Ramai yg memuji, maka kembang setaman la adik saya tu kan. :)
Sebenarnya, dari dulu lagi saya & adik saya dah buat gubahan utk hantaran ni. Semua sepupu sepapat saya yg akan bertunang ataupun yg akan mendirikan rumahtangga, maka saya & adik saya la yg akan menyiapkan hantaran mereka. Lepas ni, mmg kami berdua akan lebih serius dalam bidang ni. Saya akan cuba buat marketing (walaupun saya x suka bidang marketing), utk cari sales. Hmm... Langkah seterusnya, saya rasa perlu utk mengembangkan lagi bisnes ni ialah utk membuat business card. Dah ada dalam kepala saya ni sejak dari minggu lepas lagi, tp masih belum berkesempatan nak buat je.
Oklah, kat bawah ni gambar2 hantaran yg mostly disiapkan oleh adik saya. Komen yg diberikan, amat memuaskan kami. :)
Tp mintak maaf la ye, kualiti gambar je kurang memuaskan. Al-maklum, guna kamera henpon je. Maka kualitinya x boleh setanding kamera DSLR ye... :)
9 Dulang dari pihak perempuan.
Tepak Sirih.
Cincin & bunga rampai.
Senaskah Al-Quran.
Set minyak wangi.
0 comments:
Post a Comment