CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 24, 2010

.::Yeayyyy!!!::.

Yeayyyyyyyy!!! Hubby saya dah selamat sampai rumah... tp sbb dia sampai pun time saya dah tido, jadik x sempat la saya nak berbual ape2 ngan beliau... hehehe... Syok tido ada org nak dipeluk...

Pagi ni belum ada mood utk berbual lagi, maybe sbb baru bangun tido. Cuma Danish je la yg duk tanya itu ini dlm kereta. Danish tu pepagi hari dah bgn, semlm tido awal, pagi ni kul 6.30am dia dah bgn tgk TV. Time ayah dia nak hantar saya pegi keja, dia nak ikot. Damia still asleep.

Balik karang nak ajak hubby jalan2 kat Jusco, dah lame x bawak budak2 tu memain kat sana. Petang nnt la ajak dia.

Owhhhh.... sungguh saya seronok bila hubby dah berada di sisi semula... :D

Thursday, April 22, 2010

.::When he is not around::.

hmmmm... Bosan bila en.suami xde di sisi... Luckily saya ada anak2 yg menemani. Dah lama x berjauhan dgn dia. Tiba-tiba dia kena hantar pergi konvensyen luar dari Johor, boring pulak bila takde org menyakat & mengusik. Tak kedengaran suara anak dara dia yg selalu dia sakat sampai nangis... hehehe. Boring ek bila suami xde kat sisi.

Baru 1 mlm saya kena tido sorang, rasa lapang je katil tu. Anak2 pulak tido kat bawah. Sangat2 lapang katil tu saya rasakan. Semlm mata susah nak lelap, baring pusing2 atas katil pun still mata x nak tido, beralih pulak baring kat celah anak2 saya, pusing kira, pusing kanan pun tetap x nak tido mata nih. Beralih semula naik atas katil, lepas tu baru la boleh tido. Tu pun rasanya dah nak dekat tengah mlm. Hmmm.. Dah lama saya x merasa tido sorang2 nih. Sejak hubby dah x keje shift, tido saya sentiasa bertemankan dia. Kalu dulu, time dia kena keja shift, selang 6mlm je saya dah kena tido sorang utk 3 mlm. Mase tu saya x kisah pun kalu dia x tido sebelah saya. Tapi dah lama keje shift tu dia tinggalkan. Makanya terasa amat lain bila kena tido sorang2. Malam ni nak bawak anak2 saya tido sebelah saya la. :)

Semlm tgk CSI, favourite kiteorg laki bini. Rupanya tak best tgk sorang2 kan. Last2 saya tgk selang2, kejap tgk, kejap wat benda lain, kejap kang layan Damia pulak. X seronok nak tgk TV sorang. Danish pulak awal2 dah masuk tido, camtu la dia kalu siangnya dia x tido. Malam dlm kul 8 lebih je dah baring2 nak tido. Adik dia pun boring, xde geng nak main.

Layan Facebook tanpa gangguan, pun rasa x seronok. hehehe.. Selalunya berebut nak guna PC ngan hubby, tp bila dia x de, x pulak rasa freedom secukupnya. Rasa cam something is not complete. Huhuhu... Teruk la saya ni, dah kemaruk rindu kat hubby.

Hmmm.. ada lagi semlm je utk tido sorang, nasib baikla dia punye konvensyen tu x lama... Kalu x mau saya susah nak lelap mata tetiap malam.


Owwhhhhh... how I miss him...

Camane la kawan2 saya yg suami mereka kerja selalu kena outstation kan?
Haruslah tetiap hari menanggung rindu... huhuhhu...

Wednesday, April 14, 2010

.::Citer pasal tudung::.

Hmm... bukan nak kata apa la... saya rasa mesti smua org yg bertudung ni sedang dilanda demam tudung yg macam2, tak terkecuali saya... hehehe...

Sekarang ni dah ada macam2 fesyen tudung. Saya pun antara pengumpul tudung, saya rasa koleksi tudung saya lagi banyak dari koleksi baju. Baru2 ni, saya telah sekali lagi terjebak dgn supping online, apa lagi kalu bukan tudung kan.... hehehe... Tu pun lepas adik angkat saya kata saya lebih elok pakai shawl. Dulu mmg saya rajin la lilit shawl, tp bila lama2 jadik malas. Berlambak shawl saya kat dalam drawer, skrg dah x pakai. Then adik angkat saya kata cuba pakai shawl yg colorful, sure nmpk lebih muda. Cewahhh... ni dah perasan nak jadik cam org muda la pulak kan (macam la umur saya dah tua sgt :))

Rata2 blog shop yg saya surf, tgh "in" anak tudung syria, colorful shawl & tudung syria lycra. Saya lebih prefer anak tudung syria & colorful shawl, sbbnya tudung syria lycra kebanyakkannya pendek, x tutup dada. Tapi... tapi... tapi... ada sorang kakak ni, kenalan saya di sebuah forum suatu ketika dulu, sgt rajin menjahit. Saya baca blog dia baru2 ni, dia bercuti balik kg, so dia amek peluang tu utk jahit sendiri tudung syria lycra yg menutup dada. Cantik2 coraknya. Jadik saya sekali lagi terjebak utk supping online. Hehehe... Saya pun mintak dia reserve kan utk saya corak stripe, tp malangnya corak stripe tu dah dibeli oleh kawan beliau. Jadik saya mintak pula beliau reserve kan corak abstract, mintak2 ada la hendaknya. hehehe...

Walaupun kat online shop tgh "in" jual tudung2 camtu, tp kawan2 saya kat opis ni xde langsung terpengaruh dgn mende2 gitu. Diaorg tetap setia dgn tudung instant ataupun tudung bawal. Maybe saya sorang je yg supping online, mungkin saya sorang je yg selalu surf blog shop kan... Berkemungkinan... Skrg ni saya supping online, nnt sampai masa saya akan jual online pulak. Hehehe... InsyaAllah...

Saya x tau la samada muka saya ni sesuai atau tak pakai anak tudung syria + shawl tu. Kena try & error la jawabnya. Tunggu parcel saya sampai esok. Kompem saya melaram kat umah mlm tu jugak. Hehehe..

Wednesday, April 7, 2010

.::Sunglassess anyone?::.


Masing2 nak melaram dgn sunglass. Hahahaha...
Tgk muka Damia, abes hilang idung dia pas makei spec mommy. Dia ni mmg pantang nmpk mommy pakai sunglass, kompem la dia nak bukak dari mommy pastu letak kat dia.
Danish plak melaram ngan uncle dia punya spec. Si abg ni nampak hidung je kembang. Hehehehe...
Nanti mommy belikan anak2 mommy sorang satu sunglass yek... :)

Tuesday, April 6, 2010

.::Hantaran yg telah disiapkan::.

Sedia maklum, saya dan adik saya telah pun dgn besar hati menyiapkan hantaran untuk sepupu kami yg telah pun melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu lepas. Memula kata je saya & adik saya yg buat, tp bila dah dekat2 majlis tu still belum siap lagi. So, adik saya buat keputusan utk bertolak ke KL lebih awal & angkut semua barang2 tu dan siapkannya kat sana. Jadi, mostly hantaran tu 80% disiapkan oleh adik saya. Lagi 20% tu saya la yg buat. Hehehe...
Ramai yg memuji, maka kembang setaman la adik saya tu kan. :)

Sebenarnya, dari dulu lagi saya & adik saya dah buat gubahan utk hantaran ni. Semua sepupu sepapat saya yg akan bertunang ataupun yg akan mendirikan rumahtangga, maka saya & adik saya la yg akan menyiapkan hantaran mereka. Lepas ni, mmg kami berdua akan lebih serius dalam bidang ni. Saya akan cuba buat marketing (walaupun saya x suka bidang marketing), utk cari sales. Hmm... Langkah seterusnya, saya rasa perlu utk mengembangkan lagi bisnes ni ialah utk membuat business card. Dah ada dalam kepala saya ni sejak dari minggu lepas lagi, tp masih belum berkesempatan nak buat je.

Oklah, kat bawah ni gambar2 hantaran yg mostly disiapkan oleh adik saya. Komen yg diberikan, amat memuaskan kami. :)
Tp mintak maaf la ye, kualiti gambar je kurang memuaskan. Al-maklum, guna kamera henpon je. Maka kualitinya x boleh setanding kamera DSLR ye... :)



9 Dulang dari pihak perempuan.


Tepak Sirih.



Cincin & bunga rampai.


Senaskah Al-Quran.


Set minyak wangi.



Jam tangan & Sunglass.


Buahan & coklat.


Brownies (yg disponsor oleh saya) :p



Baju & seluar.



Kasut.