CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 17, 2011

Emosi - Menonton & Membaca

Hmmm... anda semua kalau tengok cerita sedih atau happy, macam mana reaksi muka? Pernah tak anda perasan?

I have to admit, yg saya ini seorang yg emosi ketika menonton. Tak kira cerita apa pun yg saya tengok, English, Malay, Hindustan, Chinese and etc, sure saya akan tengok dengan tekun dan emosi. Sampai suami saya kata saya cengeng atau tak betul. Hampeh kan?

Normal la kalau tengok cerita sedih, sure meleleh air mata. Kalau tengok cerita love story yg happy ending, sure senyum sampai telinga, kalau tgk cerita yg buat sakit hati, sure mulut ni mengutuk si jahat dalam cerita tu. Adat la tu kan. Hahaha. Kalau org lelaki tu lain lah, suruh la dia tgk cerita apa pun, sedih macam mana cerita tu pun takde nya dia nak feeling sedih.

Ada sekali saya tengah tengok drama (tak ingat drama apa), suami saya cakap kat anak saya,
Suami: "Tgk mommy tu, cengeng, sikit-sikit nak nangis".
Saya: "Eh, orang sedih la tgk cerita tu. Mestilah nak nangis, tu namanya penghayatan tgk drama"
Hahaha...

Then sekali lagi suami saya nampak, masa tu saya tgk drama jugak rasanya. Tapi masa babak romantic suami isteri rasanya, masa tu saya tengah tersenyum tgk adegan tu.
Suami: "Tgk adik, mommy senyum sorang-sorang, macam org tak betul dah tu"
Saya: "Sibuk la abg ni, orang senyum salah, menangis salah. Dah cerita tu tgh babak best, orang suka, mesti lah senyum je"
Saya: "Abg tu tgk drama takde perasaan gaknya, sebab tu la tgk tapi takde apa-apa tindak balas"
Hehehee... geram kadang tu, sebab saya ni mmg la org yg sensitif. Bukan takat menonton saja, kalau membaca novel pun sama. Kalau tengah cerita sedih, mmg bergenang-genang air mata masa tgh baca tu. Samapi kena stop lap air mata, pastu sambung baca semula. Nampak sangat saya menghayati kan?
Hehehehe.

Saya mmg suka menghayati setiap apa yg saya tonton dan juga baca, saya mahukan kepuasan dalam hati. Sekiranya saya setakat baca atau tonton tanpa menghayati, baik saya tak payah buang masa. Buat kerja lain lagi bagus. Tapi mungkin orang lelaki ni lain sikit, mereka ni kurang sensitif dengan benda-benda macam ni.

Baru-baru ni, saya tengok AIM. Semua org tahu pembukaan AIM masa tu Najwa Mahiadin yg buat persembahan kan. Saya tak nafikan suaranya mmg bagus, dia boleh bawak macam-macam genre lagu. Dari lagu Melayu Klasik, Pop Rock, Balad, eh boleh kata semua genre lagu dia nyanyi sedap lah. Saya mmg suka dia nyanyi masa AIM haritu.

Then semalam dengar lagu Got To Go dekat radio. Saya cakap dgn suami:-
Saya: "Nak beli la CD Najwa ni, lagu-lagu dia boleh tahan sedap"
Suami: "Mana ayang tau?"
Saya: "Haritu kan ada dengar dia nyanyi dekat AIM, tapi tu lah dia nyanyi dah sedap, tapi ekspresi muka dia tu sama je, macam takde feel kat lagu-lagu yg dia nyanyi"
Suami: "Eh, ok apa dia nyanyi macam tu"
Saya: "Mmg la dia nyanyi sedap, tapi kalau tgk muka dia tu, rasa macam tak sampai je apa yg dia nyanyikan"
Suami: bla... bla... bla... belajar dekat oversea... bla... bla... bla...
Meleret-leretlah perbualan kitaorg tu sampai nama Afdlin & bebudak belajar kat AF pun masuk. Hahaha...

Kadang-kadang conversation yg lain dari lain ni la yg akan buat topik perbualan tu jadik meleret-leret. Kesudahannya apa yang saya boleh katakan, Najwa Mahiadin nyanyi mmg suaranya best, tapi persembahan beliau seperti kurang penghayatan, jadi saya setakat suka dengar dia nyanyi saja, tapi kurang gemar persembahan dia.

Saya rasa mungkin ada antara anda sependapat dengan saya. Kalau apa yg kita tonton atau dengar, tapi jika setakat menonton dan mendengar tanpa ada penghayatan, takkan sampai maksudnya kepada umum. So, let your emotion take control when you watch movie, drama, read a novel or anything else. Confirm puas hati towards the end. :)

1 comments:

sya

kak...same goes to me...

klu tgk cite PS i Love you tukan...rasenye 6x tgk dah..6x gak nangis...same part plak tu nangisnya...hehehe

pompuan dan emosi

biasala
hehe