CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 7, 2011

Blog Review - Kak Red @ Redmummy

Saya memang suka membaca blog orang lain. Tak kisah la blog siapa-siapa pun. Then ada satu hari tu, seperti biasa saya bloghopping sana sini, sekali terjumpa blog kak Red atau Redmummy. Kesian saya kan, padahal kak Red tu dah lama gila kot orang kenal dia. Saya ni je yg baru tau blog dia. Huhuhu... ketinggalan sungguh.

Walaupun blog saya ni langsung tak popular, yg datang pun maybe kawan-kawan saya je, saya tak kisah lah. Saya tetap nak review blog kak Red Diva tu. Kalau anda nak kata, "Apahal la blog picisan ni nak review blog org glam pulak eh". Ahhh... suka hati la anda nak kata apa ye. Hahaha, saya tak ambik port. :p

Saya suka baca blog kak Red, walaupun dia famous, tapi dari apa yg saya baca dekat blognya tu, once dia dah kenal follower or blogger lain insyaAllah boleh jadi kawan dia. Itu dari pemahaman saya melalui pembacaan blog beliau lah ye. Lagi satu, kak Red ni tak lokek. Kalau ada apa-apa event yang dia terlibat or dijemput and ada lebihan jemputan, sure dia akan jerit dekat Twitter or FB beliau. Melalui pembacaan saya, kak Red menyebutnya sebagai "Lantingan" hehehe. Seronok kalau dapat lantingan dari beliau kan. Lagipun gaya penulisan kak Red yg santai tu pun salah satu sebab saya suka ke sana. Nak diikutkan, kak Red selalu bercerita tentang family beliau sendiri yg mana gelaran family nya is Red Family. Suaminya dengan gelaran Sirman or Reddaddy, anak bujangnya Abang & anak daranya Gegirl. Now kak Red sedang pregnant, masuk 3rd trimester. Seronok baca entry kak Red mengenai surprise baby shower yg dianjurkan secara rahsia oleh geng GBM nya. Hehehe.

Disebabkan blog kak Red ni tersangatlah well-known, maka selalu la jugak kak Red ni sponsor post dari certain company to promote their product. Iklan from Nuffnang tu jangan cakap lah kan, ada sekali tu saya tgk kak Red post gambar cek yg dia terima dari Nuffnang, 2 cek tu total nearly RM30K. Wowww!!! Dengan rajin menulis blog saja kak Red dah boleh gain side income banyak gitu. Alangkah bagusnya kalau saya pun serajin kak Red. Tapi saya ni biasalah, menulis ikut mood. Agak-agak rajin, adalah benda saya nak tulis. Kalau malas tu, terbengkalai la jawabnya blog ni.

Saya belum berkesempatan nak khatam blog kak Red tu lagi, setakat ni saya baca latest entry sahaja. InsyaAllah, kalau ada kesempatan nnt saya akan baca blog kak Red tu sampai habis.

0 comments: