CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Interesting facts. Show all posts
Showing posts with label Interesting facts. Show all posts

Monday, July 1, 2013

She's the last one

Ok, like what I said in my previous entry, my new baby girl was the last one. Lepas ni dah takde lagi. Kenapa? Meh saya kongsi cerita, hopefully kepada mereka-mereka yg akan melalui pengalaman yg sama seperti saya ni boleh jadikan cerita saya sebagai panduan. InsyaAllah.

Saya sebenarnya teringin sangat nak merasa bersalin secara normal. Tapi apakan daya, dua kali saya try sebelum ni tetap tak boleh jugak. Mak saya kata mungkin tulang punggung saya kecik sebab tu tak boler bersalin normal. Anak pertama, saya kena induce sebab dah overdue. Lepas induce rasa contraction datang menggila, sakit macam nak terbalik je katil tu saya rasa. Siap gigit bantal, gigit tilam segala sebab nak get over rasa sakit contraction tu. 13 jam saya duduk dalam labour room. Bayangkanlah saya menahan sakit selama 13 jam tanpa apa-apa ubat tahan sakit. Memang rasa macam nak putus nyawa. Doctor datang check jalan every now and then, but still the progress was the same. Paling besar bukaan Cuma 5cm. Then doctor pakar datang, lepas dah lebih 13 jam duduk dalam labour room tu baru dia kata, “hantar pergi c-zer” lebih kurang macam tu la ayat dia. So, redha la saya dibedah untuk pertama kalinya. Dalam hati memang rasa takut, tapi saya serahkan semuanya kepada Dia. So selamatlah baby boy keluar lepas c-zer. My 1st baby was boy born on 16/10/2004. Ok, tamat cerita bersalin secara c-zer baby yg pertama.

Then tahun 2008, saya disahkan pregnant anak kedua. This time saya rasa macam boleh bersalin normal. Disebabkan saya ada masalah GDM (diabetis in pregnancy) so doctor nasihatkan saya di induce bila sampai due datenya, tak perlu tunggu overdue. Lepas induce, sakit contraction datang. This time lagi dasyat, sampai rasa macam nak teran baby keluar. But still tak boleh sebab jalan baru bukak 5cm. Saya siap cakap dgn doctor tu suruh dia c-zer je saya, tapi kena marah balik dgn doctor. Hahaha. Kali ni saya duduk dalam labour room 8 jam. Bila contraction kuat datang, nurse offer suruh sedut gas. Dapatlah mengurangkan rasa sakit contraction tu, and dapatlah saya lelapkan mata dalam setengah jam macam tu. Tapi bila dah few hours, jalan masih 5cm, then doctor pakar suruh siap-siap utk c-zer. Wah, dalam hati time tu dah cakap “kena c-zer lagi?” Takpelah, dah rezeki nak kena c-zer lagi, so terima sajelah seadanya. Alhamdulillah, my 2nd baby pulak girl and lahir secara cesarean juga.

Lepas dah dua kali c-zer, doctor dah inform “puan, kalau puan mengandung anak no.3 pun nanti kena c-zer jugak ye”. Baiklah doctor, saya terima saja apa yg doctor cakap & saya tahu mmg itu sahaja jalan yg paling selamat untuk saya. Lepas tu doctor ada cakap lagi “no. 3 tu maybe anak puan yg last ye, lepas tu kita advise puan untuk ‘ikat’”
Ok, masa tu saya tak fikir apa pun. Cuma cakap dalam hati “ala, takpelah… no.3 tu lambat lagi”

Lepas tu, tahun lepas saya di sahkan pregnant. Bermula lah persoalan “confirm ke ni baby last?”.
Bila start buat buku pink tu, saya mmg sentiasa di monitor oleh doctor. Kalau org mengandung normal & takde masalah, takdenya dapat jumpa doctor selalu. Tapi saya ni “special case” tambah pulak pregnant ke-3 ni pun ada masalah kencing manis, bertambah special case saya lah kan. Memang perlukan pemantauan dari doctor. Bila dah penghujung trimester, setiap kali check sure nurse tanya “ni yg last ye puan?” hahaha. Saya pun jawab je lah “ye”. Then bila tiba masa nak bersalin, bila air ketuban dah turun & tengah tunggu doctor suruh pergi OT, time tu doctor pakar bagitau macam-macam risiko kalau saya masih nak teruskan mengandung anak no.4.

Sebelum tu lagi saya dah berbincang dengan suami, nasib baik la dia terima je apa pun keputusan yg saya buat. Sebab dia tahu, yg membawanya saya dan yg berisiko tu pun saya jugak. Apa-apa jadi kemudian hari nanti dia jugak yg susah.

Saya ingat lagi doctor tu cakap, “puan berhak utk kata tak mahu ‘di ikat’ sebab itu memang hak puan, tapi saya boleh nasihatkan dan bagi tahu risiko-risisko yang mungkin puan akan hadapi sekiranya puan mengandung lagi”. Banyak risiko yg doctor tu sebut tapi yg paling saya ingat, perlekatan rahim dengan organ dalaman yg lain dan dinding rahim berkemungkinan pecah atau koyak bila kandungan semakin membesar. Ngeri bunyinya kan?

Doctor tu ada jugak cakap, kalau tak nak buat prosedur ‘ikat’ tu sekarang pun boleh. Ye lah, dia kata kalau nak tgk dulu keadaan dinding uterus dan ‘kecederaan’ dalaman disebabkan pembedahan sebelum ni pun boleh. Kalau kat dalam tu elok, doctor kata ada peluang nak mengandung lagi, tapi kalau teruk memang doctor nasihatkan terus ikat. Jadi saya dalam masa yg sama berfikir, risiko tinggi kalau mengandung lagi, kalau nak tunggu doctor operate & tgk previous scar ok tu kira nasib baik lah. Kalau lepas operate nanti doctor kata previous scar dah teruk & tak boleh mengandung lagi, satu hal pulak nak kena buat appointment untuk operate lagi sekali. Oh, tidaklah. Nak potong untuk kali ke 4 just utk prosedur ‘ikat’. Takpelah. Biar la sekali jalan je sakitnya.

So bila dah dengar semua penjelasan panjang lebar dari doctor, saya pun cakap kat doctor “oklah doctor, saya setuju utk ikat”

Makanya saya turunkanlah tandatangan pada borang utk c-zer dan juga borang utk prosedur ‘ikat’ sebelum saya disorong ke operation theater. Suami saya pun tandatangan borang yg sama, sebagai persetujuan bersama la kiranya. So, begitulah cerita kenapa baby saya yg ni baby last. Saya tak nak ambik risiko, maka 3 sahaja la anak kami.

Oh, lupa nak cerita. Saya buat check-up dekat klinik kerajaan, dan saya bersalin juga di hospital kerajaan. Sebenarnya mmg doctor hospital kerajaan bagi peluang lagi kepada mereka yg dah 3 kali c-zer utk cuba mengandung kali ke-4, tapi semuanya bergantung kepada keadaan luka dalaman dari kesan dua kali pembedahan sebelum ni.


Jadi, bagi mereka yg berkemungkinan melalui pengalaman seperti saya, diharapkan sedikit sebanyak dapat maklumat berguna dari cerita saya. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk anda.

Friday, August 12, 2011

Ramadhan the 12th - Kabur pandangan

Pagi tadi, masa on the way nak pergi kerja. Saya telah melihat satu situasi yg sgt luar biasa iaitu kabus tebal menutupi jalan. Selalunya saya tak lalu ikut Highway E22 ni kalau nak ke office, tapi disebabkan harini keluar dr rumah agak lewat, jadik en.somi decide utk ikut highway E22 utk mengelakkan jammed dekat highway Pasir Gudang. Biasalah highway Pasir Gudang tu kalau dah pukul 7.10am ke atas, mmg confirmed jammed.

Ok, berbalik pada situasi luar biasa tadi, suami saya ikut exit Ulu Tiram utk masuk ke Highway E22 ni. Perjalanan baru je melepasi tol Ulu Tiram dlm 5km rasanya, dekat depan saya nmpk putih je, tak nampak jalan langsung. Saya dah rasa sedikit takut, almaklum highway E22 ni pagi-pagi tak byk kenderaan. Takut la apa-apa yg tak elok berlaku. Kereta yg dipandu dari 100km/j terus berkurangan kelajuan ke 60km/j, gara-gara jarak penglihatan cuma kira-kira 5mtr shj. Saya dan suami risau kalau-kalau kat depan kereta kami tu ada kereta lain tp kami tak nampak, mesti berlaku accident kan. Alhamdulillah, disebabkan kenderaan tak byk yg guna jalan tu, jadi risiko berlaku langgar bontot kereta depan adalah kurang. Suami saya sempat melawak, "kita masuk twilight zone ke ni?"... Hampeh betul...

Selepas lebih kurang 5 km melalui kabus tebal dgn jarak penglihatan cuma 5mtr, kabusnya semakin menipis. Saya urut dada tanda lega, kalau tak risau sungguh waktu kabus tebal tak nampak jalan tu. Tapi tak bermakna kabus tu terus hilang. Saya tgk jam dah pukul 7.05am, pelik sungguh dlm waktu begitu masih ada kabus tebal yg menyeliputi. Sepanjang Highway E22 tu terus berkabus. Suami saya kata, "ambik gambar la yang". Tanpa buang masa, saya capai handphone dalam bag, terus saya snap gambar2 pemandangan tatkala kabus menyeliputi jalan.

Suami saya turunkan sikit cermin kereta & hulurkan tangannya keluar, "Sejuk" katanya. Bila dibiar dlm 15saat, rasa sejuk tadi bertukar kepada titik-titik air. Saya pun cuba jugak, ya mmg sejuk. Situasinya sama masa saya berada di Gunung Raya, Langkawi dulu. Cuma yg tak samanya, Gunung Raya tu ketinggiannya lebih kurang hampir 900mtr, tapi highway E22 ni cuma kawasan bukit-bukau yg tak tinggi mana pun. 

Apa-apa pun, saya rasa bertuah dpt merasai situasi luar biasa begini. Sungguh menakjubkan disamping menakutkan... Hahaha... Syukur dengan nikmat yg diberi oleh DIA utk merasai pengalaman sebegini. Gambar-gambar berikut sedikit sebanyak menerangkan keadaan kabus tebal pagi tadi. Oh ya, gambar diambil menggunakan camera handphone saje, jadi kualiti agak kurang ye.

Seperti berada di never ending road. Masa ni jarak penglihatan dah semakin luas, jadi tak risau sgt.


Jalan disebalik papan tanda tu tak kelihatan.


Waktu ni dah pukul 7.15am, disebabkan kabus tebal, matahari kelihatan spt bulan berwarna oren :)


Seakan-akan hilang dr pandangan.


Pandangan setakat itu sahaja, lepas dr kabus tu mmg tak nampak apa.

 
This is my fav pics, pokok2 tu nmpk separuh je :)


Masa ni kabus dah hampir-hampir menghilang.


Tuesday, June 15, 2010

Penting!

Saya rasa ramai antara anda semua yg suka makan ikan keli. Saya sendiri x terkecuali, lebih2 lagi kalu yg masak goreng bercili, x pun pecel lele... mmg x pandang lauk lain la kalu ada lauk yg tu. Maybe ada antara anda yg dah tahu, tp takde salahnya saya nak share benda yg penting utk kita.

Saya dpt info dibawah ni dlm email, jadik saya copy paste semula email ni utk anda semua baca, faham & ingatkan.

Kepada peminat ikan keli.
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal:-

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) ·
  1. Kepala berbentuk 'V' ·
  2. Bentuk badan mirip torpedo ·
  3. Badan berwarna hitam berkilat ·
  4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak ·
  5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning ·
  6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) ·
  1. Kepala berbentuk 'U'.
  2. Bentuk badan tirus.
  3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat.
  4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu.
  5. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan.
  6. Digoreng tidak meletup.
So, pastikan ikan keli yg anda nak beli di pasar, atau makan di gerai berada dlm keadaan spt yg disenaraikan diatas (Halal).
Mudah-mudahan kita semua terperlihara dari termakan benda haram. InsyaAllah.