CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 9, 2011

Tempat shopping best utk org byk duit - Johor Premium Outlet

Dekat JB sekarang ni tengah rancak org bercerita pasal Johor Premium Outlet (JPO). JPO ialah salah sebuah tempat shopping yg menghimpunkan banyak designer item di bawah satu bumbung (skema ayat I kan :p ). Tapi barang-barang yg dijual bukanlah latest item, semuanya off season or stock lama yg dijual dengan harga yg agak murah antara 25% - 60% daripada harga asal (takdelah murah sgt sebenarnya). Antara designer outlet yg ada dekat sana, Fossil, Coach, Burberry, Armani, Armani Xchange, Royal Selangor, DKNY, Canali, Gap, Guess, Levi's, Pink Jambu and many more, boleh tengak list of shops dekat sini.

Perasmian akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada hari Ahad ni (11/12/2011). Almaklum ini adalah Premium Outlet pertama di Asia Tenggara, kalau dekat Asia ada beberapa outlet di Jepun & Korea. Dekat US paling banyak outlet sebegini. Tempat-tempat lain belum ada lagi ya. Jadi rakyat Johor amat berbangga punya Premium Outlet Pertama di Asia Tenggara. Termasuk la saya. Hahaha..

*pics from JPO web*






Sebenarnya pergi on last Saturday (3/12), kira dah dekat seminggu jugak la kan. Almaklum saya tak berapa nak rajin update, tu yg jadi tertangguh sampai seminggu. :) Masih belum dirasmikan lagi, tapi dah dibuka kepada public.

Saya sampai dalam tengahari macam tu, kalau ikutkan pagi dah sampai. Tapi disebabkan tersalah exit (saya masuk exit Kulaijaya), dah kena patah balik semula. Nasib baik sebelum pergi tu saya ada baca dekat forum mengenai JPO ni, kalau tak sure lah saya dah sesat. Sampai je, rasa exited sangat. Macam org jakun pun ye. Hehehe.

Orang memang ramai dan barang yg di offer boleh buat sakit mata sebab boleh tengok je. Hahaha... Harga sekarang mmg murah sangat sebab nak tarik ramai pengunjung kan. Tapi bukanlah semua outlet yg ada kat sana tu offer murah gila-gila. Yg saya boleh cakap murah sgt tu dekat Gap Outlet. Most item ada discount up to 50%, if you purchase 5pcs or more, you will entitle to get extra 20% off. Murah tak murah la kan. Saya pergi haritu bawak duit tak banyak mana, jadi tak dapat la saya nak membeli ikut nafsu. Hahaha.. Jadinya saya cuma beli 2 helai t-shirt utk anak2 saya. Sehelai berharga RM30 sahaja. :) Kalau anda nak cari jeans utk anak, harga sehelai cuma RM60 sahaja. Haih... Tu yg buat saya sakit mata. :p

Ok, ada satu lagi kedai yg saya masuk dan saya rasa harganya boleh tahan murah. Fossil, siapa tak tahu Fossil tu mmg kesian la kan. Saya berkenan dengan backpack macam gambar kat bawah tu. Tapi budget nak beli tu takde, makanya lagi sekali sakit mata + sakit hati. Hahaha. Saya nampak harga asal RM609.00, and after discount was RM350.00, nangis tak nangis la tgk harga murah macam tu tapi takde duit nak beli kan. Sempat try and berangan depan cermin kat kedai dia je lah. Hahaha...

*pisc from Google*

Muka budak kepenatan :p


Designer outlet Coach, Burberry, Michael Korss, Armani tu saya tak masuk. Coach & Burberry nak masuk sampai kena q kat luar, sebab oranga dah ramai sgt serbu. Hahaha. Tapi pada saya, rasanya lagi murah kalau kita buat pre-order from oversea. Cuma kena tunggu lama sikitlah ye. :)


One of the designer outlet - Michael Kors


Focus dekat outlet belakang tu ye - Burberry
Ni dekat Armani Outlet 

Saya tak masuk, just tgk dari luar je. Tgk price tag kat dress tu RM9K++ 
Terkejut mak tgk.. Hahaha.. :p

Most item mmg ada discount. Dekat Fossil, purse & wallet price range from RM80 - RM150, depends on the size and design. Saya tengok org dalam kedai tu dah macam org nak beli ikan kat pasar. Punyalah ramai org, sampai nak bergerak pun kena menyelit kat celah org yg ramai tu.


Lepas penat ronda, singgah food court nak hilangkan dahaga. Disebabkan still kenyang lagi, so makan buah je lah. Orang kat food court pun ramai gilos, sampai tak cukup tempat duduk.

Kepada anda yg nak pergi shopping atau setakat nak jalan-jalan cuci mata, kat bawah ni saya letak juga la direction nak ke sana macam mana (saya copypaste dari website JPO) :-

Dari Singapore, melalui Woodland:-
Singapore → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets


Dari Singapore, melalui 2nd Link:-
Singapore → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapore → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets

Dari Kuala Lumpur:-
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets


Dari Johor Bahru (yg ni melalui cara saya):-
Melalui Lebuhraya E22, exit Senai. Senang sangat, keluar exit Senai mmg nampak dari tepi jalan & terus ikut direction drive masuk parking.

Melalui highway PLUS:-
Dari tol skudai, drive dalam 5km anda akan nampak JPO sebelah kanan. Ikut exit Senai yg ada tulis 2nd Link. Lepas tu ikut Indahpura interchange dan kemudian akan nampaklah bangunan JPO tu di sebelah kiri.

Melalui Kulaijaya (tiada signboard utk ke JPO ye dari sini):-
Maka anda kena cari signboard yg menunjukkan arah utk ke Indahpura. Ikut saja direction nak ke Indahpura, nanti akan sampai ke JPO ni jugak.

Jadi tunggu apa lagi, kepada anda yg minat pada designer item boleh pergi ke Johor Premium Outlet untuk survey apa yg ada. Untuk maklumat lanjut, boleh click sini utk official website JPO.

0 comments: