CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Kita jalan-jalan ke Melaka - Day 1

Trip ke Melaka cuma direalisasikan dalam tempoh yg agak singkat *ayat skema tak boleh blah* hahaha. Sebenarnya kami decide utk pergi ke sana 2 minggu sebelum tu. Faham-faham saje la kalau waktu cuti sekolah ni, bukan senang nak book hotel kalau kita plan dlm tempoh singkat macam tu. Google punya google dapat la few contacts no. for budget hotels at area dekat-dekat dgn town. Call hotel sana, call hotel sini semua cakap fully book. Last-last book hotel through Asia Web Direct. Lebih murah buat online book daripada kita call direct hotel tersebut. Kebetulan ada room yg available on the day kita request. Senang hati after the room was confirmed.

Kami bertolak hari Jumaat, tu pun dah tengah hari. Konon nak gerak pagi tak kesampaian, en.suami kena pergi visit 2 rumah patient beliau. Nak buat macam mana, tanggungjawab kerja kan. So, after siap semua bertolak ke Melaka la kami anak-beranak. We arrived at tol Ayer Keroh around 3pm. Check-in hotel should be 3pm jugak, but before that saya dah call hotel bagi tahu yg kami akan check-in lewat sedikit. Kami jalan guna peta, takde GPS ok. Faham-faham je lah kalau guna map ni, belok kiri jadi belok kanan. So dah salah jalan, but still tak sesat. Arrived safely at the hotel at 4pm. After check-in, letak beg, survey bilik, rehat-rehat sekejap then we decide to start jalan. Eh lupa nak cakap, kami check-in dekat Hotel Seven, Jalan Laksamana Cheng Ho, ambik bilik Family Suite, ada satu katil queen + 1 katil single. Boleh la kami tido anak-beranak.
Hotel Seven
*Pics from Google*

View from our room

Pintu washroom

Washroom

*Gambar bilik sendiri snap takde yg elok pulak, so kita ambik dari Google image la ye*
Ni bilik family suite RM158/night not including breakfast
Sebelah katil queen tu ada dressing table & mirror.

Oklah bilik ni, suami saya cakap utk hotel budget mmg ok sgt bilik yg dia sediakan. Biliknya luas, boleh accommodate lagi satu katil single. After check-in and berehat-rehat kejap, perut kelaparan, so hubby drive to Mahkota Parade. Kami makan dekat food court, tak tahu nak makan apa, jadiknya order nasi ayam saje. Kat Melaka ni susah sikit nak carik gerai makan org Melayu dekat kawasan town, mostly gerai Chinese. Terpaksalah makan apa yg halal ternampak kat depan mata je.

Lepas makan, we decide to walk ke Menara Taming Sari.Nampak macam dekat, tapi dekat 15min jugak kami berjalan dari Mahkota Parade tu. Sampai sana beli tiket (RM10 utk dewasa, RM5 for kanak-kanak), tunggu menara tu turun ada dalam 10min jugak. Nak naik pun kena tunggu tempat duduk tu full. Lepas semua seat dah penuh, we take off to the top. Menara tu berpusing, syok la tgk bandar Melaka. From the top jugak la kita tahu ke mana kita nak pergi lepas tu. Nampak river cruise Melaka, Maritime Museum, public swimming pool, lagi ape eh tak ingat pulak. Then at the top of the menara, we can also see Selat Melaka. Tapi cam tak berapa jelas sangat. Cuaca pun tak berapa panas, alhamdulillah sangat.


The ticket

Beratur tunggu nak naik menara

Tempat duduk

Walaupun free seating, tapi kami dibawa oleh seorang kakitangan Menara Taming Sari untuk duduk ditempat yg diarahkan oleh beliau.


Gambar dari dalam 'cabin', Hotel Casa Del Rio. Hotel ni cantik gila.


Kat sini kita naik boat for river cruise.

Selat Melaka.

Dataran Pahlawan

Maritime Museum

Ni rasanya pasar malam kat kawasan Dataran Pahlawan.


Selat Melaka


Turun dari Menara Taming Sari, we head to Melaka River Cruise. Wow! Best sgt naik boat round sungai Melaka ni. My kids mmg enjoy sangat. Rasanya this is their first time naik boat. Excited la kan. The scenery when dah dekat nak malam tu sangat cantik. Kami menyusuri Kampung Morten. Sangat cantik rumah-rumah dekat situ, plus cahaya dari lampu kuning yg rasanya mmg sengaja diletakkan di atas bumbung-bumbung rumah sepanjang sungai tu. Pemandangan yg sungguh indah. Most bangunan masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan tersebut, ada motel, ada kedai makan, ada pub and ada a few restaurant yg menarik. Kebanyakkan nya bahagian belakang bangunan yg menghadap sungai Melaka. So, banyak lukisan-lukisan mural di cat pada bahagian belakang bangunan tersebut. Takde la kita boring melihat bangunan statik saja ye tak. Sangat kreatif. Duduk dalam boat menyusuri sungai Melaka ambil masa dalam satu jam lebih kurang.

On the way nak ke river cruise, lalu maritime museum ni.

Tunggu time nak naik boat.

Ticket Melaka River Cruise


Tukang ambek gambo. Gambo dia la yg paling sikit. Hahaha


Casa Del Rio dari dekat, mmg cantik gila la hotel ni.


Danish excited naik boat.

One of the restaurant kat tebing sungai.

Pelukis..

Bangunan sepanjang sungai Melaka yg telah dilukis.


This is Kampung Morten.

Kampung Morten



Kampung Morten

Monorel yg dihentikan operasi buat sementara waktu, tak tahu kenapa.


Dah turun dari boat, Mia tak nak berdiri atas pelantar ni sebab dia takut. Hahaha

Lepas habis river cruise, kami dah tak tahu nak pergi mana. The kids pun dah kepenatan, so kami decide utk balik hotel. Before balik hotel, kami singgah Giant di Mahkota Parade utk cari makanan for dinner. Decide to have maggi in cup saja. Senang dan murah. Hehehe. So that's the end of day 1 trip to Melaka. Esok lusa kalau senang saya sambung day 2 and 3 yep.



0 comments: