Friday, August 26, 2011
Ramadhan 26 - Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam & hai again :)
Harini dah masuk hari ke 26 Ramadhan, insyaAllah tinggal lagi 3 hari sahaja kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cepat betul masa berlalu kan, rasanya baru je kita berpuasa tup-tup bulan Ramadhan dah sampai ke penghujungnya.
Bulan puasa tahun ni ada best dan yg tak best. Yg best, anak bujang saya setakat ni berjaya puasa 4 hari separuh hari dan hari-hari yg lain semua penuh. Yg separuh hari tu masa hari pertama & kedua puasa, lepas tu ada yg saya terlepas bangun sahur, so saya cuma suruh dia puasa separuh hari saja. Hari-hari penuh tu dia yg bersemangat nak puasa penuh, sebab malu kena ejek dgn kawan dekat sekolah katanya.
Yg tak best, hari Sabtu minggu lepas mak saya berpindah ke tempat lain. Walau tak jauh, tapi sebab dari dulu saya duduk dengan dia, bila sekarang tinggal dgn keluarga sendiri je terasa lain jugak. Ada sekali tu, mak saya dtg ambik barang, anak dara saya tak bagi dia balik rumah. Dia nak suruh nenek dia tidur kat situ. Hmmm... kesian anak dara saya tu. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia diam.
Saya sendiri akan berpindah jugak, tapi tak pindah jauh. Tetap dalam kawasan perumahan yg sama. Cuma rumahnya je yg lain. Sebab semua org pindah ialah, rumah tu dah dijual. Tunggu org yg beli tu sign dokumen dekat lawyer office je, lepas tu complete la transaction tukar milik tu. Sebab rumah parent saya tu dijual.. hmmm... rasanya belum sesuai lagi nak cerita. Nanti-nanti la saya ceritakan sebabnya.
Cerita pasal raya yg akan tiba pulak. Tahun ni giliran beraya kat sebelah saya, jadi malam raya nnt saya akan tido di rumah emak saya :). Thn ni masak sikit-sikit je. Haritu mama kata nak masak ayam masak merah, sayur lodeh & rebus ketupat segera je. Then lepas sembahyang raya tu kami akan ke rumah atuk saya pulak di Kampung Melayu, berkumpul dekat rumah makcik sebenarnya. Seronok la berkumpul ramai-ramai kan :)
Saya akan balik kg mertua pd hari raya ke 3, bapak mertua saya ajak balik kgnya kat Sg. Petani, Kedah nun. :) Tak tau la camane perjalanannya nnt, hopefully tak jammed.
Anyway, sebelum saya pen-off, terimalah kad raya dari saya yg tak seberapa ni ye. Org tak pandai mengedit gambar, camni la jadiknya... Hehehe.
Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga. :)
Kepada yg nak balik kg tu, pandulah berhati-hati ye.

Labels:
Eid Mubarak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment