CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label My lil' Biz. Show all posts
Showing posts with label My lil' Biz. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah. Esok semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Seronok rasanya, lebih-lebih lagi tahun ni tahun pertama saya berpuasa di rumah sendiri. Bukannya sebelum ni tak seronok, tapi bila dah duduk sendiri ni perasaan seronok tu bertambah seronok sangat. Hihihi…

Tahun ni tahun ke dua Danish berpuasa. Hopefully dia dapat puasa penuh. Tahun lepas dalam seminggu jugak dia tak puasa. Reason, dia demam & mummy dia terlajak waktu sahur. Bila puasa tu, makin kurus la jawabnya. Tapi takpe, dia yg excited nak puasa. Saya sebagai mak lagi seronok tgk dia excited nak berpuasa. Danish kata nak puasa penuh tahun ni, mudah-mudahan tercapai la cita-cita dia tu.

Saya juga berharap tahun ni dapat buat solat tarawikh berjemaah dekat surau. Tak dapat hari-hari pun takpe lah, janji dapat pergi sekali sekala pun dah ok sgt. Sekarang dah duduk dikalangan jiran yg mostly Melayu, senang sikitlah nak jumpa surau. Even dekat kuarters tu sendiri ada surau & mmg ada solat tarawikh berjemaah. InsyaAllah, malam ni berhajat nak solat tarawikh berjemaah dekat sana. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih bermakna kepada saya sekeluarga. Banyak yg saya inginkan, lebih-lebih lagi bab mendekatkan diri dengan DIA. Rasanya dah terlalu lama saya kurang ingat kepada Nya. Hmmm… tak malu ke saya duduk kat bumi ni tanpa bersyukur kepadaNya? Sebelum Dia tarik nikmat yg dah diberikan, sblm pintu taubat ditutup, sblm matahari terbit dari barat, lebih baik saya sujud syukur kepada Dia yg Maha Esa. Ya, mudah-mudahan perubahan positif yg saya inginkan ini akan saya dapati dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ini. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jadi saya kena kuatkan semangat utk jadi ummah yg lebih baik selepas ini.

Ok, tinggalkan seketika cerita tadi. Saya nak cerita tentang projek saya & adik utk bulan Ramadhan ni jugak. Tahun ni merupakan tahun pertama saya cabar diri saya utk buat jualan kuih raya. Bukan jadi agen orang ya, tapi saya bakar sendiri kuih raya utk jualan tu Projek ni saya yg punya idea, tapi kalau saya nak buat sorang mmg jawabnya meraung la saya. So, saya mintak tolong adik saya jadi pembantu. Nasib baik dia ok, maka minggu lepas bermula la projek utk buat sample kuih raya. Tapi saya bukan buat banyak jenis, cuma empat jenis saja. Boleh la utk permulaan. Alhamdulillah, setakat ni order yg masuk amat memberangsangkan. Jualan pun setakat kawan-kawan dekat office, kawan-kawan adik saya, kawan-kawan sepupu saya dan sedara mara. Jual online? Hmmm… saya agak keberatan, melainkan ada yg nak datang ambik sendiri dekat rumah saya. Haaa… yg itu boleh. Ok, kuih raya yg masuk dalam list jualan saya ialah:-

1) Irish Cookies - RM20/50pcs


2) Almond London - RM25/50pcs

3) Suji Brunei - RM22/50pcs


4) Red Jewel - RM25/50pcs


Mudah-mudahan ada rezeki anak-anak di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah, Amiinnnn…

Sebelum the end, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog saya ini. *macam ramai sgt yg baca blog ni kan* Hahahaha..
Semoga kita semua memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Wednesday, July 4, 2012

Kenapa saya dah lama tak update blog?

Sebab saya MALAS.... voley jawab gitu? Hahahaha!!! Diam tak diam dah berapa bulan saya tak update? Dekat 6 bulan rasanya. Punyalah pemalas kan. Sabar je lah...

Seriously, sekarang ni saya lebih suka membaca dari menulis. So, masa terluang saya dekat office mmg saya habiskan dengan membaca blog orang lain ataupun forum. Sekarang ni tak susah nak menimba ilmu, semua ada kat hujung jari. Nak cari maklumat apa pun, Google saja. Nak tgk peta, Google saja. Nak tau tempat terjemahan perkataan, Google saja. Nak tau alamat pejabat sekian sekian, Google saja. Pendek kata semua maklumat yg kita nak kita boleh dapat dengan Google.

Disebabkan saya sgt suka membaca forum (kadang-kadang join gak diaorg berceloteh), dan lebih mengGoogle maka sebab itu blog ini saya biarkan sepi tanpa sebarang entry. (Ala, kalau saya rajin update pun ada ke org yg rajin datang nak baca?) Hihihihi...

Sebenarnya byk perkara berlaku sepanjang 6 bulan ni. Saya pindah rumah (duduk sendiri adalah lebih best), dapat offer kerja lain (tapi saya lepaskan sebab sayang pulak nak tinggalkan kawan-kawan & kerja kat sini relax), dipanggil interview untuk sektor kerajaan (rezeki dgn government ni mmg ada gamaknya, ini kali kedua dipanggil interview nih), mama saya bertemu jodoh baru (ni baru je dalam minggu lepas), ayah saya buat bisnes paste masakan (ohhh... sgt sedap paste lauk-pauk yg makcik saya sediakan tu) dan macam-macam lagi lah. Tak ingat semua, tapi ini antara yg saya sempat ingat. Hihihi...

Oh ya, saya dah start bisnes brownies saya semula. Pada sesiapa yg nak rasa brownies saya boleh la order ye. Penghantaran dengan poslaju dibuat ke seluruh Malaysia. Jangan lupa click like di FB brownies saya -> BakeABrownies



Ini antara brownies yg saya buat. Baru-baru ni sepupu saya order utk majlis resepsi adik dia, Alhamdulillah... Brownies saya yg saya buat tu habis dulu. Hihihi... semua kata sedap. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi mmg sedap pun. Kalau nak rasa, sudi-sudilah menempah ya. Boleh email di order.bakeabrownies@gmail.com. Kalau nak tgk listing brownies yg saya buat, sila bukak FB ye.

Eh, ni dah macam entry nak promote brownies pulak. Hahaha. Takpelah, sambil menyelam minum air, ye tak?

Amacam, terliur tak tgk brownies mummy saya buat tu?
Hihihi :)

Thursday, August 12, 2010

Kemudahan saya dah x jadik mudah (>.<)

Semlm ada org beli tudung, memandangkan semlm cuti umum utk negeri Johor (1 Ramadhan) so saya ajak hubby saya pegi buat poslaju kat kedai Telco & Post. Memang senang berurusan dgn kedai ni. Jimat masa pun ya.

Pejabat pos kan biasanya hari cuti umum tutup, tapi kedai Telco & Post ni tak. Dia bukak dari pukul 9.30pg and tutup pukul 10.30mlm. Mmg memudahkan saya utk pos barang lepas waktu bekerja, especially kalu ada org buat payment after office hour. Boleh saya balik umah kejap, packing barang then pas maghrib saya keluar pegi kedai tu utk buat poslaju. Tak kisah la walau dia kata jalan keesokkan harinya, yg penting saya dpt pos right after saya received payment from customer.

Tapi semlm, masa pegi kedai tu utk buat poslaju, ada notis tertampal kat pintunya. Bunyinya lebih kurang camnih "Mulai 13 Ogos 2010 semua urusan Poslaju akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak"... Haiiihhhh... nape la nak kena stop. Lepas ni saya nak kena berebut pegi pejabat Pos la pulak. Bila saya tanya kat org yg jaga kedai tu, dia kata ada masalah sket dgn Poslaju. Tak tau la apa masalahnya. Nak tanya lebih2 kang dia kata saya ni kepoh lak kan... huhuhuh...
So, saya kena advice customer saya yg barang mereka order tu akan saya poskan lepas 2 hari bekerja.
Pejabat pos yg bukak sampai pukul 7pm mmg ada, tapi Poslaju tutup collection pukul 4ptg. So, barang yg saya pos lepas pukul 4pm tu akan jalan pd keesokkan harinya lah.

Hmmm... nak buat camane, dah kemudahan yg ada dah ditutup buat sementara waktu. Saya harap sgt Poslaju tutup sementara je kat kedai Telco & Post.

Buat masa ni, kena la gunakan khidmat poslaju kat pejabat pos.

Monday, August 9, 2010

Budi bahasa budaya kita (>.<)

Tajuk entry cam bagus je kan... hahahha..
Budi bahasa budaya kita. Yeahhhh.. That’s right. Saya selalu terdengar lagu ni samada kat radio ataupun TV. Saya rasa, semua org tau yg orang Malaysia ni kaya dengan budi bahasa, tapi ada jugak certain people kat Malaysia ni yg sangap. Tak tau apa makna budi bahasa. Penat kerajaan melaung-laungkan kempen budi bahasa, bayar artis utk nyanyi, bayar production house utk buat iklan, bayar model utk berlakon dlm iklan… tapi takde gunanya kalau kesedaran sivik tu tak wujud dalam diri org yg sangap nih. Ishhh… saya mmg geram sgt nih…


Cerita saya harini ada kaitan dengan apa yang saya tulis kat perenggan pertama tu. Tapi saya tujukan pada peniaga lah ye, sebabnya kisah yg terjadi ni masa saya tanya harga sekodi dekat seorang makcik yg jual tudung. Nak meniaga tu buat la cara nak meniaga, ini tak.. Ayat2 yg agak menyakitkan hati & memanaskan telinga dia keluarkan pada bakal2 customer.

Semalam, saya pergi pasar pagi kat pekan Sri Medan. Rumah MIL saya kan kat sana, jadik tetiap kali balik SM mmg x penah miss la pegi pasar pagi tu. So, saya ni saja la nak riki harga tudung utk pembelian borong. Niat dalam hati nak tambah stok tudung kat butik online saya. Disebabkan saya sampai awal sgt, byk kedai masih belum siap susun atur barang2 yg dijual. So, saya just round2 je dulu. Sampai kat satu kedai makcik ni, saya tgk tudungnya cantik. Jadik saya pun tanya la kat tuan punya kedai tu. Masa tu makcik tu tengah susun tudung2 kat atas meja display dia tu.
Dialognya bunyi lebih kurang camnih:-

Saya: Cik, harga tudung ni berapa?

Makcik: Selai 30 ringgit, yg ada batu tu mahal sket, 35.

Saya: Kalau saya nak beli sekodi kira camana ye?

Makcik: Kalau sekodi saya kira selai RM25 utk yg takde batu.

Saya: (agak terperanjat sbb harganya agak mahal, so saya ulang tanya)

Kalau saya ambik sekodi pun harga 25 je? Tolak lima ringgit je ke?

Makcik: (dengan muka kerek dia jawab) Abis tu awak nak untung jual tudung selai sepuluh ringgit ke? Mana dapat.

Saya: xpelah makcik, time kasih ye.

Terkejut saya dengar apa makcik tu cakap. Wahhhh… sgt “berbudi bahasa” ketika menjawab pertanyaan saya. “Tinggi budi pekertinya”.
Memang saya takkan beli apa2 dari kedai makcik tu utk seumur hidup saya. Macam tu ke cara jawab soalan? Itu ke etika berniaga? Owh… sungguh tak beradap, sangat tak mencerminkan Budi Bahasa Budaya Kita.

Saya menyuarakan rasa tak puas hati pada cik abg. Suami saya kata, “Ala, xpelah. Orang tua mmg gitu, tak berapa reti nak communicate dgn org”. Isk isk isk… nasib baiklah time tu saya tak berapa nak “angin” sangat. Tapi tetap tak puas hati dengan cara makcik tu.

Saya mintak maaf kalau ada yg tersinggung, tapi saya rasa sangat tak best kalau seseorang yg berniaga mengeluarkan kata2 sebegitu terhadap bakal pelanggan. Nanti baik2 org tu nak beli dengan dia, terus tak jadik beli. Apa-apa pun, peringatan ni ditujukan buat diri saya juga. Sebab saya pun meniaga, cuma cara saya dan makcik tu meniaga tak sama. Maka cara komunikasi saya dengan pelanggan saya juga lain. Tapi saya seboleh-bolehnya tidak akan mengeluarkan ayat sedemikian, demi utk menjaga hati pelanggan.

Tu jer lah bebelan saya utk hari ni. Mudah-mudahan saya takkan berjumpa dengan spesis org sangap camni lagi.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 4, 2010

Kedai saya sudah complete update :)

Kepada kawan2 saya yg selalu singgah kat blog saya ni, anda di jemput utk mencuci mata (kalu nak cuci poket lagi saya suka) ke butik online saya.

Saya baru je siap upload semua stok baju, tudung & shawl yg ada. Harga barang2 tu semua, insyaAllah adalah yg rendah dari tempat lain.

Sila klik link kat sebelah ni utk direct ke kedai saya ye -> Charisma Boutique

Kat bawah ni antara koleksi yg ada di kedai saya, jemputlah jenguk ye..
terima kasih :)



Monday, August 2, 2010

Weekend yg best!

Last Saturday, shooting bebaju utk Charisma Boutique... Owhhhh... sgt penat... huhuhu...

Tapi saya enjoy... dengan mengupah sepupu saya jadik model utk baju, tudung & shawl yg ada dlm stock saya... maka kerja jadik lebih syok, tambah pulak sepupu saya tu suka melawak... mmg x rasa sgt la masa berjalan selama 4 jam shooting tu... dari pukul 3 ptg start mekap, 3.30 baru start tukar2 baju...

Rasanya kalu perjalanan saya keluar masuk rumah tu disambung jadik satu laluan yg panjang, mau dah sampai Jusco Tebrau kot... hahahha... serius penat okay... tp penat yg seronok la... :)
Boleh jugak saya practise mekap2 kat muka org, almaklum saya ni bukannya jurumekap profesional.. saya byk tgk video tutorial kat youtube jer... so, dari pemerhatian saya kat video tu saya try aplikasikan ke muka org... hehehe... pada pandangan mata saya, saya mekap sepupu saya tu kira ok jugak la... hahhaa, masuk bakul angkat sendiri, naik lif tekan sendiri... kikikikiki...

ok, balik semula citer pasal weekend... ingatkan semalam sempat nak update blog online boutique saya semlm, tp tak sempat pulak...

Tengahari semlm saya ajak cik abg pegi Jusco Tebrau, tujuan asalnya utk pegi amek jam tangan saya yg dah berbulan saya antar repair (under warranty) kat City Chain, tp bila dah sampai sana, orgnya kata x siap lagi...
Masa hantar repair kata dlm masa 2 bln baru siap, ni dah masuk 4 bln pun still x siap lagi... boleh pulak semlm salesman tu kata paling cepat 1/2 thn? Hampeh sgt kan... buat sakit hati je, yer lah... jam tu masih under warranty so diaorg pun buat la lambat2 kan... cuba kalu dah abes warranty nya, kompem seminggu dah siap... huhuhu... nyampah... :-(

Then, bila dah tau jam tu x siap lagi, cik abg saya ajak tgk wayang. Dia nak tgk citer Sorcerer's Apprentice tu... Masa tu jam pukul 1, so beli tiket kul 2.15pm... Lepas beli tiket, lapar pulak perut nih... ajak hubby gi makan... Time nak pi carik tempat makan tu, saya sempat menyinggah Watson utk beli lipstick Simply Siti, kaler Eslilin, sgt chantek.. hahaha... pastu pow duit cik abang saya la kan... :)
Kat sebelah Watson pulak Elianto tgh buat sale.. saya ni mmg peminat barang2 mekap, apa lagi x nak lepaskan peluang yg ada tu la... hehehe... saya telah menge"pow" duit cik abg utk beli shimeer stick eyes, 3D eyeshadow, blusher brush & lip brush... maka total utk hasil pow duit cik abg saya utk beli semua barang mekap tersebut adalah RM70.80 shj... hahahaha... tu pun x complete lagi... ada byk lagi barang yg saya aim nak beli, tunggu saya jalan sorang2 la yek... hehehehe...

saja nak tunjuk barang mekap yg saya beli guna duit cik abg aritu :)
1. yg terbaring bhgn depan tu blusher brush, tp saya nak gunakannya utk shading muka :)
2. sebelah belakang tu lip brush, guna utk sapu lipstik la yer :)
3. yg bekas bulat kaler biru tu 3D cube eyeshadow from elianto, harga asal RM12 pas 50% tinggal RM6 je uolsss... :) kaler dia cantek, cam ada sparkling gitu. Tapi saya belum test lagi :)
4. lipstik tu from Simply Siti, color code Eslilin. Cantik sgt :)
5. yg macam pen kaler kuning tu shimmer stick, functionnya sama cam eyeshadow tp saya guna utk mekap eye base. Kaler pale gold. :) pun belum test jugak tu :)

ni la kaler Eslilin by Simply Siti, saya sgt suka.. sbb cantik sangat :)
harga lipstik Simply Siti ni RM35.90, tp x rugi la beli... saya suka sgt2... :)
saya ada lagi satu kaler namanya Wajah Kekasih... kalu saya pakai yg tu kawan saya kata muka pucat... huhuhu.. so kena cover dgn lip gloss la... :)


ni pulak 3D eyeshadow cube by Elianto, kalu x silap kalernye Ocean Blue... kalu x silap la...
saya x sempat nak bukak lagi bekasnya.. lepas beli terus simpan masuk mekap bag saya :)


ni gambar shimmer stick versi dekat sket... harganya kalu x silap RM18 but after discount tinggal RM12 kot... saya pun dah lupa la... huhuhu...


ni pulak blusher brush & lip brush juga dr elianto... :)

kawan2 yg suka barang2 mekap tu, pegi la elianto sbbnya diaorg tgh buat sale tau. :D

Ok, pas tu kitaorg baru carik tmpt nak makan... semua tmpt full... masa tu dah pukul 1.25pm... last2 pegi KFC, punye la panjang org q... dgn aircond nye yg dah x rasa sejuk, jenuh beratur 20minit...huhuhu...
Then makan dgn pantas, sbb nak kejarkan movie kul 2.15pm tu... Siap makan kul 2.10, pastu cik abg bawak Danish pegi toilet dulu, then beli popcorn & kitaorg manage masuk panggung kul 2.20pm... lewat 5min jer... tp movie belum start pun, baru tunjuk teaser citer2 lain...

Seriously, Sorcerer's Apprentice adalah sgt best... x rugi tgk, rasa cam nak tgk lagi sekali jer...
Saya rasa citer tu mesti ada sambungan part 2, sbb watak yg nama Horvarth tu masih hidup lagi...
Saya x sabar nak tunggu part 2 kalau ada... hehehe...
Saya ni x pandai nak tulis review, tp kalu saya rajin nnt saya tulis sket2 yer...

Ok, after tgk movie, kitaorg jalan2 kejap kat Jusco... then cik abg belikan anak bujang dia kasut raya...
Senang hati, kelengkapan raya utk anak2 semua dah siap, pasni tinggal nak carik utk mommy & ayahnya je.. :)

Round jugak kedai2 kasut kat Jusco tu, tp xde pun yg berkenan dihati mommy, so cakap ngan cik abg, next time jelah carik kasut tu... plus cik abg pulak rasa x sedap perut, masuk angin katanya,... so dia pun x brape nak ada mood jalan2... pastu ape lagi... balik lah...
Sampai umah ada pulak sedara yg datang, ingat nak guna PC utk edit gambar baju2 tu semua... tp x sempat nak siapkan, sedara dtg tu lmbt pulak baliknya... So, tergendala la kejanya.. ingat nak siapkan jugak, tp mata dah mengantok sgt... maka saya tutup PC and tido... hahhaha...

Malam karang, saya nak booking PC tu utk siapkan keja2 saya... cik abg, anda x boleh guna PC ye malam nih... saya ada keja nak disiapkan... :)

Saturday, July 24, 2010

Lots of new stuff

Hello all...

saya ada byk barang baru...
tunggu ya saya akan update secepat mungkin... :)

Wednesday, July 14, 2010

Rasa macam....

Hmmm... kenapa la sejak dua menjak ni rasa cam tak nak keja lagi...
Rasa cam nak berhenti je, tapi kalu berenti keja nnt susah jugak...
Orang dah biasa pegang duit cam saya ni agak susah...
Nanti perbelanjaannya terhad pulak...
Haihhhh... dalam dilema betul lah...

Minat saya sekarang lebih kepada nak meniaga...
Tp tu lah kan, nak carik market nak kena rajin...
Saya bab ni yg lemah sket, al-maklum... org x pandai bab sales mmg gini...
Keja saya kat opis ni membeli, bukan menjual... hhuhuhu...
Bila sendiri nak menjual dah kena belajar sket2...

Hmmm... mudah-mudahan saya mendapat petunjuk...
Andai kata saya punya rezeki masih di tempat keja saya skrg nih, maka di sini la saya utk jangka waktu yg x diketahui sampai bila...
Mintak2 bukan sampai pencen la, x nak saya keja makan gaji sampai pencen... huhuhu...
Andai kata rezeki saya lebih utk meniaga, maka saya akan tinggalkan keja saya...
Tapi berani ke saya nak lepaskan keja dan handle bisnes sendiri?
Berani kah?
Berani kah?
Berani kah?

Soalan ni saya pun x reti nak jawab apa... haihhhhhhhhhhhhhh~~~

Tuesday, July 13, 2010

Dengan hormatnya~~~

Salam semua,
Lama juga x update blog kan... dr musim piala dunia start, sampai la ni dah abes pun... blog saya terbiar jer...
bukan x nak update, tp x tau nak citer ape... huhuhu...

Tapi, tadi saya baru je create satu blog utk online bisnes saya, jadik ada lah benda nak upate kat sini.. hehehe...

Maka dengan ini, saya dengan ini selaku tuan punya blog dengan hormatnya ingin menjemput anda semua ke blog bisnes kecil-kecilan saya di http://charisma-boutique.blogspot.com/
Jadik follower utk butik saya ye... mekaseh banyak2... :)


Ni banner saya buat sendiri... org x arif part2 IT ni main hentam je la camane nak buat pun kan...
Tp akan datang saya akan tukar banner ni pada yg lebih menarik sket... :)
Cuma x tau bila la...

Buat masa sekarang belum byk barang lagi, insyaAllah akan di tambah sedikit demi sedikit pada masa akan datang...

InsyaAllah, dalam planning utk bukak bazar ramadhan jugak nanti... doakan segalanya berjalan lancar ye...
Aminnnnnnnnn...

Tuesday, March 30, 2010

.::Semalam yg memenatkan - tapi seronok :)::.

Semlm saya telah mencutikan diri saya dari bekerja. Hehehehe...

Maka semlm adalah permulaan kepada bisnes saya secara sah. :)
Saya dah register nama syarikat di SSM. Sangat la mudah, semua org boleh register company. :)
Nanti malam saya update lagi nama company & no. syarikat yg saya & adik saya bakal uruskan. Buat masa ni, belum ada apa aktiviti terbaru dari syarikat kami. Cuma adik saya sedang menyiapkan barang hantaran sepupu kitaorg yg akan melangsungkan perkahwinan minggu depan. Harini adik saya akan bertolak ke sana, bersama-sama barang hantaran yg baru separuh siap tu. Katanya nak siapkan kat sana nanti. Hmmm... biarlah dia, janji barangnya siap. Saya malas nak cakap apa-apa, sbb adik saya tu lain sket perangainya. So, saya biarkan dia buat apa yg dia rasa elok.

Semlm jugak PC saya telah mengopakkan duit saya. Huhuhu... Bawak PC ke authorised repair center for HP, bila bagi tau apa problem PC saya tu, terus je technician lady tu check. Saya ingat tinggalkan dulu kat situ, tapi rupanya dia terus settlekan semalam jugak. Dia check kejap je, terus dapat tau apa masalahnya, kena ganti power supply. Benda tu yg rosak, then saya mintak dia upgrade rem. So, dia rekemen upgrade rem ke 2GB. Sblm ni PC saya cuma 512MB je, punyelah lembap nak bukak satu2 folder. Sbb tu saya mintak upgrade kan rem. Lepas settle semua, time nak bayar dia kate total RM335.00, termasuk labour charge. Mak aihhh... Camtu je kena byk gitu. Nasib baiklah saya ada duit standby, kalu x, mau saya kata kat amoi tu tinggal PC tu kat situ dulu. Saya ingatkan letak dlm berapa hari dulu kat situ, tp dah dia terus check on the spot, terus la dia siapkan on the spot jugak. Hmmm... mana nak carik duit extra nih... Huhuhu...

Dan semlm jugak, sebelum saya keluar utk daftar syarikat, saya bawak anak saya, Danish ke klinik. Dia demam dah 2 hari x baik2. Then doctor check semua badan dia. Takut denggi. Sbb doktor ada tanya kat kawasan rumah saya tu ada org kena denggi tak, saya kata xde. Sebenarnya Danish demam sejak sampai kampung lagi. Maybe panas sgt kat sana, saya pun kena migrain dari tengahari sampai ke malam. Mmg tak larat betul la rasanya. Alhamdulillah, Damia xde pape. Sambung citer pasal Danish semula, bila balik umah, bagi dia ubat, then saya keluar semula. Bila saya balik umah petang semlm, mata dia dah bengkak. Saya dah agak mesti dia allergic ubat. So, mlm semlm pegi klinik lagi. Doctor suruh tukar ubat dari Brufen ke paracetamol. Danish allergic pada ubat Brufen & doctor siap keluarkan kad allergic lagi. Huhuhu... Pagi tadi saya check temperature Danish, still ada demam lagi sikit. Saya dah SMS teacher dia inform yg Danish x pegi sekolah lagi harini. Hmmm... saya ni kat tempat keja rasa cam x sedap je nak keja. Tapi apa boleh buat, semlm dah cuti, takkan harini nak cuti lagi kan. Keja tetap kena jaga.

Hmmm... sekejap lagi saya kena inform bibik bagi Danish ubat. Tadi seblm keluar lupa nak pesan pada bibik tu.

Wednesday, March 17, 2010

.::Alhamdulillah::.

Baca tajuk mesti korang dah tau kan... hehehe...

Itulah dia, permulaan yg agak baik utk saya. Walaupun setakat buat jualan offline di office sahaja, tp nampaknya sambutan amatlah menggalakkan. Lagipun stok baju yg saya amek kat KL aritu pun takde la banyak mana. InsyaAllah, next month saya akan menambah stok pakaian lagi.

Sekarang saya tau macam mana nak jual barang yg mendapat sambutan. First sekali, niat kena ikhlas, nak menambah pendapatan. 2nd harga mesti murah. Baju2 yang saya jual semua tak lebih harga RM40, paling mahal pun RM38 saje. 3rd, fesyen up to date. Time kasih pada adik saya yg memilih fesyen2 baju sedemikian. Kat bawah ni antara gambar baju2 yg saya ambik utk jualan. Gambar2 ni antara yg masih ada stok kat tangan. Selain dari tu dah habis dibeli oleh rakan2 opis saya. Hehehehe....


Terpulang pada citarasa individu tu sendiri samada suka atau tak dengan design2 baju cenggini. Pada saya, maybe sebab saya x boleh pakai, jadik saya kureng sket dengan fesyen2 camnih. Hehehe... Boleh gitu kan. Jadik pemilihan pakaian tu semua saya serahkan pada adik saya. Ada la 2-3 design baju yg saya berkenan and dah pun saya simpan utk koleksi peribadi saya sendiri. :)
Tinggal 5 helai ni je, mudah-mudahan seblm saya ambik stok baru next month semua stok2 sedia ada ni dah terjual. InsyaAllah... Amin...
Bln depan