Wednesday, October 12, 2011
Cameron Highland, here we come :-)
Esok, Khamis (13/10/2011), saya serta en. Hubby & anak-anak akan berangkat ke Cameron Highland . Percutian yg tak dirancang sebenarnya. En. suami diarahkan berkursus ke sana pada hari Jumaat dan Sabtu. Memandangkan dia ke sana dengan kereta sendiri, lepas tu boleh claim minyak & bilik hotel, maka saya tak nak melepaskan peluang yg ada. Hahaha. Saya cakap dengan beliau yg saya nak ikut, dia pun ok. Makanya terjadilah ad-hoc vacation trip utk kami.
Tapi ada ralat sikit, saya terpaksa mencutikan anak bujang saya dari bersekolah kebangsaan untuk hari Jummat dan sekolah agama untuk hari Khamis dan Jumaat. Hmmm, nak buat macam mana, nak ditinggalkan dengan siapa, so saya cakap dengan hubby untuk kali ni tak apalah kita cutikan Danish 1-2 hari. Nasib baik belum periksa, kalau tak mmg tak dapat saya nak join ke sana . Surat cuti untuk kedua-dua sekolah tu pun saya dah sediakan.
Kami bercadang untuk bertolak lepas Danish balik sekolah tengah hari tu, lebih kurang lepas Zuhur kami bergerak. Saya pulak akan balik kerja separuh hari. Saya dan suami tak pernah sampai lagi ke Cameron, maka kami tak tahu berapa lama perjalanan ke sana . Berkemungkinan sampai pun dah malam. Atas nasihat rakan-rakan yg dah berkunjung ke sana , mereka mencadangkan untuk keluar ke exit Simpang Pulai. Menurut mereka jalan dari exit Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland lebih elok jika nak dibandingkan exit dari Tapah. Ok, itu telah pun saya masuk dalam list perjalanan. Cewah, siap ada list bagai pulak eh.
Memandangkan kursus en.suami saya tu diadakan di hotel Equatorial dekat daerah Brinchang, jadi suami saya meminta saya survey hotel budget yg ada dekat sekitar daerah Berinchang. Banyak hotel, tapi harganya tak selaras. Saya dah jumpa sebuah hotel yg kami rasa ok dengan budget kami yg tak berapa besar ni, insyaAllah petang ni bank-in kan depositnya.
Kalau ikut jadual kursus en.suami, hari Sabtu baru dia free. Tak tahu lagi samada nak stay sampai hari Ahad ataupun balik hari Sabtu tu juga, tengok keadaan katanya. Oklah, saya pun tak kisah, janji hari Isnin mesti kena kerja & Danish kena sekolah sebab sekolah agama ada periksa. Apa-apa pun, saya excited nak ke Cameron Highland , umur dah banyak gini baru la dapat merasa nak ke sana . Hehehe. Kesian kan J
Tak sabar nak tengok ladang teh kat sana :)
*Pics credit to Google
Haaa!!! Yang ni mmg wajib dibeli la kan. Hehehe
*Pics credit to Google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment