CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 30, 2011

Bermula 1 Januari 2012

Mencari makanan halal itu wajib disisi setiap umat Islam. Sejak saya tahu logo halal boleh dibeli dengan harga RM5K yg saya jumpa di internet, saya menjadi lebih berhati-hati untuk tidak makan di sebarangan restoren. Lebih-lebih lagi restoren yang meletakkan logo halal swasta yg meragukan. Hasil daripada peng'google'an saya, ada 6 logo halal keluaran swasta yg diharamkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Syarikat-syarikat tersebut ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. Walaupun saya berada di Johor, tapi saya rasa ia tetap boleh digunapakai di seluruh negara. Lagipun artikel tentang pengharaman keenam-enam logo pernah diterbitkan oleh KOSMO! Boleh klik sini utk maklumat lanjut.




Antara logo HALAL yg di HARAMkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.


Sehubungan dengan itu, JAKIM telah menetapkan untuk tidak memberi kelonggaran kepada mereka yg mengusahakan perusahaan makanan menggunakan logo Halal yg lain selain dari yg dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh klik utk pembacaan lebih lanjut di ondscene.

*Artikel dibawah Sumber dari infozi.com

Logo Halal yg dikeluarkan oleh JAKIM:-


ciri-ciri:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Logo Halal Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri:-



logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
’10′ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Kod pendaftaran halal bagi JAIN/MAIN seperti berikut:
H – 01 Johor
H – 02 Kedah
H – 03 Kelantan
H – 04 Melaka
H – 05 Negeri Sembilan
H – 06 Pahang
H – 07 Pulau Pinang
H – 08 Perak
H – 09 Perlis
H – 10 Selangor
H – 11 Terengganu
H – 12 Sabah
H – 13 Sarawak
H – 14 Wilayah Persekutuan


Jadi kita sebagai umat Islam perlu lebih cerewet dalam menentukan apa yg boleh kita makan dan apa yg tak boleh kita makan. Ingat, dari makanan akan menjadi darah daging. Dan ia juga akan melambangkan personaliti kita. Kita adalah apa yg kita makan.

Thursday, December 22, 2011

Kita jalan-jalan ke Melaka - Day 1

Trip ke Melaka cuma direalisasikan dalam tempoh yg agak singkat *ayat skema tak boleh blah* hahaha. Sebenarnya kami decide utk pergi ke sana 2 minggu sebelum tu. Faham-faham saje la kalau waktu cuti sekolah ni, bukan senang nak book hotel kalau kita plan dlm tempoh singkat macam tu. Google punya google dapat la few contacts no. for budget hotels at area dekat-dekat dgn town. Call hotel sana, call hotel sini semua cakap fully book. Last-last book hotel through Asia Web Direct. Lebih murah buat online book daripada kita call direct hotel tersebut. Kebetulan ada room yg available on the day kita request. Senang hati after the room was confirmed.

Kami bertolak hari Jumaat, tu pun dah tengah hari. Konon nak gerak pagi tak kesampaian, en.suami kena pergi visit 2 rumah patient beliau. Nak buat macam mana, tanggungjawab kerja kan. So, after siap semua bertolak ke Melaka la kami anak-beranak. We arrived at tol Ayer Keroh around 3pm. Check-in hotel should be 3pm jugak, but before that saya dah call hotel bagi tahu yg kami akan check-in lewat sedikit. Kami jalan guna peta, takde GPS ok. Faham-faham je lah kalau guna map ni, belok kiri jadi belok kanan. So dah salah jalan, but still tak sesat. Arrived safely at the hotel at 4pm. After check-in, letak beg, survey bilik, rehat-rehat sekejap then we decide to start jalan. Eh lupa nak cakap, kami check-in dekat Hotel Seven, Jalan Laksamana Cheng Ho, ambik bilik Family Suite, ada satu katil queen + 1 katil single. Boleh la kami tido anak-beranak.
Hotel Seven
*Pics from Google*

View from our room

Pintu washroom

Washroom

*Gambar bilik sendiri snap takde yg elok pulak, so kita ambik dari Google image la ye*
Ni bilik family suite RM158/night not including breakfast
Sebelah katil queen tu ada dressing table & mirror.

Oklah bilik ni, suami saya cakap utk hotel budget mmg ok sgt bilik yg dia sediakan. Biliknya luas, boleh accommodate lagi satu katil single. After check-in and berehat-rehat kejap, perut kelaparan, so hubby drive to Mahkota Parade. Kami makan dekat food court, tak tahu nak makan apa, jadiknya order nasi ayam saje. Kat Melaka ni susah sikit nak carik gerai makan org Melayu dekat kawasan town, mostly gerai Chinese. Terpaksalah makan apa yg halal ternampak kat depan mata je.

Lepas makan, we decide to walk ke Menara Taming Sari.Nampak macam dekat, tapi dekat 15min jugak kami berjalan dari Mahkota Parade tu. Sampai sana beli tiket (RM10 utk dewasa, RM5 for kanak-kanak), tunggu menara tu turun ada dalam 10min jugak. Nak naik pun kena tunggu tempat duduk tu full. Lepas semua seat dah penuh, we take off to the top. Menara tu berpusing, syok la tgk bandar Melaka. From the top jugak la kita tahu ke mana kita nak pergi lepas tu. Nampak river cruise Melaka, Maritime Museum, public swimming pool, lagi ape eh tak ingat pulak. Then at the top of the menara, we can also see Selat Melaka. Tapi cam tak berapa jelas sangat. Cuaca pun tak berapa panas, alhamdulillah sangat.


The ticket

Beratur tunggu nak naik menara

Tempat duduk

Walaupun free seating, tapi kami dibawa oleh seorang kakitangan Menara Taming Sari untuk duduk ditempat yg diarahkan oleh beliau.


Gambar dari dalam 'cabin', Hotel Casa Del Rio. Hotel ni cantik gila.


Kat sini kita naik boat for river cruise.

Selat Melaka.

Dataran Pahlawan

Maritime Museum

Ni rasanya pasar malam kat kawasan Dataran Pahlawan.


Selat Melaka


Turun dari Menara Taming Sari, we head to Melaka River Cruise. Wow! Best sgt naik boat round sungai Melaka ni. My kids mmg enjoy sangat. Rasanya this is their first time naik boat. Excited la kan. The scenery when dah dekat nak malam tu sangat cantik. Kami menyusuri Kampung Morten. Sangat cantik rumah-rumah dekat situ, plus cahaya dari lampu kuning yg rasanya mmg sengaja diletakkan di atas bumbung-bumbung rumah sepanjang sungai tu. Pemandangan yg sungguh indah. Most bangunan masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan tersebut, ada motel, ada kedai makan, ada pub and ada a few restaurant yg menarik. Kebanyakkan nya bahagian belakang bangunan yg menghadap sungai Melaka. So, banyak lukisan-lukisan mural di cat pada bahagian belakang bangunan tersebut. Takde la kita boring melihat bangunan statik saja ye tak. Sangat kreatif. Duduk dalam boat menyusuri sungai Melaka ambil masa dalam satu jam lebih kurang.

On the way nak ke river cruise, lalu maritime museum ni.

Tunggu time nak naik boat.

Ticket Melaka River Cruise


Tukang ambek gambo. Gambo dia la yg paling sikit. Hahaha


Casa Del Rio dari dekat, mmg cantik gila la hotel ni.


Danish excited naik boat.

One of the restaurant kat tebing sungai.

Pelukis..

Bangunan sepanjang sungai Melaka yg telah dilukis.


This is Kampung Morten.

Kampung Morten



Kampung Morten

Monorel yg dihentikan operasi buat sementara waktu, tak tahu kenapa.


Dah turun dari boat, Mia tak nak berdiri atas pelantar ni sebab dia takut. Hahaha

Lepas habis river cruise, kami dah tak tahu nak pergi mana. The kids pun dah kepenatan, so kami decide utk balik hotel. Before balik hotel, kami singgah Giant di Mahkota Parade utk cari makanan for dinner. Decide to have maggi in cup saja. Senang dan murah. Hehehe. So that's the end of day 1 trip to Melaka. Esok lusa kalau senang saya sambung day 2 and 3 yep.



Wednesday, December 21, 2011

Thursday, December 15, 2011

Hukum pakai bulu mata palsu

*pics from google*

Perempuan dan kecantikan mmg tak dapat dipisahkan. Macam irama dan lagu, tiada irama maka pincang lah lagu. Begitu juga sebaliknya. Perempuan mana yg tak nak kelihatan cantik? Kalau tak, takkan ramai yg sanggup berhabisan berpuluh atau beratus malahan ribuan ringgit sebulan hanya semata-mata untuk tampil cantik. Almaklum, bila diri terasa cantik maka tahap confident tu akan jadi lebih tinggi.

Salah satu peralatan atau barang yg biasa digunakan oleh orang perempuan utk tampil lebih cantik ialah bulu mata palsu atau dalam bahasa omputihnya fake eyelash. Saya pernah guna fake eyelash ni sekali je, masa saya kahwin dulu. Itula sekali seumur hidup saya guna bulu mata palsu ni. Trend sekarang, ramai anak gadis, remaja, wanita, (even maknyah) suka sangat guna bulu mata palsu ni sebagai pelengkap kepada make-up mereka. Termasuklah mak andam. Opss, skrg org tak panggil mak andam ye, skrg org panggil Make-up Artist or MUA singkatannya.

Baru-baru ni saya terbaca dekat blog Aishah Amin, ada satu entry yg disebut mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu. Tapi entry tu bukanlah berkenaan isu bulu mata palsu sahaja, ia lebih kepada cerita mengenai MUA for her wedding. Cuma ada part yg dia sentuh mengenai fake eyelash ni lah. Lepas saya baca tu baru la saya tahu bahawa hukum pemakaian bulu mata palsu adalah sama seperti kita memakai rambut palsu. Hukumnya HARAM. Untuk selidik dengan lebih dalam, saya pun google. Dan mmg benar, melalui beberapa soal jawab yg dikemukakan di beberapa laman web di HafizFirdaus.com dan di Mysembang.net, pemakaian bulu mata palsu HARAM hukumnya.

Disini saya copy paste soal jawab berkenaan isu ini yg saya ambil dari HafizFirdaus.com


Soalan:Bolehkah memakai bulu mata palsu?
Wan Nur Esalina, Kuala Nerang, Kedah.
Jawapan:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu


So, sebaiknya kita menjauhkan diri dari melakukan perkara yg tidak dibenarkan dalam Islam. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dari Nya. InsyaAllah.

Kita nak jalan-jalan Melaka

Esok saya sekeluarga akan ke Melaka. Bawak anak-anak makan angin. Sepanjang cuti sekolah ni Danish belum ke mana-mana lagi. Alhamdulillah ada rezeki lebih, boleh la bawak anak jalan-jalan.

Tidur di hotel budget, Hotel Seven di Jalan Laksamana Cheng Ho, 3 hari 2 malam. Kami ni budget traveler, jadi hotel-hotel mewah mmg tak masuk dalam senarai. Hahaha.. paling mewah pun kami pernah tidur dekat hotel 3 bintang je, itupun guna government rate staff en.suami. Selagi kita boleh potong, kita potong la kan. :)

Sebenarnya dah lama sangat saya tak ke Melaka. Last saya pergi rasanya masa sekolah lagi kot, dlm umur belasan gitu. Haih... terasa dah tua pulak. Dulu saya tak suka pergi Melaka, maybe sebab dah selalu sangat pergi sana sampai naik bosan. Tapi sekarang kawan saya kata Melaka dah best, macam-macam ada. So, kebosanan yg dulu tu dah bertukar kepada keterujaan. Hahaha... gila jakun.

Plan nak buat apa kat sana belum ada, so kita redah je lah ye. Danish sibuk nak tgk A Famosa. Ok, itu tempat wajib pergi, yg lain-lain semua belum tau lagi. Tapi apa yg saya baca dari hasil peng'google'an, byk tempat baru yg menarik ada dekat sana. Jonker Walk, Sungai Melaka naik cruise, Menara Taming Sari, shopping mall (hahaha, macam kat JB takde shopping mall ye), etc... Kena pergi semua tu, ada lagi tempat best yg tak masuk dalam list. Esok kena beli map Melaka. Haha, kami travel guna map saje tau. Orang lain semua guna GPS, tapi kami lebih suka guna peta. :)

Hopefully cukup masa kami semua utk jelajah bandar Melaka dan kawasan yg sekitarnya. :)

KFC yg bengong!



Korang teruja tak kalau dapat voucher free gini? Kompem la excited kan?
Baru je semalam dapat email voucher KFC ni from one of my friend dekat office, saya dah siap print-out and distribute pada my colleague. Mula-mula ingat scam macam yg pernah jadi dekat Mc Donald dulu. Then my colleague confirm kan yg ada kawan dia dah pergi redeem voucher tu and makan dengan senang hati. So, we all pun excited sangat nak pergi la kan. Saya ingat nak redeem semalam, then we have dinner kat tempat lain pulak. So postpone la ingat nak redeem masa kita pergi Melaka nanti. Eh! Lupa nak cerita pasal pegi Melaka tu, takpe nnt next entry saya story ye.

Ok, balik pada cerita voucher KFC semula.

Pagi ni saya datang kerja macam biasa, cek email semua. Then terbaca my friend tag me dekat FB cakap voucher tu dah kena tarik balik due to overwhelm respond from public. Masa tu tak percaya sangat la sebab baru je semlm voucher tu keluar takkan harini dah cancel kan. So, saya pun cakap dgn my colleague yg email this voucher to me. Dia pun mula-mula tak percaya, then dia call kawan dia rasanya. And it is true this voucher mmg dah ditarik balik by KFC.

Bengang tak bengang la kami semua ni kan. Baru nak redeem tup-tup dah kena tarik balik. Macam mana marketing KFC ni buat kerja? Kalau dah tau respond yg bakal diterima tu menggalakkan, buat la in a proper way. Macam buy one free one ke (like Mc D pernah buat dulu), so kalau macam ni takde la dia rasa rugi sangat or apa kan. Ini syarat yg dia bagi, with any purchase at KFC can get this Double Zinger Burger for Free. In set pulak tu. Sia-sia je KFC ni kena maki berbakul-bakul dengan org yg tak puas hati. Baik-baik kita nak pergi sana terus ban. BAN ok! Mungkin saya takkan pergi KFC utk tempoh beberapa bulan akan datang. So, padan muka ye KFC, anda telah mengecewakan pelanggan anda sendiri.

Saya bukan la mengharap sgt nak makan benda free tu. Ala korang kalau dapat voucher free gini mesti suka kan. Melainkan orang yg tak suka makan lah. It is not about the 'menghadap sgt nak makan free' tapi it's about the way they do the marketing, sangat-sangat tidak menggambarkan tahap profesional mereka. It is not a good etiquette. Memberi lepas tu tarik balik. Sangat-sangat buruk siku hokey!!!

To KFC, ucapan pendek untuk anda "KALAU TAK MAMPU JANGAN BUAT!"
Sekian, terima kasih.
Dari kami,
Pelanggan yg menyampah dgn anda.

Friday, December 9, 2011

Tempat shopping best utk org byk duit - Johor Premium Outlet

Dekat JB sekarang ni tengah rancak org bercerita pasal Johor Premium Outlet (JPO). JPO ialah salah sebuah tempat shopping yg menghimpunkan banyak designer item di bawah satu bumbung (skema ayat I kan :p ). Tapi barang-barang yg dijual bukanlah latest item, semuanya off season or stock lama yg dijual dengan harga yg agak murah antara 25% - 60% daripada harga asal (takdelah murah sgt sebenarnya). Antara designer outlet yg ada dekat sana, Fossil, Coach, Burberry, Armani, Armani Xchange, Royal Selangor, DKNY, Canali, Gap, Guess, Levi's, Pink Jambu and many more, boleh tengak list of shops dekat sini.

Perasmian akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada hari Ahad ni (11/12/2011). Almaklum ini adalah Premium Outlet pertama di Asia Tenggara, kalau dekat Asia ada beberapa outlet di Jepun & Korea. Dekat US paling banyak outlet sebegini. Tempat-tempat lain belum ada lagi ya. Jadi rakyat Johor amat berbangga punya Premium Outlet Pertama di Asia Tenggara. Termasuk la saya. Hahaha..

*pics from JPO web*






Sebenarnya pergi on last Saturday (3/12), kira dah dekat seminggu jugak la kan. Almaklum saya tak berapa nak rajin update, tu yg jadi tertangguh sampai seminggu. :) Masih belum dirasmikan lagi, tapi dah dibuka kepada public.

Saya sampai dalam tengahari macam tu, kalau ikutkan pagi dah sampai. Tapi disebabkan tersalah exit (saya masuk exit Kulaijaya), dah kena patah balik semula. Nasib baik sebelum pergi tu saya ada baca dekat forum mengenai JPO ni, kalau tak sure lah saya dah sesat. Sampai je, rasa exited sangat. Macam org jakun pun ye. Hehehe.

Orang memang ramai dan barang yg di offer boleh buat sakit mata sebab boleh tengok je. Hahaha... Harga sekarang mmg murah sangat sebab nak tarik ramai pengunjung kan. Tapi bukanlah semua outlet yg ada kat sana tu offer murah gila-gila. Yg saya boleh cakap murah sgt tu dekat Gap Outlet. Most item ada discount up to 50%, if you purchase 5pcs or more, you will entitle to get extra 20% off. Murah tak murah la kan. Saya pergi haritu bawak duit tak banyak mana, jadi tak dapat la saya nak membeli ikut nafsu. Hahaha.. Jadinya saya cuma beli 2 helai t-shirt utk anak2 saya. Sehelai berharga RM30 sahaja. :) Kalau anda nak cari jeans utk anak, harga sehelai cuma RM60 sahaja. Haih... Tu yg buat saya sakit mata. :p

Ok, ada satu lagi kedai yg saya masuk dan saya rasa harganya boleh tahan murah. Fossil, siapa tak tahu Fossil tu mmg kesian la kan. Saya berkenan dengan backpack macam gambar kat bawah tu. Tapi budget nak beli tu takde, makanya lagi sekali sakit mata + sakit hati. Hahaha. Saya nampak harga asal RM609.00, and after discount was RM350.00, nangis tak nangis la tgk harga murah macam tu tapi takde duit nak beli kan. Sempat try and berangan depan cermin kat kedai dia je lah. Hahaha...

*pisc from Google*

Muka budak kepenatan :p


Designer outlet Coach, Burberry, Michael Korss, Armani tu saya tak masuk. Coach & Burberry nak masuk sampai kena q kat luar, sebab oranga dah ramai sgt serbu. Hahaha. Tapi pada saya, rasanya lagi murah kalau kita buat pre-order from oversea. Cuma kena tunggu lama sikitlah ye. :)


One of the designer outlet - Michael Kors


Focus dekat outlet belakang tu ye - Burberry
Ni dekat Armani Outlet 

Saya tak masuk, just tgk dari luar je. Tgk price tag kat dress tu RM9K++ 
Terkejut mak tgk.. Hahaha.. :p

Most item mmg ada discount. Dekat Fossil, purse & wallet price range from RM80 - RM150, depends on the size and design. Saya tengok org dalam kedai tu dah macam org nak beli ikan kat pasar. Punyalah ramai org, sampai nak bergerak pun kena menyelit kat celah org yg ramai tu.


Lepas penat ronda, singgah food court nak hilangkan dahaga. Disebabkan still kenyang lagi, so makan buah je lah. Orang kat food court pun ramai gilos, sampai tak cukup tempat duduk.

Kepada anda yg nak pergi shopping atau setakat nak jalan-jalan cuci mata, kat bawah ni saya letak juga la direction nak ke sana macam mana (saya copypaste dari website JPO) :-

Dari Singapore, melalui Woodland:-
Singapore → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets


Dari Singapore, melalui 2nd Link:-
Singapore → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapore → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets

Dari Kuala Lumpur:-
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets


Dari Johor Bahru (yg ni melalui cara saya):-
Melalui Lebuhraya E22, exit Senai. Senang sangat, keluar exit Senai mmg nampak dari tepi jalan & terus ikut direction drive masuk parking.

Melalui highway PLUS:-
Dari tol skudai, drive dalam 5km anda akan nampak JPO sebelah kanan. Ikut exit Senai yg ada tulis 2nd Link. Lepas tu ikut Indahpura interchange dan kemudian akan nampaklah bangunan JPO tu di sebelah kiri.

Melalui Kulaijaya (tiada signboard utk ke JPO ye dari sini):-
Maka anda kena cari signboard yg menunjukkan arah utk ke Indahpura. Ikut saja direction nak ke Indahpura, nanti akan sampai ke JPO ni jugak.

Jadi tunggu apa lagi, kepada anda yg minat pada designer item boleh pergi ke Johor Premium Outlet untuk survey apa yg ada. Untuk maklumat lanjut, boleh click sini utk official website JPO.