Friday, August 26, 2011
Ramadhan 26 - Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam & hai again :)
Harini dah masuk hari ke 26 Ramadhan, insyaAllah tinggal lagi 3 hari sahaja kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cepat betul masa berlalu kan, rasanya baru je kita berpuasa tup-tup bulan Ramadhan dah sampai ke penghujungnya.
Bulan puasa tahun ni ada best dan yg tak best. Yg best, anak bujang saya setakat ni berjaya puasa 4 hari separuh hari dan hari-hari yg lain semua penuh. Yg separuh hari tu masa hari pertama & kedua puasa, lepas tu ada yg saya terlepas bangun sahur, so saya cuma suruh dia puasa separuh hari saja. Hari-hari penuh tu dia yg bersemangat nak puasa penuh, sebab malu kena ejek dgn kawan dekat sekolah katanya.
Yg tak best, hari Sabtu minggu lepas mak saya berpindah ke tempat lain. Walau tak jauh, tapi sebab dari dulu saya duduk dengan dia, bila sekarang tinggal dgn keluarga sendiri je terasa lain jugak. Ada sekali tu, mak saya dtg ambik barang, anak dara saya tak bagi dia balik rumah. Dia nak suruh nenek dia tidur kat situ. Hmmm... kesian anak dara saya tu. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia diam.
Saya sendiri akan berpindah jugak, tapi tak pindah jauh. Tetap dalam kawasan perumahan yg sama. Cuma rumahnya je yg lain. Sebab semua org pindah ialah, rumah tu dah dijual. Tunggu org yg beli tu sign dokumen dekat lawyer office je, lepas tu complete la transaction tukar milik tu. Sebab rumah parent saya tu dijual.. hmmm... rasanya belum sesuai lagi nak cerita. Nanti-nanti la saya ceritakan sebabnya.
Cerita pasal raya yg akan tiba pulak. Tahun ni giliran beraya kat sebelah saya, jadi malam raya nnt saya akan tido di rumah emak saya :). Thn ni masak sikit-sikit je. Haritu mama kata nak masak ayam masak merah, sayur lodeh & rebus ketupat segera je. Then lepas sembahyang raya tu kami akan ke rumah atuk saya pulak di Kampung Melayu, berkumpul dekat rumah makcik sebenarnya. Seronok la berkumpul ramai-ramai kan :)
Saya akan balik kg mertua pd hari raya ke 3, bapak mertua saya ajak balik kgnya kat Sg. Petani, Kedah nun. :) Tak tau la camane perjalanannya nnt, hopefully tak jammed.
Anyway, sebelum saya pen-off, terimalah kad raya dari saya yg tak seberapa ni ye. Org tak pandai mengedit gambar, camni la jadiknya... Hehehe.
Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga. :)
Kepada yg nak balik kg tu, pandulah berhati-hati ye.

Labels:
Eid Mubarak
Monday, August 22, 2011
Ramadhan 22nd - A Belated Birthday
Harini dah 22 Ramadhan, tinggal lebih kurang 8 hari lagi kita nak sambut hari raya kan :)
Tapi sebenarnya nak cerita pasal umur dah masuk 30... rasa macam dah tua sangat. Alahai...
Ok, sebenarnya umur saya genap la 30 tahun hari Jumaat lepas iaitu 19 Ogos, 30 tahun lepas mama saya telah melahirkan saya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Very the Johorean kan. Hahaha.
Nothing special, no surprise, no present, saya tak celebrate apa-apa. Cumanya saya ambik cuti sehari utk bawa anak-anak beli kelengkapan hari raya. So, masa saya dihabiskan dengan keluarga, shopping raya seronok! Then hubby belanja berbuka puasa dekat Imano's cafe, Plaza Angsana :)
Letih berjalan shopping pastu makan berbuka buffet pulak, mmg bahagia perut ku rasa. Hahaha...
Tapi SMS ucapan Selamat Hari Lahir boleh tahan banyak tahun ni.. Hehehe... belum campur dekat FB :)
Alhamdulillah, saya masih diberikan peluang untuk hidup di bumi Allah. Masih diberikan peluang untuk hidup bersama-sama dgn insan yg saya sayangi. Walaupun macam-macam dugaan datang dalam setahun dua ni, mostly hal keluarga, tapi alhamdulillah sekarang semua dah settle.
Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi peluang utk melihat org yg saya sayang sehingga ke hari ini.
Kepada kawan-kawan yg wish, terima kasih byk-byk saya ucapkan. Terima kasih atas ingatannya. :)

Birthday
Friday, August 12, 2011
Ramadhan the 12th - Kabur pandangan
Pagi tadi, masa on the way nak pergi kerja. Saya telah melihat satu situasi yg sgt luar biasa iaitu kabus tebal menutupi jalan. Selalunya saya tak lalu ikut Highway E22 ni kalau nak ke office, tapi disebabkan harini keluar dr rumah agak lewat, jadik en.somi decide utk ikut highway E22 utk mengelakkan jammed dekat highway Pasir Gudang. Biasalah highway Pasir Gudang tu kalau dah pukul 7.10am ke atas, mmg confirmed jammed.
Ok, berbalik pada situasi luar biasa tadi, suami saya ikut exit Ulu Tiram utk masuk ke Highway E22 ni. Perjalanan baru je melepasi tol Ulu Tiram dlm 5km rasanya, dekat depan saya nmpk putih je, tak nampak jalan langsung. Saya dah rasa sedikit takut, almaklum highway E22 ni pagi-pagi tak byk kenderaan. Takut la apa-apa yg tak elok berlaku. Kereta yg dipandu dari 100km/j terus berkurangan kelajuan ke 60km/j, gara-gara jarak penglihatan cuma kira-kira 5mtr shj. Saya dan suami risau kalau-kalau kat depan kereta kami tu ada kereta lain tp kami tak nampak, mesti berlaku accident kan. Alhamdulillah, disebabkan kenderaan tak byk yg guna jalan tu, jadi risiko berlaku langgar bontot kereta depan adalah kurang. Suami saya sempat melawak, "kita masuk twilight zone ke ni?"... Hampeh betul...
Selepas lebih kurang 5 km melalui kabus tebal dgn jarak penglihatan cuma 5mtr, kabusnya semakin menipis. Saya urut dada tanda lega, kalau tak risau sungguh waktu kabus tebal tak nampak jalan tu. Tapi tak bermakna kabus tu terus hilang. Saya tgk jam dah pukul 7.05am, pelik sungguh dlm waktu begitu masih ada kabus tebal yg menyeliputi. Sepanjang Highway E22 tu terus berkabus. Suami saya kata, "ambik gambar la yang". Tanpa buang masa, saya capai handphone dalam bag, terus saya snap gambar2 pemandangan tatkala kabus menyeliputi jalan.
Suami saya turunkan sikit cermin kereta & hulurkan tangannya keluar, "Sejuk" katanya. Bila dibiar dlm 15saat, rasa sejuk tadi bertukar kepada titik-titik air. Saya pun cuba jugak, ya mmg sejuk. Situasinya sama masa saya berada di Gunung Raya, Langkawi dulu. Cuma yg tak samanya, Gunung Raya tu ketinggiannya lebih kurang hampir 900mtr, tapi highway E22 ni cuma kawasan bukit-bukau yg tak tinggi mana pun.
Apa-apa pun, saya rasa bertuah dpt merasai situasi luar biasa begini. Sungguh menakjubkan disamping menakutkan... Hahaha... Syukur dengan nikmat yg diberi oleh DIA utk merasai pengalaman sebegini. Gambar-gambar berikut sedikit sebanyak menerangkan keadaan kabus tebal pagi tadi. Oh ya, gambar diambil menggunakan camera handphone saje, jadi kualiti agak kurang ye.
Seperti berada di never ending road. Masa ni jarak penglihatan dah semakin luas, jadi tak risau sgt.
Jalan disebalik papan tanda tu tak kelihatan.
Waktu ni dah pukul 7.15am, disebabkan kabus tebal, matahari kelihatan spt bulan berwarna oren :)
Seakan-akan hilang dr pandangan.
Pandangan setakat itu sahaja, lepas dr kabus tu mmg tak nampak apa.
This is my fav pics, pokok2 tu nmpk separuh je :)
Masa ni kabus dah hampir-hampir menghilang.
Labels:
Interesting facts,
Surprise me
Thursday, August 11, 2011
11 Ramadhan 1432 Hijrah - Bazar Ramadhan JB
Assalamualaikum.
Its been a while since my last entry. Gila lama tak update blog, 1st day puasa pun tak sempat nak wish apa2 (macamlah ramai no org singgah blog ni kan). Disebabkan harini saya sampai ofis pukul 7am, maka saya pun menulis la semula di sini.
Hmmm... diam tak diam harini dah hari ke 11 kita semua berpuasa tahun ni, atau lebih tepat tarikh harini ialah 11 Ramadhan 1432 Hijrah (sbb kurang pasti thn ni thn Hijrah yg ke berapa, saya siap google dulu.. hehehe). Setakat ni, alhamdulillah masih dapat merasa nikmat berpuasa seperti tahun-tahun yg sudah, cumanya saya tak dpt menyambut hari pertama hingga hari ketiga puasa gara-gara "kawan baik" saya dtg menjengah tiap bulan. :)
Alhamdulillah juga, anak bujang saya, Danish Irfan boleh berpuasa penuh, cumanya tiga hari pertama berpuasa dia cuma puasa separuh hari. Tapi lepas dia tgk kita org kat rumah semua puasa penuh, dia pun semangat nak ikut puasa sampai waktu berbuka. Ada jugak hari-hari yg dia request nak berbuka separuh hari, tapi saya pujuk dia supaya sabar. Saya janji akan bagi duit raya jika dia berpuasa penuh. Nampak macam tak ikhlas suruh dia puasa, tapi takpelah. Sekadar nak reward sikit utk usaha dia berpuasa. Itu saje, takde niat lain.
Cerita pasal berbuka, saya rasa setakat ni belum betul-betul masak yg best utk berbuka. Tak sempat, walaupun ofis bg kelonggaran balik awal setgh jam dr waktu biasa, tapi kalau dah semua kilang kat Pasir Gudang ni keluar serentak, mau tak jammed jalan. So, selalunya beli lauk dekat kedai ataupun dekat bazar saje. Cerita pasal bazar ramadhan, mmg menjadi agenda saya dan suami utk jengah 2 tmpt utama bazar ramadhan yg jadi tumpuan setiap kali berpuasa.
Kami suka cari bazar yg meriah dgn peniaga dan pembeli, maka tempat 1st yg saya pergi ialah bazar ramadhan Kg. Melayu, Majidee. Mak ooiii, ramai gila org kat sana. Pilihan makanan jangan cakap lah, macam-macam ada. En. suami saya mmg wajib pergi bazar Kg. Melayu ni semata-mata nak cari Nasi Kerabu, tu mmg favourite dia lah. Saya pulak, cari nasi Arab :) Ingatkan nak beli popia basah, tapi memandangkan queue utk membelinya panjang, jadi saya batalkan hasrat. Hehehe. Ada sorang peniaga ni, dia cuma jual karipap saje, dia punya karipap satu van penuh. Org pun mmg ramai la yg tunggu giliran utk dilayan. Saya cuma beli sikit je, ada org tu beli sampai RM6, byk betul. Alhamdulillah, makanan yg dibeli tidak mengecewakan, walau harga agak mahal, tapi tak kisah la janji rasanya sedap. Semua habis dimakan, takde yg terbuang. So, tiada pembaziran berlaku :)
Ok, bazar kedua yg wajib saya pergi ialah bazar ramadhan dekat BBU or nama penuhnya Bandar Baru Uda. Dekat sini pun makanannya boleh tahan byk pilihan, tapi saya rasa lebih byk pilihan dia bazar Kg. Melayu. Macam biasa, suami cari nasi kerabu, Danish nak roti jala dan saya ternmpk org pakistan jual nasi Arab, apa lagi saya beli satu utk saya. Saya rasa inilah nasi arab yg paling sedap saya pernah makan. Walaupun setakat nasi & kambing, tp rasanya tu mmg sedap sungguh. Maybe sbb org sana yg masak, jadi rasanya mmg tak sama macam org kita buat. Makanan sampingan lain yg saya beli, ada Chukue. Chukue ni saya tak pasti makanan org dari mana, dibuat dr tepung beras dan atasnya ditabur dgn daging cincang, carot, lobak asin, daun bawang & bawang goreng. Rasanya boleh tahan juga. Then ada popia basah, saya tak sempat nak rasa popia basah tu sbb dah kekenyangan.
Apa yg saya boleh kata, kedua-dua bazar ni mmg tidak mengecewakan. Makanan yg dijual walaupun agak mahal, tapi puas hati dengan rasanya. Duit keluar untuk beli makanan dekat bazar mmg agak terasa la, tapi tak kisah la janji apa yg kita beli tu menepati citarasa dan tiada pembaziran.
Ada lagi bazar yg saya wajib singgah tapi belum ada kesempatan lagi. Bazar ramadhan Pasir Gudang, yg ni pun meriah dengan pembeli dan peniaga. Kadang-kadang tu sampai kena bersesak-sesak dgn org ramai dekat sesetengah kawasan. InsyaAllah, kami akan singgah sana sebelum kita cukup puasa 29 hari tahun ni.
Hmmm... Selalunya tiap kali bulan puasa saya akan cari menu wajib saya, iaitu Ayam Percik, tapi kali ni saya tak terasa pun nak makan ayam percik. Menu dah beralih arah kepada nasi Arab. Hahaha. Cukuplah cerita pasal bazar dulu ya. InsyaAllah kalau saya kerajinan, saya sambung cerita lain pulak. :)

Ramadhan al-mubarak
Subscribe to:
Posts (Atom)