ni, mesti ia kedengaran pelik..
Sebenarnye, kalu ikut sebetul2 nasi ayam penyet nih, dlm set tu mesti ada:-
1. Nasi putih - kalu ikutkan beras dari indon paling sedap utk accompany set nih
2. Sup
3. Ayam kampung goreng dgn bumbu yg sedap
4. Ulam-ulaman - x kisah la ape pun jenis ulam
5. Tauhu goreng
6. Tempe goreng
7. Sambal belacan yg sgt sedap ;)

Apa yg sedap sgt nasik ayam penyet nih... mmm... pada saya la kan...
First sekali mesti sambal/sos yg disertakan sekali bersama set nasik ayam ...
2nd mesti tgk kegaringan & kesedapan bumbu ayam gorengnye...

Setakat ni saya dah makan nasi ayam penyet hampir 5 restoren dekat area pasir gudang...
3 di kg pasir putih, 1 di kompleks pusat bandar & 1 di kebayan taman mawar...
Dan saya pilih kompleks pusat bandar sbg lokasi nasi ayam penyet yg paling sedap saya penah makan setakat nih...
Kegaringan ayam & kesedapan sambalnye buat saya selalu nak ke sana...
Tapi dari segi ulam ulaman, maybe dekat kebayan taman mawar tu yg best...
Sbb ulam dia lebih byk variety... :)

Mmmm... setakat ni jer la dulu ulasan saya yek... cewah... sejak bila pulak saya ni jadik pengulas makanan ni... hahaha...

bukan ape, saya sekadar nak berkongsi je apa yg saya makan tadi.. sbb saya rase mmg sedap betul la nasi ayam penyet nih... hehehe..