CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 21, 2011

Jom engok ayang-ayang

Hahaha.. tajuk cam hape je kan, confirm ramai x paham :p

Sebenarnya tu bunyi kalau Damia yg cakap, so bunyi yg betulnya Jom tengok Layang-layang... Hehehe...

Hari Sabtu lepas, saya pergi tgk layang2 dekat Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Bawak anak-anak saya sebab dah berjanji dari awal pesta tu start mmg nak bawak diaorg. Festival Layang-layang ni merupakan acara  tahunan yg dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Last year diaorg tukar venue acara ni kat Bandar Dato' Onn, tapi dengar-dengarnya tak dapat sambutan sangat. Maybe sebab tu tahun ni dia buat semula kat tempat lamanya, Bukit Layang-layang. Memang happening sangat. Saya sampai sana dah petang, dalam pukul 4.30 jugak. Tapi org masih ramai gila, macam yg saya cakap kat entry lepas, parking was the MAJOR problem. Susah nak dapat parking, last2 parking jauh sikit pastu nak pergi sana kena langkah longkang besar, nasib baik ada org pandai buat titi kat longkang tu maka saya pun tak perlu la utk melangkah besar2... huhuhuhu....

Anak-anak saya excited tgk layang-layang sebesar 2x ganda size JCB. Byk kedai jual layang-layang, anak bujang saya apa lagi, harusla merengek mintak belikan layang-layang. Selagi tak dibeli, selagi tu la cakap & tarik muka masam. Haihhh, potong stim betul. Malas nak dengar rengekan yg boleh menaikkan temperature saya, jadik saya pun belikan la jugak. Tapi, bila bawak balik, besi melintang yg sepatutnya dipasang pada layang2 tu takde, mungkin tercicir masa bawak benda tu ke hulu ke hilir gaknya. Takde rezeki la Danish nak main layang2... Huhuhu...

Org mmg ramai sgt kat situ, saya tak sempat nak jengah2 segala aneka barang jualan. Sempat jenguk tempat jual layang-layang & gerai jual air je. Tu pun sebab anak2 dah kehausan. Al-maklum cuaca panas. Anak dara saya pun mula la buat perangai, nak mintak dukung memanjang. Patah pinggang.

Saya tak lama sangat dekat situ, pukul 6.30pm saya dah gerak balik. Lepas en.abg saya puas hati snap gambar layang2 beratus kali, dia pun ajak balik. Anak-anak saya ajak pergi Jucso pulak. Oklah, kat situ pun lama2 diaorg boring. Org ramai sangat, takut anak-anak hilang dari pandangan jadik cepat2 la kitaorg beredar dari situ.

Few pics yg saya ambik guna henpon, selebihnya ada kat PC rumah. Belum sempat nak copy masuk pendrive lagi.

Dah rasa cam bukan layang-layang, tp rasa cam belon raksasa terbang kat atas tu... hahaha...

Layang-layang Upin Ipin pun ada, tu kat belah kanan sekali :)


Harusla ada gambo berdua kan, tp biasalah kalau dah nama amek sendiri, upper position je lah yg nampak... :D

Nampak tak budak perempuan kecik tu muka masam, dia merajuk sebab tak dapat kamera yg abg dia tengah pegang. Bila merajuk dia pusingkan badan, takmo cakap dgn org. Tapi yg ni dia tetap tgk jugak konon nak mintak simpati ngan mommy dia lah... :)

Bila orang tak layan dia punya permintaan, bermula la lagu sentimental keluar dari mulut dia. Nangis la sekuat-kuat hati... tapi takde org dgr sbb kat situ pun mmg dah bising dengan bunyi speaker diaorg pasang lagu-laguan. hehehehe...

Bila ayah dia dah malas nak dengar anak dara dia merengek, ayahnya pun mintak kamera pada si abg. Abg tak byk cakap, terus je bagi dekat ayah. Abg mmg selalu mengalah kat adik dia. Baik abg, tapi selalu jugak mendengki adik dia. Huhuhu...

Haaaaa... kan dah dpt kamera, puas hati ok. Sekarang saya nak tangkap gambar. Hahahaha...
Nmpk tak mata dia sebelah tu cam org tak puas hati?  Hehehehe...

Itu je lah cerita saya buat masa sekarang. Next time saya upload gambo dr kamera en.hubby saya pulak. :)

Thursday, February 17, 2011

Back dated pic :)


Gambar ni dah lama terperam kat dalam PC mommy. Kira back dated la kan, sbbnya Danish pun dah masuk darjah 1 (masuk 2bln lebih). This pics was taken before his graduation day from Smart Reader Kids Tmn Bukit Tiram on December last year. Teacher dia bawak amek gambar kat studio, which were just besides his kindy.

I haven't blog about his graduation day, will do it someday. But don't know when. Tehehehe. :-p

Time flies really fast, diam tak diam Danish dah nak masuk umur 7 tahun, bulan Oktober nnt.

Sorry...

Dear Blog,

Sorry for not updating frequently. I'm not feeling well for the past few weeks.
Until today, I'm still not fully recovered from flu & cough. My voice also turns to someone else, not mine. Huhuhu...

I'm still here, menjalani kehidupan seperti biasa. Pagi pergi kerja, petang balik, malam tido. Pagi kerja, petang balik, malam tido... Berterusan tak tau sampai bila. Konon nak berhenti kerja lepas dapat bonus, tapi masih belum berani lagi. Hmmm... tak tau lah nak kerja sampai umur berapa, tapi tak mungkin sampai pencen ya.

Cuti Maulud Nabi 2 hari lepas, ada sedikit kejadian berlaku di rumah saya.
Bukanlah kejadian yg tak diingini.. Tapi, adik saya yg perempuan tu, sah la menjadik tunangan orang.
Majlis sempoi sgt, tiada berbalas dulang. Hanya hantar cincin sahaja. Al-maklum, adik saya pun bukan anak dara, tapi Ms J namanya. Hehehe.
Tapi mungkin pihak lelaki malu datang dengan tangan kosong, jadi dibawaknya buah sebakul dan sebiji kek. Kek tu masih ada lagi dalam peti ais dan belum potong. Entah tak tau sapa yg bakal potong cake tu nnt. Mungkin saya, mungkin mak saya, mungkin adik saya. Dah.. cukup-cukup saya melalut.
Jadi bagi pihak adik saya pulak, kami membalasnya dgn sebijik hamper besar yg saya simpan utk kawan saya tapi beliau tak datang2 ke rumah utk mengambilnya sejak dari hari raya aidilfitri thn lepas. Maka mama saya kata, "Along, hamper ni balas kat diaorg, simpan lama2 pun bukan kawan kau datang ambik". Kata2 mama saya disokong pula oleh makcik2 saya yg lain.
Baiklah mama, bagilah kat diaorg. Hahaha...
Tapi mmg seblm tu kawan saya tu dah suruh bukak je. Cuma saya tak bukak hamper tersebut sebab malas. :)
Ok, berbalik kepada cerita adik saya tadi. Hmmm... majlisnya mungkin bulan 11, tarikhnya akan dibincangkan kemudian. Bagus adik saya akan berkahwin sekali lagi. Tak rimas saya tgk dia kat rumah tu kejap ada, kejap takde. Macam biskut pun iye.
Mudah-mudahan, perkahwninan dia kali kedua ni nnt akan kekal sampai akhir hayat beliau. :)

Cerita lain, Festival Layang-layang dekat Pasir Gudang dah start. Planning nak pergi sana hari Sabtu, lepas Danish balik dari sekolah agama. Maknanya petang lah tu. Hari Sabtu ni Danish sekolah, utk menggantikan cuti masa Tahun Baru Cina haritu. Jadik kena la tunggu anak bujang saya tu balik dari sekolah, baru la bole ke sana. Saya dengar radio pagi tadi, festival tu nak buat Malaysia Book Of Record utk terbangkan 3000 wau hari Sabtu ini. WOW!! Sesuatu yg mesti dilihat. Macam mana agaknya diaorg nak terbangkan 3000 wau serentak? Tak dpt nak dibayangkan. Kena pergi tgk sendiri. Hehehe...
Setahun sekali je festival tu. Mintak2 tak hujan la hari Sabtu ni. Kalau hujan, punah rancangan kami nak tgk 3000 wau. Mintak2 parking kereta juga menyebelahi kami. Tau2 je lah kalau dah namanya Pesta Layang2, seluruh pelosok orang dalam Johor ni mesti nak pergi. Parking mmg masalah utama. Dah la masalah, ambik kesempatan kutip duit parking lagi. Sebelum2 ni, kalau takde festival layang2, mana pernah org Majlis kutip duit parking. Hampeh betul. Betul2 mengambil kesempatan utk buat duit dgn senang. Huhuhu. Tapi nak buat macam mana, haruslah terima dgn redha walau hati kata tak patut. :(

Baiklah, saya kena pen-off dulu. Kejap lagi ada lion dance kat opis nih. Haruslah tgk singa menari dan dgr gendang diaorg yg membingitkan telinga tu. Macam mana pemain2 gendang tu boleh tahan dgn bunyi tu eh? Maybe telinga diaorg dah immune dgn bunyi gendang tu kot.
Every year mmg ada dlm kalendar company, lion dance Tahun Baru Cina. So, selagi saya kerja sini. Selagi tu lah saya akan tgk lion2 tu menari tetiap tahun. :)

oklah, seblm saya merepek lebih lanjut. Saya berhenti di sini dulu. Tak tau bila saya akan sambung menulis. Hehehe. :)

Bye!