CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 20, 2010

A Belated Birthday to ME!

*pics from google

Hahaha.. baca tajuk mesti korang dah tau kan... Entry ni patutnya buat semlm, tp disebabkan semlm saya bercuti & byk keja perlu disettlekan, maka tak berkesempatan utk saya buat entry ni.
Khas utk saya sahaja ye. Hehehehe...

Semlm (19/08/2010) merupakan tarikh ulang tahun saya yang ke 29 (huhuhu terasa dah tua pulak). Alhamdulillah, saya masih diberi peluang utk bernafas di dunia ini, diberi peluang utk bersama org2 yg saya sayang, diberi peluang utk melihat anak-anak saya membesar dan juga diberi peluang utk terus merasa nikmat yg telah DIA kurniakan. Aminnn.. Saya amat bersyukur sangat.

Semlm jugak seharian saya tak online. Bila dah malam, saya bukak Facebook, wahhhh... banyaknya Birthday wishes dari kawan2... Rasa terharu sangat. Terima kasih banyak2 pada mereka semua. Saya amat2 menghargainya. :)

Aktiviti saya semlm, dari pagi saya keluar, pergi Pasar Pagi Khamis kt Sungai Tiram. Mak ooiiii, org punya la ramai. Tujuan saya utk carik stok tudung utk dijual. Haiihhh, sampai nak pitam rasanya. Bayangkanlah, dari pukul 9 pg saya kat situ, sampai la ke pukul 11pg. Nasib baiklah jumpa dgn tudung yg saya berkenan. Hehehe.. Lepas pergi pasar pagi tu, saya uruskan pembatalan daftar darjah satu anak saya di Sekolah Mount Austin & daftar dia semula ke Sekolah Taman Pelangi Indah. Nasib baik permohonan saya terus diluluskan, kalau x jenuh la nak ke PPD utk buat urusan lain2 tu. So, officially tahun depan anak bujang saya akan bersekolah darjah satu. Huwaaaa, cepat sungguh masa berlalu. Tak lama lagi anak saya dah nak sekolah pulak. Huhuhu. Tapi saya agak bangga jugak la dgn anak bujang saya ni, alhamdulillah.. Dia dah boleh membaca, kalau Bahasa Melayu tu lancar la jugak, tapi kalau Bahasa Inggeris tu agak slow sikitlah. Cuma boleh la dia baca simple words. :)
Menurut kata kerani kat sekolah tu semlm, bulan 12 nnt dia akan panggil murid utk ambik periksa, tujuannya adalah utk menentukan kelas masa naik darjah satu nanti. Hmmm... hopefully Danish boleh buat dgn baik. Aminnn...
Ok, lepas settle hat tu. Saya pegi pejabat pos kat Jusco Tebrau pulak utk poslaju shawl yg customer beli. Cik abg saya tunggu kat parking luar je. Haihhh, ramai org kat situ. Tunggu setengah jam, baru sampai giliran saya. Lepas siap tu, saya balik semula ke kereta. Cik abg kata kereta rosak pulak. Adehhh... Masa dia tunggu saya tu, temperature naik, so dia matikan enjin. Bila nak start balik alarm bunyi, dah tu enjin tak boleh hidup. Dia call kawan dia yg keja kat HSI, then bila kawan dia sampai, pasang jumper kat battery keta.. Alhamdulillah, keta dah boleh start semula. Cik abg saya kata "nasib baik bukan starter yg rosak" huhuhu.. Kalu starter yg rosak, mmg kena panggil tow truck la jawabnya.

Oklah, lepas tu kitaorg pun balik. Janji dgn anak2 nak bawak diaorg keluar jalan, ingat nak carik songkok & samping utk si abang & kasut "ladies" utk si adik. Pastu cik abg saya kata dia penat & dia ajak keluar hari Sabtu je nanti... Oklah, saya pun dah malas nak keluar sbnrnya... Penatkan ke hulu ke hilir...

Lepas cik abg saya berehat tu, saya tanya dia nak gi bazar tak? Dia kata jomlah. Ingatkan nak gi bazar dekat kawasan tu je. Rupanya dia ajak ke Kg Melayu Majidee. Saya mmg suka bazar kat kg melayu tu. Boleh kata semua makanan yg saya beli kat situ tidak mengecewakan. Tak kira la dari segi rupa atau rasa. Cuma ada mahal sket la kuih-muih yg diaorg jual. Kalau kat bazar2 biasa tu, 3biji kuih = RM1.00 kan, tapi kat situ 5biji = RM2.00. Walaupun harganya agak mahal, tapi x rugi membelinya. Mmg sedap. Saya tak kisah kalau keluar duit lebih sikit utk dapatkan rasa makanan yg sedap. Saya rasa semua org pun sama. :)
Kitaorg pergi sekejap je. Lepas beli sikit2 apa yg patut, terus balik. Time on the way balik tu, saya mintak cik abg saya belikan saya birthday cake. hahahaha... Walau umur dah tua, tapi tetap mahu potong cake.. isk isk isk... Tapi saya takat potong cake jelah, takde nak tiup lilin bagai. Tak sesuai tau. :)
Ni dia kek yg anak bujang saya pilih :)


Amoi tu tanya, "Nak lilin berapa kak?" saya kata, tak payah lilin la... Amoi tu cam terkejut je lah.. Heheheh. Tak kuasa saya nak tiup2 lilin. Beli kek ni just buat syarat je lah. :)

Ok, panjang pulak story saya sambut birthday semlm ye. hahaha. Bukan ada apa2 sambutan pun. Cik abg saya pun takde kasi hadiah lagi. Saya tunggu je lah hadiah dari dia... :)

0 comments: