Monday, July 1, 2013
She's the last one
Ok, like what I said in my previous entry, my new baby girl was the
last one. Lepas ni dah takde lagi. Kenapa? Meh saya kongsi cerita, hopefully
kepada mereka-mereka yg akan melalui pengalaman yg sama seperti saya ni boleh
jadikan cerita saya sebagai panduan. InsyaAllah.
Saya sebenarnya teringin sangat nak merasa bersalin secara normal. Tapi
apakan daya, dua kali saya try sebelum ni tetap tak boleh jugak. Mak saya kata
mungkin tulang punggung saya kecik sebab tu tak boler bersalin normal. Anak
pertama, saya kena induce sebab dah overdue. Lepas induce rasa contraction
datang menggila, sakit macam nak terbalik je katil tu saya rasa. Siap gigit
bantal, gigit tilam segala sebab nak get over rasa sakit contraction tu. 13 jam
saya duduk dalam labour room. Bayangkanlah saya menahan sakit selama 13 jam
tanpa apa-apa ubat tahan sakit. Memang rasa macam nak putus nyawa. Doctor
datang check jalan every now and then, but still the progress was the same.
Paling besar bukaan Cuma 5cm. Then doctor pakar datang, lepas dah lebih 13 jam
duduk dalam labour room tu baru dia kata, “hantar pergi c-zer” lebih kurang
macam tu la ayat dia. So, redha la saya dibedah untuk pertama kalinya. Dalam
hati memang rasa takut, tapi saya serahkan semuanya kepada Dia. So selamatlah
baby boy keluar lepas c-zer. My 1st baby was boy born on 16/10/2004.
Ok, tamat cerita bersalin secara c-zer baby yg pertama.
Then tahun 2008, saya disahkan pregnant anak kedua. This time saya rasa
macam boleh bersalin normal. Disebabkan saya ada masalah GDM (diabetis in
pregnancy) so doctor nasihatkan saya di induce bila sampai due datenya, tak
perlu tunggu overdue. Lepas induce, sakit contraction datang. This time lagi
dasyat, sampai rasa macam nak teran baby keluar. But still tak boleh sebab
jalan baru bukak 5cm. Saya siap cakap dgn doctor tu suruh dia c-zer je saya,
tapi kena marah balik dgn doctor. Hahaha. Kali ni saya duduk dalam labour room
8 jam. Bila contraction kuat datang, nurse offer suruh sedut gas. Dapatlah
mengurangkan rasa sakit contraction tu, and dapatlah saya lelapkan mata dalam
setengah jam macam tu. Tapi bila dah few hours, jalan masih 5cm, then doctor
pakar suruh siap-siap utk c-zer. Wah, dalam hati time tu dah cakap “kena c-zer
lagi?” Takpelah, dah rezeki nak kena c-zer lagi, so terima sajelah seadanya.
Alhamdulillah, my 2nd baby pulak girl and lahir secara cesarean
juga.
Lepas dah dua kali c-zer, doctor dah inform “puan, kalau puan
mengandung anak no.3 pun nanti kena c-zer jugak ye”. Baiklah doctor, saya
terima saja apa yg doctor cakap & saya tahu mmg itu sahaja jalan yg paling
selamat untuk saya. Lepas tu doctor ada cakap lagi “no. 3 tu maybe anak puan yg
last ye, lepas tu kita advise puan untuk ‘ikat’”
Ok, masa tu saya tak fikir apa pun. Cuma cakap dalam hati “ala,
takpelah… no.3 tu lambat lagi”
Lepas tu, tahun lepas saya di sahkan pregnant. Bermula lah persoalan “confirm
ke ni baby last?”.
Bila start buat buku pink tu, saya mmg sentiasa di monitor oleh doctor.
Kalau org mengandung normal & takde masalah, takdenya dapat jumpa doctor
selalu. Tapi saya ni “special case” tambah pulak pregnant ke-3 ni pun ada
masalah kencing manis, bertambah special case saya lah kan. Memang perlukan
pemantauan dari doctor. Bila dah penghujung trimester, setiap kali check sure
nurse tanya “ni yg last ye puan?” hahaha. Saya pun jawab je lah “ye”. Then bila
tiba masa nak bersalin, bila air ketuban dah turun & tengah tunggu doctor
suruh pergi OT, time tu doctor pakar bagitau macam-macam risiko kalau saya masih
nak teruskan mengandung anak no.4.
Sebelum tu lagi saya dah berbincang dengan suami, nasib baik la dia
terima je apa pun keputusan yg saya buat. Sebab dia tahu, yg membawanya saya
dan yg berisiko tu pun saya jugak. Apa-apa jadi kemudian hari nanti dia jugak
yg susah.
Saya ingat lagi doctor tu cakap, “puan berhak utk kata tak mahu ‘di
ikat’ sebab itu memang hak puan, tapi saya boleh nasihatkan dan bagi tahu
risiko-risisko yang mungkin puan akan hadapi sekiranya puan mengandung lagi”. Banyak
risiko yg doctor tu sebut tapi yg paling saya ingat, perlekatan rahim dengan
organ dalaman yg lain dan dinding rahim berkemungkinan pecah atau koyak bila
kandungan semakin membesar. Ngeri bunyinya kan?
Doctor tu ada jugak cakap, kalau tak nak buat prosedur ‘ikat’ tu
sekarang pun boleh. Ye lah, dia kata kalau nak tgk dulu keadaan dinding uterus
dan ‘kecederaan’ dalaman disebabkan pembedahan sebelum ni pun boleh. Kalau kat
dalam tu elok, doctor kata ada peluang nak mengandung lagi, tapi kalau teruk
memang doctor nasihatkan terus ikat. Jadi saya dalam masa yg sama berfikir,
risiko tinggi kalau mengandung lagi, kalau nak tunggu doctor operate & tgk
previous scar ok tu kira nasib baik lah. Kalau lepas operate nanti doctor kata
previous scar dah teruk & tak boleh mengandung lagi, satu hal pulak nak
kena buat appointment untuk operate lagi sekali. Oh, tidaklah. Nak potong untuk
kali ke 4 just utk prosedur ‘ikat’. Takpelah. Biar la sekali jalan je sakitnya.
So bila dah dengar semua penjelasan panjang lebar dari doctor, saya pun
cakap kat doctor “oklah doctor, saya setuju utk ikat”
Makanya saya turunkanlah tandatangan pada borang utk c-zer dan juga
borang utk prosedur ‘ikat’ sebelum saya disorong ke operation theater. Suami
saya pun tandatangan borang yg sama, sebagai persetujuan bersama la kiranya. So,
begitulah cerita kenapa baby saya yg ni baby last. Saya tak nak ambik risiko,
maka 3 sahaja la anak kami.
Oh, lupa nak cerita. Saya buat check-up dekat klinik kerajaan, dan saya
bersalin juga di hospital kerajaan. Sebenarnya mmg doctor hospital kerajaan bagi
peluang lagi kepada mereka yg dah 3 kali c-zer utk cuba mengandung kali ke-4,
tapi semuanya bergantung kepada keadaan luka dalaman dari kesan dua kali pembedahan
sebelum ni.
Jadi, bagi mereka yg berkemungkinan melalui pengalaman seperti saya,
diharapkan sedikit sebanyak dapat maklumat berguna dari cerita saya. Mudah-mudahan
segalanya dipermudahkan untuk anda.
Labels:
Baby stories,
Health,
Interesting facts,
My Precious
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
tahniah dik
chomel bumbbbam pipinya
akk pun pilih ikat lps ni sbb takut terada lagi :-D
ya allah, rynnn.. ngerinya aku baca cerita ko. ekceli aku pon sekapal ngan ko. dah 2 kali c-zer. trauma kena c-zer tu buat aku takut nak peknen lg smpai skrg.anak 1st aku c-zer sbb twin tersngkut xleh kuar. anak 2nd sbb dah lemas kat dlm tp jln blm bukak. brrrr.. ngeri weh aku dgr c-zer2 ni..tingin gak nk dpt lg sorg, tp mmg aku awal2 dah kompom la, kalo dpt lg sorg ni, mmg last le.nasib baik aku dpt twin tau..
thanks kak eja...
kalau sebab faktor kesihatan mmg biasanya doctor suggest utk ikat, kalau suka-suka mmg tak bole la kan...
tu la kasma, planning nya nak 4 org anak.. tapi dah kena c-zer 3x, mmg tak dapat la nak memanjangkan hajat utk no.4.. tapi takpelah, asalkan dah ada lelaki & pempuan, x kisah lah...
The Casino - Mapyro
The casino at El Cortez is a five-minute drive from Harrah's 수원 출장마사지 New Orleans and within 당진 출장샵 a 10-minute walk of 용인 출장마사지 Canal Street Experience. The casino's 16,000 충청북도 출장안마 square foot 김제 출장샵 gaming space
Post a Comment