CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 9, 2010

Budi bahasa budaya kita (>.<)

Tajuk entry cam bagus je kan... hahahha..
Budi bahasa budaya kita. Yeahhhh.. That’s right. Saya selalu terdengar lagu ni samada kat radio ataupun TV. Saya rasa, semua org tau yg orang Malaysia ni kaya dengan budi bahasa, tapi ada jugak certain people kat Malaysia ni yg sangap. Tak tau apa makna budi bahasa. Penat kerajaan melaung-laungkan kempen budi bahasa, bayar artis utk nyanyi, bayar production house utk buat iklan, bayar model utk berlakon dlm iklan… tapi takde gunanya kalau kesedaran sivik tu tak wujud dalam diri org yg sangap nih. Ishhh… saya mmg geram sgt nih…


Cerita saya harini ada kaitan dengan apa yang saya tulis kat perenggan pertama tu. Tapi saya tujukan pada peniaga lah ye, sebabnya kisah yg terjadi ni masa saya tanya harga sekodi dekat seorang makcik yg jual tudung. Nak meniaga tu buat la cara nak meniaga, ini tak.. Ayat2 yg agak menyakitkan hati & memanaskan telinga dia keluarkan pada bakal2 customer.

Semalam, saya pergi pasar pagi kat pekan Sri Medan. Rumah MIL saya kan kat sana, jadik tetiap kali balik SM mmg x penah miss la pegi pasar pagi tu. So, saya ni saja la nak riki harga tudung utk pembelian borong. Niat dalam hati nak tambah stok tudung kat butik online saya. Disebabkan saya sampai awal sgt, byk kedai masih belum siap susun atur barang2 yg dijual. So, saya just round2 je dulu. Sampai kat satu kedai makcik ni, saya tgk tudungnya cantik. Jadik saya pun tanya la kat tuan punya kedai tu. Masa tu makcik tu tengah susun tudung2 kat atas meja display dia tu.
Dialognya bunyi lebih kurang camnih:-

Saya: Cik, harga tudung ni berapa?

Makcik: Selai 30 ringgit, yg ada batu tu mahal sket, 35.

Saya: Kalau saya nak beli sekodi kira camana ye?

Makcik: Kalau sekodi saya kira selai RM25 utk yg takde batu.

Saya: (agak terperanjat sbb harganya agak mahal, so saya ulang tanya)

Kalau saya ambik sekodi pun harga 25 je? Tolak lima ringgit je ke?

Makcik: (dengan muka kerek dia jawab) Abis tu awak nak untung jual tudung selai sepuluh ringgit ke? Mana dapat.

Saya: xpelah makcik, time kasih ye.

Terkejut saya dengar apa makcik tu cakap. Wahhhh… sgt “berbudi bahasa” ketika menjawab pertanyaan saya. “Tinggi budi pekertinya”.
Memang saya takkan beli apa2 dari kedai makcik tu utk seumur hidup saya. Macam tu ke cara jawab soalan? Itu ke etika berniaga? Owh… sungguh tak beradap, sangat tak mencerminkan Budi Bahasa Budaya Kita.

Saya menyuarakan rasa tak puas hati pada cik abg. Suami saya kata, “Ala, xpelah. Orang tua mmg gitu, tak berapa reti nak communicate dgn org”. Isk isk isk… nasib baiklah time tu saya tak berapa nak “angin” sangat. Tapi tetap tak puas hati dengan cara makcik tu.

Saya mintak maaf kalau ada yg tersinggung, tapi saya rasa sangat tak best kalau seseorang yg berniaga mengeluarkan kata2 sebegitu terhadap bakal pelanggan. Nanti baik2 org tu nak beli dengan dia, terus tak jadik beli. Apa-apa pun, peringatan ni ditujukan buat diri saya juga. Sebab saya pun meniaga, cuma cara saya dan makcik tu meniaga tak sama. Maka cara komunikasi saya dengan pelanggan saya juga lain. Tapi saya seboleh-bolehnya tidak akan mengeluarkan ayat sedemikian, demi utk menjaga hati pelanggan.

Tu jer lah bebelan saya utk hari ni. Mudah-mudahan saya takkan berjumpa dengan spesis org sangap camni lagi.
Sekian, terima kasih.

1 comments:

ReActivate

::: apa khabar eryne? [hehe] drpd tajuk dah tahu mesti ada yg tak puas hati nih.. eh 1st time ler saya tahu pasal perkataan 'sekodi' tuh [hehehe] mesti yg lain kata apa laa saya nih kan?! sekodi pon tak tahu.. anyway officemate saya dah habaq dah maknanyer. satu lagi perkataan 'selai' tuh saya boleh agaklaa, tapi kelakar plak bila ditulis begitu [huhu].. yang plg best datang drpd husband ler [hehe] rileksss jer.. biasalah lelaki, perempuan sebaliknyer.

::: terima kasih eryne, mmg benar kata eryne tuh kalo solat jumaat mmg jammed sikit kat jalan tepi tuh.. saya pon tak berapa sgt ke masjid jamek tuh sbb jalan keluar masuknyer agak sukar & sibuk. tapi masjid tuh best, sbb sejukkk jer kat dlmnyer.. my 1st masjid saya solat selepas pulang dari umrah, masjid jamek tu laa.. :)

~ salam Ramadan, selamat berpuasa & selamat berterawih eryne.. pagi nanti sahur apa agaknyer yee? selamat bercuti juga..