CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 7, 2011

Syawal kami sekeluarga












Salam Syawal semua. Wah, sekejap sungguh kita dah masuk hari raya yg ke 9 kan? Macam mana kita rasa pantasnya Ramadhan berlalu, macam tu jugak kita rasa cepat sungguh Syawal dah masuk hari ke 9. Rata-rata blog yang saya baca semua dah cerita pasal hari raya mereka. Saya pun tak nak la ketinggalan kan. J

Hmmm, ikut giliran beraya, tahun ni giliran saya beraya dgn keluarga sebelah saya. Tapi Syawal tahun ni tak sama dari tahun-tahun sebelumnya. Memandangkan kedua org tua saya secara sahnya dah berpisah (ya! Mereka dah bercerai), jadi Syawal tahun ni saya beraya dengan mama. Mama saya dah berpindah keluar dari rumah dan sekarang dia tinggal dengan adik perempuan saya dan suaminya, menyewa di Bandar Seri Alam. Makanya dekat rumah sekarang ni tinggal saya anak beranak beserta ayah saya. Rumah tu pun dalam proses jual, dah ada pembelinya tinggal tunggu sign dokumen dekat lawyer office saja. Saya pun bakal berpindah keluar, mungkin hujung bulan ni atau awal bulan depan. Pindah ke mana belum tahu lagi.

Oklah, tinggal dulu cerita pasal tu. Sebenarnya kan nak bercerita pasal hari raya, dah lari dari topik pulak ye. Hmmm, petang sehari sebelum raya tu saya dah balik rumah mama. Dekat je dari rumah lama, dalam 20minit perjalanan naik kereta. Lepas berbuka, saya & mama saya start memasak lauk raya. Saya tak masak la, mama saya sorang je yg masak, saya Cuma tolong dia sediakan bahan-bahan yg nak digunakan utk memasak. Lepas berbuka tu, adik lelaki saya & family dia datang. Meriah diaorg main mercun & bunga api. Seronok! Hehehe. Tapi adik saya tak tidur rumah mama saya lah, sebab rumah diaorg pun dekat je, malas nak berangkut barang la kan. So, lepas dah puas main mercun & bunga api, mama saya suruh diaorg balik dulu sebab takut esok paginya tak boleh bangun pulak. Saya, hubby & anak-anak tidur dlm pukul 1 lebih. Mata macam tak boleh nak bukak lagi, tapi sebab semangat nak beraya, gagahkan diri jugak bangun gosok baju utk dipakai pagi tu. J Lepas en. Suami saya siap, dia pun keluar pergi sembahyang raya.

Oh, lupa nak cerita menu apa yg mama saya masak utk pagi raya tu. Menunya, ketupat segera, ayam masak merah, rendang daging, sayur lodeh, sambal goreng & hubby saya beli lemang. Org johor sekarang pun dah pandai buat lemang utk dijual tau. Kalau dulu-dulu susah nak dapat lemang kat johor ni, tapi tahun ni dah ramai yg jual. Sedap jugak. Tapi harga ada mahal sikit lah kan. Al-maklum buluh tu bukan senang nak carik.
Lepas semua org dah bersiap-siap, adik saya yg balik semalam pun dah sampai, kita org makan dulu. Tapi yg peliknya suami saya tak balik-balik lagi. Bila saya call tanya dia kat mana, rupanya dia pergi sembahyang raya kat rumah kitaorg. Sabar je lah. Punya la jauh pergi sembahyang raya, padahal surau yg dekat tu ada je. Kita orang yg dah kelaparan ni tak boleh nak tunggu dia dah, so makan dulu. Dah half way makan tu baru la suami saya balik. Lepas siap makan semua, start bersalam-salam mintak maaf dengan mama & adik beradik serta ipar duai saya. Saya adik beradik Cuma 4 orang saja. Tinggal sorang je yg masih belajar, yang lain semua dah kahwin. Taklah ramai mana kan. J

Lepas dah selesai bersalam-salaman kami semua gerak pergi rumah Maklong iaitu kakak ayah saya. Tahun ni ayah saya beraya kat rumah kakaknya dekat Ulu Tiram. Rumahnya pun tak jauh dari rumah mama, dalam 20 minit berkereta. Tapi geram jugaklah bila sampai, ayah saya takde pulak kat rumah. Pagi-pagi dah berjalan pergi rumah kawan dia. Sabar je lah. Sementara nak tunggu ayah saya balik tu, kami makan lagi kat rumah Maklong saya tu. Ingatkan tak nak makan dah, sebab masih kenyang lagi. Tapi bila makcik saya tu dah keluarkan daging kambing bakar makan dengan kuah blackpepper, tak boleh tahan la kan. Makan jugak sekeping dua. Hahaha. Dah siap makan, tunggu punya tunggu, tak balik-balik jugak ayah saya tu. Last-last kami semua pergi menyusul dia kat rumah kawannya, nasib baik lah kawan dia tu pun kawan mama saya jugak. Jadi taklah segan sangat kita ni semua. Salam mintak maaf dekat rumah kawan ayah saya tu la jawabnya. Tak lama duduk situ, dalam setengah jam gitu kami semua gerak ke rumah atuk saya kat Kg. Melayu pulak. Makcik saya duduk dekat dengan rumah atuk, jadi kami semua berkumpul dekat rumah makcik saya saja. Atuk saya seronok tengok anak cucu dia berkumpul ramai-ramai macam tu. Tersenyum saja dia tu.

Malam tu mama saya ajak beraya kat rumah kawannya, saya ikut jugak lah. Makan laksa johor pulak. Hehehe. Hari raya ni mmg hari utk makan saja la ye. Lepas tu pergi semula rumah makcik saya, sebab diaorg buat barbeque kat sana. Tapi saya dah tak larat nak makan, just datang jamah sikit-sikit saja lah. Jadual hari raya pertama kami berakhir pd tengah malam. Hahaha. Dah tengah malam baru balik rumah semula. Pastu pagi esoknya tak larat nak bangun awal dah. Penat sungguh.

0 comments: