CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 30, 2011

Bermula 1 Januari 2012

Mencari makanan halal itu wajib disisi setiap umat Islam. Sejak saya tahu logo halal boleh dibeli dengan harga RM5K yg saya jumpa di internet, saya menjadi lebih berhati-hati untuk tidak makan di sebarangan restoren. Lebih-lebih lagi restoren yang meletakkan logo halal swasta yg meragukan. Hasil daripada peng'google'an saya, ada 6 logo halal keluaran swasta yg diharamkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Syarikat-syarikat tersebut ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. Walaupun saya berada di Johor, tapi saya rasa ia tetap boleh digunapakai di seluruh negara. Lagipun artikel tentang pengharaman keenam-enam logo pernah diterbitkan oleh KOSMO! Boleh klik sini utk maklumat lanjut.




Antara logo HALAL yg di HARAMkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.


Sehubungan dengan itu, JAKIM telah menetapkan untuk tidak memberi kelonggaran kepada mereka yg mengusahakan perusahaan makanan menggunakan logo Halal yg lain selain dari yg dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh klik utk pembacaan lebih lanjut di ondscene.

*Artikel dibawah Sumber dari infozi.com

Logo Halal yg dikeluarkan oleh JAKIM:-


ciri-ciri:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Logo Halal Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri:-



logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
’10′ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Kod pendaftaran halal bagi JAIN/MAIN seperti berikut:
H – 01 Johor
H – 02 Kedah
H – 03 Kelantan
H – 04 Melaka
H – 05 Negeri Sembilan
H – 06 Pahang
H – 07 Pulau Pinang
H – 08 Perak
H – 09 Perlis
H – 10 Selangor
H – 11 Terengganu
H – 12 Sabah
H – 13 Sarawak
H – 14 Wilayah Persekutuan


Jadi kita sebagai umat Islam perlu lebih cerewet dalam menentukan apa yg boleh kita makan dan apa yg tak boleh kita makan. Ingat, dari makanan akan menjadi darah daging. Dan ia juga akan melambangkan personaliti kita. Kita adalah apa yg kita makan.

1 comments:

ReActivate

::: yep betul tuh.. be careful apa yg kita makan, apa yg masuk dlm mulut kita akan jadi sebati dgn hati kita.. lagi byk yg tidak halal kita makan, lagi hitamlah hati kita.. tuh yg ada byk sifat2 spt dengki, sombong, tamak, etc yg suddenly wujud.. apa2pun, pilihlah makanan yg bersih eventho makanan itu halal.. mcm my bestfriend, pelik plak bila dia tak makan organ dlman haiwan spt hati, hempedu, paru2, kaki ayam dan juga siput, kerang hanya utk menjaga hatinya supaya sentiasa bersih.. insya-Allah..