CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 30, 2010

Cerita kisah nak raya (^_^)

Wahhhh... agak lama saya x update blog ye. Hmmm, bukannya bz pun, cuma macam takde idea je.
Kadang tu ada niat nak menulis, tapi kemalasan melanda pulak. Camtulah saya. :)

Tinggal lebih kurang 10hari je lagi semua umat Islam akan menyambut Syawal. Kompem ada yg tak sabar nak beraya kan. Saya biasa2 je. Takde la excited sangat, cuma anak saya je lah yg duk bertanya, "Mommy bila kita nak raya?" hehehe.. puasanya separuh hari, tapi tu pun cuma 3 hari je. Hari lain2 tu saya x suruh pun, sebab takut kat sekolah nanti dia x tahan tgk kawan2 nya makan. Takpelah. Saya pun taknak paksa dia sangat. Dapat puasa 1/2 hari utk 3 hari tu pun jadiklah. :)

Kalau nak ikut cerita persiapan raya ni, alhamdulillah. Dah settle kot, tinggal nak ambik few baju lagi kat tailor. Utk anak2 semuanya dah settle. Saya pulak telah merajinkan diri utk jahit manik kat baju kurung anak dara saya. Tu pun tak siap lagi. Alaa.. jahit yg simple2 je.. Saya tak reti nak jahit yg cam org sekarang jahit kat baju ready made tu. Gila lawa la diaorg jahit. Saya rasa, kalau saya ni ada masa nak jugak jahit camtu kat baju saya. Hehehe... berangan jelah kan.

Semlm saya dah buat sejenis kuih raya. Saya buat tart nenas. Tgh2 buat tu, boleh pulak jem nenas tu tak cukup. Terpaksa lah saya memujuk cik abg pegi kedai utk beli lagi 2 biji nenas. Then, prepare jem nenas tu kejap, lps jem tu sejuk baru saya start bakar kuih semula. Alhamdulillah, dah siap sejenis kuih saya. Kalu ikut perancangan, saya nak buat 6 jenis. InsyaAllah, kalau berkesempatan lah. Memandangkan esok cuti Hari Merdeka, boleh la saya sambung buat kuih lagi. :)

Tahun ni giliran saya beraya di kampung cik abg. So, 2 hari seblm raya tu saya akan bertolak balik sana lah. Habiskan last day puasa dgn berbuka kat umah mertua saya di kg. Kebetulan last day puasa tu jugak birthday anak dara saya yg ke 2 thn. Saya rasa cam nak buat something utk dia haritu. Tgklah camane nanti. Citer pasal raya kat kg cik abg, bukan saya tak suka raya kat sana. Tapi suasana raya kat sana tak seronok, tak meriah, tak sama cam beraya kat rumah mak saya. Malam raya, mak mertua saya pukul 10pm dah masuk tido, tambah pulak saya sorang je menantu kat rumah tu, maka takde kawan nak bersembang la. Sedangkan kalu beraya kat rumah mak saya, malam raya la yg paling seronok. Berkumpul dgn adik beradik, masak2 sampai tgh malam, tgk tv rancangan best2... paling best channel Suria Singapore. Mmg best la rancangan malam raya dia tu, tapi sejak antena tv kat umah tu patah, dah tak dpt tgk tv :)...seronok beraya kat umah mak sendiri kan. Hmmm... takpelah, disebabkan dah agree utk buat sistem giliran, so kenalah ikut. :) Tak lama pun saya kat sana. Hari raya ke3 nanti saya dah balik rumah saya semula. Hehehehe...
Tapi takpe, mlm raya nanti saya nak ajak cik abg pegi parit sulong ataupun bandar Batu Pahat, ronda2 kat sana. Tgk apa2 yg menarik utk dibeli sebelum raya. Mesti ada org buat jualan murah2 kan... :)

Hmmm... tulis panjang2 tapi takde gambar tak best jugak kan. Oklah, saya berenti dulu. Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53 utk semua org yg tersinggah baca kat blog saya ni ya.

0 comments: