CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 17, 2011

Sorry...

Dear Blog,

Sorry for not updating frequently. I'm not feeling well for the past few weeks.
Until today, I'm still not fully recovered from flu & cough. My voice also turns to someone else, not mine. Huhuhu...

I'm still here, menjalani kehidupan seperti biasa. Pagi pergi kerja, petang balik, malam tido. Pagi kerja, petang balik, malam tido... Berterusan tak tau sampai bila. Konon nak berhenti kerja lepas dapat bonus, tapi masih belum berani lagi. Hmmm... tak tau lah nak kerja sampai umur berapa, tapi tak mungkin sampai pencen ya.

Cuti Maulud Nabi 2 hari lepas, ada sedikit kejadian berlaku di rumah saya.
Bukanlah kejadian yg tak diingini.. Tapi, adik saya yg perempuan tu, sah la menjadik tunangan orang.
Majlis sempoi sgt, tiada berbalas dulang. Hanya hantar cincin sahaja. Al-maklum, adik saya pun bukan anak dara, tapi Ms J namanya. Hehehe.
Tapi mungkin pihak lelaki malu datang dengan tangan kosong, jadi dibawaknya buah sebakul dan sebiji kek. Kek tu masih ada lagi dalam peti ais dan belum potong. Entah tak tau sapa yg bakal potong cake tu nnt. Mungkin saya, mungkin mak saya, mungkin adik saya. Dah.. cukup-cukup saya melalut.
Jadi bagi pihak adik saya pulak, kami membalasnya dgn sebijik hamper besar yg saya simpan utk kawan saya tapi beliau tak datang2 ke rumah utk mengambilnya sejak dari hari raya aidilfitri thn lepas. Maka mama saya kata, "Along, hamper ni balas kat diaorg, simpan lama2 pun bukan kawan kau datang ambik". Kata2 mama saya disokong pula oleh makcik2 saya yg lain.
Baiklah mama, bagilah kat diaorg. Hahaha...
Tapi mmg seblm tu kawan saya tu dah suruh bukak je. Cuma saya tak bukak hamper tersebut sebab malas. :)
Ok, berbalik kepada cerita adik saya tadi. Hmmm... majlisnya mungkin bulan 11, tarikhnya akan dibincangkan kemudian. Bagus adik saya akan berkahwin sekali lagi. Tak rimas saya tgk dia kat rumah tu kejap ada, kejap takde. Macam biskut pun iye.
Mudah-mudahan, perkahwninan dia kali kedua ni nnt akan kekal sampai akhir hayat beliau. :)

Cerita lain, Festival Layang-layang dekat Pasir Gudang dah start. Planning nak pergi sana hari Sabtu, lepas Danish balik dari sekolah agama. Maknanya petang lah tu. Hari Sabtu ni Danish sekolah, utk menggantikan cuti masa Tahun Baru Cina haritu. Jadik kena la tunggu anak bujang saya tu balik dari sekolah, baru la bole ke sana. Saya dengar radio pagi tadi, festival tu nak buat Malaysia Book Of Record utk terbangkan 3000 wau hari Sabtu ini. WOW!! Sesuatu yg mesti dilihat. Macam mana agaknya diaorg nak terbangkan 3000 wau serentak? Tak dpt nak dibayangkan. Kena pergi tgk sendiri. Hehehe...
Setahun sekali je festival tu. Mintak2 tak hujan la hari Sabtu ni. Kalau hujan, punah rancangan kami nak tgk 3000 wau. Mintak2 parking kereta juga menyebelahi kami. Tau2 je lah kalau dah namanya Pesta Layang2, seluruh pelosok orang dalam Johor ni mesti nak pergi. Parking mmg masalah utama. Dah la masalah, ambik kesempatan kutip duit parking lagi. Sebelum2 ni, kalau takde festival layang2, mana pernah org Majlis kutip duit parking. Hampeh betul. Betul2 mengambil kesempatan utk buat duit dgn senang. Huhuhu. Tapi nak buat macam mana, haruslah terima dgn redha walau hati kata tak patut. :(

Baiklah, saya kena pen-off dulu. Kejap lagi ada lion dance kat opis nih. Haruslah tgk singa menari dan dgr gendang diaorg yg membingitkan telinga tu. Macam mana pemain2 gendang tu boleh tahan dgn bunyi tu eh? Maybe telinga diaorg dah immune dgn bunyi gendang tu kot.
Every year mmg ada dlm kalendar company, lion dance Tahun Baru Cina. So, selagi saya kerja sini. Selagi tu lah saya akan tgk lion2 tu menari tetiap tahun. :)

oklah, seblm saya merepek lebih lanjut. Saya berhenti di sini dulu. Tak tau bila saya akan sambung menulis. Hehehe. :)

Bye!

0 comments: