CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 29, 2010

I pening (>.<)

Semlm kata ada dalam silence mode kan, tetiba arini tak jadik pulak...
Haihhh... pening kepala saya nih...

Pagi2 tadi, before pegi kerja, mama saya bg tau bibik nak balik kg emergency. Suami dia meninggal last night (Innalillah hiwa innalillah hiroji un) sebab accident.

Sekarang ni saya pening memikirkan sapa nak jaga anak2 saya tu. Hmmm... bibik tu janji nak balik sini semula, tapi tu lah... saya tak tahu berapa lama dia akan balik sana.

Saya kena fikir solution dengan pantas, esok lusa mesti bibik tu dah takde. So, kena cepat buat keputusan. Samada cuti tanpa gaji @ mintak tolong adik saya @ hantar kat babysitter lama iaitu makcik saya @ bla bla bla....

Fikir fikir fikir.... (>.<)

Tuesday, September 21, 2010

Still in raya mood :)

Hari Sabtu lepas, saya & family pegi KL. Tapi cuma balik hari je lah, tu pun sebab ex-adik ipar mintak tolong hantarkan anak2 dia balik rumah dia. Dianya tak leh jemput sbb kena attend open house umah menteri katanya.

So, saya & anak beranak saya + adik saya pergi la ke KL, kiteorg bertolak dari JB kul 9.40am.
Sblm hantar anak2 sedara saya tu balik rumah diaorg, saya sempat pergi umah mak sedara saya kat Saujana Impian, Kajang. Siap makan tengahari pastu baru gerak tuju ke Ampang.

Sampai kat Ampang Saujana ex-BIL saya tu still lum balik lagi, yg ada bibik dia je. So, tunggu dia balik. Lepas dia balik, kiteorg tak duduk lama sgt lah. Sebab dah plan nak pergi rumah kakak angkat saya kat Tmn Sri Bahtera, Cheras pulak. Sampai kat umah kakak angkat saya tu dah dekat2 pukul 4ptg. Lama gila tak jumpa dia. Last jumpa masa dia nya majlis kahwin kat Johor 2 thn lepas. Tu pun dia kawen dgn kawan saya jugaklah kiranya. Sama batch time study kat Akademi TV3 dulu. Sekarang dia dah ada anak pun, umur sethn setgh. Gila lama x jumpa dia. Huhuhu. Lepas duduk berbual dalam 1/2 jam, kitaorg mintak diri nak balik dulu.

Saya nak singgah Jln TAR. hehehe... itulah tujuan mengejar masa sbnrnya... :)

Sampai kat Jln TAR tu, parking kat dpn City One Plaza. Masuk Semua House, tukar baju sesiap. Pastu baru pegi jenjalan kat situ. Niat saya nak carik tudung utk tambah stok dekat Charisma Boutique tapi bila dah tgk kain2 kat dalam tu, terus cancel niat carik tudung. So, saya pun memborong la kain cotton kat situ. 30 pasang gak saya borong kat situ. Yg best, kalau tak habis jual boleh tukar. Bila2 pun takpe kata akak tu.


Baru nak pilih2 kain...


Dah start mengombah kain2 yg dirasakan berkenan... hehehe...


Haihhh... mmg rambang mata lah tgk kain kat sini... huhuhu


Anak2 saya mmg sangat baik time nih... tak byk songeh langsung... :)


Then lepas dah pilih2 kain tu, saya round jln yg byk kedai tudung tu... saya dapat merembat shawl yg dah lame saya aim kat online tapi tak dpt beli... hehehe..
Lps dah abis round kat situ kite ke pasar malam Jln TAR pulak. But setakat round je lah, tak beli ape2 pun. Ingatkan nak makan laksa penang kat pasar malam tu, tapi takde tmpt kosong pulak... so, tak dapatlah rasa... Menurut kata adik saya, laksa penang kat situ sedap. Takpelah, next time saya dtg lagi ye... hehehe...

Lepas tu saya ajak diaorg semua balik. Ye lah, takut sampai JB lambat sgt pulak. Tapi adik saya ajak gi makan sup kat Doraisamy. Saya pun ikut jer lah. Sampai kat Doraisamy, saya order sup burung puyuh, adik saya sup gear box, cik abg saya pulak order sup campur... Sblm sup sampai, kiteorg pekena nasik lemak dia dulu. Tapi yg tak bestnya, nasik lemak dia agak jelantah means tak cukup masak. Tapi disebabkan dah beli, makan je lah kan. Sup dia mmg best, cumanya saya tak dpt nak mengabiskan sup sbb anak dara saya dah start nangis, maybe ada kucing main2 kat kaki dia gaknya, then tercakar kaki dia. So, dia menangis cam hape jer... geram gak tgk... huhuhu...

Saya suh hubby saya cepat2 makan, sbb saya dah tak boleh tahan dgn anak dara saya yg nangis tak berenti2 tu. Lepas makan, bayar terus kitaorg gerak balik JB. Dari sana lebih kurang kul 8 kot. Tapi biasalah kan, jalan MRR tu jammed. Sampai tol Sg Besi dah pukul 9 mlm.

Lebih kurang sampai kat Seremban saya dah tertido. Tak larat betul mata saya ni.
Tiba2 sedar dah sampai kat tol Skudai. Tgk2 jam dah pukul 12tgh malam. Hmmm... ni mesti cik abg rempit la nih. So, saya sampai umah lebih kurang dlm 12.20tghmlm.

Balik tu terus mandikan anak2 saya, kebetulan diaorg dah segar mata gaknya sbb baru bgn tido (sepanjang perjalanan diaorg tido). Lepas tu saya pulak bersih2 kan badan. Dah siap semua terus tido. Barang pun tak kemas... Penat gila rasa... huhuhu....

Esoknya saya pegi rumah makcik kat Singapore pulak. Tapi, nnt saya sambung citer kat entry lain pulak la ek. Tak sempat dah nak menaip...

Friday, September 17, 2010

Hari raya saya (Part 2) :-)

Salam lebaran buat semua :)


Kejap je harini dah masuk 8 Syawal, lebih kurang seminggu kita semua dah beraya.

Saya belum habis lagi beraya rumah sedara-mara. Takpelah, raya kan sebulan. InsyaAllah sempat nak habiskan beraya umah pakcik makcik & sahabat semua. :)

Phewww… Lambat benor saya nak update citer hari raya kan. Blog2 lain semua dah berzaman update cerita raya masing2. Bukan apa, mood nak menaip tu belum mari. So, harini bila mood tu dah mari barulah syok sket nak berstory mory :p

Oklah, haritu dah layan gambar kan…. Harini kita layan story sket la ek.
As u all know, tahun ni saya beraya kat rumah family cik abg. Tak jauh mana pun, balik Sri Medan, Batu Pahat je. :)

Saya ada kat sana dari sehari seblm raya sampai raya ke 4. Tu pun raya ke 4 round umah kawan cik abg kat sana dulu baru bertolak balik JB. Sampai umah dah dekat nak maghrib jugak.

29 Ramadhan

Dua hari seblm raya, saya masih kerja. Tapi saya kerja ½ day je lah. Sbb ada lagi kuih yg x siap. So, balik dari kerja tu saya siapkan lagi sejenis kuih & buat kek coklat utk bawak balik kg. Semua tu siap dah pukul 6ptg, tp kek belum siap bakar lah. Sementara tu ajak cik abg pegi bazaar for the last time before balik kg. Pegi bazaar dekat dgn rumah je, tp mostly dah tak ramai yg berjualan. Saya pun beli sket2, terus balik rumah. Tunggu waktu nak berbuka tu rilek2 kejap. Lepas berbuka, start packing barang utk balik kg esoknya.

Jenuh packing barang, berjam jugaklah saya sort bebaju saya, cik abg & anak2 saya. Haihhh… macam nak balik kg seminggu gamaknya. Huhuhu… Tapi dah namanya pun raya, haruslah banyak baju yg nak dibawak kan. Sampai cik abg saya kata, “bawak la satu almari tu yang, senang sket” huhuhu… Hampeh kan.
Saya siap packing barang dah pukul 12 lebih jugak. Mane tak lambatnya, lipat baju sambil tgk TV, mmg lambat la keje siap. Hehehe..
Sblm tido, kunci jam kat henpon utk bgn sahur. Ingatkan nak ajak anak bujang saya tu puasa for the last day esoknya. Tapi, saya tak dengar langsung bunyi alarm kat henpon tu bunyi. Tu la padahnya bila tido lambat. Padan muka saya. Kitaorg tak bgn sahur for the last day puasa tu. Gara-gara kesiangan. Celik mata tgk hari dah terang.

30 Ramadhan

Pagi tu bgn terus bersiap2 utk balik kg. Tapi gitu gini, dekat tghari jugak saya bertolak balik sana. Anak dara saya tu pulak demam on/off, selera makan pun takde. So, sblm balik tu singgah drive-tru Mc D and belikan dia bubur. So, suap dia makan dlm kereta. Alhamdulillah, berselera sket dia makan. Saya takut gak kot2 dia merengek je dlm kereta. Tapi nasib baik lepas makan tu dia tido je sepanjang perjalanan.

Sampai je kat kg, saya tgk family in-law saya rilek je, tak macam org nak sambut raya. Cuaca toksah cakap lah. Panas giler. Saya yg masih mengantuk ni, just nak lelapkan mata. Lepas bagi anak dara saya ubat, terus tidokan dia semula. Saya pun apa lagi, ikut anak dara saya belayar. Hehehe… Hubby keluar, dia kate nak carik kedai repair air-cond keta. Keta tu air-cond ada problem, almaklum keta dah “season” mmg la byk problem. Saya pesan kat dia belikan kek birthday Damia sekali. Pas dia keluar tu, dlm sejam lebih dia balik semula. Then hubby kejut saya yg tgh tido lagi, saya tanya dia “cepatnya repair air-cond?” dia kate kedai tutup. Patutlah cepat dia balik. Lepas tu dia ajak saya round2. Saya ok jer lah. At least kalu duduk dlm kereta takde la kepanasan. Pusing punya pusing, singgah bazaar kat mane tah. Lupa pulak nama tempat tu. Ada jugak la org meniaga, tapi dah x ramai. Beli juadah berbuka sket2, then balik semula. Jenuh carik org jual air batu. Semua tempat dah habis. Sampai rumah, org dah berbuka. MIL saya suruh kitaorg cepat2 batalkan puasa.

Lepas berbuka, saya duk layan anak dara saya yg demam tu. Merengek je dia. Taknak dengan org lain langsung. Saya pun takleh buat benda lain la. Nasib baiklah MIL saya takde masak2 utk raya. Lepas anak dara saya tido, saya tgk tv sorang2. Anak bujang saya & pakciknya sibuk main bunga api kat luar. Si pakcik bakar mercun bola. Aduiii, takleh tahan sakit telinga dgr bunyi mercun meletup sana sini. Huhuhu… Cik abg saya plak duk layan kawan dia dtg umah, memasing sibuk ngan gadget diaorg la kan. Saya malas la nak amek port. So saya layan tv je lah… hehehe..

Lepas tu saya pun tak tau bile masa kitaorg masuk tido. Rasanya dlm kul 12 kot, lepas tgk Sampaikan Aidilfitri, tu pun tgk tak habis rasanya.

Pagi Raya (1 Syawal)

Esoknya, cik abg saya kesiangan lagi. Padahal dia dah kunci jam nak bgn pagi. Saya pun tak sedar hari dah siang. Adehhh… subuh kelaut la jawabnya. Mana taknya, pepagi hujan dah turun. Sejuk je rasa. Tu yg tak perasan dah pagi. Huhuh…
Kiteorg sedar tu pun bila MIL ketuk pintu bilik, tgk2 jam dah pukul 8am. Alamak, baju melayu cik abg saya tak gosok lagi ni. Kelam kabut saya gosok baju dia, pastu dia pun kelam kabut mandi & bersiap2 utk pegi semayang raya. Anak bujang saya nak ikut ayahnya, tapi saya x sempat nak siapkan dia. Muncung kejap la mulutnya tu. :)

Lepas siap menggosok, saya siap2 kan anak2 saya. Hmmm.. Anak dara saya still demam. Hati dah mula risau, sbb dia dah demam masuk 4 hari. Dah makan antibiotic 2 hari pun still demam lagi. Biasalah anak dara tu kalau demam, sure merengek je. Then bagi dia ubat. Ubat dah jalan demam dia kurang sket. Tapi mengamuk ajak nak jalan. Almaklum semua org dah pakai baju cantik, dia ingat nak pegi jalan lah tu.

Pagi raya tu takde aktiviti apa pun. Lepas cik abg balik sembahyang, saya siap2 smua pastu amek gambar, pastu makan, pastu duduk tgk tv. Haihhh… sgt membosankan. Lupa nak citer, kitaorg makan nasi goreng je. Pastu mlm semlmnya PIL saya buat lepat pulut & ada jiran kasi rendang daging. So, kitaorg makan tu jer lah. Nilah salah satu reason saya x suka beraya kat umah PIL saya. Sbb suasana raya dia tak meriah cam kat rumah mak saya. Nasib baiklah saya dah biasa dgn suasana pagi raya camnih, dulu masa x tau rasa nak menangis je pagi raya makan mee goreng. Huhuhu.. sedih betul time tu. Tapi skrg dah tau, tak kisah sgt lah.

Lepas makan & rilek2, kiteorg potong cake birthday anak dara saya tu. Hahaha. Berebut nak tiup lilin ngan abg dia. Lagi lawak, ayahnya baru je pasang api kat lilin tu, tak sempat nak buat apa anak dara saya dah tiup dulu. Hehehe. Saya cakap ngan anak dara saya “Adik lepas potong cake ni cepat2 baik demam ye” hihihi… saje je cakap camtu, sbb duk risau dia demam je. Takut kena tahan kat ward, dah la hari raya. Jenuh la kalu kena masuk ward.

Lepas tu saya keboringan tak tau nak buat apa. Jadik tido je lah aktiviti dlm list. Hahaha. Cuaca hari tu pulak mendung je, dari pagi hujan lebat sampai ke tengahari. Ptg baru hujan berhenti. So, mmg syoklah tido sejuk2 camtu. Heheheh…
Malam tu barulah keluar beraya kat umah sedara area2 situ. Anak dara saya masih demam, saya cakap ngan cik abg “kalau esok mia tak baik demam jugak, kita bawak dia pegi hospital la”. Cik abg angguk je. Yelah, risau demam on/off, tak nak makan, tak nak susu. Kurus dah anak dara saya tu. Malam tu sblm tidokan bagi dia ubat lagi. Masa tido tu badan dia still panas lagi. Saya mmg dah nekad kalau dia still demam, esoknya saya nak bawak dia pegi hospital. Ubat antibiotic mmg dah abes terus. Tapi demam tak baik2 lagi. Mmg risau tahap gaban dlm hati ni.

2 Syawal

Bangun pagi tu, benda pertama saya buat ialah rasa dahi anak dara saya. Alhamdulillah, demamnya dah takde. Tapi saya still risau jugak. Takut demamnya berulang lagi. Saya monitor suhu badan dia sampai pukul 10am. Lega sangat bila sampai tengahari demamnya dah kebah. Dah tak merengek lagi. Senang hati. Lapang dada. :)

As usual aktiviti raya ke2 sama jugak macam raya pertama. Tapi raya ke2 saya dah malas nak pakai baju raya. Sbb kepanasan dah melanda. Takde buat apa2, just duduk kat rumah tunggu org datang. Tapi takde pulak tetamu yg datang. Kalau ada sorang dua je.

Saya ajak cik abg pegi beli bubur utk anak dara tu. So, keluar la pegi ke Mc D kat Bandar BP. Sblm tu saya singgah Carrefour dulu carik barang sket kat sana. Lepas dah beli barang yg nak tu baru lah queue utk beli bubur tu. Dah la byk keta kat drive-tru nya. Air-cond pulak buat hal, angin je kluar tapi tak sejuk. Lepas tu anak dara saya ni pulak dah start melalak. Kepanasan + kerimasan membuat saya nak kemarahan. Huhuhu. Dah tak boleh sabar je rasa dgr anak dara tu nangis. Ayah dia pun dah rimas jugak, so apa lagi. Anak dara tu kena marah la kan. Lepas kena marah baru nak berenti nangis.
Bila dah tiba giliran kitaorg order, sgt hampa bila bubur dah abes. Aduhai… baru pukul berapa bubur nasik tu dah abes. Hmmm… kesian anak dara saya tu. Tapi nasib baik dia still nak makan kentang goreng. So, at least ada jugak la kabohidrat masuk kat dlm badan dia tu. Saya risau sbb dia kalau tak makan terus, mesti nnt dia komplen sakit perut. So, bila dia dah nak makan sket tu lega jugaklah hati saya nih. Lepas tu balik rumah, lepak2 kejap, saya tidokan anak dara saya tu. Saya just baring2 sambil tgk tv, terlelap kejap dlm 10min rasanya.

Malam tu baru keluar beraya ke rumah sedara lagi. Tu pun sambung dari semlmnya. Sekejap je keluar, rumahnya pun dekat2. Jalan kaki je.

Kesimpulannya, raya ke2 kat sane still boring. So, bila boring, kuranglah ceritanya. Huhuhu..

3 Syawal

Raya ke3 ni baru best sket. Family saya dari JB plan nak datang. So, MIL saya sibuk la nak masak2 utk diaorg makan tengahari. Tapi hari tu jugaklah ramai tetamu yg datang. So, saya cakap ngan MIL saya biar saya take over tugas masak2 dia. Biar dia layan tetamu / sedara yg datang. Saya masak lauk yg MIL saya suruh masak. Tak byk lauk pun, just asam pedas ikan & goreng sayur. Yang lain2 tu mak saya dah masak dulu.

Dah la panas, duduk dapur lagi lah panas. Bila family saya sampai, diaorg tgk muka saya, katanya muka cam kena bakar, merah + gelap. Huhuhu. Nak buat camane, dah rumah tu mmg panas pun. Mana tak panasnya, atap zink direct atas kepala. Cuma bahagian ruang tamu je ada siling. Bhgn tengah & dapur rumah semua atap zink. Kalu bukak kipas laju2 pun tak guna, sbb akan rasa angin panas je.

Lepas diaorg dah makan2 semua, diaorg nak pegi beraya kat umah kakak kepada adik ipar saya dekat dgn UTHM. Saya pun apa lagi, tergedik2 la nak ikut. Bosan duk kat umah je kan. Saya siap dgn kadar sepantas kilat. Siapkan anak2, mekap cepat2 pastu terus keluar. Fuhhh.. lega dapat duduk dlm air-cond. Pegi beraya tu kejap, then balik umah semula. Memula cik abg kata nak singgah raya rumah kawan dia, tp kawannya takde pulak. So, kita balik umah straight je lah.

Malam tu, sambung beraya rumah sedara mara cik abg for the last night. Dapat la pergi dua rumah lagi. Ok, habis beraya kat kampong. Cukup semua rumah kita dapat pergi. Mlm tu jugak saya packing barang utk balik esoknya. Yeayyy! Hati dah berbunga riang nak balik rumah… Hehehe…

4 Syawal

Pepagi lagi saya dah bangun, sbb kononnya cik abg kata nak bertolak balik pagi. Saya ni pun ye ye lah siapkan semua beg & letak kat luar pintu bilik. Sekali, mak mertua saya kata “tunggu abah balik keja tghari ni baru balik ye”.. ishhhhhhh… ada saje halangan nak balik awal. Huhuhu… Ayah mertua saya dah start keja rupanya. Hmmm, nak tak nak kena gak la tunggu abah saya balik makan tengahari.

Saya gosok bebaju yg nak pakai balik nnt, sbb cik abg kata nak singgah umah kawan dia sblm balik JB. Siapkan anak2 dulu, then baru saya bersiap. Dlm masa tgh bersiap tu abah pun balik. Time tu dlm kul 11 lebih kot. So, kitaorg pun pack semua barang masuk kereta. Salam2 mintak maaf semua, terus gerak pegi umah kawan cik abg kat Bandar Batu Pahat. Duduk beraya kat rumah dia baru kejap, anak dara saya dah sibuk “jom, jom” ajak balik. Huhuhuh… pastu cik abg ajak kawan dia tu pegi beraya ke rumah sorang lagi kawannya kat Senggarang. Anak2 saya sepanjang perjalanan tu tido. Saya pun tertido jugak dlm kereta. Bila sampai pun anak2 saya still tido, kesian pulak nak bangunkan diaorg. So, cik abg suh saya tunggu dalam kereta. Dia & kawan dia je lah yg masuk beraya kat dlm. Saya ni kat dlm kereta tak tau nak buat apa. Saya bagi chance sejam kat cik abg duk dlm rumah. Lepas tu saya call ajak balik. Jenuh nak tunggu dia turun, dua kali call baru la nak balik. By the time cik abg sampai kat kereta, anak2 saya semua dah bangun.

Kitaorg bertolak balik dr Senggarang dlm pukul 4pm, cik abg kata nak ikut jalan pontian je, taknak masuk highway. Saya ok jer, at least lalu jalan lama boleh tgk rumah2 org. hehehe..
Sampai kat rumah dlm pukul 6pm jugak. Haihhhh… lega betul bila dah sampai rumah sendiri. Err.. walaupun tu rumah mak.. Hehehe…

Hmmm.. cukuplah saya bercerita takat ni dulu, dah panjang pulak saya menaip ni. Tu lah dia, mood nak menaip mari sampai panjang berjela bercerita. Hahahaha…

Next time kita sambung story lagi. :)

Wednesday, September 15, 2010

Hari raya saya :-)

Layan gambar dulu ek.... story kemudian :)

Abg Danish - sibuk ngan kain samping dia :)


Adik Damia - Demam ; mood x berapa nak ok :(


Dia mmg suka buat jari dia camtu, tak tau nape.. hehehe...


Tak tau la gaya apa yg Abg Danish ni nak buat sebenarnya... :D


Yeayyy!!! Dapat duit raya dari atok :D

Bergambar dgn atuk je, nenek sibuk kat dapur... huhuhu...

Tgh berangan ape tu cik abg oiii.. hahahaha....


I just love this pic. :)


One family
- pic spoil sbb Damia nangis, dia nak ajak org pegi jalan sbb smua org dah pakai baju cantik, dia takut kena tinggal... huhuhu....

Haihhh... kembang btol mak dia nih... tah bile nak kurus gaknya... huhuhuhu...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Happy Birthday my lil princess :)

Diam tak diam kita dah hampir ke penghujung Ramadhan 2010.
Sekejap betul masa berlalu kan. Haihhh.. rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan ramadhan. Tak tahu la tahun depan jumpa lagi ke tak.

Saya percaya semua kat luar tu dah siap persiapan rayanya. Sama jugak macam saya. :)
Cuma tinggal nak buat lagi sejenis kuih & nak packing barang utk balik kg esok pagi.
Tahun ni turn raya kat kg en.abg, jadiknya baju kena packing banyak sebab saya malas nak membasuh kat umah MIL. Takut hujan berterusan & baju tak kering. Leceh. Baik saya ambik langkah selamat dgn bawak lebih banyak baju. :)

Hari ni saya masih bekerja, tapi cuma 1/2 hari sahaja. Pukul 12tgh hari nanti cik abg saya jemput balik.
Cumanya cik abg saya masih bekerja seperti biasa sampai petang.

Saya beraya kat kg cik abg cuma 3 hari je. Cuti tahun utk bulan ni dah habis, so terpaksalah naik keja awal. Hari Selasa depan saya dah kena kerja. :(
Kawan2 saya kat opis ni semua naik keja hari rabu. Tapi tgk lah, agak2 saya belum ready nak keja, saya buatlah apa2 yg patut... Hehehehe...

Hmmm.. esok (09/09/2010) birthday lil princess saya. Umurnya genap 2 tahun, tapi kesian dia dah dua hari badan dia dedar je. Macam demam tapi tak panas sgt. Bagi ubat demam pun camtu jugak. So, balik keja nanti saya nak bawak dia pergi klinik. Nak kena bagi antibiotik la nampaknya.
Esok birthday dia, last day puasa pulak tu, kami cadang nak belikan dia kek. Kesian anak dara saya tu, belum pernah celebrate birthday dia lagi. Camane nak celebrate, lahir dalam bulan puasa. Maknanya 2 thn la dia sambut birthday dalam bulan ramadhan. :)
So, this year rasanya just buat small celebration je lah. Just within our family members, dekat umah atuk kampung :)
Lama dah tak menempek gambar princess saya ni, kat bawah ni ada few pics gambar dia :)

Melaram dgn shades Mommy (^_^)

Susah nak ambik gambar dia sekarang...

Anak dara ni pantang tgk Mommy dia mekap2, kompem nak org mekapkan dia sekali :)

So my darling princess Nur Damia Raihanah, Happy 2nd Birthday. Moga anak mommy membesar dgn menjadi anak yg solehah, hormat org tua, pandai jaga diri & jadi org yg berguna pada keluarga & juga negara ye. :)
Err... Mia dah besar nanti nak jadik apa? Mommy suggest Mia jadi fashion designer ya. Mommy minat dlm fashion, tapi mommy tak pandai. So, Mia take over mommy nya minat boleh? Hehehe... Tu pun kalau Mia suka la, kalau tak suka tak apa. Tapi, kalau Mia betul2 nak jadik fashion designer, jadi lah pereka fesyen busana muslimah ya. InsyaAllah, Mia boleh buat. :) Aminnnnn... Mudah-mudahan termakbul la doa Mommy ni ya. (^_^)

Oklah, saya pun dah takde mood nak menaip lagi... Hati ingat kat rumah je, tak sabar nak balik tengahari karang. :)

Last but not least, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog saya ni (errr... ada ke orang baca.. huhuhu).

Saya tak pandai nak buat kad raya sendiri, so saya buat yg seadanya sahaja :-)

Thursday, September 2, 2010

tiadakah???

Company ooohhhhh company...

Adakah anda tidak perasan bahawa gaji 1/2 bulan tu tak cukup utk kami sambut raya?
cubalah anda bertimbang rasa sedikit utk memberikan kami gaji yg pertengahan bulan tu dihimpun sekali dlm gaji awal bulan nih.

Bukannya byk sgt... kami ni betul2 nak guna duit utk belanja hari raya...

Diharap en.company dapatlah mempertimbangkan permintaan kami ni hendaknya.

Sekian dari kami yang mengharap adanya 1/2 bulan gaji awal dr pihak company.

Wednesday, September 1, 2010

M.E.N.G.A.N.T.U.K

Inilah padahnya bila "terkurang" tidor. Sampai opis dgn mata sembap & black circle around my eyes.
Arrgghhh... rasa cam mata panda bila tgk kat cermin. Haihhh... Saya akan make sure lepas raya ni saya akan mendapat tido yg cukup.

Malam merdeka haritu, saya tido lambat. Dalam pukul 1.30am. Bukannya saya pegi countdown yek. Saya berbuka puasa kat luar dgn adik-beradik saya, afterwards kitaorg decide nak pegi pasar borong pandan. So, bertolak la ke sana. Sampai sana, org dah ramai. Nak cari parking pun payah. 3 kali gak pusing kat situ. Last2 letak je la kereta kat tmpt yg sepatutnya diletak. Nasib la, dah org lain pun buat, kita pun ikut je lah. Hehehe...

Saya takde membeli sangat, just tgk2 and sekali ternampak shawl yg saya berkenan kat tenet. So, beli satu shawl tu je lah. Ada jugak shawl lain yg saya berkenan, tp disebabkan harganya yg agak mencekik darah, so saya x beli. Tapi tu lah masalah saya ni, balik umah duk teringat je. Haihhh... Mmg nak kena beli gak la nmpknya, kalu tak sampai abes raya pun saya akan duk ingat je kat shawl tu. Macam2 ada kat sana. So, sesapa yg duk JB and nak carik kelengkapan hari raya, boleh la shopping kat sana. Harga pun oklah, takde lah mahal sgt. Sedang elok pada saya.

Pusing punya pusing, jam dah pukul 11pm. Cik abg dah ajak balik. Sampai rumah dalam kul 11 lebih, anak2 saya dah tido rupanya. Lepas bersihkan badan, mata saya x mengantuk lagi. So, saya duduk depan TV temankan cik abg saya menonton and saya pulak sambung jahit manik kat baju kurung anak dara saya. Sebab tu la saya tido lewat, konon ingatkan esoknya tak kerja. So, saya pun takde lah nak masuk tido awal.

Esok paginya lebih kurang pukul 7.30am saya dah terjaga (saya x bgn sahur sbb saya x bole puasa). Bila dah terjaga tu, mata dah takleh nak lelap semula. Anak2 saya pun dah bgn, so saya pun bgn la jugak. Saya sambung jahit manik lagi. Hehehe... Kemaruk menjahit manik plak saya sekarang ni. Tapi kejap je lah. Lepas dah siap satu baju tu, saya bersihkan diri. After that, sambung buat kuih pulak. Macam2 saya ni kan. Jahit manik lah, buat kuih la. Macam2... Nak raya kan, so macam2 benda la saya nak buat. :)

Buat kuih leceh ni mmg menduga kesabaran. Patutlah org jual kuih almond london tu mahal ek. Sebab nak membuatnya leceh yg amat. Nasib baik saya x boleh berpuasa, jadik takde la saya lepak sgt. And nasib baik jugak mak saya and pembantu rumah tolong sikit2. Saya start buat kuih dari tengahari then siapnya lebih kurang lagi sejam nak berbuka. Punyalah lama kan. Ni pun ada lagi few jenis yg saya nak buat. Semlm dah x larat nak sambung, so saya stop terus.

Semlm saya tak ke mana2, memula ingatkan nak ajak cik abg pegi City Square, tapi disebabkan kuih saya tak siap lagi so cancel lah. Hmmm... tunggu gaji clear baru leh jalan2. Kalau tak buat sakit hati je jalan2 tapi takleh beli apa2. :)

Dah abes menaip entry ni, mata saya dah agak segar sket. So, baik saya sambung buat keja :)