CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah. Esok semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Seronok rasanya, lebih-lebih lagi tahun ni tahun pertama saya berpuasa di rumah sendiri. Bukannya sebelum ni tak seronok, tapi bila dah duduk sendiri ni perasaan seronok tu bertambah seronok sangat. Hihihi…

Tahun ni tahun ke dua Danish berpuasa. Hopefully dia dapat puasa penuh. Tahun lepas dalam seminggu jugak dia tak puasa. Reason, dia demam & mummy dia terlajak waktu sahur. Bila puasa tu, makin kurus la jawabnya. Tapi takpe, dia yg excited nak puasa. Saya sebagai mak lagi seronok tgk dia excited nak berpuasa. Danish kata nak puasa penuh tahun ni, mudah-mudahan tercapai la cita-cita dia tu.

Saya juga berharap tahun ni dapat buat solat tarawikh berjemaah dekat surau. Tak dapat hari-hari pun takpe lah, janji dapat pergi sekali sekala pun dah ok sgt. Sekarang dah duduk dikalangan jiran yg mostly Melayu, senang sikitlah nak jumpa surau. Even dekat kuarters tu sendiri ada surau & mmg ada solat tarawikh berjemaah. InsyaAllah, malam ni berhajat nak solat tarawikh berjemaah dekat sana. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih bermakna kepada saya sekeluarga. Banyak yg saya inginkan, lebih-lebih lagi bab mendekatkan diri dengan DIA. Rasanya dah terlalu lama saya kurang ingat kepada Nya. Hmmm… tak malu ke saya duduk kat bumi ni tanpa bersyukur kepadaNya? Sebelum Dia tarik nikmat yg dah diberikan, sblm pintu taubat ditutup, sblm matahari terbit dari barat, lebih baik saya sujud syukur kepada Dia yg Maha Esa. Ya, mudah-mudahan perubahan positif yg saya inginkan ini akan saya dapati dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ini. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jadi saya kena kuatkan semangat utk jadi ummah yg lebih baik selepas ini.

Ok, tinggalkan seketika cerita tadi. Saya nak cerita tentang projek saya & adik utk bulan Ramadhan ni jugak. Tahun ni merupakan tahun pertama saya cabar diri saya utk buat jualan kuih raya. Bukan jadi agen orang ya, tapi saya bakar sendiri kuih raya utk jualan tu Projek ni saya yg punya idea, tapi kalau saya nak buat sorang mmg jawabnya meraung la saya. So, saya mintak tolong adik saya jadi pembantu. Nasib baik dia ok, maka minggu lepas bermula la projek utk buat sample kuih raya. Tapi saya bukan buat banyak jenis, cuma empat jenis saja. Boleh la utk permulaan. Alhamdulillah, setakat ni order yg masuk amat memberangsangkan. Jualan pun setakat kawan-kawan dekat office, kawan-kawan adik saya, kawan-kawan sepupu saya dan sedara mara. Jual online? Hmmm… saya agak keberatan, melainkan ada yg nak datang ambik sendiri dekat rumah saya. Haaa… yg itu boleh. Ok, kuih raya yg masuk dalam list jualan saya ialah:-

1) Irish Cookies - RM20/50pcs


2) Almond London - RM25/50pcs

3) Suji Brunei - RM22/50pcs


4) Red Jewel - RM25/50pcs


Mudah-mudahan ada rezeki anak-anak di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah, Amiinnnn…

Sebelum the end, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog saya ini. *macam ramai sgt yg baca blog ni kan* Hahahaha..
Semoga kita semua memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

0 comments: