CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 12, 2013

Fasting and Breastfeeding Mommy

Harini dah nak habis hari ke-3 kita berpuasa. Even dah terlambat few days, tapi tetap nak wish Selamat Berpuasa jugak lah utk semua. So macam mana puasa korang semua setakat ni? Ok? KO? Saya Alhamdulillah, setakat ni boleh berpuasa penuh lagi. Ni first time saya berpuasa dan menyusukan baby. Oh, baby saya masih fully BF. Syukur Alhamdulillah, rezeki anak last ni dpt saya fully BF kan dia.

Kita cerita sikit pasal berpuasa bagi mommies yg BF baby.

Sebelum puasa haritu, merata saya google info macam mana emak-emak kat luar tu yg menyusukan baby, tapi masih boleh berpuasa tanpa menjejaskan production susu. Rata-rata yg saya baca semua kata kena makan kurma, minum susu, milo, horlick, minum air masak lebih 3 liter. Ada yg suggest ambik supplement Shaklee Enegizing Soy Protein (ESP) which is mmg byk sgt positive feedback. Saya mmg pengguna supplement Shaklee sejak berpantang haritu. Pada saya tak berapa sgt menambah kuantiti Cuma memekatkan susu tu boleh la.

Hasil pump dekat office sebelum puasa haritu. Gambar ni saya dah share dekat Instagram.


Hari pertama puasa, bersahur tanpa makan kurma dan tak minum susu. Saya Cuma makan nasi + ikan + sayur dan minum air milo + oats & air masak tak cukup 1 liter. Memandangkan 1st day puasa tu Public Holiday so baby mmg direct feeding (DF) je lah. And baru pukul 11am, saya dah rasa pening kepala macam nak muntah. Badan rasa letih sangat, soo saya cuma baring je lah. Bila dah ok sikit, saya bangun buat kerja sikit-sikit. Kepala tak pening tapi perut pulak pedih. Alahai, masa tu jam dah pukul 3 lebih. Saya kuatkan semangat utk teruskan puasa. Alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh haritu.  Lepas maghrib macam tu baby dah start menyusu macam tak puas, kuat dia sedut tapi mulut dia bising macam marah. Sampai sakit cik B saya. Huhu. So saya start minum air masak, sampai tak tau berapa kali saya mengulang ke toilet. Bila dah time baby bangun menyusu tengah malam, susu dah back to normal.

Then hari kedua sahur, saya makan kurma 5 biji, susu 1 mug, milo + oats – 1 mug, air masak x tau brape byk, makan nasik berlaukkan sayur and ikan. Alhamdulillah, 2nd day berpuasa saya rasa lebih bertenaga, takde sakit kepala rasa nak muntah and takde pedih perut. Then bila waktu pump, susu tetap maintain macam selalu. Mudah-mudahan rezeki baby berpanjangan la hendaknya.

Ada a few recipe yg saya dapat hasil dari bacaan dekat FB and google utk menyediakan susu kurma yg sedap. Saya belum pernah cuba sebab takde blender yg sesuai nak digunakan utk blend air. Kalau dah ada blender yg sesuai sure saya dah cuba. Yg paling saya nak try is susu + kurma + badam, diblend sekali and minum masa sahur and berbuka. Baca komen-komen semua kata sedap. Haihhh… bila la nak try buat ni. Selain bagus utk penghasilan susu, badam juga bagus utk otak. Saya pernah tgk rancangan apa dulu dah lupa, ada doctor Fazley dalam rancangan tu. Alaaaa… doctor Fazley masterchef Celebrity tu la. Dia cakap masa dia kecik-kecik dulu maknya selalu buatkan susu + kurma + badam diblender. Doctor fazley kata minuman tu bagus utk pelajar sekolah. Kalau bagus utk pelajar, off course la bagus juga utk org dewasa kan. Saya ingat nanti nak try buat and bagi kat anak-anak saya rasa.

Oklah , untuk tiga hari pertama berpuasa ni, saya boleh buat sedikit kesimpulan. Ibu yg menyusukan baby pada bulan ramadhan perlu buat benda-benda ni.

1)       Makan kurma waktu sahur dan berbuka. Saya ada baca somewhere dekat FB, makan kurma dalam kuantiti ganjil, 1, 3, 5 dan 7.
2)      Minum air lebih dari 2 liter, seeloknya minum dari waktu lepas berbuka hingga sahur.
3)      Berbuka dengan makanan yg berkhasiat – mesti cukup semua jenis zat.
4)      Kalau boleh, ambil supplement. Tak kisah la brand apa, janji vitamin – untuk mencukupkan zat dalam susu.
5)      Berdoa - mintak Dia murahkan rezeki.

Lepas ni saya nak continue semula pengambilan supplement Shaklee yg terbantut sekejap haritu. Saya dah dapat jadual pemakanan yg betul, so bole mulakan esok. Mudah-mudahan apa yg saya makan ini akan menjadi susu yg baik utk anak saya.

So rasanya itu saje yg saya nak kongsikan kali ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada mommies kat luar sana tu ye. InsyaAllah. 

4 comments:

Nur Arifa

wow..meriah susu..Alhamdulillah..jemput singgah blog saya..http://dsupermama.blogspot.com/

ReActivate

::: assalam eryne yg suka tag saya tuuu.. hehe hmmm ni salah masuk blog ke tak ni.. saya lelaki tak tahu nak komen apa utk tajuk specialised utk mommy ni.. alhamdulillah tahniah eryne for having the 'last' baby (ye ke? skrg 2015) semoga eryne n baby sihat.. slmt berpuasa n slmt hari raya eryne.. :)

Unknown

Waalaikummussalam,

Wah!!!! Lamanya x baca blog en.reactivate. saya dah tak menulis blog dah skrg, dah jadik full time mommy duduk rumah. Malas nak update blog ni dah.

Yes, mmg little girl ni the last one la. Cannot tambah lagi. Hahaha

Anyway, selamat berpuasa dan selamat hari raya ye.

Terima kasih sbb sudi jugak tinggal komen kat sini.

Unknown

Waalaikummussalam,

Wah!!!! Lamanya x baca blog en.reactivate. saya dah tak menulis blog dah skrg, dah jadik full time mommy duduk rumah. Malas nak update blog ni dah.

Yes, mmg little girl ni the last one la. Cannot tambah lagi. Hahaha

Anyway, selamat berpuasa dan selamat hari raya ye.

Terima kasih sbb sudi jugak tinggal komen kat sini.