CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 12, 2011

Ramadhan the 12th - Kabur pandangan

Pagi tadi, masa on the way nak pergi kerja. Saya telah melihat satu situasi yg sgt luar biasa iaitu kabus tebal menutupi jalan. Selalunya saya tak lalu ikut Highway E22 ni kalau nak ke office, tapi disebabkan harini keluar dr rumah agak lewat, jadik en.somi decide utk ikut highway E22 utk mengelakkan jammed dekat highway Pasir Gudang. Biasalah highway Pasir Gudang tu kalau dah pukul 7.10am ke atas, mmg confirmed jammed.

Ok, berbalik pada situasi luar biasa tadi, suami saya ikut exit Ulu Tiram utk masuk ke Highway E22 ni. Perjalanan baru je melepasi tol Ulu Tiram dlm 5km rasanya, dekat depan saya nmpk putih je, tak nampak jalan langsung. Saya dah rasa sedikit takut, almaklum highway E22 ni pagi-pagi tak byk kenderaan. Takut la apa-apa yg tak elok berlaku. Kereta yg dipandu dari 100km/j terus berkurangan kelajuan ke 60km/j, gara-gara jarak penglihatan cuma kira-kira 5mtr shj. Saya dan suami risau kalau-kalau kat depan kereta kami tu ada kereta lain tp kami tak nampak, mesti berlaku accident kan. Alhamdulillah, disebabkan kenderaan tak byk yg guna jalan tu, jadi risiko berlaku langgar bontot kereta depan adalah kurang. Suami saya sempat melawak, "kita masuk twilight zone ke ni?"... Hampeh betul...

Selepas lebih kurang 5 km melalui kabus tebal dgn jarak penglihatan cuma 5mtr, kabusnya semakin menipis. Saya urut dada tanda lega, kalau tak risau sungguh waktu kabus tebal tak nampak jalan tu. Tapi tak bermakna kabus tu terus hilang. Saya tgk jam dah pukul 7.05am, pelik sungguh dlm waktu begitu masih ada kabus tebal yg menyeliputi. Sepanjang Highway E22 tu terus berkabus. Suami saya kata, "ambik gambar la yang". Tanpa buang masa, saya capai handphone dalam bag, terus saya snap gambar2 pemandangan tatkala kabus menyeliputi jalan.

Suami saya turunkan sikit cermin kereta & hulurkan tangannya keluar, "Sejuk" katanya. Bila dibiar dlm 15saat, rasa sejuk tadi bertukar kepada titik-titik air. Saya pun cuba jugak, ya mmg sejuk. Situasinya sama masa saya berada di Gunung Raya, Langkawi dulu. Cuma yg tak samanya, Gunung Raya tu ketinggiannya lebih kurang hampir 900mtr, tapi highway E22 ni cuma kawasan bukit-bukau yg tak tinggi mana pun. 

Apa-apa pun, saya rasa bertuah dpt merasai situasi luar biasa begini. Sungguh menakjubkan disamping menakutkan... Hahaha... Syukur dengan nikmat yg diberi oleh DIA utk merasai pengalaman sebegini. Gambar-gambar berikut sedikit sebanyak menerangkan keadaan kabus tebal pagi tadi. Oh ya, gambar diambil menggunakan camera handphone saje, jadi kualiti agak kurang ye.

Seperti berada di never ending road. Masa ni jarak penglihatan dah semakin luas, jadi tak risau sgt.


Jalan disebalik papan tanda tu tak kelihatan.


Waktu ni dah pukul 7.15am, disebabkan kabus tebal, matahari kelihatan spt bulan berwarna oren :)


Seakan-akan hilang dr pandangan.


Pandangan setakat itu sahaja, lepas dr kabus tu mmg tak nampak apa.

 
This is my fav pics, pokok2 tu nmpk separuh je :)


Masa ni kabus dah hampir-hampir menghilang.


0 comments: