Thursday, August 11, 2011
11 Ramadhan 1432 Hijrah - Bazar Ramadhan JB
Assalamualaikum.
Its been a while since my last entry. Gila lama tak update blog, 1st day puasa pun tak sempat nak wish apa2 (macamlah ramai no org singgah blog ni kan). Disebabkan harini saya sampai ofis pukul 7am, maka saya pun menulis la semula di sini.
Hmmm... diam tak diam harini dah hari ke 11 kita semua berpuasa tahun ni, atau lebih tepat tarikh harini ialah 11 Ramadhan 1432 Hijrah (sbb kurang pasti thn ni thn Hijrah yg ke berapa, saya siap google dulu.. hehehe). Setakat ni, alhamdulillah masih dapat merasa nikmat berpuasa seperti tahun-tahun yg sudah, cumanya saya tak dpt menyambut hari pertama hingga hari ketiga puasa gara-gara "kawan baik" saya dtg menjengah tiap bulan. :)
Alhamdulillah juga, anak bujang saya, Danish Irfan boleh berpuasa penuh, cumanya tiga hari pertama berpuasa dia cuma puasa separuh hari. Tapi lepas dia tgk kita org kat rumah semua puasa penuh, dia pun semangat nak ikut puasa sampai waktu berbuka. Ada jugak hari-hari yg dia request nak berbuka separuh hari, tapi saya pujuk dia supaya sabar. Saya janji akan bagi duit raya jika dia berpuasa penuh. Nampak macam tak ikhlas suruh dia puasa, tapi takpelah. Sekadar nak reward sikit utk usaha dia berpuasa. Itu saje, takde niat lain.
Cerita pasal berbuka, saya rasa setakat ni belum betul-betul masak yg best utk berbuka. Tak sempat, walaupun ofis bg kelonggaran balik awal setgh jam dr waktu biasa, tapi kalau dah semua kilang kat Pasir Gudang ni keluar serentak, mau tak jammed jalan. So, selalunya beli lauk dekat kedai ataupun dekat bazar saje. Cerita pasal bazar ramadhan, mmg menjadi agenda saya dan suami utk jengah 2 tmpt utama bazar ramadhan yg jadi tumpuan setiap kali berpuasa.
Kami suka cari bazar yg meriah dgn peniaga dan pembeli, maka tempat 1st yg saya pergi ialah bazar ramadhan Kg. Melayu, Majidee. Mak ooiii, ramai gila org kat sana. Pilihan makanan jangan cakap lah, macam-macam ada. En. suami saya mmg wajib pergi bazar Kg. Melayu ni semata-mata nak cari Nasi Kerabu, tu mmg favourite dia lah. Saya pulak, cari nasi Arab :) Ingatkan nak beli popia basah, tapi memandangkan queue utk membelinya panjang, jadi saya batalkan hasrat. Hehehe. Ada sorang peniaga ni, dia cuma jual karipap saje, dia punya karipap satu van penuh. Org pun mmg ramai la yg tunggu giliran utk dilayan. Saya cuma beli sikit je, ada org tu beli sampai RM6, byk betul. Alhamdulillah, makanan yg dibeli tidak mengecewakan, walau harga agak mahal, tapi tak kisah la janji rasanya sedap. Semua habis dimakan, takde yg terbuang. So, tiada pembaziran berlaku :)
Ok, bazar kedua yg wajib saya pergi ialah bazar ramadhan dekat BBU or nama penuhnya Bandar Baru Uda. Dekat sini pun makanannya boleh tahan byk pilihan, tapi saya rasa lebih byk pilihan dia bazar Kg. Melayu. Macam biasa, suami cari nasi kerabu, Danish nak roti jala dan saya ternmpk org pakistan jual nasi Arab, apa lagi saya beli satu utk saya. Saya rasa inilah nasi arab yg paling sedap saya pernah makan. Walaupun setakat nasi & kambing, tp rasanya tu mmg sedap sungguh. Maybe sbb org sana yg masak, jadi rasanya mmg tak sama macam org kita buat. Makanan sampingan lain yg saya beli, ada Chukue. Chukue ni saya tak pasti makanan org dari mana, dibuat dr tepung beras dan atasnya ditabur dgn daging cincang, carot, lobak asin, daun bawang & bawang goreng. Rasanya boleh tahan juga. Then ada popia basah, saya tak sempat nak rasa popia basah tu sbb dah kekenyangan.
Apa yg saya boleh kata, kedua-dua bazar ni mmg tidak mengecewakan. Makanan yg dijual walaupun agak mahal, tapi puas hati dengan rasanya. Duit keluar untuk beli makanan dekat bazar mmg agak terasa la, tapi tak kisah la janji apa yg kita beli tu menepati citarasa dan tiada pembaziran.
Ada lagi bazar yg saya wajib singgah tapi belum ada kesempatan lagi. Bazar ramadhan Pasir Gudang, yg ni pun meriah dengan pembeli dan peniaga. Kadang-kadang tu sampai kena bersesak-sesak dgn org ramai dekat sesetengah kawasan. InsyaAllah, kami akan singgah sana sebelum kita cukup puasa 29 hari tahun ni.
Hmmm... Selalunya tiap kali bulan puasa saya akan cari menu wajib saya, iaitu Ayam Percik, tapi kali ni saya tak terasa pun nak makan ayam percik. Menu dah beralih arah kepada nasi Arab. Hahaha. Cukuplah cerita pasal bazar dulu ya. InsyaAllah kalau saya kerajinan, saya sambung cerita lain pulak. :)

Labels:
Ramadhan al-mubarak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment