Seriously, sekarang ni saya lebih suka membaca dari menulis. So, masa terluang saya dekat office mmg saya habiskan dengan membaca blog orang lain ataupun forum. Sekarang ni tak susah nak menimba ilmu, semua ada kat hujung jari. Nak cari maklumat apa pun, Google saja. Nak tgk peta, Google saja. Nak tau tempat terjemahan perkataan, Google saja. Nak tau alamat pejabat sekian sekian, Google saja. Pendek kata semua maklumat yg kita nak kita boleh dapat dengan Google.
Disebabkan saya sgt suka membaca forum (kadang-kadang join gak diaorg berceloteh), dan lebih mengGoogle maka sebab itu blog ini saya biarkan sepi tanpa sebarang entry. (Ala, kalau saya rajin update pun ada ke org yg rajin datang nak baca?) Hihihihi...
Sebenarnya byk perkara berlaku sepanjang 6 bulan ni. Saya pindah rumah (duduk sendiri adalah lebih best), dapat offer kerja lain (tapi saya lepaskan sebab sayang pulak nak tinggalkan kawan-kawan & kerja kat sini relax), dipanggil interview untuk sektor kerajaan (rezeki dgn government ni mmg ada gamaknya, ini kali kedua dipanggil interview nih), mama saya bertemu jodoh baru (ni baru je dalam minggu lepas), ayah saya buat bisnes paste masakan (ohhh... sgt sedap paste lauk-pauk yg makcik saya sediakan tu) dan macam-macam lagi lah. Tak ingat semua, tapi ini antara yg saya sempat ingat. Hihihi...
Oh ya, saya dah start bisnes brownies saya semula. Pada sesiapa yg nak rasa brownies saya boleh la order ye. Penghantaran dengan poslaju dibuat ke seluruh Malaysia. Jangan lupa click like di FB brownies saya -> BakeABrownies
Ini antara brownies yg saya buat. Baru-baru ni sepupu saya order utk majlis resepsi adik dia, Alhamdulillah... Brownies saya yg saya buat tu habis dulu. Hihihi... semua kata sedap. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi mmg sedap pun. Kalau nak rasa, sudi-sudilah menempah ya. Boleh email di order.bakeabrownies@gmail.com. Kalau nak tgk listing brownies yg saya buat, sila bukak FB ye.
Eh, ni dah macam entry nak promote brownies pulak. Hahaha. Takpelah, sambil menyelam minum air, ye tak?
0 comments:
Post a Comment