Let’s bake!
I loveeeeeeee baking. Sejak dari sekolah lagi rasanya dah suka baking, tapi
masa tu tak buat apa-apa sangat melainkan buat kuih raya. Ingat lagi dulu, ayah
saya belikan oven besar utk saya bakar kuih raya. Sampai skrg oven tu ada lagi
and telah diturunkan sepenuhnya kepada saya sebab ‘kononnya’ saya yg paling
rajin masak-memasak guna oven tu. Hahaha..
Tapi saya ni bukanlah jenis yang tiap-tiap minggu ada je projek nak
duduk depan oven tu. Kadang-kadang je lah, bila mood rajin dah datang *yg boleh
kata sebulan tak sekali* ada la saya buat something.
Pernah jugak saya ambik tempahan buat brownies 3-4 tahun lepas, jual
online lagi tau. Tapi lepas tu saya stop sebab tak larat nak buat. Ye lah, dari
godek batter sampai la ke bungkus brownies tu dalam kotak, isi borang poslaju, semuanya
saya buat sendiri. En. Suami Cuma bawak kotak tu hantar pegi pusat poslaju je. But
now ada jugaklah saya buat sikit-sikit. Yang mana ada sedara kata nak order tu,
saya buatkanlah. Lagipun tak susah mana pun sbnrnya nak buat brownies tu.
InsyaAllah, saya rasa saya akan sambung projek tempahan brownies ni paling cepat lepas raya nanti. Sekarang ni
tak boleh lagi rasanya, still belum pandai nak bahagikan masa antara kerja,
family and baking. Tambah pulak ada baby lagi, agak susah sikit lah rasanya.
Tunggu baby besar sikit, abang & kakak dia boleh monitor, baru boleh la
rasanya.
Sebenarnya nak cerita buat muffin je last week, tapi mukadimah jadik
panjang lebar pulak dah. Hahaha. Tiba-tiba last week rasa macam rajin baking,
mula-mula anak bujang saya si Danish request nak makan chicken pie. Tengah-tengah
bakar chicken pie dalam oven tiba-tiba rasa nak makan muffin pulak. So saya
carik resepi yg paling senang nak buat, terus bancuh. Chicken pie siap bakar,
masukkan muffin pulak dalam oven. Cukup
20min, muffin dah siap.
Ni la rupa muffin saya. J
Nak resepi? Saya ambik resepi ni dari internet jugak, dari blog Che Mat
Gebu. Hehehe. So here goes the recipe:
Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko
Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan
Cara membuatnya:-
- Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g
chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg
semua sebati dan mesra.
- Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias
dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
- Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan
sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
Ada yang saya adjust ikut bahan yg saya ada dekat rumah. Macam tepung
tu, saya guna tepung kek sbb tepung gandum dah habis, jadi saya tak letak
baking powder & soda bicarbonate. Dan minyak sayur/jagung pun saya gantikan
dengan minyak masak biasa.
Rasa muffin ni biasa je, ye la tgk bahan dia pun biasa-biasa je kan.
Boleh la utk makan sendiri. So, pada anda yg nak buat muffin tapi nak buat
dengan cara paling ringkas boleh la try resepi ni.
1 comments:
::: assalam eryne terima kasih tulis komen kat blog saya.. rajin menaip sampai 2x kat blog saya dan juga blog eryne hehehe.. kerajinan eryne terbukti dgn pelbagai entry masakan/resepi kat sini.. pandainye buat cupcake.. kalo panas2 sebenarnya lagi sedap, kan?
Post a Comment