Friday, June 28, 2013
She is my new baby girl
Assalamualaikum wahai blog ku yg
dah lama ku tinggalkan…
Hamboiiii sangat hover kan dah berapa lama tak update blog, nak dekat
setahun dah. Gila lama tak update kan. Baik tutup je blog ni ye tak?
Eh, janganlah tutup. Sayang pulak nak tutup. Walau entry setahun sekali
je ada, tapi sebenarnya hari-hari ku log-in masuk blog ku yg sendu ni. Sebab
nak baca blog org lain yg dekat side bar tu la. Kalau tak kerana nak baca blog
org, mmg lupa la gamaknya dengan blog sendiri ni.
Oklah, tak payah nak merepek panjang-panjang pasal tu. Just nak cerita perkembangan
terkini keluarga je, cewah budget cam kau artis pulak nak cerita perkembangan
terkini. Hahaha… Takpelah, sekali sekala
perasan jadi artis takde sape kesah pun kan :p
Well, kalau ada kawan-kawan yg baca blog ni yg ada dalam friend list FB
saya, mesti dah tau ahli keluarga saya dah bertambah lagi sorang. Ye, saya dah
bersalin pada 04/04/2013 lepas. Awal 4 hari dari tarikh yg sepatutnya doctor
dah schedule kan utk c-zer. Sepatutnya doctor nak c-zer saya on 08/04/2013 tapi
baby ni dah tak sabar sgt agaknya nak jumpa mummy, tu yg pukul 1pg 4hb tu dia
kasi bocor kan mummy dia punya air ketuban. Mummy pun kena la pergi hospital
serah diri utk di c-zer lebih awal dari tarikh yang dah diberi.
Alhamdulillah, baby & mummy selamat. Takde complication during the
operation process. Tepat pukul 5.03 am, lahir la baby ke tiga kami. Berat baby
is 4.22kgs and 55cm long, dia yg paling besar antara abang dan kakaknya. Disebabkan
berat baby exceed 4kgs, so doctor decide utk tahan dia dekat wad utk buat few
test. Ye la, maybe doctor takut baby ada penyakit-penyakit lain so dia suruh la
baby duduk kat wad for 2 days. Dan saya, jumpa baby sekejap sgt, masa dalam
operation theater, nurse ke assistant doctor yg hulurkan pipi baby utk saya
cium. Dapat tgk pipi dia je time tu sbb pipi dia je yg paling terserlah sekali
ketembamannya. Hahaha.
Then after saya di discharge ke wad, dudukla saya sorang-sorang 2 hari
tanpa baby. Nak pegi tgk baby kena guna wheel chair. Wheel chair nye selalu
takde dekat wad, so tunggu je la sampai baby discharge dari wad kanak-kanak.
Alhamdulillah, lepas few test doctor buat, baby saya ok. Cuma ada sikit jaundis
and needs to follow up dekat klinik kesihatan biasa.
Lepas tu nak pilih nama baby pun ambik masa jugak, dah 6 hari baby
lahir baru la kami sepakat letak nama dia Nur Syarah Jazmina. Makna dia dah
lupa pulak, yg saya ingat Jazmina = keazaman, Syarah tu terlupa apa makna dia.
So ini la dia permata hati kami yg ke tiga dan juga yg last. Hehe. Kenapa
dia last? Kemudian saya cerita. Amboi macam rajin sangat nak update blog siap
to be continue pulak eh.. Hahaha
*pics taken when she was only 1 day
Nur Syarah Jazmina Binti Jasmin
DOB 04/04/2013 (5.03am)
POB Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Weight 4.22kgs
Length 55cm
Labels:
Baby stories,
My Precious
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment