CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 21, 2011

Bye-bye Babysitter ~ Hello Nursery (~_~')

Selama anak-anak mommy membesar dan mommy bekerja, tidak pernah sekali pun mommy hantar anak-anak ke Nursery. Kedua-duanya dijaga oleh makcik dan pernah juga sekali sekala dijaga bibik. Tapi sekarang keadaan memaksa mommy menghantar Mia ke Nursery, atas sebab makcik mommy  @ baby sitter Mia dah tak boleh nak jaga. Ibu Mia (makcik mommy) baru lepas menjalani pembedahan appendix dan atas faktor kesihatan yg kurang memberangsangkan, Ibu terpaksa menolak untuk menjaga Mia utk selama-lamanya.

Mommy faham keadaan beliau, jadi mommy kena ambil alternatif lain untuk menghantar Mia ke pusat jagaan kanak-kanak. Sebenarnya kami kurang berminat menghantar anak ke Nursery, tapi bila kami tiada pilihan, terpaksa jua kami merelakan.


Hingga hari ini, dah 4 hari Mia ditinggalkan dekat Nursery tu. Tapi, baru hari kedua dia di sana, dah selamat dapat selsema. :-( Dan semalam (hari ketiga) batuk pula. Alahai, kesian Mia. Tapi nak buat macam mana kan, Mia kena juga tinggal dekat situ buat masa sekarang.

But on the bright side, nampak Mia dah boleh get along dengan kawan-kawan dekat sana. Kalau mommy ambik je mesti ada je cerita yg Mia nak cerita pada kami. Seronok duduk ramai-ramai dengan budak lebih kurang sebaya dengannya gamaknya. Bila di tanya, "Mia suka tak duduk rumah mak baru". Sure dia jawab "Suka" :)

So, mommy tak risau bila Mia cakap macam tu. Tapi part kesihatan tu je yg mommy susah hati sikit. Hopefully Mia cepat recover ok. Mommy kena beli supplement utk Mia la jawabnya.

Monday, October 17, 2011

Happy Belated Birthday to Abg Danish Irfan

Semalam (16/10/2011) birthday anak bujang saya yg ke 7 thn. Tapi disebabkan kami semua masih berada di KL, jadi tak sempat kami nak celebrate birthday Danish in a proper way. Tu pun dah petang baru saya teringat yg saya belum wish Happy Birthday untuk dia lagi. Dah malam baru lah teringat nak wish Happy Birthday. Kami semua sampai dari KL ptg semalam dalam pukul 6.30pm. Dalam perjalanan dari Ayer Keroh ke JB, anak-anak saya tidur. Dah nak sampai rumah baru Danish terbangun. Sempat juga kami singgah ke JP Perdana, tengok progres rumah macam mana. Alhamdulillah, interior mmg dah siap 100% tinggal exterior saja. Rasanya dalam 20% complete la semua. Then tinggal tunggu CF. Tak sabar rasanya.

Ok, tinggalkan cerita pasal rumah. Sambung story Birthday Danish sikit. Anak bujang saya mintak belikan kek. InsyaAllah weekend ni belikan la dia kek, setakat untuk buat dia rasa happy sikit-sikit. Nak buat party tak boleh la, budget dah bawak pegi bercuti ke Cameron Highland haritu. Oh ya, Cameron best. InsyaAllah kalau ada kelapangan, teringin nak ke sana lagi. Nanti saya update cerita jalan-jalan ke sana :)


To my boy Muhammad Danish Irfan B. Jasmin, semoga besar nanti menjadi umat Islam yg soleh, hormat dan mendengar kata orang tua, berjaya dalam hidup dan juga akhirat. Mudah-mudahan menjadi org yang berguna kepada agama dan juga negara. Mommy doakan hanya yang terbaik untuk Danish. Amin Ya Rabbal 'Alamin. :)

Wednesday, October 12, 2011

Wear It Right (WIR) Campaign - Cover the Butt

I love blog hopping. Dengan blog hopping saya boleh dapat byk maklumat. If any blog that I stumble upon have entries on Fashion, Food & Shopping, definitely I'll follow them.

Eh merapu la cakap omputih, macam la terror sangat kan. Hahaha, Ok, sebenarnya nak cakap gini. Tadi pagi saya check my Blogger Dashboard, and saya nampak blog hentakbelipat yg mmg saya follow ni ada update berkenaan WIR Campaign. Blog adik ni mmg saya sentiasa follow, despite from her updates on fashion, she also have contributor writer. Kadang-kadang boleh buat saya gelak sorang-sorang depan PC nih. Kalau anda semua nak jenguk blog adik tu, sila lah click dekat nama hentakbelipat tu ye.

2nd WIR Campaign - Say What? Cover the Butt

Ok, kita continue cerita tentang WIR Campaign. The campaign title “Hijab Wear It Right - Say What? Cover the Butt” was organized by one of a talented photographer, Su Anna Joe. Saya suka cara beliau dress-up, takpelah kalau saya tak dapat ikut 100% cara beliau pun, at least ada juga idea macam mana gaya seorang Muslimah yg up to date dalam fashion tapi masih mengekalkan ciri-ciri asal dalam menutup aurat J Please visit her official website here.

Sebenarnya ini adalah kempen anjuran beliau yg ke 2 for WIR. Kempen pertamanya “Hijab Wear It Right – Covering The Chest Is The Best”, dah lama berlalu. Masa kempen yg pertama tu saya masih belum kenal pada adik tadi dan juga beliau. So, for the 2nd campaign, saya tak nak ketinggalan untuk turut serta, and for this campaign Su Anna Joe menyery kita untuk menyahut kempen anjuran beliau dengan melabuhkan baju melepasi punggung serta melonggarkan pakaian  sebagaimana syarat untuk kita menutup aurat dengan sempurna. Kiranya kempen kedua ni merupakan sambungan dari kempen beliau yg pertama dulu. Kalau yg pertama, memakai tudung dengan menutup dada and for the 2nd one, memakai baju dgn menutup punggung. Kiranya baju tu mesti labuh tutup kita punya punggung la senang cerita.

1st WIR Campaign - Covering The Chest Is The Best

As we all know, zaman sekarang ni mmg ramai yg bertudung, tapi kadang-kadang tu kita terlupa syarat bertudung yg memenuhi syariat Islam. Saya sendiri pun kadang tu ada jugak terbabas bab menepati hukum menutup aurat. Itu tidak dinafikan, boleh kata saya selalu ambil mudah dalam menutup aurat. Pergi kedai tutup rambut tapi t-shirt paras siku. Itu dah melanggar syariat dalam menutup aurat. InsyaAllah, lepas ni saya akan menjaga aurat dengan sempurna.

Kadang bila saya keluar jalan-jalan, nampak segelintir perempuan yg bertudung tapi tidak menepati syarat menutup aurat dengan tepat. Ada segelintir yang pakai tudung singkat, tidak menutup dada. Ada pula, pakai tudung dah cukup syarat, tapi pakaian yg dipakai pula sendat mendat sampai nampak semua bentuk tubuh badannya. Ada juga yg pakai tudung dah elok, tapi nampak lengan pulak, ok, itu saya la kan. Tak lupa yang pakaian dah cukup semua syaratnya, tapi bajunya tak melepasi paras punggung pulak. Ini semua adalah ciri-ciri yg salah dalam berpakaian yg menutup aurat.

Ini juga untuk peringatan diri saya sendiri. Sekiranya kita ingin berubah, maka kita jadikan kempen ini sebagai landasan untuk kite berubah ke arah menjadi Muslimah yg lebih baik. InsyaAllah. Siapa tak nak ganjaran pahala kan? So what say you ladies? Hopefully we can be a better Muslimah selepas ini.

Cameron Highland, here we come :-)

Esok, Khamis (13/10/2011), saya serta en. Hubby & anak-anak akan berangkat ke Cameron Highland. Percutian yg tak dirancang sebenarnya. En. suami diarahkan berkursus ke sana pada hari Jumaat dan Sabtu. Memandangkan dia ke sana dengan kereta sendiri, lepas tu boleh claim minyak & bilik hotel, maka saya tak nak melepaskan peluang yg ada. Hahaha. Saya cakap dengan beliau yg saya nak ikut, dia pun ok. Makanya terjadilah ad-hoc vacation trip utk kami.

Tapi ada ralat sikit, saya terpaksa mencutikan anak bujang saya dari bersekolah kebangsaan untuk hari Jummat dan sekolah agama untuk hari Khamis dan Jumaat. Hmmm, nak buat macam mana, nak ditinggalkan dengan siapa, so saya cakap dengan hubby untuk kali ni tak apalah kita cutikan Danish 1-2 hari. Nasib baik belum periksa, kalau tak mmg tak dapat saya nak join ke sana. Surat cuti untuk kedua-dua sekolah tu pun saya dah sediakan.

Kami bercadang untuk bertolak lepas Danish balik sekolah tengah hari tu, lebih kurang lepas Zuhur kami bergerak. Saya pulak akan balik kerja separuh hari. Saya dan suami tak pernah sampai lagi ke Cameron, maka kami tak tahu berapa lama perjalanan ke sana. Berkemungkinan sampai pun dah malam. Atas nasihat rakan-rakan yg dah berkunjung ke sana, mereka mencadangkan untuk keluar ke exit Simpang Pulai. Menurut mereka jalan dari exit Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland lebih elok jika nak dibandingkan exit dari Tapah. Ok, itu telah pun saya masuk dalam list perjalanan. Cewah, siap ada list bagai pulak eh.

Memandangkan kursus en.suami saya tu diadakan di hotel Equatorial dekat daerah Brinchang, jadi suami saya meminta saya survey hotel budget yg ada dekat sekitar daerah Berinchang. Banyak hotel, tapi harganya tak selaras. Saya dah jumpa sebuah hotel yg kami rasa ok dengan budget kami yg tak berapa besar ni, insyaAllah petang ni bank-in kan depositnya.

Kalau ikut jadual kursus en.suami, hari Sabtu baru dia free. Tak tahu lagi samada nak stay sampai hari Ahad ataupun balik hari Sabtu tu juga, tengok keadaan katanya. Oklah, saya pun tak kisah, janji hari Isnin mesti kena kerja & Danish kena sekolah sebab sekolah agama ada periksa. Apa-apa pun, saya excited nak ke Cameron Highland, umur dah banyak gini baru la dapat merasa nak ke sana. Hehehe. Kesian kan J

Tak sabar nak tengok ladang teh kat sana :)
*Pics credit to Google

Haaa!!! Yang ni mmg wajib dibeli la kan. Hehehe
*Pics credit to Google

Tuesday, October 11, 2011

Mari Makan Steamboat :)

Semalam, kononnya nak celebrate anniversary kami yg ke-8, maka saya cakap dgn en.hubby, "malam ni kita makan best sikitlah eh?". En. hubby pun ok, so keluar la beberapa list restoren yg kami sering kunjungi kalau ada special occasion :) Bukanlah restoren 3 bintang or 5 bintang yg jadi pilihan kami untuk occasion tertentu. Setakat makan "best" sikit dari biasa.

Mulanya saya nak makan western, tapi en. hubby tak nak pulak. Lepas tu dia suggest untuk makan steam boat. Saya pun ok je lah. So, lepas maghrib dalam pukul 8pm camtu kami pun pergi ke kedai steamboat yg selalu menjadi pilihan kami. Okid Ria BBQ n Steamboat. Kedainya terletak dekat Taman Gaya, berhampiran dengan rumah kami. So, dalam 5 min naik kereta dah sampai. Sebenarnya ada 2 restoren steamboat dekat Taman Gaya, satu lagi restoren Rawa Steamboat. Tapi Rawa tu saya tak pernah pergi, memandangkan dekat laman web Jakim dah keluar bahawa dia tak pernah keluarkan sijil halal untuk restoren tu. Jadinya restoren tu tak termasuk dalam list kami lah ye.

Okid Ria ni lain. Dekat dinding restoren tu penuh dengan sijil halal yg diperoleh dari Jakim untuk setiap bahan mentah yg diperolehi dari pembekalnya. Dulu masa restoren ni baru dibuka, tak ramai orang yg datang. Tapi bila dah hampir 2 tahun beroperasi, pengunjungnya semakin ramai. Kalau pergi waktu hari minggu, jenuh nak tunggu meja kosong. Mmg full house sentiasa. Semalam kami pergi on weekdays, maka tak ramai sangat orang.

Ini lah restoren steamboat pilihan kami :)
*Pics from Google

Dengan harga RM18.50 untuk dewasa & RM9.00 untuk kanak-kanak, makan sahaja apa yg anda nak makan dekat situ. Pilihan menunya juga boleh tahan banyak. Antaranya sayuran, cendawan, aneka mee, beraneka jenis ayam perapan, beraneka jenis daging yg diperap. Tak ketinggalan ikan yg diperap pun ada jugak, kerang, sotong, udang, kupang, ketam, beraneka jenis makanan dingin beku. Saya rasa ada lebih dari 50 menu untuk kita pilih. Selain dari tu, mereka juga ada sediakan nasi goreng & 1-2 jenis lauk yg dah siap dimasak. Ada juga pencuci mulut berupa bubur manis, semalam mereka sediakan bubur jagung. Buah tembikai & roti goreng rasanya. Sorilah, gambar tak ada sebab semlm tak bawak kamera, then kamera handphone pulak baterinya tinggal nyawa-nyawa ikan je, tak boleh nak snap gambar banyak2.

Tak sama macam kedai steamboat lain yg saya pernah pergi. Dekat sini, kita boleh rasa 2 jenis kuah atau sup yg diletakkan dalam mangkuk steamboatnya, iaitu TomYam dan juga Sup. Kuah dia sedap, mmg kena dengan tekak saya.

Steamboat & BBQ kami :)
En. hubby BBQ semua bahan, saya pulak kelolakan bahagian steamboat.
Nampak tak mangkuk steamboat tu dibahagi dua?
Sebelah kiri ialah kuah tomyam, sebelah kanan pulak kuah sup.

Antara sos untuk cecah yg saya ambik semalam
Dalam pinggan atas, dari kanan sos BBQ, kiri sos Blackpepper
Pinggan bawah, atas sos Black sesame, bawah sos Chili Vinegar (fav saya).

Pilihan sos sebagai pencicah juga banyak. Saya rasa ada lebih 10 sos yg dia hidangkan semalam. Antara yang saya ingat, Satay, Thai Green, Sambal belacan, Sambal kicap, BBQ, Blackpepper, Black Sesame & Chili Vinegar. Ada a few sos lagi saya tak ingat namanya. But for me, saya sangat suka chili vinegar. Sedap dengan rasa pedas-pedas masam gitu. Mmg kena dengan semualah rasanya.

Tukang masak saya semalam :)

Sori gambar agak blur
Saya tak tahu apa nama seafood ni. Ada sesiapa tahu?

Anak dara saya ni semalam, lepas makan byk boleh pulak dia muntah kat situ.
Nasib baik masa tu kiteorg dah nak balik.

Apa-apa pun, restoren Okid Ria BBQ & Steamboat ni mmg menjadi pilihan kami. Ini kali ke 4 kami makan di sini. Saya mmg akan cadangkan pada sesiapa sahaja untuk makan dekat sini. Ops, jangan ingat saya ada share dekat situ ye. Tak ada, ini sekadar nak menghebahkan benda yg baik sahaja. Apa salahnya kongsi dengan kawan-kawan lain kan. So, anda jangan lupa cuba makan di sini ye. :)

Monday, October 10, 2011

10.10.2011 - The 8th Anniversary

Hari ini, tarikh 10.10.2011 merupakan tarikh keramat untuk saya dan suami saya. Ya, pada tarikh ini lah, 8 tahun yg lalu kami mengikat janji untuk menjadi suami isteri. Alhamdulillah, 8 tahun kami hidup bersama. Dikurniakan dengan 2 cahaya mata, itu sudah cukup membuatkan saya bahagia bersamanya.

Adat dalam berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya, dan alhamdulillah kami berdua berjaya mengharunginya bersama. Semoga ikatan ini akan berpanjangan hingga kami menutup mata dan juga hingga ke syurga. Tidak ada org yg perfect dalam dunia, begitu jugalah kami berdua. Tapi kami saling melengkapi, itu yg paling utama. Tak kisahlah kalau saya kena cakap berulang-kali semata-mata untuk meminta tolong dari suami, dan tak kisah jugaklah kalau saya hari-hari diingatkan untuk membuat air minuman untuk suami. Hahaha, itu antara kekurangan kami berdua. Itu yang saya katakan, tiada manusia yg perfect dalam dunia. Maka saya terima suami saya dengan seadanya. InsyaAllah, saya akan memperbaiki kekurangan yg ada pada saya.

Saat baru bergelar suami isteri :)

"Ya Allah, kau ampunkanlah dosa kami berdua, berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan suami isteri, kau bimbinglah hubungan kami menuju ke jalan yg kau redhai. Kau limpahkanlah kasih sayang antara kami. Kau kurniakanlah rezeki yang halal buat kami. Kau jadikanlah suamiku seorang pemimpin keluarga yg boleh membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan yg kau redhai. Kau jadikanlah diriku seorang isteri yg sentiasa taat dan setia di sisi suamiku. Sesungguhnya Engkau yg Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga. Aminnn...

Saturday, October 8, 2011

Rumah Oh Rumah

Rumah kami di JP Perdana tu rasanya dah 98% siap, tapi nak menunggu pemaju keluarkan CF tu tak tahu la berapa lama lagi. Selagi CF belum dapat, jangan harap la nak ambik kunci rumah kan. Masalah saya sekarang ni rasa agak rumit jugak. Memandangkan parents saya dah bercerai, maka rumah sedia ada sekarang ni dah dijual. Proses jualan tu ambik masa agak panjang, jadi sementara dokumen pindah milik dan bank belum release payment, maka saya sekeluarga masih lagi menetap di rumah tu bersama dengan ayah saya. Menurut kata ayah saya, proses tu mungkin ambik masa lagi 2 bulan. Maka dalam tempoh 2 bulan ni  saya kena cari rumah sewa.

Pening memikirkan untuk cari rumah sewa yg sesuai dgn keluarga saya ni. Haritu saya dah dapat rumah sewa yg berdekatan dgn tmpt saya sekarang, dekat dengan sekolah Danish, tapi bila fikir balik kos minyak untuk ulang-alik tempat kerja, macam tak berbaloi rasanya. Jadi saya bincang semula dgn suami & dia pun setuju untuk cari rumah sewa lain yg dekat dengan tempat kerja saya.

Kawasan yg menjadi tumpuan kami sekarang ialah Bandar Seri Alam dan juga Taman Rinting. Tapi bukan semua rumah boleh masuk dalam senarai pencarian rumah kami. Jenuh jugak saya surf internet, Mudah.com tu jangan cakaplah, sehari lebih 10 kali saya masuk semata-mata untuk mencari rumah sewa. Tapi susah sungguh nak cari yg sesuai dengan keluarga saya.

Ciri-ciri rumah sewa yg saya cari; rumah teres setingkat atau apartment/flat yg ada lift, dekat dengan sekolah & kedai. Nampak macam tak susah nak cari rumah yg ada ciri-ciri macam saya nyatakan tu kan? Tapi sesungguhnya amatlah susah nak mencarinya.

Jadi sekiranya ada antara kawan-kawan saya yg terbaca entry ni, dan sekiranya tahu ada rumah yg hendak disewakan dan rumah tersebut memiliki ciri-ciri dan kawasan seperti yg saya nyatakan diatas, sudilah kiranya tinggalkan komen atau emailkan no. telefon tuan punya rumah tersebut kepada saya di eryne1908@yahoo.com.my. Terima kasih.

Sesungguhnya saya agak buntu dan tak tahu lagi mana saya nak cari rumah sewa ni. :(


Cantik combination color ni
* Pics dr Google

Oh, ini pun cantik. Tapi tak mampu la saya nak sewa rumah besar macam ni.
*Pics dari Google.

Friday, October 7, 2011

Blog Review - Kak Red @ Redmummy

Saya memang suka membaca blog orang lain. Tak kisah la blog siapa-siapa pun. Then ada satu hari tu, seperti biasa saya bloghopping sana sini, sekali terjumpa blog kak Red atau Redmummy. Kesian saya kan, padahal kak Red tu dah lama gila kot orang kenal dia. Saya ni je yg baru tau blog dia. Huhuhu... ketinggalan sungguh.

Walaupun blog saya ni langsung tak popular, yg datang pun maybe kawan-kawan saya je, saya tak kisah lah. Saya tetap nak review blog kak Red Diva tu. Kalau anda nak kata, "Apahal la blog picisan ni nak review blog org glam pulak eh". Ahhh... suka hati la anda nak kata apa ye. Hahaha, saya tak ambik port. :p

Saya suka baca blog kak Red, walaupun dia famous, tapi dari apa yg saya baca dekat blognya tu, once dia dah kenal follower or blogger lain insyaAllah boleh jadi kawan dia. Itu dari pemahaman saya melalui pembacaan blog beliau lah ye. Lagi satu, kak Red ni tak lokek. Kalau ada apa-apa event yang dia terlibat or dijemput and ada lebihan jemputan, sure dia akan jerit dekat Twitter or FB beliau. Melalui pembacaan saya, kak Red menyebutnya sebagai "Lantingan" hehehe. Seronok kalau dapat lantingan dari beliau kan. Lagipun gaya penulisan kak Red yg santai tu pun salah satu sebab saya suka ke sana. Nak diikutkan, kak Red selalu bercerita tentang family beliau sendiri yg mana gelaran family nya is Red Family. Suaminya dengan gelaran Sirman or Reddaddy, anak bujangnya Abang & anak daranya Gegirl. Now kak Red sedang pregnant, masuk 3rd trimester. Seronok baca entry kak Red mengenai surprise baby shower yg dianjurkan secara rahsia oleh geng GBM nya. Hehehe.

Disebabkan blog kak Red ni tersangatlah well-known, maka selalu la jugak kak Red ni sponsor post dari certain company to promote their product. Iklan from Nuffnang tu jangan cakap lah kan, ada sekali tu saya tgk kak Red post gambar cek yg dia terima dari Nuffnang, 2 cek tu total nearly RM30K. Wowww!!! Dengan rajin menulis blog saja kak Red dah boleh gain side income banyak gitu. Alangkah bagusnya kalau saya pun serajin kak Red. Tapi saya ni biasalah, menulis ikut mood. Agak-agak rajin, adalah benda saya nak tulis. Kalau malas tu, terbengkalai la jawabnya blog ni.

Saya belum berkesempatan nak khatam blog kak Red tu lagi, setakat ni saya baca latest entry sahaja. InsyaAllah, kalau ada kesempatan nnt saya akan baca blog kak Red tu sampai habis.

Alahai... spoil betul lah!

Sekarang ni saya dalam percubaan untuk mencari kerja baru. Bila dah terlalu lama kerja dekat sini, terasa macam takde adventurer lagi. Kerja yang sama di ulang setiap hari untuk tempoh 9 thn 6 bulan mmg akan membuatkan kita rasa bosan ya amat. Begitulah perasaan yg saya lalui sekarang. Dalam tempoh 9 1/2 thn itu jugak lah, tak sekali pun saya merasa di naikkan gred. Almaklum sekarang ni semua barang pun naik harga, so bila difikir-fikirkan, saya perlu cari duit lebih untuk membantu suami menampung kos kehidupan kami sekeluarga. Maka sebab itu juga lah saya buat keputusan untuk menghadiri temuduga dekat sebuah kilang, bukan dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Melalui Jobstreet saya memohon kekosongan jawatan "Senior Procurement Executive", dan bila mereka telefon untuk datang sesi temuduga, saya sangat-sangat teruja. Tak kisah la kalau saya tak dapat pun, at least saya datang untuk temuduga pun tak apa lah. Itu apa yg ada dalam fikiran saya pada ketika itu. Bila tarikh semua dah ditetapkan, maka saya pun datanglah ke kilang tersebut pada jam 9 pagi tadi. Lepas sesi temuduga tu dah separuh jalan, tiba-tiba penemuduga tu cakap jawatan yg dia tawarkan ialah Operation Assistant. Alamak! Apasal pulak lain. Haihhh... Dalam kepala dah macam-macam saya fikir, bila saya cakap, "Saya datang temuduga untuk jawatan Senior Procurement Executive". Tapi mereka jawab, "Oh, mungkin org kami salah bagi info, sebenarnya jawatan yg kami tawarkan ialah Operation Assistant"

Alahai... spoil betul lah kan. Saya ni bidang tugasnya lain, tak sama dengan apa yg mereka tawarkan. Mood agak menurun juga time tu. Tapi nak tunjuk yg saya tak berminat langsung tak boleh juga. Maka, saya tetap bertanyakan beberapa soalan berkenaan syarikat tersebut. Dari penjelasan mereka, benefit yg diberikan kepada pekerja agak menarik. Tapi bila diterangkan skop kerja, terus rasa tak menarik. Kerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. 5 hari seminggu. Tetapi jawatan yg ditawarkan memerlukan saya kerja lebih masa, mungkin paling lewat hingga pukul 8 malam. Hmmm... saya mmg jarang sekali kerja lebih masa, boleh dikatakan tak pernah. Jadi saya rasa jawatan tu tak sesuai untuk saya.

Tak apa lah. Kalau takde rezeki yg ini, saya tunggu rezeki lain sajalah. Jadi, mari kita bukak Jobstreet lagi. Hehehe :)