Friday, September 30, 2011
Mia's Birthday - Little party
Ok, saya tau entry ini agak terlewat byk (bukan terlewat sedikit). :)
Disebabkan gambar semua saya upload dekat PC di rumah, maka semua entry yg saya ingin tulis tertangguh. Saya malas nak save gambar-gambar dalam pen-drive, leceh betul nak resize.
So, semalam saya upload dulu gambar-gambar ni semua di sini kemudian save dekat draft. Sekarang baru saya mula menaip. Seperti biasa, semua update akan dilakukan di office :).
Pada mulanya saya merancang nak buat birthday party yg agak besar sikit la untuk anak dara saya ni. Tapi memandangkan emak saya dah berpindah ke rumah yg lebih kecil, maka terpaksalah saya simpan dulu hasrat nak buat majlis tu ke tahun akan datang. InsyaAllah kalau tiada halangan.
Sebenarnya birthday Mia was on 9th September, tapi disebabkan tarikh tu saya bekerja maka saya cakap dengan hubby nak belikan dia cake & buat sikit party just within our family on the 16th, kebetulan hari tu cuti Satu Malaysia. Saya cakap dengan mama saya yg saya nak celebrate sikit birthday Mia kat sana. So, beli la belon & topi untuk anak-anak saya & anak sedara saya. Alah, tak ramai pun. Saya tak jemput org lain selain keluarga saya, keluarga adik-adik saya & juga cousin saya. Just suka-suka untuk buat anak dara tu rasa happy je.
Beli cake Chocolate Marshmallow from Secret Recipe. Pastu mama saya masak lauk best-best jugak, kebetulan ada kawannya nak datang beraya, so saya pun tumpang beli cake je lah. Then lepas makan semua, saya keluarkan cake & kami semua nyanyi lagu Happy Birthday utk Mia. Tapi entah kenapa agaknya, boleh dia menangis sekuat-kuatnya time orang habis nyanyi lagu tu. Suruh tiup lilin pun tak nak, so abangnya la yg take over tiup lilin atas cake. Hehehe.
Itu sahaja yg kami sempat buat untuk birthday Mia tahun ni. InsyaAllah, next year akan plan a proper birthday party for both of them, Mia & Danish. Hmm... next month birthday si abang pulak. Tak tau lagi nak buat apa untuk dia. But itu nanti boleh plan. :)
Enjoy the pics taken, tak byk pics sbb camera man nak cepat keluar sebab nak jemput kawan mama yg kesesatan. Hehehe. :)
Chocolate Marshmallow Cake from Secret Recipe
See anak dara ni menangis.
Adik refuse tiup lilin, so abgnya la yg take over her place. Sebelah abg tu anak cousin saya.
Pretty lady kat sebelah kanan is my sister in law :)
Time nak potong cake dah berhenti menangis. Dari kiri Aisy (my nephew), Hakim (cousin's son), Danish & Mia.
Potong cake time :)
Dah puas nangis, dapat belon terus happy
Mia with her nenek.
Dia ni mmg susah nak jumpa. Adik saya yg no. 3 with her daughter
Aisy & Mia
Labels:
Birthday,
My Precious
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment