CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2011

Hukum pakai bulu mata palsu

*pics from google*

Perempuan dan kecantikan mmg tak dapat dipisahkan. Macam irama dan lagu, tiada irama maka pincang lah lagu. Begitu juga sebaliknya. Perempuan mana yg tak nak kelihatan cantik? Kalau tak, takkan ramai yg sanggup berhabisan berpuluh atau beratus malahan ribuan ringgit sebulan hanya semata-mata untuk tampil cantik. Almaklum, bila diri terasa cantik maka tahap confident tu akan jadi lebih tinggi.

Salah satu peralatan atau barang yg biasa digunakan oleh orang perempuan utk tampil lebih cantik ialah bulu mata palsu atau dalam bahasa omputihnya fake eyelash. Saya pernah guna fake eyelash ni sekali je, masa saya kahwin dulu. Itula sekali seumur hidup saya guna bulu mata palsu ni. Trend sekarang, ramai anak gadis, remaja, wanita, (even maknyah) suka sangat guna bulu mata palsu ni sebagai pelengkap kepada make-up mereka. Termasuklah mak andam. Opss, skrg org tak panggil mak andam ye, skrg org panggil Make-up Artist or MUA singkatannya.

Baru-baru ni saya terbaca dekat blog Aishah Amin, ada satu entry yg disebut mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu. Tapi entry tu bukanlah berkenaan isu bulu mata palsu sahaja, ia lebih kepada cerita mengenai MUA for her wedding. Cuma ada part yg dia sentuh mengenai fake eyelash ni lah. Lepas saya baca tu baru la saya tahu bahawa hukum pemakaian bulu mata palsu adalah sama seperti kita memakai rambut palsu. Hukumnya HARAM. Untuk selidik dengan lebih dalam, saya pun google. Dan mmg benar, melalui beberapa soal jawab yg dikemukakan di beberapa laman web di HafizFirdaus.com dan di Mysembang.net, pemakaian bulu mata palsu HARAM hukumnya.

Disini saya copy paste soal jawab berkenaan isu ini yg saya ambil dari HafizFirdaus.com


Soalan:Bolehkah memakai bulu mata palsu?
Wan Nur Esalina, Kuala Nerang, Kedah.
Jawapan:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu


So, sebaiknya kita menjauhkan diri dari melakukan perkara yg tidak dibenarkan dalam Islam. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dari Nya. InsyaAllah.

1 comments:

nadhillahhehe

wah asli sih baru tau, makasi banyak yaah informasinyaa, sangat bermanfaat sekali! Sukses dan selalu berbagi kebaikan ya!