CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 4, 2012

Naik sekolah lepas 6 minggu cuti

Fuhhh... diam tak diam sekejap je anak bujang saya dah naik darjah 2. Rasa macam baru je saya cerita Danish 1st day at school last year. Tapi harini dia dah start sekolah in standard two. Wahhhh... anak mommy dah besar!!!

Kalau last year saya ambik cuti 3 hari utk hantar & tgk progress dia dekat sekolah macam mana. Tapi tak sempat habis 3 hari cuti pun, hari kedua saya tgk dia dah ok so saya cancel cuti hari ke tiga. Tahun ni saya dan suami tak bercuti, sebab dia still di sekolah yg sama. Dah tahu surrounding macam mana, so kami pun let him go. Danish dah besar, boleh berdikari sendiri. Saya dah hubby pun taklah risau sgt.

Alhamdulillah, Danish still in the same class. Nasib baik tak kena turun kelas. Result periksa hujung tahun last year dia dapat Band 4. Saya belum buat kaji selidik lagi apa BAND tu. Tapi ada la info sikit-sikit yg saya dapat dari kawan yg saya jumpa masa nak ambik buku teks Danish beberapa hari lepas. Band paling bagus is Band 6 - Cemerlang, paling teruk Band 1 - corot. So, kedudukan Danish terletak kat tengah-tengah la kiranya. Band dikira dari keseluruhan aspek seseorang murid terhadap sesuatu pelajaran. Bukan setakat masa jawab periksa saja, tapi dari segi pembawakan seorang murid di dalam kelas utk subjek-subjek tertentu. Dari segi perangai, usaha, tumpuan dalam kelas, penglibatan diri, etc etc etc... semuanya akan diambil kira dan dinilaikan tahap BAND berapa murid tersebut. Nanti saya akan selidik lagi dengan pakcik google tentang sistem KSSR Band ni ye.

Hmmm... Buku teks & buku tulis semua dah ready sebelum naik sekolah. Itupun baru malam tadi saya tulis nama & sampul bukunya. Hahaha. Nasib baik sampul buku sekarang segera, tak perlukan gunting & selotape lagi. Jimat masa. Hehehe. Bukan macam zaman dulu saya sekolah, still guna manual plastik utk sampul buku :) Tahun ni masuk sekolah cuma perlukan duit buku saja, yuran semua tak dikutip melainkan yuran PIBG. Tapi itu pun dikutip lepas PIBG mesyuarat. Mmg banyak jugak jimatnya. Macam tahun lepas, bayar yuran saja nak dekat RM100, but this year 0, tiada yuran yg perlu dibayar. Bersyukur sangat sebab kerajaan tanggung semuanya :)

0 comments: