CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 9, 2012

Perkara menyakitkan hati di atas jalan raya

Pernah tak awak rasa sangat-sangat annoying dengan kereta kat depan yg bawak slow macam siput tapi ada hati nak duduk kat lane kanan? Pernah tak? Pernah tak? Confirm pernah kan.

Contoh muka saya kalau tengah sakit hati. Voley???


Selama saya jadik co-driver ni, lebih-lebih lagi hari-hari melalui jalan yg sama Pasir Gudang - Tampoi setiap hari, memang selalu sgt lah berdepan dengan situasi macam ni. Yg peliknya, driver kereta depan tu boleh selamba badak dia je bawak makan angin duduk kat lane kanan even dah kena 'cucuk' dengan kereta kat belakang dia tu kan. Eh! Dia orang ni tak nampak ke kereta kat belakang tu dah rapat pun masih boleh lenggang kangkung bawak kereta dgn kelajuan 60-70km/jam dekat jalan yg halajunya 90km/jam. Ada yg lagi agak kurang beradab sopan, dah kena bagi lampu tinggi (high beam) pun masih boleh buat tak tau je ok. Wahhhh!!!! Mmg panas hati kalau jumpa pemandu macam ni. Macam jalan tu dia sorang je yg bayar road tax ek?


Ohhh... Tolonglah. Tak belajar undang-undang jalanraya ke? Kalau dah tentu-tentu awak tu nak bawak kereta slow, ke tepilah... Bawak dekat lane sebelah kiri, kan lane kiri tu mmg dikhaskan utk awak bawak slow, kenapa mesti nak bawak slow tapi duduk kat lane belah kanan? EEEIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! Sangat-sangat menyakitkan hati tau!


Apa yang saya tengok dekat jalanraya sekarang dah terbalik. Orang-orang bawak slow semua duduk kanan, sesiapa nak laju kena memotong sebelah kiri. Entah cikgu memandu mana yg ajar diaorg macam tu agaknya. Menyusahkan orang dan tak tahu nak bertimbang rasa.


Itu baru kes bawak slow kat lane kanan, belum lagi kes yg nak masuk or keluar simpang yg tak reti nak bagi signal. Orang spesis macam ni paling menyusahkan orang, sebab dia jugak la orang lain boleh accident. Agaknya dia punya tahap kecerdasan otak mmg teruk sangat, sbb tu tak pandai nak pasang lampu signal kalau nak belok. Orang-orang macam ni kan, macam mana diaorg boleh lulus ujian memandu dengan JPJ eh? Ke dia tak pergi ujian tapi beli lesen terbang je? Kenapa mesti ada orang macam ni kat atas jalanraya? Aduhaiiii boleh jadik stress kalau berdepan dengan situasi orang bongok macam ni tau. 


Tapi saya tak kata semua pemandu macam tu, ada situasi yg sama tapi di jalan yg berbeza di JB ni kalau nak dibandingkan ditempat lain. Contohnya kalau memandu di KL. Wahhh!!! Saya suka pemandu-pemandu di sana, sangat bertimbang rasa dengan pemandu lain. Kalau mereka memandu agak slow di lane kanan, dan ada kereta lain yg lebih laju di belakang, secara automatik pemandu yg slow tadi akan beri signal ke kiri dan dengan selamat mereka beralih memandu ke lane kiri. Dan dalam apa jua situasi mereka, nak beralih lane, nak masuk simpang, nak keluar simpang, lampu signal akan sentiasa di pasang mengikut kesesuaian. Sangat bagus sikap pemandu sebegini. Tapi tu lah, dekat JB ni dah susah nak jumpa pemandu yg berhemah macam ni. Mmg susah sangat, macam kalau ada pun dalam nisbah 1:100 agaknya. 


Kalau anda tanya saya macam mana suami saya memandu, dia mmg org yg jarang bawak slow. Jadi kalau pergi balik kerja tu mmg dia akan memandu di lane kanan sahaja lah. Tahu-tahu sajalah kalau dah duduk di lane kanan, confirm meter tu akan naik sampai 100-110km/jam walaupun di lebuhraya Pasir Gudang. Jangan time laju-laju tu tetiba jumpa orang bawak slow, lepas tu tak nak beralih ke lane kiri, mmg hangin la jawabnya. 


So, kepada anda yg selalu memandu, pastikan anda memandu di lorong yg betul. Kiri utk perlahan dan kanan utk laju. Janganlah sampai anda menyusahkan orang lain yg nak memandu dengan laju, manalah tau kot-kot diaorg tu ada kecemasan kan, jadi anda beralih la ke lorong kiri. Sesuai dengan kelajuan anda. Beri lampu isyarat atau signal sekiranya anda nak belok kiri atau kanan. Jangan disebabkan kecuaian anda mendatangkan masalah/bencana kepada orang lain. Jadilah pemandu yg berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.

0 comments: