CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Mia's Birthday - Little party

Ok, saya tau entry ini agak terlewat byk (bukan terlewat sedikit). :)
Disebabkan gambar semua saya upload dekat PC di rumah, maka semua entry yg saya ingin tulis tertangguh. Saya malas nak save gambar-gambar dalam pen-drive, leceh betul nak resize.
So, semalam saya upload dulu gambar-gambar ni semua di sini kemudian save dekat draft. Sekarang baru saya mula menaip. Seperti biasa, semua update akan dilakukan di office :).

Pada mulanya saya merancang nak buat birthday party yg agak besar sikit la untuk anak dara saya ni. Tapi memandangkan emak saya dah berpindah ke rumah yg lebih kecil, maka terpaksalah saya simpan dulu hasrat nak buat majlis tu ke tahun akan datang. InsyaAllah kalau tiada halangan.

Sebenarnya birthday Mia was on 9th September, tapi disebabkan tarikh tu saya bekerja maka saya cakap dengan hubby nak belikan dia cake & buat sikit party just within our family on the 16th, kebetulan hari tu cuti Satu Malaysia. Saya cakap dengan mama saya yg saya nak celebrate sikit birthday Mia kat sana. So, beli la belon & topi untuk anak-anak saya & anak sedara saya. Alah, tak ramai pun. Saya tak jemput org lain selain keluarga saya, keluarga adik-adik saya & juga cousin saya. Just suka-suka untuk buat anak dara tu rasa happy je. 

Beli cake Chocolate Marshmallow from Secret Recipe. Pastu mama saya masak lauk best-best jugak, kebetulan ada kawannya nak datang beraya, so saya pun tumpang beli cake je lah. Then lepas makan semua, saya keluarkan cake & kami semua nyanyi lagu Happy Birthday utk Mia. Tapi entah kenapa agaknya, boleh dia menangis sekuat-kuatnya time orang habis nyanyi lagu tu. Suruh tiup lilin pun tak nak, so abangnya la yg take over tiup lilin atas cake. Hehehe.

Itu sahaja yg kami sempat buat untuk birthday Mia tahun ni. InsyaAllah, next year akan plan a proper birthday party for both of them, Mia & Danish. Hmm... next month birthday si abang pulak. Tak tau lagi nak buat apa untuk dia. But itu nanti boleh plan. :)

Enjoy the pics taken, tak byk pics sbb camera man nak cepat keluar sebab nak jemput kawan mama yg kesesatan. Hehehe. :)

Chocolate Marshmallow Cake from Secret Recipe

See anak dara ni menangis.

Adik refuse tiup lilin, so abgnya la yg take over her place. Sebelah abg tu anak cousin saya.
Pretty lady kat sebelah kanan is my sister in law :)


Time nak potong cake dah berhenti menangis. Dari kiri Aisy (my nephew), Hakim (cousin's son), Danish & Mia.

Potong cake time :)

Dah puas nangis, dapat belon terus happy


Mia with her nenek.

Dia ni mmg susah nak jumpa. Adik saya yg no. 3 with her daughter

Aisy & Mia

Wednesday, September 28, 2011

Thursday, September 15, 2011

Jangan jadi org bongkak yg merendahkan org lain!

Sebenarnya ada one of my ex-office mate telah mengeluarkan kata-kata yg agak laser di FB sebentar tadi.
Niat saya yg sekadar berbasa-basi bertanyakan tempat kerja barunya telah bertukar menjadi perang komen di Wall FB kawan tersebut.


Sebab tu ada peribahasa kata, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" tapi terma tu dah boleh diaplikasikan bukan setakat di mulut, malah di tangan dah otak pun boleh juga. Al-maklum zaman serba serbi di hujung jari sekarang, mana guna mulut je, tangan pun turut serta jadi wakil mulut.


Alkisah saya cuma bertanyakan sikit je, komen saya kpd si kawan "lepas 2 years nnt lompat kerja lain lagi ke?" 
Kemudian komen yg agak pedas dibalas beliau "It depends... Selagi boleh and ada market.... Daripada dok setempat x maju2".
Kata-kata sebegitu seolah-olah ditujukan kepada saya yg dah bekerja di tempat yg sama utk 9thn ++, kalau anda jadi saya, mesti rasa bengang. Maka, timbul rasa tak puas hati dalam diri, hati saya berkata, "Eh, suka suki dia je nak sound orang"
Maka saya pun mengeposkan sedas ayat yg boleh saya kategorikan sebagai pedas utk membalas komen kawan itu.
Berbunyi begini, "amboi ayat.... bukan masalah duk setempat x maju2, tp kalu apply keja then org tgk resume mesti org wondering "apesal dia ni every 2 years je tukar keja, ada masalah ke hape budak ni?" 
imej tu beb, imej... tapi kan, kalu every 2 years tukar keja then dpt beli umah banglo sejibik, keta mewah berbijik2 takpelah... kalu takat duk gitu je, tak yah lah... hahaha"
Mungkin si kawan tu tak puas hati dengan komen saya, maka dibalas komen saya dengan berkata begini,
"Hahaha..... Ayat ngko pon boleh tahan.... Meh kita compare payslip.. Tgk berbaloi le tak... Hahhah.... Apa yg penting kepuasan diri and keje... Dari asyik komplen tmpt keje tak best lah... Politik lah.... Hehehe"
Tak cukup dengan tu, dia tambah ini pulak,
"Berenti masuk balik yg tak tahan tu...hehheye.... lebih baik ketuk tin yg penuh walaupun bunyinya perlahan... Dari mengetuk tin yg kosong... Hhehehe.... Peace"


Wah... wah... wah... Bila ungkit cerita saya berhenti dari kerja & join company ni semula, mmg buat saya mendidih jugak lah. Jadi saya susun ayat baik punya utk balas komen kawan tersebut.
"ok, nak compare payslip wat pe der, wa tau lu mmg dpt lebih, dah every 2 year lompat keja sana sini, mana x lebih kan, biar tmpt keja x best, biar diaorg byk politik, tp hati senang kerja dgn kawan2 yg best
takpelah dpt increment takat tu, x kisah la management pilih kulit, yg penting hati senang kerja sini
PURCHASING x kena kacau teruk, sbb tu staff dia still loyal kat sini"
Di sambung lagi dengan ini,

"beb, berenti masuk balik tu atas sebab dipanggil, and not because of me yg beriya2 nak keja semula kat sini
why dipanggil balik? sbb org tau keja kita camane, daripada kita kluar, lepas tu org duk kutuk "eh, mamat tu berenti keja dulu byk keje dia terbengkalai, dah aku yg kena settle"
buat ape kan. lu ketuk la tin penuh, asal lu bahagia
wa x kisah kena ketuk tin kosong, asal wa tak melompat keja sana sini every 2 year PEACE!!!"


Masa ni mmg saya rasa muka dah panas je. 
Then komen dr si kawan tu masuk lagi, tapi kali ni dah agak slow down,
"Wah.... Ayat pasrah she... Heyeye... That is life sis... We usually are not sarisfied with what we already have... Some like me take the aggresive approach... Some just flow with the wind... Some buat donno je... What's important is our own happiness..... Who cares what other thinks... "


Saya masih tak berpuas hati, maka saya reply lagi

"ayat pasrah ke? oh tidak, itu bukan pasrah, itu namanya redha, pasrah & redha terma yg berbeza makna
pasrah umpama kita TERPAKSA bersyukur dgn apa yg kita ada, which is not right
redha is kita IKHLAS and bersyukur dengan apa yg kita dapat or ada.
kalau kita tak redha dengan rezeki yg kita dapat, tak berkat la hidup kita.
but for me, utk tukar-tukar kerja every 2 years is not a good image to portray ourselves 
just my 2cents opinion, lain org lain pendapatnya"


And after that, terus si kawan tu senyap, tak reply apa-apa lagi. Saya cuba reply komen melalui email sekali lagi, tapi amat memeranjatkan bila saya mendapat notification berbunyi "Kiriman atau objek yang anda memberi komen telah dipadam  oleh pemiliknya dan tidak boleh dikomen lagi."
Si kawan tu dah delete komen-komen tadi. Apakah maknanya? Dia malu? Bengang? Or rasa tercabar ke?


Sebab tu beringat la wahai kawan-kawan. TOLONG la berfikir dahulu sebelum anda mengepos sesuatu dia FB, Twitter atau di mana-mana sahaja laman sosial. Sebab bila kita post, tak sama dgn nada org baca. Kalau kita bercakap berdepan, mungkin kedengaran seperti bergurau. Tapi bila kita berkomunikasi melalui internet, tiada bunyi, tona org baca berbeza-beza. Daripada kita berbaik-baik, mungkin hubungan akan menjadi renggang.


Janganlah kita menjadi org yg bongkak dan berbangga dengan apa yg kita ada, bak kata-kata yg saya ambil dari Twitter Sham Kamikaze pg tadi "Nama,pangkat dan harta semua tiada guna di akhirat kelak,melainkan amalan kita belaka. Mari kita tukarkan prioriti kita mulai sekarang untuk menjadi HAMBA Allah,bukan hamba dunia"



Friday, September 9, 2011

9 September 2011 - Mia turns 3 today!

Harini 9 September 2011. 3 tahun lepas, pada tarikh ni dan pada ketika saya menaip entry ini merupakan hari saya sedang bergelut dengan sakit nak bersalinkan anak dara saya. Saya nak cerita sikit experience masa bersalinkan Nur Damia Raihanah ni.

Masuk labour room dari jam 11.00 malam, sampai ke pagi pun dia tetap tak keluar jugak. Rasa nak meneran datang, tapi nurse kata jangan teran dulu sbb jalan belum bukak habis. Bayangkan dari 11 malam sampai ke 5 pagi rasa nak meneran tu sentiasa datang. Mungkin sebab nurse kesian agaknya tgk saya mengerang macam hape kan, dia bagi saya guna gas apa tah yg utk kurangkan rasa sakit tu, saya pun dah tak ingat. Lepas sedut gas tu rasa “high” macam lalok pun ada. Dapat la saya terlelap dalam setengah jam. Tapi bila contraction datang, terus segar balik la biji mata saya ni kan. Tapi saya dah tau nak buat apa, saya sedut lagi gas tu. Lalok semula. HeheheSaya siap cakap dengan doctor suruh operate je sbb dah tak tahan sangat sakitnya. Tapi saya kena marah pulak dengan doctor, hahaha.

Last-last, bila doctor pakar buat grand round pukul 8.30am, dia suruh c-sect sebab weak progress ke low progress, saya pun dah lupa terms yg digunakan. Oh, alangkah leganya hati saya bila doctor cakap c-sect. Sementara nak menunggu masuk ke Operation Theater, saya kena bertahan dalam sejam lebih sblm katil saya ditolak ke OT. Bila nurse dah datang dalam 2-3 org utk prepare saya masuk ke OT room, hati saya bertambah-tamabh lega. Then ada a few practical student nurse yg datang temankan saya. Masa tu contraction dah kurang sikit, jadi tak la saya terjerit-jerit tahan sakit. Tapi time contraction datang tu, kebetulan ada sorang student tgh pegang tangan saya, jadi saya pun apa lagi, kuat la genggam tangan dia nak menahankan sakit. Then nurse datang utk tolak saya ke OT room. Sampai je sana, terasa sejuk macam masuk dalam peti ais. Punya la sejuk temperature dlm bilik tu. Oh ya, ini bukan kali pertama saya melahirkan secara c-sect. Anak pertama dulu pun kaedah yg sama. Masalahnya pun sama, low progress. Saya mmg tak berpeluang utk merasa melahirkan secara normal. Rezeki saya macam tu J

Pakar bius bagi injection kat tulang belakang, after 5 mins macam tu bhgn pinggang ke kaki dah rasa kebas. Alhamdulillah, hilang semua sakit contraction tadi. Lega sangat. Tapi masa doctor start potong perut, saya boleh rasa ngilu-ngilu sikit. Bukan sakit, tapi lebih kepada ngilu. But after a while hilang rasa ngilu tu. Sepanjang operation berjalan, saya mmg sedar sepenuhnya, tapi saya tak nampak apa yg doctor tu buat sebab depan saya direntangkan kain hijau. As soon as dengar je doctor cakap “tu dia, dah nampak cepat tarik”. Wah masa tu terasa berdebar jugak lah, sebab takut ada masalah, lepas tu dengar lagi doctor cakap “jaga bahu dia, takut patah time tarik”. Makin la saya kecut perut. Tapi Alhamdulillah, doctor berjaya mengeluarkan baby girl saya lebih kurang jam 11 pagi. Saya tak ingat waktu tepat baby tu keluar. After baby keluar, nurse bersihkan sikit-sikit, then dia tunjuk kat saya. Senyum sampai ke telinga la saya bila nampak baby saya sihat. Rasa nak menitik air mata.

Disebabkan saya masih belum selesai dijahit, maka saya tak dapat nak pegang baby saya yg baru lahir tu. Then after selesai pun, saya masih diletakkan di wad ISO utk doctor pantau keadaan saya. Dalam 1 jam jugak saya kat wad ISO tu. Pukul 1pm, baru katil saya ditolak ke wad bersalin. Saya rasa bersyukur sangat lepas semuanya selesai. Masa tu la baru saya nampak suami saya. Dari pagi saya mencari, rupanya dia ada presentation yg perlu dibuat. Kecik hati jugaklah, tapi nak marah pun tak guna. Yg penting semuanya dah selamat.

Begitulah serba sedikit pengalaman yg saya ingat masa melahirkan anak dara saya tu. Itu 3 tahun lepas punya cerita dan harini genap 3 tahun umur Nur Damia Raihanah. Tak ada emak dalam dunia tak nak doakan anaknya yg baik-baik. Sama jugak dengan saya. Jadi, Mommy harap Mia akan menjadi anak, adik, cucu, muslimah dan rakyat Malaysia yg berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Aminnnn.


1 day :)

Wednesday, September 7, 2011

Syawal kami sekeluarga












Salam Syawal semua. Wah, sekejap sungguh kita dah masuk hari raya yg ke 9 kan? Macam mana kita rasa pantasnya Ramadhan berlalu, macam tu jugak kita rasa cepat sungguh Syawal dah masuk hari ke 9. Rata-rata blog yang saya baca semua dah cerita pasal hari raya mereka. Saya pun tak nak la ketinggalan kan. J

Hmmm, ikut giliran beraya, tahun ni giliran saya beraya dgn keluarga sebelah saya. Tapi Syawal tahun ni tak sama dari tahun-tahun sebelumnya. Memandangkan kedua org tua saya secara sahnya dah berpisah (ya! Mereka dah bercerai), jadi Syawal tahun ni saya beraya dengan mama. Mama saya dah berpindah keluar dari rumah dan sekarang dia tinggal dengan adik perempuan saya dan suaminya, menyewa di Bandar Seri Alam. Makanya dekat rumah sekarang ni tinggal saya anak beranak beserta ayah saya. Rumah tu pun dalam proses jual, dah ada pembelinya tinggal tunggu sign dokumen dekat lawyer office saja. Saya pun bakal berpindah keluar, mungkin hujung bulan ni atau awal bulan depan. Pindah ke mana belum tahu lagi.

Oklah, tinggal dulu cerita pasal tu. Sebenarnya kan nak bercerita pasal hari raya, dah lari dari topik pulak ye. Hmmm, petang sehari sebelum raya tu saya dah balik rumah mama. Dekat je dari rumah lama, dalam 20minit perjalanan naik kereta. Lepas berbuka, saya & mama saya start memasak lauk raya. Saya tak masak la, mama saya sorang je yg masak, saya Cuma tolong dia sediakan bahan-bahan yg nak digunakan utk memasak. Lepas berbuka tu, adik lelaki saya & family dia datang. Meriah diaorg main mercun & bunga api. Seronok! Hehehe. Tapi adik saya tak tidur rumah mama saya lah, sebab rumah diaorg pun dekat je, malas nak berangkut barang la kan. So, lepas dah puas main mercun & bunga api, mama saya suruh diaorg balik dulu sebab takut esok paginya tak boleh bangun pulak. Saya, hubby & anak-anak tidur dlm pukul 1 lebih. Mata macam tak boleh nak bukak lagi, tapi sebab semangat nak beraya, gagahkan diri jugak bangun gosok baju utk dipakai pagi tu. J Lepas en. Suami saya siap, dia pun keluar pergi sembahyang raya.

Oh, lupa nak cerita menu apa yg mama saya masak utk pagi raya tu. Menunya, ketupat segera, ayam masak merah, rendang daging, sayur lodeh, sambal goreng & hubby saya beli lemang. Org johor sekarang pun dah pandai buat lemang utk dijual tau. Kalau dulu-dulu susah nak dapat lemang kat johor ni, tapi tahun ni dah ramai yg jual. Sedap jugak. Tapi harga ada mahal sikit lah kan. Al-maklum buluh tu bukan senang nak carik.
Lepas semua org dah bersiap-siap, adik saya yg balik semalam pun dah sampai, kita org makan dulu. Tapi yg peliknya suami saya tak balik-balik lagi. Bila saya call tanya dia kat mana, rupanya dia pergi sembahyang raya kat rumah kitaorg. Sabar je lah. Punya la jauh pergi sembahyang raya, padahal surau yg dekat tu ada je. Kita orang yg dah kelaparan ni tak boleh nak tunggu dia dah, so makan dulu. Dah half way makan tu baru la suami saya balik. Lepas siap makan semua, start bersalam-salam mintak maaf dengan mama & adik beradik serta ipar duai saya. Saya adik beradik Cuma 4 orang saja. Tinggal sorang je yg masih belajar, yang lain semua dah kahwin. Taklah ramai mana kan. J

Lepas dah selesai bersalam-salaman kami semua gerak pergi rumah Maklong iaitu kakak ayah saya. Tahun ni ayah saya beraya kat rumah kakaknya dekat Ulu Tiram. Rumahnya pun tak jauh dari rumah mama, dalam 20 minit berkereta. Tapi geram jugaklah bila sampai, ayah saya takde pulak kat rumah. Pagi-pagi dah berjalan pergi rumah kawan dia. Sabar je lah. Sementara nak tunggu ayah saya balik tu, kami makan lagi kat rumah Maklong saya tu. Ingatkan tak nak makan dah, sebab masih kenyang lagi. Tapi bila makcik saya tu dah keluarkan daging kambing bakar makan dengan kuah blackpepper, tak boleh tahan la kan. Makan jugak sekeping dua. Hahaha. Dah siap makan, tunggu punya tunggu, tak balik-balik jugak ayah saya tu. Last-last kami semua pergi menyusul dia kat rumah kawannya, nasib baik lah kawan dia tu pun kawan mama saya jugak. Jadi taklah segan sangat kita ni semua. Salam mintak maaf dekat rumah kawan ayah saya tu la jawabnya. Tak lama duduk situ, dalam setengah jam gitu kami semua gerak ke rumah atuk saya kat Kg. Melayu pulak. Makcik saya duduk dekat dengan rumah atuk, jadi kami semua berkumpul dekat rumah makcik saya saja. Atuk saya seronok tengok anak cucu dia berkumpul ramai-ramai macam tu. Tersenyum saja dia tu.

Malam tu mama saya ajak beraya kat rumah kawannya, saya ikut jugak lah. Makan laksa johor pulak. Hehehe. Hari raya ni mmg hari utk makan saja la ye. Lepas tu pergi semula rumah makcik saya, sebab diaorg buat barbeque kat sana. Tapi saya dah tak larat nak makan, just datang jamah sikit-sikit saja lah. Jadual hari raya pertama kami berakhir pd tengah malam. Hahaha. Dah tengah malam baru balik rumah semula. Pastu pagi esoknya tak larat nak bangun awal dah. Penat sungguh.