CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 23, 2011

Satu ketika dahulu...

Wow! Pantas sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita dah nak mengakhiri bulan April dlm tempoh seminggu lagi. Dah melepasi suku pertama tahun 2011. Kadang-kadang bila saya ada masa utk diri sendiri, selalu saya teringat kenangan paling indah yg saya pernah lalui, of course la masa 1st time jumpa dgn buah hati, iaitu en.suami saya. J

Tapi saya bukan nak cerita pasal kisah cinta saya dulu. Ada lagi satu kenangan yg sgt best zaman muda-muda dulu. Hahaha.. Macamla dah tua sgt kan. Ok, time tu ialah zaman study. Dulu saya study dekat kolej glamour, tu org cakap eh, bukan saya. Hehehe. Eleh, glamour sgt ke Akademi TV3 tu. Sebelum bercerita lebih lanjut pasal study, saya nak story pasal cita-cita saya dulu, ada kait-mengait dengan tmpt study saya. Dulu, saya teringin sgt nak jadik wartawan. Saya pun tak tau kenapa, bukan saya suka pasal glamour boleh masuk TV. Tak, bukan tu sebabnya. Saya ingat lagi, masa tu saya berumur 14 tahun rasanya. Time tu mmg tgh gila baca novel, selalu pinjam novel kat Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Saya ingat lagi tajuk novel tu sampai sekarang, “Kunang-kunang di pelabuhan” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kalau tak silap saya. Saya dah lupa jalan cerita novel tu, tapi yg saya ingat kisahnya berkenaan seorang perempuan yg berkerjaya sebagai wartawan. Lepas saya habis baca novel tu, memang terus melekap kat otak saya ni “Nanti aku nak jadik wartawan”. Mmg terkesan sungguh la.

So dipendekkan cerita, dapat result SPM saya isi borang UPU and mohon utk sambung study Matriks Mass Comm, dekat UITM (kalau tak silap saya lah). Disamping tu, ada jugaklah bidang2 lain yg saya cuba. Tiba masa hari penempatan IPTA diumumkan, nama saya tak sangkut pun kat mana-mana course yg saya apply. Frust jugak lah time tu. Sbb mmg mengharap sgt dapat masuk IPTA. Then ada sorang kawan saya dulu duduk kat KL, rasanya ada hari terbuka utk IPTS dekat PWTC. And dia tahu saya nak study course kewartawanan, so dia pun ambikkan saya borang pendaftaran Akademi TV3 dan poskan kepada saya. Terharu sungguh saya time tu sbb dia ingat kat saya. J

Tapi bila tgk yuran yg perlu dibayar, buat saya berfikir 2-3 kali jugak lah utk study dekat situ. Mana taknya, yuran keseluruhan pengajian Diploma Kewartawanan Integratif berjumlah RM18K dan tempoh pembelajaran Cuma 2 thn. Huhuhuhu… Saya pun cakap dgn parents saya, rasa cam taknak lah, takut membebankan. Tapi, ayah saya cakap takpe. Duit boleh carik, go on register je dekat Akademi TV3. Saya masa tu, tak teringat langsung utk tunggu panggilan ke dua ke UITM. And saya pun terus isi borang & hantar ke ATV3 by pos. Cukup tempoh berapa minggu gitu, dapat panggilan masuk utk jadik pelajar ATV3. Wah, mmg gembira sungguh la time tu. Dipendekkan cerita lagi, saya dan mak saya pergi ke ATV3 utk bayar yuran pendaftaran. Dalam tempoh selang beberapa bulan minggu lagi lepas tu, saya dipanggil utk lapor diri sebagai student di sana.

Punya la teruja dpt sambung study dalam course yg saya minat. Maka secara rasmi saya  menjadi pelajar jurusan Diploma Kewartawanan Integratif bagi pengambilan kedua thn 1999.

Zaman tu mmg zaman paling seronok bagi saya. Berkenalan dengan kawan-kawan baru. Belajar benda baru mmg pengalaman yg paling menyeronokkan. Antara kawan yg saya rapat masa study dulu, Farhana, Ayie, Endra and Kak Fiza. Saya, Farhana, Ayie & Kak Fiza satu course, kalau ke mana-mana sure kami bertiga (Ayie kadang2 je ada). Endra pulak boyfried kepada Kak Fiza (dulu la), so automatically kalau kiteorg melepak for sure dia pun ada sama. Aidid Marcello (dulu pengacara rancangan REMAJA, TV3) senior saya, kira dia yg paling saya rapat antara beberapa pelakon yg turut belajar dekat situ. Mana taknya, dulu dia adalah boyfriend kepada kawan baik saya. Tapi kawan baik saya tu bukanlah isteri dia sekarang.

Kami kene lalui minggu orientasi selama seminggu. Utk lebih rapat dengan senior-senior kami. So, dibahagikan kepada beberapa group. Selama seminggu tu la kami bersuai-kenal dengan pelajar-pelajar lain jugak. Minggu orientasi mmg meletihkan. Tapi seronok J
Then lepas beberapa minggu study, kami junior-junior ni semua diarahkan utk pergi ke Kem Bina Negara pulak. Kem tu diadakan dekat Meru, Klang. Dalam hutan la kan. Kena tido sana 4 hari 3 malam. Mmg syok, time ni la betul2 kami jadi rapat (saya, kak fiza, Farhana & Ervina). Ervina ni course lain, tp sbb kami satu group dlm kem tu, kami pun jadi rapat. 

Tapi saya jadi semakin rapat dengan Farhana & Kak Fiza disebabkan kami dlm course yg sama. Ke mana-mana dalam kolej tu mesti bertiga. Sampai kalau salah sorang takde dlm grup kami, sure akan ditanya oleh kawan-kawan lain. Pergi makan sama, pergi kelas pun sama, pergi toilet pun sama-sama… Hahaha…

Ayie, kawan saya ni lembut orgnya. Selalu saya ajak dia buat assignment photography sama-sama. Kadang-kadang tu sampai satu KL saya round dengan dia utk buat assignment amek gambar. Paling jauh saya pergi Sunway Piramid, berdua je dgn dia. Time ni saya dah ada boyfriend (suami saya), sampai boyfriend saya naik jeles saya keluar buat assignment dgn dia. Hahaha..

Bila kami habis study dan pergi praktikal. Kami (yg perempuan ni) tetap pergi ke tempat yg sama iaitu TV3. Tapi Ayie tak dpt praktikal sama dgn kiteorg sebab ada problem dgn fees rasanya. Kali ini saya menyewa bilik dengan Farhana & sorang lagi kawan Chinese – Grace. Kami tinggal bersama selama 3 bulan. Praktikal di TV3 merupakan pengalaman yg sgt best. Pada mulanya bekerja di kawasan yg dikelilingi selebriti, saya akui agak jakun. Hahaha… Tapi lama-kelamaan, dah jadi lali.

Saya tak pernah lupa pada kawan-kawan lain yg kira agak rapat juga, selalu lepak makan minum, selalu ronda-ronda KL, geng ponteng kelas... hahahaha. Kalau la saya dapat jumpa semula dengan mereka-meraka ni. Alangkah seronoknya rasa. Ada certain friends name yg kalau boleh saya nak jumpa sgt dgn diaorg, ni mana yg saya tak dapat contact melalui FB la...
- Zul (Hawau), dia ni org Melaka, muka cam org Arab, hensem la jugak.
- Endra, abg angkat saya ni. Saya tahu cerita dia dr org2 yg pernah rapat dengan dia dulu, tapi semua org kata dia dah berubah tak sama cam dulu.

Walaupun saya study dalam bidang kewartawanan, tapi saya tidak bekerja sebagai wartawan. Resume dihantar ke merata-rata. Tapi cuma sekali je saya dipanggil utk interview dekat Karangkraf, tapi tak berjaya. Mungkin bidang tu bukan rezeki saya. Tak mengapalah, dapat study dlm bidang tu pun dah cukup utk saya. 

Kawan-kawan saya yg lain, alhamdulillah.. mereka dapat teruskan cita-cita...
Farhana - sekarang Deputy Editor utk majalah Remaja dekat Karangkraf.
Kak Fiza - hari raya thn lepas saya jumpa, dia jadi PA utk Fahrin Ahmad.
Ayie - salah sorang editor utk portal hiburan rasmi Astro, MURAI.Com
Ijad (dulu dia kawan baik Endra)- salah sorang pegawai dekat IKIM
Dino (kenal dia sbb dia baik dengan Ayie) - pengacara, wartawan, for Astro Awani
Adly - Freelance cameraman.

Ada ramai lagi, saya ingat nama mereka, tp tak tahu mereka kat mana skrg.

Kak Fiza & me (kembang gile time ni, tp skrg pun kembang jugak.. huhuhu)
Ni gambar dah lama, 6 thn lepas rasanya. Time ni saya baru ada sorang anak and kak fiza belum kawen lagi. 
Skrg dia dah kawen & ada sorang anak

Time ni saya melawat Farhana dalam pantang, baru bersalin anak pertama.
Me with my son, Farhana and her baby (Aresya) & Ayie.

Oh kawan-kawan ku, andai kita dapat berkumpul semua alangkah seronoknya rasa. 

0 comments: